Friday, December 3, 2010

Air Tawar


Dulu masa di Sabah, pernah aku pergi jumpa seorang ustaz untuk minta air tawar bagi penerang hati anak. Anak asyik meragam dan sering meruja kesabaran aku ke tahap yang agak gaban. Jadi salah satu usaha, pergilah minta air tawar dengan ustaz tersohor ini.


Ustaz ini ada sebuah pusat rawatan di Likas disamping menjual barang-barang keperluan yang lain.


"Keras budak ni," kata si ustaz apabila anak aku sudah berada di depannya.


Ustaz membaca ayat-ayat al-Quran. Di depannya ada sebotol air mineral besar yang telah aku beli siap-siap.


"Kena datang lagi 14 kali," kata ustaz, sambil menutup botol air mineral.


14 kali ?


Aku nak air tawar sahaja, bukan nak mengubati anak aku. Cukuplah sekali ini!


Sesekali aku pergi juga ke kedainya, bukan untuk berubat tetapi untuk beli ayam. Murah sikit harga ayam di kedai ustaz ini daripada tempat lain di sekitar Kota Kinabalu. RM8.50 sekilo.

5 comments:

  1. Bila pula ke Sabah...??

    Air tawar mungkin lebih banyak di Teluk Air Tawar.. he.he...

    ReplyDelete
  2. salam
    ustaz jenis apa tu bro..dengar certa bro rasa nak mencarut pulak
    banyak ustaz jadi bomoh sekarang
    belajar agama utuk kaya memang ramai

    ReplyDelete
  3. puteri,
    blog ini lahir di sabah.
    apa beza air tawar dengan air penawar?

    ReplyDelete
  4. bro brutal,

    baik gua bagi nestum je kat anak gua tu...hahaha

    ReplyDelete
  5. air tawar = air yang rasanya tawar :P

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...