Saturday, December 11, 2010

Orang Kelantan Samseng ?


(Back due to popular demand.....haha perasan. Special request from Puteri)

Suatu ketika diawal 90-an.

Sekumpulan anak muda bergaya rock sedang melintasi abang saya yang sedang membeli nasi lemak pada suatu pagi di Kuala Lumpur.

“Budak-budak Kelantan tu….samseng, tak beradap…”, beritahu Makcik Nasi Lemak tanpa dipinta oleh sesiapa. Menjuih-juih mulutnya.

“Sayapun orang Kelantan jugak Makcik”, abang saya bersuara.

Makcik Nasi Lemak terkedu. Diam seketika, tapi tangannya lincah bekerja.

“Tak semua orang Kelantan kurang ajar nak….”, kendur saja suara Makcik Nasi Lemak seperti menyesali diri.

Generalization. Orang kita selalu sangat buat kesimpulan melulu tentang sesuatu.

Kalau ada pegawai polis ditangkap rasuah, habis satu Malaysia polis dikatakan taik rasuah.
Disebabkan seorang-dua kakitangan kerajaan yang suka melepak di kaunter, habis 1.2 juta kakitangan kerajaan dilabel tiada kerja!
Dek kerana sesetengah puak dalam SPRM buat pendakwaan terpilih, habis sepasukan SPRM yang sedang bergaya dengan topi baru dikatakan barua BN.
Bila orang besar SPR buat kenyataan bodoh yang terang-terangan menguntungkan Umno-BN, habis semua orang yang bekerja dengan SPR dikatakan otak berada di kepala lutut.
Bila ada atlit Malaysia dikenakan tindakan disiplin, habis satu kontinjen dituduh kaki masalah.
Bila ada bekas sponsored student yang tak bayar loan walaupun dah berjaya dan kaya raya, habis yang lain dicop sebagai kacang menglembu lupakan kulit.
Bila ada menteri buat kenyataan tak cerdik di Parlimen, habis satu jemaah menteri dimasukkan ke dalam cabinet besi dan dicop bodoh!
Bila Bung Mokhtar Radin berlagak tunjuk pandai dalam Parlimen, hampir-hampir habis orang Sabah dilabelkan bengong tak bertempat.
Bila ada Adun PKR meloncat-lacur, satu parti termasuk DS Anwar dikatakan tak boleh pakai.
Bila Karpal tiba-tiba menggila nak saman Sultan, habis satu pakatan rakyat ditohmah penderhaka!

Entahlah…. mungkin sudah menjadi budaya kita untuk membuat generalization.

Orang Trengganu sombong, payah nak ajak orang bertandang ke rumah.
Orang Perempuan Negeri Sembilan suka queen control.
Orang Sarawak anti Semenanjung, ingat orang Semenanjung nak rampas hak-hak mereka.
Orang Perempuan Kelantan suka bomohkan suami.
Jangan kahwin perempuan Sabah, nanti tak balik Semenanjung (rasa-rasa je ada atas dahi!),
Orang Perak suka santau-menyantau.
Orang Melaka cakap lepas tak reti jaga hati orang.

Ada juga generalization yang positif.

Orang Kelantan pandai agama, kuat agama. Sebab tu Pas menang.
Awek Kelate terutama Pasir Mas comel-comel.
Wanita Negeri Sembilan pandai mengurus. Pandai jaga (control?) suami.
Orang Perlis pengamal sunnah tak main bidaah.
Kerabat Perak bijak pandai dan perihatin.
Kerabat Pahang bijak bersukan.
Kerabat Trengganu hormat alim ulamak.
Kerabat Negeri Sembilan pandai berniaga.
Orang Cina rajin dan pandai berniaga.
Orang India pandai berpersatuan dan ada tokoh jadi lawyer.
Orang Melayu penuh sopan dan suka ke low yatt.

Semuanya terpulang kepada kita. Mau positif atau negatif.

Suatu pagi di kaunter Malaysia Airlines, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semasa menempah tiket, saya terdengar dialog ini,

“Orang Kelantan pandai berniaga”, kata seseorang.

“Politik pun pandai”, tambah seseorang.

“Tak boleh dibeli”, tambah lagi seseorang.

“Kalau nak belajar politik, datang ke Kelantan”’, seseorang lagi semacam membuat kesimpulan.

Saya diam saja (tanda setuju?). Inipun generalization, tapi indah bah.
.
***Ini entry lama yang dihidupkan semula. Jadi generalization yang telah digeneralize tu, anda nilailah semula dengan batu geliga masing-masing.

13 comments:

  1. keterangan gambar:
    Ahmad Talhah atau kebelakangan ini digelar Nurshahrul Idlan Talaha bergaya ala-ala Indra Putra Mahyuddin.

    ReplyDelete
  2. komen:

    1- Dah berubah wajah blog. Tapi warna oren itu tidak tertinggal.

    2- Waah spesial request tuh.. :D

    3- Hurmm.. takde pun negeri Kedah dalam senarai.. tegammak,,, :P

    4- Kerana nila setitik habis susu sebelanga? Semua spekulasi+persepsi adalah berdasarkan pengalaman rambang seseorang/golongan tertentu. Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang mungkin betul dia tu kurang baik, tapi janganlah satu famili apa lagi satu negeri orang itu kita nilai sebagai buruk.

    5- Saya pun ada je pernah jumpa dengan kawan dari negeri A (tak ada kan negeri mula dengan huruf A kat Malaysia? he.he..). Memang kurang la. Kawan-kawan saya yang len pun tak suka dekat orang negeri A. Tapi saya tak adalah judge yang semua dari negeri A macam tu.

    Dan kenyataan, sekarang ni pun ramai kawan-kawan saya dari negeri A. Ada juga yang cakap, orang negeri A dan B (negeri jirannya) kedekut, dan seumpamanya.

    Bagi saya, buruk baik seseorang itu adalah kerana sikapnya sendiri, ia terpulang kepada individu (bukannya negeri).

    6- Ada juga oarng yang cakap "Orang Kedah ni kasar". Tak tahulah kasar yang mana, tapi kalau dari segi bergurau, memang kadang-kadang kedengaran kasar (bagi yang tak faham maksud sebenar).

    ReplyDelete
  3. salam bro
    pisau tajam menikam nampak
    part awek kelantan cun gua setuju

    ReplyDelete
  4. puteri,
    ni komen ke, entry ni....

    ReplyDelete
  5. brutalsolo,
    gua cakap berdasarkan pengalaman. gua pun dapat awek pasir mas bro...

    ReplyDelete
  6. sy pnh dgr org kata, klu kapel or kawin ngn org klantan ni, diaorg suka control idup kita.. baik dari segi apa pun. sy xpercaya,n xamik endah..shingga sy sendiri kapel ngn org kelantan.. barulah terbukti kebenarannya. bkn setakat pasangn yg cuba control. tapi mak dia suka masuk campur... dan anaknya pula suka mengadu domba. depan sy, dia maki dan kata mcm2 but depan mak dia, dia bgtau seolah2 dia xmenyakitkan ati. lbh pentingkan kuarganya wlaupun sepatutnya berlaku adil.

    ReplyDelete
  7. anonymous,

    kelantan pun sama macam mesir. rakyatnya ada yang baik, ada yang bengong.

    yang penting pemimpin yang tidak bengong. :)

    ReplyDelete
  8. SAYA PN PERNAH BERCINTA DENGAN ORG KELANTAN, & KAMI HAMPIR BERKAHWIN..DENGAN SAYA DIA CUKUP JAGA, SURUH SAYA PAKAI LABUH LA JANGAN KAWAN DENGAN LELAKI. kUASA ALLAH, SAYA JUMPA DIA BUAT MAKSIAT DENGAN ISTERI ORANG

    ReplyDelete
  9. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. huhu~

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...