Monday, June 21, 2010

Bazir Peluru


Ahli politik atasan perlu fokus dan tidak membazir masa merepek benda-benda bukan isu. Tidak semestinya setiap benda yang datang dari musuh politik mesti dicabar dan disanggah.

Benda remeh-temeh dan tak masuk akal sudah ramai orang yang mengulasnya. Tidak diulas pun rakyat akan tersenyum sinis. Semua orang boleh berfikir kecuali yang tidak mahu menggunakan otak sendiri. Takut otak jadi barang second-hand.

Terkini berkenaan kucing parsi yang dibeli PM yang belum bernama. Terlalu ramai yang sudah membuat komen dan mencadangkan nama yang bombastik dan sarkastik. Tetapi apabila Mahfuz sebagai seorang MP dan Naib Presiden PAS turut mencadangkan nama seperti PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu ... Aku rasa tak perlulah dia join anak-anak buah dalam hal ini. Save lah peluru dan fakta untuk berhujah dan membela rakyat dalam Parlimen nanti.

Apa salahnya bagi can pada PM kali ini, cadangkan nama yang elok-elok dan boleh dinisbahkah kepada seekor kucing. Apa yang penting nama yang digemari dan akan sentiasa diingati oleh PM. Nama yang boleh membuatkan PM segar dan tersenyum. Aku cadangkan nama .....PUSSY.

6 comments:

  1. Orang politik ni kadang-kadang okay......kadang-kadang sewel.

    ReplyDelete
  2. mana artikel world cup ni meli

    ReplyDelete
  3. pakman, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut apco, hancor..

    ReplyDelete
  4. anonymous,

    sapo nih? ambo tak reti nak ngulas bola nih. tak berapa tahu dah lo nih, tuo doh. mugo seangkatan dengan roger milla tu gak.

    ReplyDelete
  5. aku la....striker jepun......genzo takada

    ReplyDelete
  6. genzo striker jepun, patutlah jepun tak score..haha

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...