Thursday, December 30, 2010

Felda Bapak Aku Yang Punya (Kalau lah...)



Kalau Felda bapak aku yang punya, mestilah aku yang jadi Pengerusinya.


Apa???


Kau pun nak join sama?


Ok...Ok... Sekarang kau jadi Pengerusi Felda ....


Aku jadi Penasihat Felda.


Amacam.... Ok la tu. Mana boleh aku nak bersara macam tu aje. Khidmat aku masih dibutuhkan Felda. Jadi apa-apa nanti kat Felda siapa nak bertanggungjawab? Aku pun masih nak berbakti kepada Tanah air. Mana aku boleh berhenti macam tu aje. Nanti warga Felda berdemonstrasi pulak minta aku dikekalkan. Ok la aku jadi Penasihat Felda.

Cehh..... Tak guna!


Mangkuk tu pun nak join juga ke??


Takpa...Tak pa... Bisa diatur.... Kita bincang adik-beradik.


Sekarang.... Macam ni...


Biar mangkuk ayun tu jadi Pengerusi Felda.


Kau sekarang naik taraf jadi Penasihat Felda.


Aku??


Mana boleh aku bersara macam tu aje.... Perjuangan aku belum selesai. Kan aku dah bilang tadi warga Felda perlukan aku. I was born with kelapa sawit in my hand. Even my middle name is Kelapa Sawit bro...


Sekarang jawatan aku adalah Mursyidul Am Felda...
.
.
**Gambar sekadar hiasan. Diambil dari blog yang telah aku lupa pulak namanya. Harap diizinkan.

Tuesday, December 28, 2010

Lain Disuruh, Lain Dibuat


Setahu aku cara nak fasih Bahasa Inggeris, tak boleh tidak kenalah bercakap, berinteraksi, berkomunikasi dalam bahasa itu. Kalau setakat cakap dalam hati, tak jadi. Lain yang akan keluar dari mulut, tergagap-gagap pulak tu. Otak cakap lain, mulut cakap lain.

Dulu pada 1990, selepas result SPM keluar, aku pernah mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris selama 3 bulan di Kolej Negeri, Negeri Sembilan.

Suatu hari, Mrs Kuladeva memberikan tugasan. Pelajar-pelajar di dalam kelas dibahagikan kepada 4 orang sekumpulan dan diminta melakonkan situasi ini....

“Anda bertiga sedang berada di atas sebuah keretapi. Datang seorang pemeriksa tiket. Sedangkan anda ketiga-tiga naik percuma, tak beli tiket... Ha...lakonkan. Pasti banyak komunikasi yang terjadi”.

Sebelum tu, kami diberikan masa berbincang. Setelah berbrain storming, aku memberikan cadangan. “ Bro...kita buat macam ni...”

Satu demi satu kumpulan melakonkan situasi tersebut dengan berbagai-bagai dialog yang sememangnya begitu tipikal. Sampailah giliran kami berempat, aku, Sedi, Halim & Ambrose.

Action...

“Ticket sir....ticket....” Halim, budak Kedah bekas pelajar SM Sultan Abdul Halim yang agak terer speaking diberikan tugas sebagai pemeriksa tiket.

“Show me your ticket, please, sir...” Halim bertanyakan kepada Sedi. Sedi rakan sekolah aku sejak di MRSMKB dahulu.

MMmmm.....Mmmmmm....Mmmmm...... Sedi berlagak bisu dan membuat aksi tangan. Bahasa isyarat apa, aku pun tak faham.

“Ticket, sir,” Halim beralih kepada aku.

Aaaaa....Aaaa....... Aaaa........ Sambil meletakkan tangan di telinga, aku pula berlagak macam orang pekak.

“Ticket, sir,” akhirnya Halim beralih pula kepada Ambrose.

Ambrose meraba-raba. Jadi buta lah pulak dia..... Tapi orang buta boleh dengar dan boleh bercakap. Sambil tangannya teraba-raba, Ambrose budak Sarawak ini bercakaplah jugak sepatah-dua.

Budak-budak lain pecah perut. Mrs Kuladeva pun tergelak, tetapi dia amat tidak berpuas hati.

“I want you to speak, to converse... Not to show your talent in acting..... Ramli, you have to do this again, here’s the dialogue,” Mrs Kuladeva menyerahkan kertas dialog kepada aku. Padan muka aku kena buat semula.

Tetapi kali ini, pasangan dialogku adalah Siti Afiza @ Piza. Budak comel-lote kiut-miut kecil-molek hitam-manis yang sememangnya menjadi pojaan hatikuuu..... (Tiada siapa yang tahu!).

Friday, December 24, 2010

Brahim Ali Berfikiran Macam Budak Kecik


Hari ini jiran sebelah rumah di kampung menjamu nasi tengahari sempena suatu kesyukuran. Tengah sedap mencicah rebung rebus dengan budu terdengar Pakcik di sebelah membuka suara.


"Sedap Breheng Ali pukul Tok Guru kita kelmarin...."


Kelmarin khabarnya Breheng Ali memberi duit RM100 kepada kira-kira 500 murid di Pasir Mas. Jadi sebelum dapat RM100, kenalah ibu bapa murid menahan telinga dulu mendengar ong! ong! ong! Breheng Ali. dan Breheng Ali memilih untuk mengata dan mengutuk Tok Guru Nik Aziz dalam ong! Ong! nya.


"Dia kata, padanlah... 20 tahun dah jadi MB. Berhentilah.... Rakyat Kelantan dah benci belaka dah," Pakcik itu memberitahu sambil mulutnya pasti sedang merasai nikmat manis rebung buluh rebus.


"Tak sedar diri betul...Siapa dia nak kata begitu. Dia tu yang orang benci... Menang dulu pun tiket orang bagi, nak suruh orang berhenti pula...." Ada seorang tetamu lain meluahkan pendapat.


Memang Breheng Ali yang sepatutnya berhenti kerana lembut hati Tok Guru Nik Aziz lah yang memberikan tiket PAS kepadanya dalam PRU12 yang lalu sehingga dia mampu membising memanggil hujan dalam Parlimen sekarang.


Pemikiran Breheng masih tidak mumaiyiz, macam budak 3 tahun. Dulu aku ada membeli baju uniform askar untuk Salsa. Suatu hari, Salsa melihat seorang askar beruniform menaiki motorsikal. Salsa lantas berkata kepadaku,


"Abah, baju pakcik tu macam baju kakak".


Aku tergelak kerana sebenarnya baju Salsa lah yang macam baju askar itu.

Wednesday, December 22, 2010

Apo Nak Dikato ...


Kelmarin pagi aku tengok 2-3 orang rakan ofisku kalut-ribut.


Kenapa? Kutanya.


"Ada interview kompetensi hari ni, tapi skema soalan dan jawapan tak jumpa. Entah di mana disimpan".


Hati aku berkata lantaklah, tetapi mulutku sempat berkata," tanya je diorang apa-apa yang patut... "



Hari ini pagi, ada lagi orang nampak lebih kalut-ribut.


Kenapa?


"Ada interview, tetapi penemuduga tiada!"


Memanglah hati aku nak cakap lantaklah, tetapi tak boleh sebab akulah yang terpaksa jadi bidan terjun hari ini.


Hmmm.... Azam 1Ofis nak improve sempena tahun baru Hijrah 1432 nampaknya kenalah diperbaharui pada 1 Januari 2011 nanti.

Monday, December 20, 2010

Pokok Orkid Pun Dah Jadi Macam Manusia



Jangan tanya Chua Soi Lek, tanya Karam Singh Walia.

Sunday, December 19, 2010

Terkenang Penceramah Pas


Suatu malam di era reformasi, sedang seorang penceramah tersohor Pas tengah sedap berceloteh, tiba-tiba beliau berhenti berucap. Tangannya mengeluarkan sehelai kertas dari poket bajunya. Lalu beliau membaca. Seolah-olah membuat pengumuman,


"Perhatian....DRM 74...... DRM 74.... Sila undur... Beri laluan....Anda menghalang laluan"


Semua hadirin gelak apabila menyedari yang pengumuman itu dibuat-buat sebagai sindiran beliau kepada Doktor Mahathir yang masih mahu berkejap bagai pelepah pisang sebagai PM.


Hari ini, penceramah dan juga bekas YB yang dikasihi Tok Guru Nik Aziz ini telah tiada. Beliau telah kembali ke rahmatullah dengan istiqamah untuk menegakkan hukum Allah. Alfatihah untuknya.


Aku terkenangkan ustaz ini kerana sehari-dua ini ada cerita yang belum sohih dari Borneo yang membuatkan aku tiba-tiba teringin membuat pengumuman,


"Perhatian....KM 74...... KM 74.... Masuuukkkk....."

Saturday, December 18, 2010

Dengar Sini YB, YB, YB, YB...

Kepada semua YB, Parlimen dan ADUN, Jantan dan Betina,
.

Selagi orang hormat YB, belajarlah cara nak menghargai hormat itu.





Setakat ini orang masih mentafsirkan B dalam title YB tu sebagai Berhormat.





Masih banyak lagi perkataan yang bermula daripada huruf B yang mungkin akan dinisbahkan kepada YB jika YB-YB semua masih nak menegakkan ketuanan rasuah.





Di sini aku cuba ingatkan YB perkataan-perkataan yang bermula dengan B.





Budak-Budak


Bodoh


Bengong


Bangang


Barua


Bastards


Beruk


Biul


Biawak


Benjamin Netanyahu


Bunyamin S


B****


Babi


Binatang


Bendul


Bongok


Bongek


Busuk Hati



Bacul

Boleh Blah

.......
......
.......Bla bla bla

Thursday, December 16, 2010

Anak Yang Mengechewakan Bapak

Kalau bapak kita namakan kita 'Pandikar', tentunya dia berhajat supaya kita jadi berani, kuat, hero, anti rasuah dan suka menolong orang, bukan menyusahkan rakyat.
Kalau bapak kita namakan kita 'Amin', tentunya dia mahukan kita jadi orang seperti Rasulullah S.A.W. yang digelar Al-Amin. Tidak pernah menipu atau senget sebelah dalam membuat perhitungan.
Kalau bapak kita namakan kita 'Mulia', jelaslah dia tak mahu kita bila tua nanti jadi bengong.
Kalau bapak kita yang azankan kita namakan kita dengan ketiga-tiga nama di atas, tentunya dia tak mahu kita jadi barua!
Tuan-tuan, jangan kechewakan bapak-bapak kita. Berfikirlah!

Wednesday, December 15, 2010

Buku Bertemu Ruas


Suatu hari yang indah, aku ditugaskan untuk berceloteh berkenaan amalan kerja yang baik untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan di alam fana ini kepada sekumpulan kakitangan suatu organisasi.


Diakhir sessi, aku membuka ruang untuk persoalan.


Salah satu soalan datangnya daripada seorang bro yang duduk di belakang sekali. Dengan nada dan gaya loyar (buruk) dia bersoalan,


"Encik, macam mana dengan orang kita yang kena ketik (gigit) peringat (tebuan).... Apa kesannya pada kita," soalannya disusuli gelak rakan-rakan sekeliling. Aku bukannya pakar gigitan serangga.


"Kalau kena ketik peringat, cumur (sapu) sahaja dengan air kencing," jawab aku dengan diiringi oleh gelak yang lebih kuat terutama oleh bro si penanya. Tapi sebenarnya, itulah petua orang tua-tua yang aku telah dengar dan telah amalkan.


"Taik idung pun orang sapu juga," aku menambah bila ketawa sudah reda. Dan ketawa itu bermula semula.


Aku bukan nak cakap besar. Sebenarnya dalam bab-bab loyar buruk ni aku tak heran sangat. Sebab itulah aku tak pernah kagum dengan hujah Zulkulim, Zahrain, Brahim Ali, Bung Mokhtar, Samy Vellu, Wee Choo Keong, Shafei Afdal.... Kalau sorang sama sorang, kat kedai kopi, tak aci guna kuasa, aku lipat senang-senang je kalau berhujah bodoh tanpa fakta macam mereka tu.

Saturday, December 11, 2010

Orang Kelantan Samseng ?


(Back due to popular demand.....haha perasan. Special request from Puteri)

Suatu ketika diawal 90-an.

Sekumpulan anak muda bergaya rock sedang melintasi abang saya yang sedang membeli nasi lemak pada suatu pagi di Kuala Lumpur.

“Budak-budak Kelantan tu….samseng, tak beradap…”, beritahu Makcik Nasi Lemak tanpa dipinta oleh sesiapa. Menjuih-juih mulutnya.

“Sayapun orang Kelantan jugak Makcik”, abang saya bersuara.

Makcik Nasi Lemak terkedu. Diam seketika, tapi tangannya lincah bekerja.

“Tak semua orang Kelantan kurang ajar nak….”, kendur saja suara Makcik Nasi Lemak seperti menyesali diri.

Generalization. Orang kita selalu sangat buat kesimpulan melulu tentang sesuatu.

Kalau ada pegawai polis ditangkap rasuah, habis satu Malaysia polis dikatakan taik rasuah.
Disebabkan seorang-dua kakitangan kerajaan yang suka melepak di kaunter, habis 1.2 juta kakitangan kerajaan dilabel tiada kerja!
Dek kerana sesetengah puak dalam SPRM buat pendakwaan terpilih, habis sepasukan SPRM yang sedang bergaya dengan topi baru dikatakan barua BN.
Bila orang besar SPR buat kenyataan bodoh yang terang-terangan menguntungkan Umno-BN, habis semua orang yang bekerja dengan SPR dikatakan otak berada di kepala lutut.
Bila ada atlit Malaysia dikenakan tindakan disiplin, habis satu kontinjen dituduh kaki masalah.
Bila ada bekas sponsored student yang tak bayar loan walaupun dah berjaya dan kaya raya, habis yang lain dicop sebagai kacang menglembu lupakan kulit.
Bila ada menteri buat kenyataan tak cerdik di Parlimen, habis satu jemaah menteri dimasukkan ke dalam cabinet besi dan dicop bodoh!
Bila Bung Mokhtar Radin berlagak tunjuk pandai dalam Parlimen, hampir-hampir habis orang Sabah dilabelkan bengong tak bertempat.
Bila ada Adun PKR meloncat-lacur, satu parti termasuk DS Anwar dikatakan tak boleh pakai.
Bila Karpal tiba-tiba menggila nak saman Sultan, habis satu pakatan rakyat ditohmah penderhaka!

Entahlah…. mungkin sudah menjadi budaya kita untuk membuat generalization.

Orang Trengganu sombong, payah nak ajak orang bertandang ke rumah.
Orang Perempuan Negeri Sembilan suka queen control.
Orang Sarawak anti Semenanjung, ingat orang Semenanjung nak rampas hak-hak mereka.
Orang Perempuan Kelantan suka bomohkan suami.
Jangan kahwin perempuan Sabah, nanti tak balik Semenanjung (rasa-rasa je ada atas dahi!),
Orang Perak suka santau-menyantau.
Orang Melaka cakap lepas tak reti jaga hati orang.

Ada juga generalization yang positif.

Orang Kelantan pandai agama, kuat agama. Sebab tu Pas menang.
Awek Kelate terutama Pasir Mas comel-comel.
Wanita Negeri Sembilan pandai mengurus. Pandai jaga (control?) suami.
Orang Perlis pengamal sunnah tak main bidaah.
Kerabat Perak bijak pandai dan perihatin.
Kerabat Pahang bijak bersukan.
Kerabat Trengganu hormat alim ulamak.
Kerabat Negeri Sembilan pandai berniaga.
Orang Cina rajin dan pandai berniaga.
Orang India pandai berpersatuan dan ada tokoh jadi lawyer.
Orang Melayu penuh sopan dan suka ke low yatt.

Semuanya terpulang kepada kita. Mau positif atau negatif.

Suatu pagi di kaunter Malaysia Airlines, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semasa menempah tiket, saya terdengar dialog ini,

“Orang Kelantan pandai berniaga”, kata seseorang.

“Politik pun pandai”, tambah seseorang.

“Tak boleh dibeli”, tambah lagi seseorang.

“Kalau nak belajar politik, datang ke Kelantan”’, seseorang lagi semacam membuat kesimpulan.

Saya diam saja (tanda setuju?). Inipun generalization, tapi indah bah.
.
***Ini entry lama yang dihidupkan semula. Jadi generalization yang telah digeneralize tu, anda nilailah semula dengan batu geliga masing-masing.

Friday, December 10, 2010

Menceriakan Anak-Anak di Zoo Kemaman


Anak-anak teruja untuk melihat binatang. Tetapi Salsa semacam tak berminat je. Kenalah aku mencari jalan untuk menceriakan suasana hutan ini.


Kami nampak burung botak yang moyok yang menyewa bersama anak kambing.

"Wahai burung botak, kenapa engkau nampak moyok dan bersedih?" Aku bertanya ala-ala lakonan di atas pentas teater.
"Kerana aku tak lulus SPM," jawab burung botak. Diikuti hilai tawa anak-anak. Ketawa Salsa yang paling tinggi decibelnya.

"Mengapa kandang beruang ada mozek, kandang binatang lain tak ada pun..." Aku bertanya anak-anak.
"Sebab dia sejuk," jawab Yong.
Yang lain terdiam, tiada jawapan.
"Sebab dia ber wang," aku memberi jawapan.
Masing-masing belum faham kecuali Yong.
"Sebab dia berwang, berduit, jadi dia boleh beli mozek dan upah orang pasang..." Aku mendetailkan jawapan.

Ha ha ha....
Asalkan Salsa ceria, cukuplah buat abah...

Thursday, December 9, 2010

Sand Castling Competition @ Pantai Kemasik

Pada suatu petang yang nyaman.


Para peserta sedang sibuk menggarap idea dan bakat masing-masing.













Markah kumpulan Kakak & Cik Su,

Abah : 95
Mama : 98













Markah kumpulan Yong, Mak Adik & Talhah, Abah : 98, Mama: 95

Pakar matematik sedang mengira markah.
"Kenapa markahnya sama abah?" Tanya Kakak.
"Seri," jawab Abah.
Acara sampingan.
Negeri Terengganu memang cantik,
Negeri cantik, budaya menarik,
Elok dijaga dan ditadbir baik,
Jangan dibiarkan kepada Mat Said.
Peserta yang berpuas hati dan happy.

Monday, December 6, 2010

Kepala Paip Kau SYABAS !




1. Replika kepala paip ini betul-betul menggambarkan apa yang SYABAS buat sekarang. Batang paipnya tiada, air masuk tangki. Kalau mengikut maklumat, harta kerajaan Selangor 10 bilion lebih SYABAS gunakan sekarang. Free pulak tu.
2. Kat sebelah tu perumahan marhaen miskin. Di situlah air dijual. Rakyat itulah yang berdemo mahu air yang murah. Hasilnya diberi air dan asap percuma oleh FRU. Ada yang ditangkap.
3. Bila time pilihanraya, rumah flet kotor inilah yang dinaiki hari-hari oleh bapak menteri dan kepala bapak menteri. Kalau tak percaya, cuba wakil rakyat kawasan ni letak jawatan, atau mati.

Sunday, December 5, 2010

Beza Islam & Sekular



Cermin kereta aku retak terkena batu yang melantun dari sebuah lori semasa memandu. Lama-kelamaan retak yang kecil itu semakin merebak, apalagi dengan iklim khatulistiwa yang dialami oleh kawasan Chendering ini.

“Hang tak claim insuran ke?” Tanya kawanku.

“Cermin aku tak insure la...” Jawab aku macam menyesal.

“Kau tunggu je insuran tamat, bila renew nanti, kau masukkan cermin. Lepas tu hang claim la,” cadang seorang lagi kawanku berlagak Einstein.

“Tak nak lah aku buat lagu tu....” Aku menjawab.

Si Einstein memandangku dengan mulut ternganga. Sebelum dia sempat berkata apa-apa, aku menyambung.

“Ni lah bezanya Pas dan Umno gu.....”

Terpaksalah dia setuju.

Friday, December 3, 2010

Air Tawar


Dulu masa di Sabah, pernah aku pergi jumpa seorang ustaz untuk minta air tawar bagi penerang hati anak. Anak asyik meragam dan sering meruja kesabaran aku ke tahap yang agak gaban. Jadi salah satu usaha, pergilah minta air tawar dengan ustaz tersohor ini.


Ustaz ini ada sebuah pusat rawatan di Likas disamping menjual barang-barang keperluan yang lain.


"Keras budak ni," kata si ustaz apabila anak aku sudah berada di depannya.


Ustaz membaca ayat-ayat al-Quran. Di depannya ada sebotol air mineral besar yang telah aku beli siap-siap.


"Kena datang lagi 14 kali," kata ustaz, sambil menutup botol air mineral.


14 kali ?


Aku nak air tawar sahaja, bukan nak mengubati anak aku. Cukuplah sekali ini!


Sesekali aku pergi juga ke kedainya, bukan untuk berubat tetapi untuk beli ayam. Murah sikit harga ayam di kedai ustaz ini daripada tempat lain di sekitar Kota Kinabalu. RM8.50 sekilo.

Thursday, December 2, 2010

Program Cuti Sekolah Untuk ADUN-ADUN Perak


SEKADAR CADANGAN.


Setiap kali DUN Perak bersidang, mesti yang dilaporkan adalah perkekahan yang tak habis-habis. Bersidang sehari, mereka berkekah sehari. Bersidang 2 hari, mereka berkekah 2 hari. Bersidang 3 hari, mereka berkekah 3 hari.


Jadi eloklah musim cuti sekolah ni, kita anjurkan majlis berkhatan beramai-ramai untuk ADUN-ADUN Perak yang masih bersikap tidak sempurna akal dalam Dewan. Melayu, Cina, India, Jantan, Betina tidak terkecuali, jika inilah cara yang boleh mematangkan mereka. Kalau dah bersunat, kita sunatkan sekali lagi kerana yang khatan dulu dikira failed!


Bagi yang dah matang dan bersikap sempurna akal dalam Dewan tak payah lah disunatkan lagi.


Jika cara ini berjaya, kita panjangkan cadangan ini ke Parlimen pulak. Amacam Noh, Bung, Mat Sri Gading, Zulkulim, Gobala, Abe Him ... Ada setuju ?


Monday, November 29, 2010

Cinta Buatan Malaysia


Melihat sepasang kekasih yang memilih buah-buahan di R&R Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, hatiku bertanya adakah benar cinta itu buta.


Tetapi cinta pada yang Esa tentunya cinta teragung.


Cinta pada Rasulnya adalah cinta abadi.


Cinta pada kedua ibu bapa adalah cinta mulia.


Cinta pada warga Nigeria yang datang ke sini atas visa pelajar, tidak pula aku tahu kelaskan dalam cinta mana. Adakah ianya cinta buta atau palsu? Atau semata-mata berorientasikan material dan nafsu?


Ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga bertemu jua.


Apalagi manusia yang berkaki, seorang di Malaysia, seorang di Afrika, di Kolej Swasta Malaysia bertemu jua.


Benarkah begitu?



Sunday, November 28, 2010

Pesanan Ikhlas


Jangan ralik.

Saturday, November 27, 2010

Wet Wet Wet Yet Dry



Bumi Chendering dibasahi hujan sedari tadi. Memang begitu kebelakangan ini dan sememangnya beginilah cuaca negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung pada penghujung setiap tahun seperti yang diajar di sekolah.


Suasana basah di luar alangkah baiknya jika begitu juga situasi dalam kepalaku. Sudah 2-3 hari aku memikirkan posting yang menarik untuk blog oren ini, tetapi segalanya kering.


Berbagai cara dan gaya telah aku lakukan dan jalani, tetapi hampa. Kucuba baring di katil untuk mencari idea, hasilnya aku terlena sampai ke subuh. Ku buat kopi kaw untuk mencairkan otak, hasilnya zulmat. Kupakai topeng superhero untuk menimbulkan semangat, buahnya hanya lawak. Apa lagi yang perlu ku cuba ?


Aku perlu jua untuk menghidupkan blog oren ini, agar ianya terus dinamik dan mengalir. Ibarat air dari perbukitan di Galas yang mengalir dan mengairi sehingga ke Pulau Kundor dekat PCB.


Walaupun kering idea, aku perlu mengadakan sesuatu seperti yang berlaku kepada seorang budak sekolah yang telah disuruh membuat ayat daripada perkataan ‘makan’ oleh gurunya. Oleh kerana kebanyakan murid lain telah membuat ayat-ayat mudah dengan perkataan ‘makan’, budak ini yang duduk di meja belakang sekali seakan tiada modal dan kehabisan ayat untuk membuat ayat dengan perkataan ‘makan’. Walaubagaimanapun, dia tetap berdiri dan terus berlagak macam monster.


“Makan budakkkk.......”

Tuesday, November 23, 2010

300K, Banyak Ke Sikit ?


Akhirnya ada pegawai Yayasan Selangor yang ditangkap berikutan budget Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu. Majlis itu dikatakan menelan belanja melebihi RM300K.


Aku bukan orang kaya. Dalam akaun jangankan RM300K, RM3K pun tak boleh maintain melebihi 2 minggu. Tetapi bagi aku RM300K untuk majlis sambutan ke-40 Yayasan Selangor adalah logik dan rasional.


Diberitakan, 200 orang VIP akan menghadiri majlis itu termasuk Sultan Selangor. Ditambah lagi dengan 2000 hadirin lain. Cuba kiralah, makanan sahaja berapa RM satu kepala. Kepala VIP lain, kepala bukan VIP lain. Kita yang dikira cikai dan bangsat ini pun, kalau makan buffet kat hotel, kena RM80 satu kepala. Budak yang gigi susunya belum kuning pun hotel sudah caj RM36 satu kepala.


Jadi cubalah anda congak.


Itu baru makan. Tempatnya, persiapannya, upah orang itu-ini, transport, kos itu-kos ini. Jadi apalah cerita RM300K ini ? Kalau Noh Omar yang arrange, atau Khir Toyo yang jadi caterer, entah berapa pula kos yang terlibat.


Sejak bila pula orang kita jadi begitu cermat sampai begini ?


Pernahkah kita melolong berapa kos yang dibelanjakan apabila PM baru atau MB baru nak masuk kediaman rasmi mereka.


Pernahkah kita histeria apabila Ng Yen Yen yang tua itu membelanjakan 1.28 hingga 1.58 juta RM untuk perjalanannya ke luar negara kerana katanya mempromosikan Malaysia antara Januari-Oktober tahun ini?


Pernahkah kita terkesima dengan kos yang kerajaan Idris Jusoh gunakan untuk servis proton Perdana?


Setidak-tidaknya pernahkah kita terkejut beruk dengan gaji CEO Syabas yang banyak membodohkan diri sendiri kebelakangan ini iaitu RM425,000.00 sebulan?


Harga cicak gecko pun khabarnya melebihi RM1,000,000.00 sekilo.....

Friday, November 19, 2010

From Kelate To Tenganu - Versi Manusia


“Abe, dale kereta kita ada tikus....” Beritahu isteriku apabila dia melihat kesan najis dan air kencing tikus di dalam kereta.

Bila masa pulak tikus masuk dalam kereta? Mesti melalui tingkap yang terbuka semasa aku parking di bawah teduhan pokok jambu senawar di rumah Mak ketika balik kampong Jumaat dan Sabtu lepas.

“Haru ni...”Keluhku. Ye lah, dibuatnya tikus tu main kat kaki semasa aku tengah memandu, mahu terlepas setering kereta dibuatnya.

“Apalah abe nih takut ke tikus,” komplen isteriku.

“Bukan takut, geli la... Kalau tak, awak tu dah jadi isteri doctor.....” Jawab aku mempertahankan diri. Jawapan sama apabila dia komplen apabila aku geli pada katak.

Malam itu juga aku ke kedai mencari sesuatu untuk menangkap tikus.

1. Aku beli getah pelekat. Di labelnya gerenti tikus akan terlekat apabila terkena padanya. Esoknya, umpan habis. Tikusnya tak kelihatan. “Umno betul,” gerutuku. Aku namakan si tikus Umno kerana kelicikan makhluk perosak ini.

2. Malam kedua, aku tambah getah pelekat. Umpan kepala ikan kat tengah. Esoknya. Umpan tak terjamah. Dah lari ke Umno ni?

3. Isteriku menyelongkar dan membersih setiap ceruk di dalam kereta. Tak kelihatan kelibat si Umno. Pintu kereta dibiarkan terbuka, biar si Umno lari sendiri.

4. Esoknya masih ada kesan air kencing dan najis si Umno. “Soilek betul Umno nih!” Aku semacam dah hilang sabar.

5. Aku akan ke Shah Alam, macam mana aku nak drive jauh dengan si tikus Umno berada dalam kereta..... Sesuatu mesti dilakukan.

6. Aku beli penyembur herba penghalau tikus. Buka pintu, sembur penyembur smart ini, biarkan pintu terbuka 4-5 jam. Harap-harap si Umno keluar dengan sendiri.

7. Dalam perjalanan ke Shah Alam, aku sempat membeli racun tikus. Ye lah mana tahu kot-kot si Umno masih dalam kereta.

8. Aku campur racun dengan roti, letak bawah seat. Nahas kau Umno, jika kau masih tak nak mengalah...

9. Esoknya, roti licin, bayang Umno tak Nampak. Huiii....Pisang betul la Umno nih. Licik betul. Panjang umur betul. Makan racun pun tak apa-apa... Hebat!

10. Malamnya aku cuba lagi. Aku ambil kek dari Hotel Uitm, campur racun. Racun aku masukkan kaw-kaw.

11. Paginya, kek hotel licin disapu....Bayang Umno masih tak kelihatan. Licik hang Umno no....

12. Aku drive balik ke Kuala Terengganu membawa Umno bersama dalam kereta. Beg pakaian aku dah robek poketnya di gomol Umno. Sesampai di KT aku membeli roti gardenia untuk menjamu si Umno. Aku buat sandwich dengan racun....

13. Esok...Sandwich ada kesan gigitan, tapi Umno masih entah di mana. Aku dah rasa hilang sabar dengan si Umno. Sarung kerusi pun dah ada kesan gigitan si Umno. Cilakak betul Umno nih.... Menyusahkan orang!

14. Balik dari ofis, aku beli perangkap tikus. Aku namakannya PRU13.

15. Aku letak umpan kepala ikan dalam PRU13. Letak dalam kereta.

16. Esoknya.....Akhirnya Umno tewas dengan PRU13.

17. Aku minta isteri aku buang si Umno jauh-jauh (Aku kan geli kat tikus). Kot-kot dia datang balik kat kereta yang telah menjadi comfort zone nya selama ini jika dibuang berdekatan rumah.

18. Si Umno dibuang di belukar dekat paya di Kampung Kubang Ikan.

Selamat menjalani kehidupan seekor tikus yang normal, si tikus. Jangan menjadi Umno dalam hidup orang lain lagi.

Siapa nak pinjam PRU13, untuk menangkap makhluk perosak, aku masih menyimpannya.

Tuesday, November 16, 2010

From Kelate To Tenganu - Versi Tikus


Seekor tikus kecil menyusuri akar-akar pokok bakau yang berselirat di Kg. Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu. Tidak lama sebelum dia ditegur oleh sekumpulan tikus yang lain.


"Mung dari mana ni? Dok rajjing nappok sebelung nih..." Tanya seekor tikus yang berlagak semacam ketua kumpulan tikus-tikus itu.


"Kawe dari Kelate, Kualo Kere," jawab tikus kecil dengan loghat pekat Kelantan.


"Mung biar betol. Jauh tu bro..." Sampuk seekor tikus yang lain.


"Betul bro. Kawe baru jah balik dari Kualo Lumpo kemaring dulu," beritahu tikus kecil lagi, jujur.


"Biar benar mung nih. Nok lebbong ke. Aku peteh kang," seekor tikus gedempol mula tunjuk garang.


"Betul. Kawe gi Shah Ale hari Selaso. Kawe lepak di Hotel Uitm. 3 male jugok kawe dok situ. Best jugak dapat make kat hotel. Hui, Uitm buleh kirro jugak tepat tu. Kalu ada rezeki sedak jugok ngajji sittu. Petang Jumaat kawe gi Bangi. Tidur semaleme. Hari Sabtu kawe balik," cerita tikus kecil bersungguh-sungguh.


"Ni cerito isra' mikraj ke gapo nih?" sampuk seekor tikus tua semacam lagak pengerusi JKKK yang hanya mendengar dari tadi.


"Betul bro. Ni pong kira nasib baik kawe masih panje umur. Kalau ikut sifir biasa, arwoh doh kawe nih," cerita tikus kecil lagi.


"Weh Mat Klate, kalu mung betol dari Kualo Kere, acu mung kabbor, sape ahli parlimeng sittu?" Tanya tikus yang berlagak macam ketua.


"Dr. Hatta Ramli bro... " Jawab tikus kecil.


"10 markah. Soalan kedua. Acu mung kabbor, tempat sohhor hok ada dekat Shah Alang?" Soal tikus itu lagi.


"Kawe napok masjid besar, Kubah macang Dome of the Rock dekat Palestin. Tapi warna biru. Besar sungguh. Comel, comel. Lepah tu kawe napok ada hotel tulis C.O.N.C.O.R.D. Mace namo kapal terbang jah. Dekat dio ado Plaza Masalam. Weh sittu ke tempat Teoh Beng Hock jatuh? Tinggi jugak plaza tuh. Lagi ada stadium macam di Gong Badok, tapi tak runtuh," jawab tikus kecil bersungguh-sungguh.


"10 markah lagi... Pah tu, bakpo mung mari sini pulok? Tepat laing kang comel lagi?" tikus itu semacam dah nak percaya dengan cerita tikus kecil.


"Gini ke orang (ekor?) Teganu? Ore maghi jale, baru sampai letih-letih buke nak sambut ke atau nak jamu apo-apo. Dok tanyo mace-mace. Hospitality gappo ni bro? Kata negeri cantik, budayo menarik..." Protes tikus kecil dengan suara kuat.


"OK la bro, jom minum dulu. Tapi kawe curious nih. Demo kato dari Kelatang. Demo nih Pas ke Umno?" Tanya tikus yang semacam pengerusi JKKK tadi.


"Kawe ni tikus Melayu...Umno la bro," jawab tikus kecil dengan senyuman ala-ala Tengku Razaleigh dibibir apabila menang di Galas baru-baru ini.


Mereka pun sama-sama minum sambil bercerita lagi.

Sunday, November 14, 2010

Ben William di Galas


Jika anda merasa sakit hati melihat aksi pengadil Ben William di dalam perlawanan Malaysia vs China tadi......


Begitulah yang aku dan kebanyakan orang yang berakal rasakan dengan aksi SPR di dalam PRK Galas yang baru lepas. Begitu juga pada PRU-PRU dan PRK-PRK yang sudah-sudah....


Jadi jika anda tak suka dengan tindakan berat sebelah, bangang, tidak professional dan memihak Ben William.... Jujurlah dengan diri sendiri. Tolaklah perasuah yang menyalahgunakan kuasa.


Lu pikir lah sendiri.

Saturday, November 13, 2010

4 Biji Panadol Dari UiTM


Hari ketiga aku di Uitm Shah Alam, kepala terasa panas. Perut pula rasa semacam.


Semasa break minum, aku merapati seorang makcik cleaner.


"Mak cik, di sini mana saya boleh beli panadol?"


"Panadol ya.... Tunggu di sini ya," jawabnya dalam telor Indonesia, lalu berlalu dari situ.


Selang seminit dia muncul semula dengan 4 biji panadol. Aku agak itu mesti dari simpanannya sendiri. Apabila dia nampak aku membuka dompet, cepat-cepat dia berkata,


"Tak payah, tak payah.... Jangan nak. Ambil saja..."Bersungguh-sungguh dia.


"Kalau macam tu, saya ambil 2 biji saja lah..." Kataku.


"Ambil semuanya, ambil saja nak...di situ airnya. Gelasnya ada di situ," dia masih mahu berbudi padaku.


"Takpa la mak cik, dah ada. Terima kasih ye...."


Jika semua orang jujur dalam menolong..... 4 biji panadol yang diberikan secara ikhlas rasanya lebih besar dan bernilai daripada geran tanah yang diagihkan semasa pilihanraya. Semoga makcik cleaner di Uitm ini Allah ganjarkan sebesar-besar nikmat di akhirat kelak. Amin.

Thursday, November 11, 2010

Banjir


Banjir begitu sinonim dalam hidup aku. Sejak kecil boleh dikatakan setahun sekali kami sekeluarga kena berpindah kerana rumah kami dinaiki air. Pernah juga kami berpindah 2 kali dalam seminggu kerana air banjir yang telah surut naik semula.


Paling besar dan dalam air banjir seingat aku pada tahun 1979, semasa aku darjah satu. Rumah kami hanya nampak perabung sahaja. Tenggelam semuanya.


Bila air surut, bukan setakat kena cuci rumah, kadangkala rumah pun senget. Ada tiang rumah yang tumbang. Terpaksalah arwah ayah betulkan dengan daya kreativitinya yang tersendiri.


Dan aku ada menanam azam untuk membawa keluarga aku ke tempat yang lebih tinggi. Supaya musim banjir atau 'puye bah' tidak lagi merisaukan kami. Kami pernah mengetuk pintu rumah jiran pukul 4.00 pagi kerana terpaksa menumpang apabila air naik hampir mencecah lantai rumah kami dengan agak cepat semasa aku dan adik-adik sedang lena tidur.


Itu sudah menjadi kebiasaan apabila tiba musim tengkujuh. Berpindah sudah dijangkakan walaupun hati kami sekeluarga sentiasa berdoa supaya air tidak naik. Kami tidak pernah menyalahkan Menteri Besar atau wakil rakyat atau exco. Kami tidak pernah mengharapkan untuk bersua muka dengan mereka. Kami tahu satu negeri dilanda banjir, mereka telah ada wakil yang dilantik disetiap daerah dan kampung untuk membantu kami yang ditimpa musibah.


Semasa aku darjah empat, pernah aku melihat petugas yang membahagikan sardin untuk mangsa banjir. Dia bertanyakan kepada ayahku,


"Anak berapa ni?"


"Sepuluh," jawab ayah. Ye lah, anak lapan campur ayah dan mak, sepuluh.


"Ramai te..h....." kata petugas itu dengan nada tak percaya dan protes. Dia dengan gaya nak tak nak membahagikan sejumlah sardin kepada ayah.


Peristiwa itu membuatkan aku merasa 'bengkek' dengan petugas itu yang akhirnya berjaya menjadi adun dan MP mewakili parti cap dacing di kawasan aku, walaupun aku tak pernah sekalipun mengundinya.


Macam-macam cerita banjir. Kadang-kadang puak yang bertugas dan menolong adalah kerana mahu menonjolkan parti yang dianggotai. Aku pernah mendengar cerita seorang petugas banjir, Awi Tok Lebai yang memberitahu apabila lawatan Timbalan Perdana Menteri masa itu, Encik Ghafar Baba berakhir di pusat pemindahan banjir, mereka disuruh mengurangkan bekalan makanan yang telah di'pack' yang telah ditunjukkan kepada Ghafar Baba.


Aku terfikir, orang Umno ni, dengan pemimpin mereka sendiri pun mereka pelawok. Orang bawah tipu pemimpin, pemimpin tipu orang bawah. Tak habis-habis menipu...


Sampai sekarang cerita banjir menjadi modal politik untuk sesetengah orang. Itu lu punya pasallah nak jadi bangang. Kami yang kena pindah juga yang kena basuh rumah nanti. Almari baju dan kerusi meja kami juga yang rosak. Kami redha dengan ujian Allah. Anak beranak kami selamat dah kira syukur yang amat sangat.


Tahun ini, berkat kerjasama kami adik beradik yang pernah makan sardin 'tak ikhlas' dahulu, insyaAllah mak tak perlu lagi berpindah jika air naik. Jika ayah masih ada, dia tak perlu lagi 'menghina' diri memberitahu ada sepuluh mulut yang perlu dia suapi.


Rasa nak menangislah pulak......(11.34 mlam Hotel UiTM, Shah Alam).

Tuesday, November 9, 2010

Teka-Teki



You are in a car together with your buddy, heading for Ambank Kuala Kuala Terengganu to give some money (lotsa money...) to the bank. Then you see a space man....


What would your buddy dude say to you?

Friday, November 5, 2010

Suatu Penantian


Air mata Mail mengalir keluar tanpa dapat ditahan. Anak-anaknya 5 orang yang berada di tangga rumah ditenungnya dalam-dalam. Dia berasa gagal sebagai seorang bapa. Gagal dalam memberikan keselesaan dan kebahagiaan kepada anak-anak dan bininya.


Dia telah berusaha, tetapi mungkin itu saja rezekinya. Kalau anak seorang dua, mungkin dia mampu memberikan mereka sedikit kesenangan. Ini berceretek. 3 orang di sekolah rendah, 2 orang di sekolah menengah, seorang sudah pandai berjalan-jatuh, seorang lagi masih dalam buai.


"Ayah janji ye...." anaknya yang darjah 3 sempat berkata semasa bersalam dengannya.


"Ye la ayah, Amir malu la ayah...kasut ni dah koyak rabak. Kasut tahun lepas lagi ni ayah," anaknya yang darjah empat pula menyampuk.


"Kita tunggu ye," Mail menjawab menyedapkan hati anak-anaknya. Mana dia nak cekau duit nak beli kasut sekolah baru untuk anak-anaknya. Sekarang hari-hari hujan. Tak dapat dia menoreh. Hidup mereka kais pagi dapat belanja sekolah anak-anak, kais petang dapat dinner.


"Tunggu apa ayah? Dari dulu ayah kata tunggu, tunggu, tunggu.... Tahun lepas lagi kena tunggu, tunggu apa ayah?" Amir yang banyak mulut bertanya dengan nada protes.


"Tahun depan ayah beli la kasut sekolah baru, jom kita pergi sekolah," Adila anak sulungnya yang berada di tingkatan 3 menyedapkan hati adik-adik.


"Tapi ayah tunggu apa?" Tanya Amir tak puas hati.


"Nanti lah. Ada nanti rezeki kita," jawab Mail lagi. Masih sama.


"Tunggu apa?" Tanya Asfar, yang darjah 2.


"Ye la ayah, kita kena tunggu apa?" Tanya Amir, darjah 4.


"Cakap la ayah, apa yang ayah tunggu?" Tanya Aidil Zaquan, tingkatan 1.


"Kita kena tunggu apa ayah?" Desak Ahmad Maslan, darjah 3.


"Ye lah ayah. Dari dulu ayah kata tunggu. Pelik juga," Adila, yang sulung tingkatan 3 juga menyertai demonstrasi mendesak ayah mereka.


"Kita tunggu je wakil rakyat tempat kita ni mati....." Jawab Mail. Entah anak-anaknya faham atau tidak...

Wednesday, November 3, 2010

Monday, November 1, 2010

Penyokong The Red Warriors Masih Dibuai Mimpi



Penyokong setia al-Hamra' sudah boleh tidur lena. Tapi jangan lama-lama.

Sunday, October 31, 2010

Cawat Kote, Gomo Kelate Gomo & Hero Tak Gaddoh


Sebelum 2009, rekod terbaik Piala Malaysia Kelantan hanyalah sekali masuk final. Kalah dengan Perak.

Berbagai-bagai cara dah kaedah dibuat untuk membawa Piala Malaysia ke Kelantan. Selain pengurusan, taktikal, tukar jurulatih, pemilihan pemain, slogan juga dibuat untuk menaikkan semangat juang pasukan Kelantan.

‘Cawat kote’ adalah antara motto atau slogan awal yang digunakan pasukan Kelantan. Slogan ini mencetus kontroversi kerana bagi penyokong negeri lain, ianya berbau lucah dan tak elok. Tetapi bagi oram klatam, ‘cawwat kote’ bermakna singsing lengan baju atau lipat kaki seluar. Maknanya nak bermain bersungguh-sungguh la tu. Walaubagaimanapong, ‘cawat kote’ hanya mampu bawa Kelantan ke suku akhir je.

(Ivory Coast atau Cote d’ivoire main kat Piala Dunia takde pula orang komplen nama tu hahaha)

Jurulatih tersohor Kelantan, Mohamad Che Su mula memikirkan strategi mental yang lain. Dibuatnya ‘restu jurulatih’. Setiap pemain, sebelum masuk padang setiap permainan, akan jumpa jurulatih dulu. Minta restu, halal makan minum.... Pun masuk suku akhir je...Tak leh gi....

Tak salah ingatan, pada awal 90-an, Kedah yang champion masa tu mula menggunakan slogan ‘pulun Kedah pulun’. Masa itu, aku yang berada di Cheras buat A-Level pernah berkata pada kawan-kawan,”Elok Klate guna slogan...hero tak gaddoh”. Tapi aku ni siapa? Sekadar bercakap je le yop.

Negeri-negeri lain mula mengikut jejak Kedah. Kelantan guna ‘gomo Kelate gomo’. Perak guna ‘kejor yop kejor’, Terengganu guna ‘ peteh Tenganu peteh’, Negeri Sembilan guna ‘hoben jang hoben’. Sarawak guna ‘ngap sayot’, lain la sikit.

‘Gomo Kelate gomo’ pun ada menerima sedikit kritikan kerana ‘gomo’ selain bermaksud bersungguh, jika ada sabdu ‘gommo’ membawa maksud bergocoh atau bertumbuk. Ia semacam mengajak pemain Kelantan bergaduh. Apalagi reputasi Kelantan yang dikatakan suka main kasar (main orang!) dan penyokongnya suka merusuh dan baling botol. Kalau tambah ‘begomo’ jadi berlawan goccoh atau boleh juga membawa maksud bedooh atau lebih-lebih atau melampau!

Walaubagaimanapun, ‘gomo Kelate gomo’ nampak diterima ramai dan mudah pula disebut. Setelah sekian lama, akhirnya ‘gomo Kelate gomo’ membawa Kelantan ke final pada 2009 dan seterusnya juara 2010. Tahniah kepada semua rakyat Kelantan.

Senario pada final semalam mengingatkan aku semula pada motto ‘hero tak gaddoh’. ‘Tak gaddoh’ bermaksud tak tergesa-gesa atau tak beloghat atau tak cepat putus asa. Macam cerita hisdustan la, hero mesti kalah dulu, last-last baru menang! Mesti menang!

Bagi orang yang tak biasa dengan dialek Kelantan dan menyebut tanpa sabdu, ‘tak gaduh’, pun ok juga tu. Maknanya Kelantan tak akan bergocoh, tak suka bergaduh, very sporting!

Yang penting sekali, kita anggap kitalah ‘hero’...Hero mesti menang! Hahaha...

Setelah ketinggalan 0-1 hasil sepakan penalti Shahrulain, Kelantan bertindak bagai ‘hero’ yang pasti akan menang di hujung cerita. Banyaklah aksi-aksi dramatic ‘hero’ yang telah dapat dilihat.

Akhirnya, Hero menang kelebihan 1 gol.


HERO TAK GADDOH!

Saturday, October 30, 2010

Juru Kunci Gunung ???



Jurukunci gunung sememangnya bukan seorang tukang pembuat duplicate kunci di pekan Gunong, Bachok, Kelantan.

Aku hanya tiba-tiba menjadi tahu akan istilah ini melalui berita TV semalam. Apa...? Tanyaku, seakan-akan tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut pembaca berita. Apa lagi mulut pembaca berita itu sering menuturkan berita-berita propaganda dan jahat sejak dahulu lagi terutama di musim adanya pilihan raya kecil seperti di Galas atau Batu Sapi sekarang.

Selama ini aku hanya mengetahui ada penjaga gunung hanya dalam kisah dongeng sahaja melalui lagu rakyat.... Puteri Santubung, Puteri Sajinjang, Penjaga gunung Negeri Sarawak....

Setelah digoogle dan diyahoo, rupanya, terutama di Indonesia terdapat istilah jurukunci gunung. Apa kelayakan mereka tidak pula aku ketahui. Yang popular semestinya arwah Mbah Maridjan yang ditemui mati dalam keadaan bersujud apabila Gunung Merapi di Jawa Tengah meletus lagi.

Nama Mbah Maridjan menjadi popular semula apabila Gunung Merapi menunjukkan tanda-tanda mahu meletus lagi dan akhirnya meletus pada 26 oktober 2010. Kali terakhir ia meletus ialah pada 15 Mei, 2006, setelah meletus melebihi 60 kali sejak gunung ini dicipta Allah S.W.T di situ sejak lebih 400,000 tahun lalu. Mbah jadi popular kerana dia adalah jurukunci Gunung Merapi yang dilantik oleh Sultan.....payah benar nak eja nama sultan ini..... Tapi sah bukan Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Indonesia yang melantiknya.

Banyak lagi penjaga-penjaga gunung di Indonesia seperti Gunung Kelud yang jurukuncinya adalah Mbah Ronggo. Di tempat kita, tidak pula aku tahu wujud atau tidak jawatan ini. Yang pastinya sekitar kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Gunung Kinabalu ada JKKK atau autoriti yang menjaga, terutama membuat kutipan tiket bagi setiap kenderaan yang masuk mengunjung. Mungkin juga kerana gunung-gunung di tempat kita bukan gunung berapi. Oleh itu tak perlu penjaga...

Yang tak sedapnya, ada acara-acara ritual yang dibuat untuk kononnya mengelakkan gunung-gunung ini mengeluarkan bencana. Tak sedap kerana kita orang Islam. Mempercayai ada kuasa lain selain Allah yang dapat memudaratkan kita adalah dosa besar. Mensyarikatkan Allah adalah dosa yang tidak terampunkan.


Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (Al-Ahzab 72).

Wallahu a’lam.

P/S- Cukuplah kita hanya ada penjaga mohor besar.

Friday, October 29, 2010

Berita Baik Untuk Rakyat Johor


Tadi TV3 cakap caj air akan diSELARASkan di Johor....... dijamin tak akan bebankan pengguna.


2-3 minggu sudah di Kedah, depa jaja caj air NAIK. Bukan SELARAS.


Apa bezanya, hanya orang Galas yang tahu.

Wednesday, October 27, 2010

Tiada Lebihnya Ijazah Calon PAS


Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran, dipandang cerdik bukan kerana ijazah kejuruteraan yang dimilikinya. Mahmud Abbas, Presiden Palestin, kelihatan bodoh bukan kerana dia tidak pass SRP.

Segulung ijazah adalah tiket untuk keselesaan hidup bagi kebanyakan orang dalam dunia hari ini. PhD tidak menjanjikan kebijaksaan. Berapa ramai professor universiti yang kelihatan bodoh dan bangang secara terang-terangan yang kita dapat lihat di TV?

Cerdik bodoh seseorang terletak dalam tindak-tanduk kita seharian. Tindak-tanduk dilahirkan daripada cara kita berfikir, bagaimana kita berfikir dengan menggunakan segala ilmu dan akal yang kita ada dalam menetapkan prioriti kita. Adakah prioriti kita Melayu atau Islam? Cina atau Islam? India atau Islam? Arab atau Islam? Mamak atau Islam?

Seorang pemuda yang menumbuk ibunya di Kemaman sehingga koma adalah manusia terbodoh yang pernah Malaysia lahirkan. Tiada guna sijil yang melayakkannya bekerja dengan Petronas atau Shell atau BP atau pernah ke angkasa sekalipun.

Begitu juga dengan pemuda lain, seorang pegawai bank yang menggugut mahu membakar rumah ibunya di Ampang. Diapun manusia terbodoh dalam sejarah Malaysia. Penjahat yang terjahatpun hanya jahat pada orang lain, bukan pada ibu mereka.

Janganlah kita pula terpedaya dan jadi kebodoh-bodohan dengan membandingkan sijil yang dimiliki calon-calon dalam pilihanraya. Taraf kebijaksanaan calon PAS, Dr. Zul bukan terletak kepada ijazah kedoktoran Universiti Malaya yang dimilikinya. Track record telah menunjukkan Dr. Zul adalah seorang yang bijak dan cerdik. Di masa anak muda dan doktor lain hanya sibuk mencari habuan dunia, Dr. Zul yang masih muda belia sanggup berlawan dengn Tengku Razaleigh yang otai dalam Umno demi Parti Islam.

Walaupun asyik kalah dalam piliranraya yang diceburinya, Dr. Zul tetap mahu membina kekuatan Parti Islam di Gua Musang. Jika Dr. Zul mahu menang, PRU 2008 dahulu boleh sahaja dia bertanding di tanah kelahirannya, Guchil, Kuala Krai. Orang Guchil sejak dulu mahukan Dr. Zul. Apatah lagi Allahyarham ayahandanya juga pernah menjadi ADUN Guchil. Dr. Hatta mesti mengangguk tanda setuju.

Calon Umno di Galas, aku lihat inferior bukan kerana dia hanya memiliki SPM. Tetapi kerana perjuangannya aku lihat semata-mata keduniaan. Perjuangannya hanyalah topeng untuk survival sebuah parti yang telah ecer dan menecer rasuah.

Abang Uji calon PAS di Manik Urai dulupun tiada ijazah berbanding calon Umno Tuan Aziz, tetapi Abang Uji aku lihat lebih bijak dan cerdik kerana menyokong Tok Guru Nik Aziz berbanding Muhyiddin Yassin.

Menjadikan ijazah vs SPM sebagai modal kempen akan menyebabkan ramai orang terasa jauh hati. Dato’ Anuar Tan, Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan pun tiada ijazah, tetapi dialah salah seorang exco yang cemerlang sejak dahulu. Pilihannya daripada Buddhism kepada Islam dan seterusnya daripada parti Gerakan kepada PAS menjadikannya lebih cerdik daripada orang lain dan sebab itulah Tok Guru Nik Aziz percaya pada beliau.

Ya Allah, Selamatkanlah Kawanku


Suatu ketika, aku menerima panggilan dari kawan rapatku, Matex, yang sudah lama tidak berjumpa mata. Setelah bercerita itu-ini, dia menyuruh aku mengunjungi satu blog.


Kenapa? Aku bertanya suspen, kerana nada Matex cukup menggambarkan ketidakgembiraannya.


"Mung tengok dan baca lah, kemudian mung nasihatlah apa yang patut," jawapannya menambahkan ombak suspen bahkan kegusaran di hatiku.


Aku ke blog itu... Memang patut sebagai kawan, Matex dan aku berasa gundah-gulana. Seorang kawan rapat kami semasa A-Level dahulu telah menjerumuskan diri ke dalam aktiviti kaum nabi Lut! Dia secara 'bangga dan open' nya menukilkan aktivitinya di sebuah blog.


Tidak pernah ku jumpa seorang yang begitu luas 'general knowledge' nya selain daripada kawanku ini. Dia seakan ensiklopedia atau wikipedia bergerak. Dia sanggup makan nasi lemak semasa lunch dan nasi berlauk telur semasa dinner semata-mata kerana ingin membeli buku dan bahan bacaan.


Dia juga kaki surau. Dia ada serban Arqam dan seringkali memakainya. Aku pernah berimam dengannya beberapa kali. Cumanya, bila sampai bab politik, seringkali, dia masih mengagumi Mahathir melebihi kagumnya pada Haji Hadi.


Dia ke Bradford selepas A-Level. Dan blog itulah yang memberitahu aku perihal dirinya sekarang.


Sebagai kawan lama, apa yang boleh aku buat?


Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau kembalikanlah kawanku yang berambut khottok itu ke jalan yang Engkau redhai. Seperti yang telah dia jalani sebelum ini. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Monday, October 25, 2010

Dr. Zulkifli Muhammad : MengGalas Harapan Dengan Nama



Aku kehilangan bayi lelaki sulungku pada 4 Jun 2000. Bayi lelaki berumur 7 bulan dalam kandungan itu disahkan meninggal padaku oleh jururawat bertugas, di muka pintu dewan bersalin Hospital Kuala Krai dengan suara kasar tak berperasaannya yang akan ku ingat sampai bila-bila.

Aku terima takdir Allah dengan penuh redha. Allah lebih menyayanginya.

Besoknya aku ke JPN, Mungkin aku seorang sahaja yang mendaftar kematian bayi pada hari itu. Bapa-bapa lain nampak ceria dan girang mendaftarkan kelahiran bayi masing-masing. Aku terdengar seorang bapa berjanggut lewat 40-an dengan bangga memberitahu orang di sebelahnya.

“Anak kawe, kawe bui nama Khulafa ar-Rasyidin”.

Wah hebat betul dia. Orang lain namakan anak dengan nama Abu Bakar atau Umar atau Uthman atau Ali sahaja, atau tambah Muhammad di hadapan. Tapi si brother janggut ini rangkum semua sekali. Khulafa ar-Rashidin! Tamakkah dia? Ekstrem kah dia? Taliban kah dia?

Sebenarnya tidak. Khulafa ar-Rasyidin membayangkan harapan beliau pada anaknya yang baru lahir. Harapan yang amat hebat dan besar dan berat. Agar anaknya menjadi pewaris Islam yang ditinggalkan Rasulullah sebagaimana Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Abdul Rahman dan Abdul Rahim menjadi nama pilihan ramai ibubapa. Aku yakin ini adalah kerana mereka mengharapkan anak mereka betul-betul menjadi hamba Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Apalagi Abdul Rahman dan Abdul Rahim adalah sebaik-baik nama. Sudah tentu manusia bernama Abdul Rahman dan Abdul Rahim tidak sesuai langsung menjadi peminum arak, penjudi atau penzina.

Rata-rata orang Melayu menamakan anak mereka dengan pangkal nama Muhammad. Harapan mereka jelas supaya anak-anak mereka mewarisi sifat-sifat terpuji junjungan besar yang mulia yang kita amat kasihi ini. Betapa punahnya harapan dan malunya jika anak kita yang kita namakan Muhammad menjadi pendokong maksiat dan penegak kebatilan.

Saya percaya bapa-bapa yang menamakan anak mereka Yusuf bukan kerana mengharapkan anak-anak mereka mewarisi kehenseman dan kegantengan Nabi Yusuf, tetapi mengharapkan anak-anak mereka menjadi sabar, adil, bijaksana dan pandai mentadbir harta negara sepertinya. Minta dijauhi jika ada Yusuf di kalangan kita yang zalim dan membolot harta yang bukan miliknya. Pasti itu bukan harapan bapanya.

Bapa-bapa yang memilih nama Musa untuk anak-anak mereka sudah tentu mengharapkan anak-anak mereka menjadi hebat dan berani seperti Nabi Musa yang berani mengatakan kebenaran di hadapan Firaun yang mengaku tuhan. Jika anak-anak mereka yang bernama Musa membesar dan menjadi pengecut dan pemakan rasuah, sudah tentu berkecai dan tenggelam ghaib harapan mereka.

Ibrahim juga menjadi pilihan ibubapa dengan harapan anak-anak mereka menjadi hamba Allah yang berjasa seperti nabi pembina kaabah ini. Tetapi bayangkan betapa hancurnya harapan mereka jika Ibrahim yang diharap, membesar dan menjadi pejuang assobiyah, pengampu serta pemutar belit fakta dan kebenaran.

Tak kurang juga ibubapa yang menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama ulamak besar. Anak yang dinamakan Shafei sudah tentu diharapkan supaya menjadi seorang yang alim, berani menegakkan hukum dan bakal dicari-cari oleh orang yang dahagakan kebenaran. Bukannya menjadi seorang yang bersifat lembu kenyang dan tidak bertanggungjawab dalam hal yang diamanahkan kepadanya. Nama Shafei sememangnya tidak afdal diberikan kepada orang yang tidak dapat membezakan antara kesesatan dan kebenaran.

Si kecil yang dinamakan Sayuti sudah tentu diharapkan membesar menjadi seorang warak yang sentiasa mengeratkan silaturrahim dan menyatakan kebenaran. Minta dijauhkan ibubapa untuk melihat anak mereka yang bernamakan Imam Sayuti hanya peka dengan kesalahan orang lain. Gembiralah ibu dan bapa jika Sayuti mereka menjadi kaki masjid dan penyokong jemaah Islam.

Tidak kurang juga ibubapa yang menamakan anak-anak sempena nama ulamak di rantau ini seperti Burhanuddin Helmi dan Hamka. Walaupun Hamka itu sebenarnya adalah nama singkatan kepada ulamak besar Indonesia Haji Abdul Karim Malik Amrullah. Ini semua adalah siratan harapan mereka yang mereka suratkan melalui nama yang menjadi doa yang akan dipanggil orang setiap hari.

Beruntunglah Pak Ayub di Johor, ayah kepada Salahuddin kerana anak beliau nampaknya benar-benar mahu menjadi seperti Salahuddin al-Ayubi.

Beruntung juga Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka yang mana anak beliau Muhammad Abduh menjadi salah seorang pemimpin gerakan Islam masa kini seperti juga Sheikh Muhammad Abduh.

Amat beruntung sekali Pak Addullah di Negeri Bawah Bayu kerana anaknya Muhammad Bin Abdullah sanggup menjadi pendokong utama gerakan Islam di bumi Sabah yang masih malu-malu dengan gerakan ini. Seperti juga Muhammad bin Abdullah, Idola kita, Nabi kita yang setia membawa Islam di zaman jahiliyyah Mekah.

Bertuah juga arwah YB Muhammad atau YB Mat Obat yang mahukan anak beliau mencontohi pejuang Islam tersohor YB Prof. Dr. Zulkifli Muhammad kerana anak beliau kini Dr Zulkifli Muhammad cergas menegakkan Islam dan menjadi kebanggaan terutama bagi penduduk di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.

Aku juga seperti bapa-bapa dan ibu-ibu di atas. Berbekalkan harapan, anakku ku namakan Muhammad Talhah walaupun dia tidak akan dapat hidup di dunia ini bersamaku dan mamanya. Yang aku pasti harapanku supaya dia menjadi penghuni syurga terkabul seperti juga sahabat Nabi S.A.W., Talhah bin Ubaidillah yang telahpun dijanjikan syurga walaupun semasa hayat beliau masih ada.

Harapanku kusambung pada adik Muhammad Talhah iaitu Ahmad Talhah, kerana harapanku masih sama agar mereka menjadi seperti sahabat Rasulullah. Talhah Bin Ubaidillah.
.
Al-Fatihah untuk semua.
.
***Entry ini di'post' pada 15 September, 2008. Di'post' semula dengan sedikit perubahan sempena pemilihan Dr. Zul Mohamad sebagai calon PRK Galas. Allahu Akbar!

Friday, October 22, 2010

Pardon Me Young Man...




Aku berada di Shah Alam sejak Ahad lepas. Ahad depan baru dapat balik ke Kuala Terengganu.

Pagi tadi isteriku memberitahu di telefon.
"Abe ni.... Tak telefon nah ucap birthday pada adik...."

Alamak! Aku terlupa lagi..... Macam mana aku boleh terlupa tarikh Talhah diputerakan pada 19 Oktober, 3 tahun lalu di Hospital Likas, Sabah.
.
Mungkin kerana aku terlalu dibuai tarikh Melaka Maju pada jam 2010, 20 hb. 10 tahun 2010!

Maafkan abah dik....Itu tandanya abah dah tua.

Selamat hari lahir adik Talhah. Semoga menjadi anak soleh yang hensem.

Friday, October 15, 2010

BUDGET: Macam bagus

Bila time budget dibentangkan, ramai betul berkerumun depan TV. Di pejabat, kedai kopi, mana-mana saja. Yang dengar di radio, pasang kuat-kuat macamlah kita semua pekak.
Semua kononnya macam faham, macam tumpu perhatian. Macam budget itulah hidup dengan mati mereka. Tetapi bila selesai, yang diceritakan...
Cukai rokok naik lagi atau tidak...?
Ada bonus ke tahun ni....?
Bagi aku yang penting perlaksanaan.... Budget sikit pun, kalau sampai ke sasaran, tiada rasuah, itulah yang paling baik.
Sebab tu aku tak layan acara perbentangan budget. Aku layan Wallflowers di radio dalam kereta.
Menyampah akuh.

Wednesday, October 13, 2010

Adam Lambert : Hapraknya Taraf Peminat Di Sini

Adam Lambert mendapat tempat kedua American Idol 2009. Bermakna, Dina Malaysian Idol, Mawi, Faizal AF, Zahid AF, Milla AF lebih berpengalaman sebagai penyanyi daripada Adam Lambert ini.
Jadi apa diva nya atau superstar nya Adam Lambert ni? Baru setahun diiktiraf penyanyi. Tu pun tempat ke 2. Adakah kerana dia Mat Saleh?
Apalah rendah sangat ke taraf peminat muzik di Malaysia, hinggakan penyanyi setahun jagung ini yang dibawa masuk ?
Kalau nak penyanyi Amerika atau Europe, ramai lagi diva dan superstar yang boleh dibawa masuk. My chemical Romance, Hottie & The Blowfish, The Smashing Pumpkins, The Wallflowers, Pulp, Blur, .... Kalau nak gay jugak, Elton John, George Michael ada.
Band Indon pun at least ada pengalaman lebih 5 tahun.

Kenapa Bising-Bising


Justice for Rosmah. Consider this...


Di England, ada Raja (Queen), ada Perdana Menteri. Isteri PM dia dapat title First Lady. Dia pun ada raja macam kita, cuma raja dia perempuan. Belum timbul isu siapa yang berhak title First Lady atau First Laki.


Tunggulah bila Putera Charles naik jadi Raja England besok-besok. Kita tengok ada tak isu title First Lady di antara isteri PM dan Camilla Parker Bowles, isteri Putera Charles. Kita kan copy perlembagaan England, jadi nanti kita tirulah apa yang England buat tentang title First Lady ini.


Buat sementara waktu, kerana dalam perlembagaan kita, Perkara 32(2), isteri Yang Di Pertuan Agung lebih tinggi kedudukannya, isteri PM aku sarankan guna dulu title,
The First Runner Up Lady.

Sunday, October 10, 2010

Calon Timbalan Presiden & Jin Aladin


Perebutan kerusi Timbalan Presiden semakin menjadi-jadi. Calon-calon bertukar-tukar hujah, tuduhan dan juga idea. Suasana semacam sudah berpatah arang berkerat rotan. Apa nak jadi, jadi lah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Seorang calon Timbalan Presiden sedang mencari idea di tepi sungai, apabila dia tiba-tiba ternampak sebuah lampu Aladin. Lantas diambil dan digosok. Keluarlah jin Aladin yang popular itu.


HA! HA! HA! Gelak Jin Aladin


"Engkau diberikan 3 permintaan..... Tetapi ingat, setiap perkara yang engkau minta, calon Timbalan Presiden yang seorang lagi akan mendapat 2 kali ganda apa yang engkau minta... HA! HA! HA!"


"Baik jin Aladin, permintaan pertama, bagi aku replika cek bernilai 4 billion"


TING!


Tak semena-mena calon Timbalan Presiden yang seorang lagi mendapat replika cek 8 billion free macam tu aje.


"Permintaan kedua, aku nak bertambah hensem, supaya perwakilan undi aku nanti"


TING!


Calon Timbalan Presiden yang seorang lagi tiba-tiba menjadi 2 kali lebih hensem dan menarik.


"Permintaan terakhir jin.... Kau buat aku terkejut sampai separuh mati!"


TING!


Calon itu pun menang tanpa bertanding.



Komen Cikli: Semua calon-calon-calon Timbalan Presiden PKR tu lulusan Umno jua.

Saturday, October 9, 2010

Seorang Tua di Galas


Tak boleh jadi !!!

Pak Teh berjalan deras menuju rumah pengerusi JKKK. Hal ini mesti diadukan segera. Sekali, dua kali, tak apa. Masuk kali ketiga, dayuslah dia kalau tak bertindak. Anak bininya nak makan apa?

Kebun getah seluas 15 ekar itu sudah 8 tahun diusahakan. 7 tahun dia menunggu hasil. Menunggu 7 tahun terlalu lama. Pak Teh terpaksa menanam ubi kayu, ubi keling, ubi itik, ubi badak, ubi setelo untuk mendapatkan pendapatan lain sebelum pokok getah dapat ditoreh.

Setelah 7 tahun, barulah Pak Teh sekeluarga dapat menuai hasil getah. Elok pula susu getah tengah mahal. Lumayan juga pendapatan Pak Teh. Tetapi disebabkan getah mahal, Pak Teh perlu pulak buat overtime. Kalau tidak habis getah sekerapnya dicuri orang. Pak Teh terpaksa berjaga di kebun getahnya siang malam dengan pedang ninja almaunahnya. Jika tak jaga, alamatnya kita menoreh, orang lain jual getah.

Kali ini masalah timbul lagi. Bukan kecurian. Malah lebih teruk. Habis pokok getahnya rosak. Nak kata babi hutan, biasanya babi hutan sondol umbi getah sahaja. Ini rosak teruk kulit getah. Bergeligih! Susu getah mengalir merata dan terus ke umbi. Tak masuk mangkuk lagi. Kalau susu getah tak masuk mangkuk, apa yang boleh dijual?

Jahanam betul! Mangkuk mana punya angkara! Panas hati benar Pak Teh.

Sesampai Pak Teh di rumah Pengerusi JKKK, dilihat ramai orang sedang bermesyuarat di beranda. Nampak macam orang luar. Kereta mewah pun banyak kelihatan. Bendera cap keris berserabut di pekarangan rumah Pengerusi JKKK.

Pak Teh tak pedulikan orang ramai dan terus merapati Pengerusi JKKK dan menceritakan masalahnya. Pengerusi JKKK tersengih kelat apabila mendengar masalah Pak Teh sambil melihat kepada seorang lelaki berbibir dan berambut tebal. Pak Teh rasa macam kenal tak kenak sahaja kepada lelaki tersebut.

“Maaflah Uteh,” Pengerusi JKKK bersuara. “Aku lupa nak mintak izin kamu hari tu. Tergesa-gesa sangat”.

Pak Teh semakin konpius apabila Pengerusi JKKK menyambung lagi.

“Bos kita dari KL ni nak menorah getah setiap hari sehinggalah hari mengundi nanti. Nanti bolehlah Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, TV3, TV1, TV2, AlJazeera ambil gambar boss kita ni tengah menoreh. Barulah kita boleh menang mengundi nanti,” terang Pengerusi JKKK panjang lebar.

“Ye lah. Tapi ada pengalaman ke boss nak menoreh, habis jahanam pokok getah muda aku,” Pak Teh masih memprotes.

“Ada Pak Cik, saya ada pengalaman, jangan bimbang,” lelaki berbibir dan berambut tebal bersuara mempertahankan diri.” Dulu saya pernah menoreh di Manik Urai”.

“Satu lagi Pak Cik, kalau boleh hujung minggu ni saya nak bermalam di rumah Pak Cik. Memang 2 minggu sekali saya bermalam di rumah rakyat,” lelaki tebal membahasakan orang ramai rakyat macamlah dia raja.

“Pasal pokok getah Pak Cik yang rosak, jangan risau. Nanti saya ganti. Ni, ambil dahulu bayaran pendahuluan,” lelaki tebal menghulurkan wang not RM50 beberapa keping kepada Pak Teh.

“Ni duit encik boss ke? Kalau duit boss takpalah, kesian pulak kat boss,” Pak Teh menolak baik.

“Tak. Ini dana pilihanraya kami. Ambillah, bukan dari poket saya,” Lelaki tebal memujuk. Pengerusi JKKK terbeliak mata melihat duit.

“Halal ke ni boss?” Pak Teh masih ragu.

“Halalan toyyiban,” Jawab Lelaki Tebal.

“Bukan apa boss. Biasanya dana pilihanraya ada sumbangan tokey judi, tokey china doll, tokey rasuah.....Saya nak nak makan duit tu boss,” Pak Teh mengquery.

“Mana ada macam tu Pak Cik. Dah masuk tabung untuk bantu orang miskin jadi halal lah Pak Cik. Niat kita yang penting....” Lelaki tebal masih bersabar dengan karenah Pak Teh. Pengerusi JKKK dan nampaknya menyingsing lengan baju.

“Di Pulau Pinang tu... Kenapa jadi haram pulak boss,” Tanya Pak Teh.

“Oooo.... Itu lain, sebab duit tu datang direct dari tangan Cina. Yang ni dah bilas masuk tangan Melayu, tangan sembahyang, tangan pergi Mekah.....” Hurai Lelaki tebal.

Oooooo.... Pak Teh mengambil duit dari lelaki tebal dan masukkan ke dalam poketnya. Rupanya banyak lagi ilmu agama pasal halal-haram yang dia masih jahil. Sebelum berlalu Pak Teh bertanya Lelaki tebal.

“Boss, bayaran selebihnya bila saya boleh dapat boss. Banyak pokok getah saya yang rosak tu?”

“Ooo... Pak Cik akan dapat jika parti saya menang pilihan raya ni. You help me, I help you!” Jawab Lelaki tebal berbaju batik.

Friday, October 8, 2010

Dear Miss Nor Ruzzana


Waalaikumussalam Ruzzana,


I did not really read your email since I think I have read similar emails from some Malaysian females working at the same company as yours. How many Malaysians are actually working there?


Ruzzana,


Thanks for your offer, it makes water flows from my mouth. Sadly, I just got my phone line disconnected this month. I am struggling to pay the RM450 (just 118 USD) monthly to my landlord. I hope the people from the bank will not come and repossess my junk car. Ruzzana, what I am trying to say is, you got the wrong person!


Miss,


It is breaking my heart to break somebody else's heart. Here I reccommend some connections that might have big interest in your offer.


1. You should approach PERKASA president. He could do anything you can imagine in the name of Malay interest.


2. You can send your proposal to the State Government of Malacca. I think enormous help is waiting for you there. You could even have a free ride on a big rotating wheel. Believe me, it's fun. Sorry, I forgot. You already got that wheel in London.


3. You can come to Malaysia house of Parliament and distribute circulars on this germstone business. I am sure, almost all the MPs will join the scam oppsss the scheme. But don't approach the MP with the white ketayap, it will be a waste of time. Time is gemstone right? But one particular MP with white ketayap is a good catch though. Try him, he is about 5 ft, medium built, an inch beard, no moustache, speckie. You can find him among the independent MPs. In fact all the independent MPs might join you. Believe me.


4. You can also go to Galas constituency in Gua Musang. I hope you know where Gua Musang is. Your target is the people who believe in whatever reported by Utusan, Berita and Sinar. If they can swallow what's being produced by the three stooges, I think your task is easy. You might want some assisstance in doing this, so look for one guy. He will be tapping rubber trees while surrounded by a bunch of stupid looking hungry for money goons.


Ruzzana,


Your beautiful name reminds me when I was in secondary school. I used to sing the song Rozana by the popular rock band, Search. I am sure you know the song too.


Ruzzana,


Hope my suggestions will be of good help to you. Thanks. Don't bother to send the email to me again. I don't want to be rich too quickly.


Yours,

Cikli.

.

********

This is Ruzzana email

.

Assalamalaikum,


I'm Nor Ruzzana Bt Ghafar, working in a gemstones processing company here in United Kingdom. I will like to introduce to you this great business opportunity, I need your urgent assistance which will also be benefiting to you in terms of co-operation and friendship. I am contacting you because I don’t want to lose this contact and I know that me and you is going to get a good reward from the business in the future. Now i want you to be the supplier (agent) to the company where I work so that me and you can take advantage of this business opportunity in the company now. My company wants a product called (CHROME GEMSTONES POLISH). The CHROME GEMSTONES POLISH is mainly used in the gemological laboratory for the purification and polish of gemstones clarity treatment, it penetrate deep into gemstones and vaporizes out black inclusion it.


The original supplier of this product is in (Malaysia) so the former supplier of this product to our company directly had an accident here in UK, he was the marketing manager and since he got this accident the monopoly has been broken. Any person now can supply and merge into partnership with the company presently and this is the reason why I’m writing you seeking your interest for assistance. I just want you to act as an intermediary agent to stand the gap between the (sellers of the product and the buyers).This is a big business which will be of a good dividends to both of us I only need your cooperation to make these business successful. I will give you more information about this if you are willing to stand as the agent to supply my company this product.Firstly, I will like to secure a supply contract deal for you as a supplier to the company where i work. Based on percentage, originally the actual purchasing price of these product by the company per Carton is 4,000.00usd while in (Malaysia ) the local selling price is 2,100.00usd and my company needs not less than 200 Cartons.


The reason why I want you to be our agent is to be the link connecting the local seller in Malaysia directly to the buying company then the profit margin will be shared by both of us 40% to you while 60% to me. Your major assistance for me is just for you to talk to my manager that you can supply the company the product and also go in details in terms of price and mode of payment then we can pick up from that point. Get back to me as soon as you receive my email so that i can give you the local seller's number in Malaysia so that you can call her to ask if she have the product in stock to supply you before the manager of our company will send the purchasing manager down to Malaysia to purchase the product from you directly.


Thanks for your cooperation, hope to hear from you soon.


Regards,

Nor Ruzzana Bt Ghafar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...