Cermin kereta aku retak terkena batu yang melantun dari sebuah lori semasa memandu. Lama-kelamaan retak yang kecil itu semakin merebak, apalagi dengan iklim khatulistiwa yang dialami oleh kawasan Chendering ini.
“Hang tak claim insuran ke?” Tanya kawanku.
“Cermin aku tak insure la...” Jawab aku macam menyesal.
“Kau tunggu je insuran tamat, bila renew nanti, kau masukkan cermin. Lepas tu hang claim la,” cadang seorang lagi kawanku berlagak Einstein.
“Tak nak lah aku buat lagu tu....” Aku menjawab.
Si Einstein memandangku dengan mulut ternganga. Sebelum dia sempat berkata apa-apa, aku menyambung.
“Ni lah bezanya Pas dan Umno gu.....”
Terpaksalah dia setuju.
Cermin keta retak.
ReplyDeleteSamalah kita, bulan lepas keta iswara yang aku pakai pun kena batu yang terpelanting dari lori yang bertentangan. Sampai sekarang masih tak ganti sbb rasanya masih tak serius.
Rasanya lori dari laluan sebelah terlanggar batu dan terpelanting ke cermin keta. Kalau tak ada tinted rasanya air hujan dan masuk dalam keta.
Aku ada citerkan dlm http://ris-famili.blogspot.com/2010/11/menda-per-ehhh.html
hu.hu..
ReplyDeleteberbeza memang berbeza..
salam cikli,
ReplyDeleteotak dok kira nak nipuuu jah puak ni!
salam maal hijrah.
salam ris-it,
ReplyDeletehang kencing kami no. aku ingat ufo mana yang mat said bayar untuk datang famouskan teganu. rupanya cermin hang retak.
puteri,
ReplyDeleteIslam dan nasionalis memang berbeza
salam abah,
ReplyDeletemana-mana ore pas yang ada buat begini fikir-fikirlah semula.