Dari Sabah, singgah di Putrajaya, terus ke Kelantan. Boleh dikira dengan jari kenderaan dan premis yang mengibarkan jalur gemilang. Orang kita dah tak patriotik? Silent protest? Orang marah big brother G? Tak dak duit nak beli bendera? Marah barang naik? Tunggu stesen minyak Petronas bagi bendera? Kita rasa belum merdeka?
Tak. Tak. tak. Tak. That's the sign of maturity.
Sayapun dari dulu tak pernah pamer jalur gemilang pada kenderaan. Tambah-tambah kibar hanya pada bulan Ogos. Kalau nak tunjuk erti kemerdekaan, kita patut kibar bendera di bulan Ramadhan. Sebab kita merdeka dari setan dan iblis pada bulan Ramadhan (tak lama dah nak posa ni).
Kalau nak tunjuk patriotik, kita kena tunjuk sepanjang masa. Bukan sebulan je. Kibar bendera, tapi bila polis tahan hulur RM50. Patriotik apa ini? Kibar bendera serata ceruk rumah dan kenderaan, tapi peruntukan rakyat dikebas, tender ditipu, timbangan ditipu, pecah masuk ar-Rahn, tak respect orang tua, curi rambutan, salahguna kuasa, tak bertolak ansur, sabotaj baja subsidi, memutar belit kenyataan orang, putar belit media, salahguna media, tahan orang tanpa alasan, pedajal orang, derhaka ibubapa, tak hormat isteri/suami dan anak-anak, menghina ulama, tak hormat pemimpin....
Patriotik apa ni?
Bagi saya cukuplah kita menunjukkan patriotism dengan menolak rasuah. Tak ambil dan tak minta rasuah. Tak mencuri, tak menipu, tak berzina, tak minum arak, tak berjudi. Juga menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pekerja dan rakyat dan hamba kepada Yang Maha Esa.
Mendirikan solat adalah kemuncak patriotism kerana solat itu tiang agama. Rosak agama, rosak umat. Rosak umat, rosak negara. Rosak negara, apa erti merdeka?
Allahuakbar
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai.