Bekas boss saya di sebuah syarikat pembinaan pernah memberitahu,
“Dalam bab rasuah, orang kerja kerajaan yang paling untung”, terkejut saya, biar betul boss aku ni, sebab dia pun bekas pegawai kerajaan.
“Apa maksud boss?’ Tanya saya.
“Kita di sektor swasta, kita boleh tak terima apa-apa tawaran rasuah. Dan jangan sesekali meminta rasuah. Tapi….”, dia berhenti seketika dan terus meneguk sebotol livita.
Saya diam, menunggu jawapan yang saya agak pasti menarik.
“Tapi kita di swasta kalau orang minta macam mana? Tak nak bagi? Tender tak dapat? Claim lambat? Banyak Hanky panky itu ini begitu begini….. Nanti pihak atasan salahkan kita, nak jadi warak konon. Payah Li”, terangnya semacam kesal.
“Jadi sebab itulah boss kata kerja kerajaan untung, sebab kita nak tak nak mesti bagi?” Tanya saya semacam budak prasekolah aje.
“ BUKAN…. Bukan begitu Li. Kakitangan kerajaan untung kerana boleh bebas rasuah, 100% bebas!”, boss saya menjawab.
Amat menarik ni. Lantas saya pun membuka sebotol livita sambil menunggu jawapan seterusnya.
“Jangan terima dan jangan minta! Itu saja”, Hujah boss menutup kes.
Wow! Saya akui kebenarannya dan saya cadangkan slogan ini digunakan oleh jabatan-jabatan kerajaan.
TIDAK MINTA, TIDAK TERIMA
Mengapa rasuah merajalela? Mengapa jenayah seperti rompak,samun, bunuh,zina dan lain-lain lagi makin berleluasa? Kembalilah kepada hukum Allah. Martabatkan Hukum Allah.
ReplyDelete95% gorvemen servent terima rasuah.... kerajaan saja pejam mata sebab merekapun mengamalkanya... saya kakitangan swasta yg berurusan 100% with them, know la....
ReplyDeleteanon,
ReplyDeletestatement anda hanya mengesahkan satu perkara...anda pun terlibat rasuah! :(
sorry maaf zahir batin.