Tuesday, February 12, 2013

Calon Pilihan PRU13

Nampaknya semua orang mahukan pendapat Haikal. Semua orang bertanya Haikal benda yang sama. Namun Haikal tak pernah menjawab secara terus. Bukan dia mahu berselindung, tetapi Haikal rasa lebih baik begitu.

Mungkin kerana Haikal mewakili golongan muda yang berpendidikan tinggi di kampungnya, maka pendapat Haikal amat penting dalam hal-hal begini. Memikirkan inilah yang menyebabkan Haikal menjawab secara berselindung tentang perkara ini. Bagi Haikal, biarlah mereka yang bertanya mendapatkan jawapan mereka sendiri. Sekarang semua orang celik isu, celik IT, terpulanglah jika masih ada yang mahu membutakan akal dan hati.

"Hang akan undi apa PRU13 ini?"

Itulah soalan cepumas yang selalu menyinggahi telinga Haikal.

"Saya tengok calon dulu...."

Dan itulah jawapan diplomasi Haikal. Jawapan untuk menyedapkan dan membiarkan semua orang berfikir sendiri. Haikal tak mahu jawapan dia dijaja merata oleh pihak-pihak mana sekalipun. Lagipun jawapan itu juga mampu mengelakkan perdebatan dan kempen yang tak berkesudahan dari si penanya soalan cepumas itu.

Suatu hari, isteri Haikal si Rani Mukherjee bertanya,

"Biasanya abang peminat tegar parti bulan, kenapa pula sekarang kata nak tengok calon dulu?"

Haikal tersenyum sambil memandang Rani Mukherjee yang sedang meletakkan kopi o di depan Haikal yang sedang memaku pagar rumah.

"Ye lah, tengok calon dulu dari parti mana. Kalau calon dari BN memang reject terus tanpa consideration..."

Hi hi hi... Rani Mukherjee tergelak sehingga tumpah kopi o panas, nasib baik tak kena tangan Haikal yang sedang memegang tukul dan paku.

15 comments:

  1. Yelah... sudah gaharu cendana pula.. sudah tahu betanya pula.

    ReplyDelete
  2. calon umno vs dap... siapa penulis akan undi? dan kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia bukan umno vs dap. Umno tak pernah bertanding keseorangan, dari dulu lagi bn vs dap, atau bn vs pas. Sekarang bn vs pr.... Saya pastinya akan undi pr. Saya akan undi calon yang menentang rasuah dan perasuah.

      Delete
    2. saya tak tahu lagi nak undi bn atau pr.. cuma saya nak tahu mcm mana saudara tahu calon pr tu menetang rasuah dan perasuah dan calon bn tu menyokong rasuah dan perasuah..adakah semua calon bn itu buruk dan semua calon pr itu baik atau secara keseluruhannya calon pr itu lebih banyak yang menentang rasuah dan perasuah berbanding calon bn..

      Delete
    3. jawapan saudara tidak jitu... saya tiap tiap hari baca blog pembangkang dan kerajaan.. saya nak pandangan dan hujah saudara... bukan bacaan dari sumber lain

      Delete
    4. Maaf Mengganggu. Pd Pendapat Saya, Anonymous Adalah Golongan Atas Pagar. Golongan Inilah Harapan Kedua-Dua Belah Pihak Sebagai Faktor Penentu Kemenangan.

      Saya Pula Pengundi Di Kawasan DUN & Parlimen Yg Mana Kesemua Calonnya Tidak Bersunat. PRU-12 Saya Menjadi Pembantu Pilihraya Undi Pos (Dptlah Elaun RM400.00). Saya Siap Cop UNDI ROSAK Sebelum Saya Pos Undi Saya.

      Sy Sebenarnya Tidak Percaya Kpd Demokrasi, Tetapi Negara Ini Mengamalkan Sistem Demokrasi. Sy Ada Mendengar Khutbah Hukum Mengundi Ini Adalah Wajib. Wallahu'alam.



      Delete
    5. Assalamualaikum saudara Anonymous,

      Pertama sekali minta maaflah sebab niat saya awalnya tak mahu panjangkan 'hujah' di ruangan komen ini, lagipun saya tak pandai berhujah. Saya hanya menyatakan pandangan dalam bentuk yang saya senangi, sebab tu tagline blog ini ialah 'read between the lines'.

      Kalau saya nak jawab, sebenarnya pertanyaan saudara dari awal lagi sudah tersasar, saya quote "saya tak tahu lagi nak undi bn atau pr.. cuma saya nak tahu mcm mana saudara tahu calon pr tu menetang rasuah dan perasuah dan calon bn tu menyokong rasuah dan perasuah..adakah semua calon bn itu buruk dan semua calon pr itu baik atau secara keseluruhannya calon pr itu lebih banyak yang menentang rasuah dan perasuah berbanding calon bn.."

      Kalau saudara baca entry ini hingga ke akhirnya, kata putus yang saya bawakan melalui watak Haikal adalah 'pilih parti, bukan pilih calon'. Haikal jawab nak tengok calon dahulu kepada orang yang bertanya adalah kerana mahu menyedapkan hati orang yang bertanya sahaja dan mahukan orang yang bertanya sama-sama berfikir walau parti mana yang mereka sokong.

      Bila kata putusnya adalah pilih parti, bukan pilih calon, bermakna tak kiralah betapa baik atau kelass atau hebatnya ilmu seseorang, dalam konteks politik di Malaysia, mereka terikat dengan pendirian dan keputusan parti yang diwakili(Ingat apa yang berlaku kepada MP MIC yang menentang arus kerana kononnya membela nasib student medik berbangsa India di luar negeri dahulu? Ada lagi contoh2 lain sebenarnya).

      Bercakap tentang rasuah, di Malaysia, secara umumnya dengan merujuk kepada Akta SPRM 2009, rasuah didefinisikan sebagai 1. Menerima dan memberi suapan, 2. Mengemukakan dokumen palsu, 3. Menyalahgunakan kuasa atau kedudukan.

      Berkaitan perkara 1 dan 2, walaupun ada allegation, tetapi selagi tiada penghakiman di mahkamah, saya tak nak katakan apa-apa kepada sesiapa pun.

      Tetapi berkaitan perkara 3, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan boleh kita lihat dan nilai sendiri. Penyalahgunaan kedudukan untuk mendapatkan wang seperti mendapatkan kontrak lembu atau kambing, atau hiway atau mrt, atau kontrak mencuci di hospital saya tak nak sentuh kerana bagi saya allegation itu juga perlu dihakimkan di mahkamah.

      Namun, kalau seorang menteri yang menjaga RTM sewenang-wenangnya berkempen dan membantai puak lawan dalam saluran TV rakyat, itu kita dapat terangan lihat.
      Begitu juga kalau seorang berkedudukam menteri pelajaran menggunakan premis sekolah untuk berpolitik. Menggunakan platform pemberian BR1M di sekolah untuk memperkenalkan calon dan berkempen secara terangan kepada ibu bapa, kita dapat lihat.
      Ada menteri yang menggunakan helikopter milik tentera dan polis untuk berkempen, kita tahu kerana disiarkan di akhbar tanpa rasa bersalah. (ingat helikopter yang membawa Muhyiddin yang mendarat cemas di Tuaran semasa dia on the way to Kudat untuk program parti?- Sebab itu saya katakan sebelum ini, banyakkan membaca).
      Kalau saya nak listkan, banyak lagi... Muhyiddin janji nak naikkan BR1M ke RM1000 jika BN menang. You help me, I help you kata Najib di Sarawak dulu. ...

      Apakah wujud atau kedengaran mana-mana MP atau ADUN BN yang bersuara pasal perkara ini di Dewan Rakyat, Dewan Negeri atau hatta di kedai kopi?
      Yang berkokok hanya Tian Chua, Mat Sabu, Azmin Ali dan Ramli, Samad, Badrul, Apek, Afiq, yang mewakili rakyat marhaen...

      Rasuah adalah sebahagian daripada definisi korupsi, kalau nak cerita korupsi pulak, baik saya buat entry lain.

      Terima kasih saudara Anonymous. Kalau saudara guna nama walaupun nama samaran baru sedap berbincang. Pun begitu 150 juta kali lebih baik menjadi anonymous daripada menjadi umnonymous.

      Peace yo!


      Delete
    6. terima kasih atas penjelasan panjang lebar... mungkin akan dapat memberi saya panduan dalam memilih pemimpin yang terbaik

      Delete
  3. Cikli, baju baru belum siap untuk mengundi tahun ni...

    PRU lepas ramai2 berpakaian menghijaukan bumi...
    Tahun ni nak warna apa? :-)

    ReplyDelete
  4. Ada satu tabung baitulmal (hak rakyat). Pak Din bagi RM1 kat Pak Anon. Pak Din ambik RM1,000 kat dia. Pak Anon happy giler...kata dia Pak Din memang baik. Hari tu Pak Din bagi RM5 pulak kat Pak Anon. Pak Din ambik RM5juta kat dia. Pak Anon mungin tak tahu...dan masih kata Pak Din baik gilerr. YES !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat2 ini makna dan makannya dalam....
      tak faham lagi tak tau nak kata apa dah...

      Terima kasih... tumpang senyum...
      biarkanlah Pak Anon dengan yes nya...

      Delete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...