Adikku ini memang membanggakan |
Hari Ahad, semasa aku mencari parking space di tepi Jalan Pusara sebelum naik ke pejabat, aku mendapat perkhabaran yang ibu dimasukkan ke wad kerana ada masalah jantung.
Aku sekeluarga bergegas pulang. Kami sampai di hospital Kuala Krai tepat pada waktu melawat. Ibu kelihatan tidak bermaya. Dia tidak mampu bercakap pun. Sepatah-dua yang ibu tuturkan terlalu lemah dan perlahan. Hanya doa yang kami mampu panjatkan ke hadrat Ilahi.
Hari ini, Alhamdulillah ibu sudah mampu bercakap dan senyum. Semalam pun sebenarnya, aku sudah test bila aku bisikkan kepada ibu,
"Mak berdebar ke? Mak runsing apa?" Tanya aku apabila melihat bacaan denyutan jantungnya sekejap tinggi, sekejap rendah.
"Runsing pasal sembahyang..."
Mak hanya mampu sembahyang dengan isyarat mata. Anak-anak yang tolong sapukan air sembahyang. Barangkali Mak runsing takut tidak sah kerana ada wayar kencing dan segala.
"Mak dah buat terbaik. Allah tahu," aku menyedapkan hati mak.
"Nak sembahyang elok-elok, mak kena balik rumah. Jadi kena makan, baru ada tenaga, baru sihat... Ni pun mak dah sihat ni, sikit hari lagi boleh balik la," aku meletakkan tangan ke dahi mak.
"Doktor kata darah mak molek," Mak menambah, lemah.
"Ya, doktor kata darah mak paling elok, darah warna hijau," aku merujuk kepada semangat mak dalam menyokong Parti Islam. Kajol yang berada di kanan mak tersenyum faham.
Semalam, aku melihat muscle senyum mak kembali aktif, walaupun lemah. Hari ini senyum mak sudah semakin kuat. Alhamdulillah.
Entah kenapa mata aku selalu masuk habuk, sbb tu aku kerap keluar ke ruang lif. Aku bimbang orang lihat aku kontrol macho...
ReplyDeleteMak cakap...Kajol menangis semalam semasa tunggu mak...
ReplyDeleteTengahari tadi...mak sempat melawak...mcm2, salah satunya, mak kata "ramai juga yang sayang kat mak"...Cik Sah gelak sakan...
ReplyDeleteAlhamdulillah. tlg kirim salam kat mak. tlg mintak maaf sbb lama dah tak telepon mak.
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletemoga makbonda Mr CikLi kan sembuh dan terus tersenyum:):)..InsyaAllah
Alhamdulillah...lega bila baca tentang perkembangan mak...tp air mata ni x nak berhenti bila terigtkan mak...sedih sgt sbb x dpt nak jaga mak...smpaikan salam rindu buat mak,mintak maaf jika ada salah silap...
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh & kembali ceria. :)
ReplyDeletesemoga cepat sihat ye nenek :)
ReplyDeleteada ke orang darah warna biru...?
ReplyDeleteSemoga bonda CikLi sembuh dan kembali dapat menjalankan ibadat solat yang sempurna sepertimana yang beliau inginkan.
ReplyDeletemoga makcik kembali sihat n ceria...amin...
ReplyDeleteAsSalam cikli..
ReplyDeleteKak doakan kesihatan mok cikli makin pulih.. InsyaAllah pasni bulih wat sempurna Solat..aminn
InsyaAllah Mak akan bertambah baik nanti..tak kira lah warna apa darah mak tu, anak2 tetap doakan yang terbaik kan cikli.
ReplyDeletedarah teman kaler warna warni.. hahaa..
ReplyDelete*kirim salam beliau.. ^^
terima kasih semua yang turut mendoakan.
ReplyDeletehari ini mak dah keluar hospital. alhamdulillah.
salam
ReplyDeletedoa sihat dan selamat
Moga mak cepat sembuh....
ReplyDeleteTeringat kenangan mak masuk hospital......kenangan terakhir...