Hari ini jiran sebelah rumah di kampung menjamu nasi tengahari sempena suatu kesyukuran. Tengah sedap mencicah rebung rebus dengan budu terdengar Pakcik di sebelah membuka suara.
"Sedap Breheng Ali pukul Tok Guru kita kelmarin...."
Kelmarin khabarnya Breheng Ali memberi duit RM100 kepada kira-kira 500 murid di Pasir Mas. Jadi sebelum dapat RM100, kenalah ibu bapa murid menahan telinga dulu mendengar ong! ong! ong! Breheng Ali. dan Breheng Ali memilih untuk mengata dan mengutuk Tok Guru Nik Aziz dalam ong! Ong! nya.
"Dia kata, padanlah... 20 tahun dah jadi MB. Berhentilah.... Rakyat Kelantan dah benci belaka dah," Pakcik itu memberitahu sambil mulutnya pasti sedang merasai nikmat manis rebung buluh rebus.
"Tak sedar diri betul...Siapa dia nak kata begitu. Dia tu yang orang benci... Menang dulu pun tiket orang bagi, nak suruh orang berhenti pula...." Ada seorang tetamu lain meluahkan pendapat.
Memang Breheng Ali yang sepatutnya berhenti kerana lembut hati Tok Guru Nik Aziz lah yang memberikan tiket PAS kepadanya dalam PRU12 yang lalu sehingga dia mampu membising memanggil hujan dalam Parlimen sekarang.
Pemikiran Breheng masih tidak mumaiyiz, macam budak 3 tahun. Dulu aku ada membeli baju uniform askar untuk Salsa. Suatu hari, Salsa melihat seorang askar beruniform menaiki motorsikal. Salsa lantas berkata kepadaku,
"Abah, baju pakcik tu macam baju kakak".
Aku tergelak kerana sebenarnya baju Salsa lah yang macam baju askar itu.
salam cikli,
ReplyDeletetak paham betul dengan orang yang sorang ni... tak sedar diri tahap melampau. istilah senang nyanyok.
dia nak jawatan MB kot
ReplyDeleteabah, puteri,
ReplyDeleteapa nak buat....dunia.
Patutpun Parlimen bocor lagi...onk...onk..
ReplyDeletepokmudo...
ReplyDeletemasuk poh slaluh....hahaha...
puyok tu wat kluar keto duluh.
tak sabar pula menunggu pilihanraya.
ReplyDeletenak pangkah bulan!!!
tapi kalau xada bulan
keadilan pun ok
DAP pun ok
pangkah Pakatan Rakyat!
puteri,
ReplyDeletesemangat tuh. asalkan bukan bn.