Anak-anak kasi can |
Ayah terus mengekori orang itu keluar dari pagar masjid yang berada lebih kurang 30 anak tangga di bawah dan membelok ke kiri. Sampai di cabang empat, orang itu berjalan terus ke hadapan dan ayah terus mengikutinya. Disimpang tiga di hadapan, orang itu membelok ke kiri dan ayah juga berbuat begitu tanpa banyak soal.
Tiba di cabang tiga satu lagi di hadapan, ayah melihat orang itu mahu terus berjalan ke hadapan. Lantas ayah terus mencuit bahu orang itu sambil berkata,
“Cukuplah…cukuplah tu..”
“Cukuplah apa?”, orang itu berpaling pada ayah kehairanan.
“Demo nak ke depan, ambo nak belok ke kanan…”, beritahu ayah.
“Pastu?” orang itu makin kehairanan.
“Selipar ambo tu, ambo nak dah la, kalu demo nak belok kanan seleke (silakan) pakai lagi”, jawab ayah sambil menunjukkan ke arah selipar di kaki orang itu.
“Demo tahu mana ni selipar demo?” hak eleh orang itu masih nak menegakkan kepisangannya.
“Ambo follow demo dari masjid tadi lagi, sakit dah kaki ni. Tu tanda kerat dengan pisau 2 lekuk di depan tu, selipar ambo la ni…” ayah explain panjang lebar. Ayah selalu menanda selipar dia dengan membuat 2 lekuk di hadapan. Permanent mark katanya, senang nak cam dan tak tanggal.
“Lepas tu mana selipar untuk kawenya?” Tanya orang itu setelah hujah ayah menyungkurkannya, tapi masih tiada nada kesalan didengari. Lebih-lebih lagi bila dia melihat ayah hanya berkaki ayam.
“Selipar demo? Ambo mana tahu selipar demo hak mana satu”, balas ayah bersahaja.
Kesudahannya orang itu memulangkan selipar ayah dan pergi dengan berkaki ayam. Mukanya memang nampak marah.
Itu cerita ayah, seorang ayah yang tak demand dan expect benda besar-besar dan tinggi dalam hidup. Falsafahnya simple, 'aku tak nak hak orang lain walaupun berharga. Cukup dengan kepunyaanku walaupun buruk dan sikit tetapi halal dan berkat'. Itulah nilai yang selalu ayah terapkan kepada kami adik-beradik.
.
Jika ayah menegur orang itu semasa dia mengambil selipar ayah, kemungkinan besar orang itu akan mengambil selipar orang lain dan masalah itu tidak akan selesai. Ayah juga boleh membiarkan orang itu mengambil seliparnya dan berjalan kaki ayam balik ke rumah, tapi itu tak menyelesaikan masalah. Lagipun kita mesti pertahankan hak kita walaupun sikit dan tak berharga di mata orang lain. Kejadian itu juga menjadi a very good lesson kepada orang itu kalau dia berfikiran positif. Itulah politik ayah, cukup subtle dan berhikmah.
.
Jika ayah menegur orang itu semasa dia mengambil selipar ayah, kemungkinan besar orang itu akan mengambil selipar orang lain dan masalah itu tidak akan selesai. Ayah juga boleh membiarkan orang itu mengambil seliparnya dan berjalan kaki ayam balik ke rumah, tapi itu tak menyelesaikan masalah. Lagipun kita mesti pertahankan hak kita walaupun sikit dan tak berharga di mata orang lain. Kejadian itu juga menjadi a very good lesson kepada orang itu kalau dia berfikiran positif. Itulah politik ayah, cukup subtle dan berhikmah.
Penanti setia |
.
Saya sayang ayah dan saya amat merindui ayah. Ampunkan kesalahan saya terhadap ayah semasa hidup ayah sama ada yang ayah tahu atau tidak. Sama ada saya sengaja atau tidak.
.
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil. Amin.
.
Al-fatihah untuk ayah
.
Hanya doa anak yang soleh mampu kami hadiahkan, itulah pesan ibu selalu |
Sedih dengar cerito ayahmu..aku kenal ayah mu jak kecik lagi. Lepas balik sekoloh gi main di depan rumoh mu. Ayah mu memang cool sokmo. Dok pernoh aku napok dia maroh pong!!
ReplyDeleteMasa mu dok uk, selalu aku jupo ayoh mu di masjid..dia tegur aku dulu, katonya meli dok balik. Pahtu dia tanya kabar aku plak....
Itulah antara aku ingat dengan pok cik Hasan..
jon bon..
ReplyDeleteaku pulak sedih baca komen mu.
thanks kawan.
Selamat hari bapa..
ReplyDelete:)
Al-fatihah buat arwah ayahanda..
Al-Fatihah utk arwah pok cik....semugo rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg briman...
ReplyDeletebab2 ni yg sy paling sensitip..teringat abah di kampung yg cukup sederhana...alhamdulillah sy masih berpeluang mencium tangan abah dn emak...
ReplyDeleteAl Fatihah buat arwah ayahanda sdr..muga ditempatkan disyurga Firdaus dgn doa anak2nya yg soleh.amin..
isk...isk...bila nak gi kubur Chik? Aku sedih bila teringat ko radio hak punah tu...nostalgia...
ReplyDeletepn kartini- terima kasih
ReplyDeleteNzA - Amiiin.
ReplyDeletenyanyisunyi - berbaktilah kepada mereka. anda beruntung
ReplyDeletepokmuda - anytime you wish bro. itulah kenangan namanya, ada hitam, ada putih.
ReplyDeletesyahdu ja baca entry ni... untuk diri- perlu teladani sikap kasih, berhemah dan sabar ayah cikli.. tenkiu..entry yang sangat bermakna.
ReplyDeleteI don't care how poor a man is; if he has family, he's rich... itu lah ayah...
ReplyDeleteselamat hari bapa kepada semua yang menyandang gelarannya.
ReplyDeletesemoga Allah mencucuri rahmat buat arwah ayahanda Cikli, insya-Allah.
al fatihah..
ReplyDeleteteringat ayah aku jugak,tp ayah aku ada lagi la...:)
saya tak boleh nak bayangkan apabila saat itu tiba. semoga roh arwah ayah Cikli ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
ReplyDeletelembut cara pengajarannya..tanpa perlu amuk-amuk.sedikit penjelasan sudah mengambarkan orangnya macam mana.
ReplyDeletenaeblog - sama-sama kita ambil pengajarannya.
ReplyDeletegedek! - we only poor, if we choose to be.... kata dolly parton dalam lagu coat of many colors
ReplyDeleteputeri - ucapan tulus dari seorang anak. Amiin.
ReplyDeletevampire's lovex - cepat balik dan cium tangannya. hehe
ReplyDeleteblog-tips-kurus - itulah yang saya fikirkan sejak kecil sehingga ianya terjadi.
ReplyDeleteghost writer - komen hang buatkan rinduku pada ayah semakin kuat bro.
ReplyDeletesedih lak baca citer entry ni..terbaek..rindu ayah gakk
ReplyDeleteTerharu aku....itulah yg aku buat sekarang...aku akan peluk abah bila berjumpa....walaupun aku menyesal sebab tak boleh memeluk mak yang dah tiada....aku tahu abah rindu sangat nak peluk anak2 macam aku rindu nak peluk anak2 aku......
ReplyDelete