Wednesday, June 30, 2010

Monday, June 28, 2010

Barisan Muda Untuk Piala Dunia


Nampaknya Umno menggunakan golongan ulamak muda untuk menguatkan parti itu sekaligus menarik minat golongan muda untuk menyokong BN.

Golongan agama berpendidikan tinggi ini digunakan untuk memastikan Umno terus berkuasa merebut dan memenangi piala dunia yang semakin menjauh dari gapaian mereka.

Aneh juga kerana sepatutnya orang Islam yang berpendidikan agama dan berpendidikan tinggi, apalagi berpendidikan tinggi dalam bidang agama sepatutnya berusaha merebut piala akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Tetapi dalam kes ini, mereka terlebih-lebih dalam merebut piala dunia. Apa jua alasan mereka, apa jua percakapan mereka, akhirnya kearah piala dunia juga noktah perkataan mereka.

Mereka sepatutnya sedar, BN ibarat pasukan bolasepak yang diterajui Umno adalah pasukan yang sedang berhadapan dengan perlawanan kalah-mati, selepas mereka nyawa-nyawa ikan ‘survive’ di round pertama sepertimana layaknya pasukan England ke pusingan kedua baru-baru ini.

Pasukan piala dunia BN ini diselubungi masalah pemain yang tidak mempercayai jurulatih pasukan. Pemain mereka berlumba-lumba untuk menonjol dan memperaga diri sendiri. Pemain mereka meletakkan nama negara tidak sebagai priority bagaimanakan pasukan piala dunia Perancis yang sanggup memboikot sesi latihan dan mengenepikan jurulatih. Pasukan BN juga ketandusan bakat baru yang berkaliber, ibarat pasukan piala dunia Itali yang dianggap terlalu ‘tua’ dan terpaksa pulang awal walaupun mereka adalah juara bertahan.

Pasukan piala dunia BN juga cuba menang dengan bermain fizikal secara berlebihan. Kelemahan teknikal dan skil mereka cuba di’cover’ dengan bermain secara kasar. Hidung dan telinga pasukan lawan selalu sahaja menjadi sasaran siku mereka. Mereka ibarat pasukan New Zealand. Mentang-mentanglah pemain mereka berfizikal bagak kerana dapat minum susu kolostrum segar yang banyak terdapat di New Zealand. Tetapi apabila pasukan lawan membentes, cepat pula mereka terpelanting gila-gila. Belum disentuh, pemain mereka sudah ‘dive’ ke depan dan meminta tendangan penalty atau freekick. Mereka tak ubah pemain Argentina dalam hal ini.

Untung pula pasukan BN, apabila pihak berkuasa yang mengendalikan pilihanraya atau keselamatan selalu sahaja berlagak seperti pengadil yang tidak membenarkan gol-gol pasukan Amerika Syarikat dan gol kontroversi Lampard semasa England amat-amat memerlukan kemenangan semasa bertemu Germany. Dan mereka, pasukan BN ini sering sahaja mengharapkan kemenangan dengan cara ini.

Pasukan Germany yang bergaya membenam England dengan 4 gol dianggotai oleh ramai pemain muda. Formula inilah yang sedang diambil oleh pasukan BN. Mereka perlukan sokongan orang muda. Resepi terbaru mereka menampilkan ulamak muda ke dalam pasukan mereka.

Stadium pasukan BN telah runtuh separuh ibarat Stadium Gong Badak. Penonton makin kurang datang menyokong mereka. Mereka mendapat banyak ‘boo’ kebelakangan ini. Bila ini terjadi, mereka berlagak seperti Rooney yang marahkan penonton dan mula mempersoalkan patriotism penonton.

Oleh itu, ulamak muda 40 orang wajar sedar. Mereka hanya bakal memanaskan kerusi pemain simpanan dalam BN. Kalau dibawa masuk padang pun mungkin apabila masa permainan sudah tinggal 2-3 minit atau dimasa kecederaan.

Sedarlah ulamak muda 40 orang, kamu tidak akan mendapat bayaran perpindahan semahal Ronaldo atau Eto’o.

Sedarlah ulamak muda 40 orang, di bilik persalinan nanti kamu akan terpaksa melihat aurat-aurat yang selama ini kamu haramkan melihat apa lagi dedahkan. Bahasa-bahasa di bilik persalinan juga bukanlah bahasa dalam masjid. Jika tidak masakan Anelka dibuang bagai hampas dari pasukan piala dunia Perancis baru-baru ini.

Wahai ulamak muda, ingatkah kamu di kala final piala dunia 2006? Itali vs Perancis? Itulah gambaran Umno Barisan Nasional. Dalam Umno, jika kamu cakap lebih-lebih kamu akan ditanduk seperti Materazzi. Jika kamu menanduk, kamu pastinya akan cepat-cepat dibuang padang seperti Zidane (Walaupun kamu hebat sepertinya).

Akhir sekali ulamak muda, jikapun kamu 40 orang dapat menggapai piala dunia, aku yakin piala akhirat tetap menjadi poojaan hatimu.... tapi kamu berada di team yang salah.

Wednesday, June 23, 2010

Tukar Pemain La Weiii...



Tukar...Tukar...


Sikit-sikit kita minta tukar pemain. Rebah sikit, kena tackle sikit, kita harap pemain di tukar. Bukan apa, nak tengok kelibat wakil Malaysia sebagai the fourth official beraksi.


Itulah nasib Malaysia, orang lain berbangga dengan pasukan kebangsaan mereka layak ke Piala Dunia, kita terpaksa cari sebab untuk berbangga dengan pengadil keempat. Harap-harap dapat Datuk la Subkhidin selepas ini.


Sememangnya tahniah dan sejuta penghargaan kepada Subkhidin kerana kejayaan beliau. Namun tak perlulah kita nak melebih-lebih dalam hal ini.


Cara pengulas dan pencacai di kalangan kita mengulas kehadiran rakyat Malaysia sebagai the fourth official di Piala Dunia tak ubah seperti kisah Awang orang Juaseh yang pergi ke Afrika Selatan baru-baru ini.


Semasa melepas hajat (kencing) di tandas awam, Awang tak tersengaja terpandang anu mamat African yang sedang kencing di sebelah kirinya.


Perasaan awang menjadi teramat bangga apabila melihat terdapat tatoo di anu mamat African itu. Tatoo itu berhuruf W..Y.


"Dude, we got the same tatoo on our ehem-ehem..." Awang membuka bicara.


"W..Y, mine spells WENDY when it gets hard....." sambung Awang.


"Really?" tanya mamat African, macam tak percaya. "Mine spells WELCOME TO SOUTH AFRICA, HAVE A NICE DAY"


Patutlah Korea Utara kalah 7-0...

Tuesday, June 22, 2010

Fadhilat Jumaat


ATE NAK MASUK UMNO PUN KENA TUNGGU HARI JUMAAT KE ?

Monday, June 21, 2010

Bazir Peluru


Ahli politik atasan perlu fokus dan tidak membazir masa merepek benda-benda bukan isu. Tidak semestinya setiap benda yang datang dari musuh politik mesti dicabar dan disanggah.

Benda remeh-temeh dan tak masuk akal sudah ramai orang yang mengulasnya. Tidak diulas pun rakyat akan tersenyum sinis. Semua orang boleh berfikir kecuali yang tidak mahu menggunakan otak sendiri. Takut otak jadi barang second-hand.

Terkini berkenaan kucing parsi yang dibeli PM yang belum bernama. Terlalu ramai yang sudah membuat komen dan mencadangkan nama yang bombastik dan sarkastik. Tetapi apabila Mahfuz sebagai seorang MP dan Naib Presiden PAS turut mencadangkan nama seperti PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu ... Aku rasa tak perlulah dia join anak-anak buah dalam hal ini. Save lah peluru dan fakta untuk berhujah dan membela rakyat dalam Parlimen nanti.

Apa salahnya bagi can pada PM kali ini, cadangkan nama yang elok-elok dan boleh dinisbahkah kepada seekor kucing. Apa yang penting nama yang digemari dan akan sentiasa diingati oleh PM. Nama yang boleh membuatkan PM segar dan tersenyum. Aku cadangkan nama .....PUSSY.

Thursday, June 10, 2010

Satu Malaysia di Aur Cina

AUR CINA, satu nama kampung berdekatan bandar Pasir Mas, Kelantan. Tak ramai yang sedar kewujudannya. Walaupun namanya Aur Cina, penduduknya 100 peratus Melayu Islam. Tak ada seorang Cina pun di situ. Apalagi India. Aur Cina hanya menggambarkan kewujudan banyak buluh cina di tepi tali air dan sawah.

Semangat kampung masih wujud di Aur Cina. Selasa lepas semasa ayah (mentua) mengadakan majlis kahwin dan menyambut menantu, semangat kerjasama sekampung masih dapat dilihat di sini.

2 pikul daging sama-sama disiang. Caterer belum boleh cari makan di sini.



2 pendekar (Iwa dan Jehe) sedang beraksi. Gelanggang di sinilah yang telah dihijack oleh Sang Katak Purba dulu dengan umpan 2 ekor lembu. Dibantu oleh media pencuci najis cap kaki tiga.

Di gelanggang ini jugalah Tajol Rosli mantan MB Perak terpaksa menunggu untuk berucap semasa kempen PRK Pengkalan Pasir dulu. Hasilnya Tajol Rosli pulang tanpa dapat berkata apa-apa kerana semua orang terutama anak-anak tuan rumah naik angin.



Pengantin baru sedang meringankan tulang (volunteer) dengan dibantu oleh seorang pemuda yang sangat rajin, juga menantu kepada penduduk Aur Cina.



Kedamaian waktu Maghrib di Aur Cina.



Tali air KADA yang mengalir lesu. Tempat orang mencari etak.

Thursday, June 3, 2010

Selamat Hari Lahir Nur Salsabila



Selamat hari lahir ke 9 untuk puteri sulungku Nur Salsabila. Tarikhnya pada 30 Mei baru-baru ini. Bukan aku lupa, dah bagi hadiah dan kek pun. Tapi entah kenapa cuma di subuh dingin ini barulah aku berkesempatan untuk mengabadikannya di blog ini.


Selamat hari lahir sayang. Ikhlas daripada abah, mama, yong dan adik.

Wednesday, June 2, 2010

PIALA DUNIA


Makan Bola


Minum Bola


Tidur Bola


Judi Bola


Pakai kain Pulicat Chop Bohla
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...