Wednesday, August 6, 2008

Tapisan

Setiap masa kita ditapis, sama ada kita sedar atau tidak. Decision yang kita buat menggambarkan bagaimana kita melepasi sesuatu tapisan. Lulus atau tidak.

Dalam sejarah Islam, umat Islam beberapa kali ditapis oleh Allah S.W.T. Pemeluk Islam asalnya adalah golongan yang telah melepasi satu tahap tapisan daripada sekelian penyembah berhala semasa jahiliyah.

Kemudian sampai peristiwa Isra’ Mikraj yang menapis golongan yang masih ragu-ragu dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa Pertukaran Kiblat juga menapis sebahagian umat Islam dimasa itu. Peristiwa perang Badar, pengharaman minum arak, kefardhuan menunaikan zakat, perjanjian Hudaibiyah, malah kewafatan Rasulullah S.A.W sendiri adalah siri tapisan yang Allah turunkan kepada umat Islam.

Sehinggalah sekarang kita tidak sunyi daripada tapisan. Dalam pasukan yang tidak memperjuangkan Islam pun ada tapisan yang menyaksikan mereka berpecah belah dan tuduh menuduh. Apatah lagi pasukan yang menjadikan Islam sebagai pakaian harian yang sudah pastinya syaitan dan iblis tidak akan melepaskan mereka bersedap-sedapan begitu sahaja.

Bagi saya apa yang berlaku sekarang dalam politik semasa adalah sebahagian tapisan bukan saja untuk pendokong bawahan tetapi juga untuk pentadbir atasan pasukan.

Semoga kita semua berjaya melepasi kertas turas dan terkumpul dalam wadah yang lebih besar dan lebih kuat.

2 comments:

  1. Minum air tebu perlu napis halus baru tak tersedak. manisnyapun serata. Apatah lagi keimanan.

    Bekas Siak...

    ReplyDelete
  2. Orang tak lepas tapisan nilainya seperti hampas tebu. Ke tong sampah akhirnya.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...