Tuesday, June 21, 2011

Dilema Anak Sulung

"Besarnya bendera Kelantan," kata along



Rais hairan melihat anaknya Sharliza yang ceria tiba-tiba berkaca-kaca matanya. Lantas Rais menukar modenya kepada mode seorang bapak.

"Kenapa sedih ni along?"

Sharliza tidak menjawab. Dia mengebas-ngebas bajunya yang dipenuhi lumpur.

"Kenapa kotor ni along? Biasanya along tak suka main lumpur."

"Daddykan tak suka Bersih. TV pun tak suka Bersih. Surat khabar pun tak suka Bersih. Radiopun kata Bersih jahat. Bersih mesti tak elok dan tak baik. Mulai hari ini along tak nak Bersih lagi. Along nak kotor macam ni. Daddy suka kan?"

Rais terdiam. Dia yang Perkasa tiba-tiba terasa pondan mendengar kata-kata Sharliza anaknya.

"Daddy... Kenapa ramai orang tak suka ISA?"

"Depa semua tu tak reti, tahu bangkang aje."

"Along pelik mereka yang tak suka ISA tu pakai kopiah, pakai serban, kaki masjid. Takkan mereka tak pernah belajar  yang kita mesti sayang kat semua nabi termasuk ISA. Daddy yang pergi masjid sekali seminggu pun tahu sayangkan ISA. Kan daddy."

Kali ini Rais terkulat-kulat macam amah terkantoi memukul anak majikan.

"Daddy...."

"Ye along..."

"Kenapa semua orang bencikan along? Daddy pun bencikan along"

"Eh! Siapa kata?"

"Tu dalam TV, surat khabar, radio. Semua kata along jahat. Cikgu pun kata along jahat, along gangster. Along cekik darah. Along suka lempar cat kat rumah orang. Along tak pernah buat begitu daddy."

"Err..."

Rais mencapai cellphonenya,

"Hello.... Bahagian penyiaran...Cepat!...."

13 comments:

  1. haha..

    along, along..
    nasib baik along perempuan kan?
    kalau along adalah 'abang long'
    tentu babit sekali KL ganster ngan Pekida
    mesti along sebut punya la hehe..

    tapi along mesti ingat..
    budak2 semua suka along..
    diorang selalu panggil dan nyanyi nama along

    "a-l-o-n-g along...! 3X"

    cikli,
    bab bendera 'kelantan' tu..
    salsabila kan yang pernah tanya dulu
    kenapa ada bendera 'kelantan' dkt terengganu
    kan, kan, kan?

    :)

    ReplyDelete
  2. wah... kesian kat along tu.. menarik lah citer ni! well done :)

    ReplyDelete
  3. aduh..perit bro bila anak lebih straight dengan apa yang difikirkan dan dibualkan oleh orang dewasa..

    ReplyDelete
  4. cikli,

    http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/06/keputusan-peraduan-cerpen-kisah-klasik.html

    ReplyDelete
  5. ha.ha.ha....lm kelakar ada msg trselit.

    ReplyDelete
  6. bila jambatan sudah di bakar baju tak boleh di cuci katak hanya main di gigi air

    ReplyDelete
  7. hahaha kesian along....panggil kak je la pasni...

    pikiran ke depan betol..bagus bagus

    ReplyDelete
  8. HEhehe...terhibur didlm sindiran....

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...