Kalau bapak kita namakan kita 'Pandikar', tentunya dia berhajat supaya kita jadi berani, kuat, hero, anti rasuah dan suka menolong orang, bukan menyusahkan rakyat.
Kalau bapak kita namakan kita 'Amin', tentunya dia mahukan kita jadi orang seperti Rasulullah S.A.W. yang digelar Al-Amin. Tidak pernah menipu atau senget sebelah dalam membuat perhitungan.
Kalau bapak kita namakan kita 'Mulia', jelaslah dia tak mahu kita bila tua nanti jadi bengong.
Kalau bapak kita yang azankan kita namakan kita dengan ketiga-tiga nama di atas, tentunya dia tak mahu kita jadi barua!
Tuan-tuan, jangan kechewakan bapak-bapak kita. Berfikirlah!
nama tu sendiri kecewa dengan tuan yang memilikinya.. hu
ReplyDeleteputeri,
ReplyDeletenama buat bazir abc sahaja.