Friday, September 19, 2008

Check Semula Fakta Sejarah


Dalam Harakah keluaran 5-7 Ramadhan (Bil. 1372), Abang Mat Sabu ada menyatakan tentang keperluan penulisan semula sejarah kemerdekaan. Saya setuju, tapi lebih kepada semak semula fakta saja, bukan tulis semula.

Tapi yang lebih besar bagi saya adalah penyelewengan sejarah Kalifah ar-Rasyidin ke 3 Sayyidina Uthman ibnu Affan R.A. Ini perlu diperbetulkan melebihi daripada keperluan untuk membetulkan sejarah Ahmad Boestaman, Abu Bakar al-Bakir, Mat Kilau dan Burhanuddin al-Helmy.

Dalam buku Kursus Komprehensif Fajar Bakti bertajuk TAMADUN DUNIA, Edisi ke 2, cetakan ke 3 tahun 2003. ISBN 967 65 5512 6, karangan Sivachendralingam Sundara Raja dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Ayudurai Letchumanan dari Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor.

Dalam Bab 2, Pemerintahan dan Pentadbiran. Sub-topik 2.6 Bentuk Pemerintahan- Pemerintahan Khalifah & Beraja Arab. Muka surat 199. Bunyinya begini,


"Pemerintahan berlandaskan prinsip Islam yang diasaskan oleh Nabi diikuti oleh pengganti-pengganti Baginda. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, pemerintahan berasaskan kepada undang-undang syariah. Khalifah memainkan peranan sebagai pemerintah dan penaung agama Islam. Kecuali Khalifah Uthman bin Affan, khalifah-khalifah lain menjalankan pemerintahan berasaskan prinsip-prinsip Islam. Khalifah Uthman bin Affan menjalankan pentadbiran yang tidak adil. Semasa pemerintahan belaiu, amalan nepotisme meluas. Penduduk-penduduk Arab dibenarkan menduduki jajahan-jajahan takluk dan membolot kekayaan dari kawasan-kawasan takluk. Keadaan sedemikian menimbulkan rasa tidak puas hati dan tercetus pemberontakan"


Berat macam manapun tuduhan ini, tak dapat menarik balik syurga yang telah pun dijanjikan kepada kononnya pengamal nepotisme ini!

Buku ini disifatkan sebagai buku yang paling berwibawa mengenai subjek tamadun dunia yang pernah diterbitkan dalam Bahasa Malaysia oleh Prof. Khoo Kay Kim dan menjadi bacaan penting untuk pelajar tingkatan enam.


Siapa boleh tolong betulkan? Angkat tangan.

.

9 comments:

  1. bakpo bagi pada non-muslim utk karang buku pasal kerajaan Islam nih....teruk tuh

    ReplyDelete
  2. zulk, itu buku Tamadun Dunia, tajuk pasal kerajaan Islam ni sikit je dalam tu tapi amat melukakan dan menggambarkan penulis buku tak cukup buat research. saya tak maksudkan prejudis atau mala fide!

    cumanya bila buku tu jadi bahan bacaan form six, students kena terima fakta tu walaupun sohih menyimpang.

    ReplyDelete
  3. Mana tak, yang tulis tentang kerajaan Islam tu orang yang bukan ahli atau yang pakar dalam sejarah Islam. Dan yang bagi komen tu pun orang yang bukan ahlinya.

    ReplyDelete
  4. uthman lain kot? othman? osman? usman? anak dio? ramai betol kat msia hok perangai supo buku teks tu. masa blaja mulo xdok pulok maklumat gini. Macamana buku teks bleh lepas mudah2. xdok ilmuan agama proof read ke?

    ReplyDelete
  5. adik hakim, bonda...

    uthman tu salah seorang khulafa ar-rasyidin al mahdiyyin. itu yang kita terguris.

    harap2 sapa2 yang berautoriti boleh betulkan.

    ambo baca ni tahun 2005, sekarang tak tahulah kot2 dah dibetulkan. harap2lah.

    ReplyDelete
  6. sangat mengejutkan bagi seorang yang ahli dalam sejarah dan sangat dihormati dalam bidangnya

    ReplyDelete
  7. Akibatnya lahirlah "ilmuan2 agama moden" yg tidak ada segan silu dan tembok penghadang memperleceh para sahabat. Bila para sahabat langsung diperleceh, siapalah para alim ulama' pada pandangan mereka? Berapakah nilai "ijtihad" ulama' terdahulu?

    ReplyDelete
  8. in my country, we put them in jail and finished them....

    ReplyDelete
  9. anonymous,

    finished by bonga-bonga?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...