Wednesday, September 3, 2008

Siapa Kata I.S.A. Zalim?





Semasa di bilik hotel di Tawau pada malam 26/08/08, saya menonton TV1 untuk mengetahui perkembangan di bumi Permatang Pauh. Terlihatlah pula saya program Diari Pasung di RTM1. Menceritakan tentang tahanan I.S.A.

Dinyatakan tahanan I.S.A. tidak pernah dizalimi, warden-warden semua baik. Ini di akui seorang tahanan yang bahagian matanya dikaburkan. Kalau tunjuk clear pun, sah saya tak kenal tahanan ini.

Dinyatakan juga mereka makan cukup, diet mereka seimbang dan lazat berzat. Ada 6 menu dalam sehari.

Jadi saya bayangkan begini.

Pagi:
Nasi lemak, karipap, teh atau nescafe

10.00 am:
Tepung pelita, kopi

12.00 tgh:
Nasi beriani, kurma daging, ayam masak merah, tauge, sirap

3.00 pm:
Akok, teh tarik

6.00 pm:
Nasi putih, gulai tempoyak, ikan masin, kopi-o atau teh-o

10.00 pm:
Roti planta, milo

Saya bayangkan pula menu di rumah untuk isteri dan anak-anak yang ditinggalkan oleh tahanan I.S.A. (bukan semua ye). Of course tak termasuk keluarga YB Dato' Brehim Ali yang diinterbiu dalam rancangan tu kerana dia ada harta.


Pagi:
Nasi goreng kosong, teh-o

10.00 am:
Tiada

12.00 tgh:
Nasi putih, telor, kangkung tanam sendiri, air masak

3.00 pm:
Jambu butir banyak belakang rumah

6.00 pm:
Nasi putih, ikan kering goreng, air masak

10.0 pm:
Tiada

Perlukah aku bercakap dan berdiskas dengan rumput yang bergoyang? Atau cukup dengan YB Dato' Brehim yang bersyukur kerana ditahan I.S.A. yang menjadikan jatidirinya meningkat selepas keluar dari kem itu yang menjadi inspirasinya.



2 comments:

  1. Bayangkan pula Hukum Hudud, bila hendak sabitkan orang mencuri mesti ada saksi yang adil. Matlamatnya pula hendak menginsafkan orang-orang yang ramai. Bila si pesalah dihukum maka di akhirat dah terlepas. Mana yang adil?

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan
    masalahnya manusia ramai menyangka hukum mereka lebih hebat, lebih modern, meta zaman

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...