Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Minoriti Yang Menumpang

.

Jin dan manusia dijadikan oleh Allah S.W.T untuk beribadat kepadaNya.
.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa mengingati Allah S.W.T, sentiasa berzikir memuji Allah S.W.T.
.
Rata-rata makhluk ciptaan Allah S.W.T... angin, air, pokok, kayu-kayan, gunung dormant, gunung berapi, gunung kinabalu, burung, cipan, kuman, fungi, amoeba, ikan paus, tenggiling, hamster, batu-batan, wonderpet, pasir, tanah, cacing kerawit dan jutaan malah bilionan lagi makhluk sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. Memuji Allah S.W.T dalam bahasa mereka masing-masing. Memuji Allah S.W.T dengan pujian yang manusia tidak terfikirkan dengan otak terhad mereka.
.
Pendek kata majoriti makhluk dalam dunia ini adalah penzikir yang tidak putus-putus memuji Allah S.W.T.
.
Amat takut jika aku menjadi salah seorang makhluk berbentuk manusia yang lalai daripada memuji Allah S.W.T. Lalai daripada memuji Allah S.W.T menjadikan aku minoriti kerana makhluk-makhluk lain majoritinya memuji Allah S.W.T tidak putus-putus sentiasa.
.
Amat takut aku yang sedang dalam perjalanan ke negeri akhirat yang kekal abadi menjadi minoriti makhluk yang lalai daripada memuji Allah S.W.T kerana terlalu asyik dengan agenda itu-ini sementara menumpang di bumi Allah S.W.T ini.

.

Monday, November 26, 2012

Dear Uncle Bro: Bolehkah Doa Untuk Kemusnahan Orang Lain?

Imej dari Google
Soalan:

Salam Uncle bro,

Gua tahu lu bukan ustaz, tapi coba lu habaq kat gua apa hukum orang Islam mendoakan keburukan untuk orang lain?

Cikgu KAFA Sementara,
Kg. Pisang.


Jawapan:

Assalamualaikum Cikgu KAFA Sementara (CKS),

Uncle rasa tak layak nak jawab pasal bab hukum-hakam ni, lagipun CKS pun dah cakap awal-awal yang uncle ni bukannya ustaz.

Walaubagaimanapun, seingat uncle, dalam sejarah hidup uncle yang sudah menghampiri setengah abad ini, orang pertama yang uncle mendapat tahu yang telah mendoakan kemusnahan untuk sesama muslim adalah mak si Tanggang. Anak dia sendiri tu bro, namun tetap mak dia doakan begitu apabila terasa dirinya dizalimi.

Bukannya sudah 50 tahun si Tanggang menzalimi ibunya, baru tang tu je. Sebab si tanggang malu nak mengaku ibunya yang serba daif kepada isterinya yang cantik jelita anak bangsawan kaya, sehingga dia sanggup menyakiti fizikal ibunya. Akhirnya jadi batu si Tanggang dengan kuasa Allah S.W.T.

Namun setakat ini, uncle masih belum dengar apa-apa fatwa, atau komen alim-ulamak atau mufti atau Harussani atau Hassan Ali tentang doa si ibu Tanggang, melainkan semua ustaz dan ulamak dan cikgu hanya komen berkaitan kelakuan si Tanggang yang durhaka kepada ibunya. adapun, perihal ibunya punya doa, tiada siapa yang pernah menganalisisnya hatta Jais atau Jakim atau Balai Polis mana sekalipun.

Jadi, memandangkan kita sering menjadikan kisah si Tanggang sebagai iktibar dulu, kini dan selamanya, eloklah kita KIV kan sahaja isu si pendoa, sebab itu hak dia dengan Tuhan untuk bermunajat. Ada baiknya kita tengok realiti orang atau organisasi yang menjadi subjek dalam doa tersebut.

Kalau betul orang atau organisasi yang didoakan itu begitu, seperti ucapan dalam doa tersebut, Allah sahaja yang akan membalasnya. Jika tidak, jika orang yang berdoa itu cuba-cuba  'menipu' Allah dan mengada-adakan cerita dengan Allah dengan mengatakan itu-ini yang tidak betul, biarlah murka Allah berbalik kepada si pendoa.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahu akan setiap ciptaanNya.

Semoga Cikgu KAFA Sementara dapat jadi cikgu sepenuh masa di masa akan datang. Selalulah berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Ingat bro, kita tak dapat cilok Allah.

Sekian. Uncle Cikli.


Tuesday, November 20, 2012

Tak Bolehkah Ambil Burger McD? Free. Sesen pun Duit Saya Tak Bagi Kat Israel

Salam Uncle Cikli,

Bising orang ofis saya bila tahu saya pi ambik McD free semalam. Saya tahulah depa boikot McD sebab Israel tengah serang Palestin sekarang. Saya tak nak hipokrit. Selama ni saya memang hantu burger McD. Lagipun benda free, bukan saya bayar apa-apa pun. Saya rasa mereka yang kutuk saya tu jeles dan bodoh. Orang bagi free pun tak nak. Lagipun, boikot McD bukan boleh jatuh bengkrap pun Israel tu kan? Kalau betul nak boikot Israel, boikotlah FB tu. Mark Zuckerberg tu kan Yahudi. Ini tidak kat ofis pun asyik main FB je. Apa pendapat uncle?

Anti-hipokrit, 
McJack, Selayang.



Salam McJack,

Syukur kepada Allah kerana saudara McJack sihat dan masih mampu untuk beratur panjang semalam. Saya memang sokong saudara McJack. Boikot McD bukan boleh jadi bankrap negara Israel. Product mereka banyak lagi di serata dunia, termasuklah APCO yang begitu popular di negara kita.

Banyak company yang meng'infak'kan hasil jualan mereka kepada Israel, termasuk Nestle, Procter & Gamble, Unilever, Mark & Spencer dan Nokia (Itu yang uncle baca la...). Mampukah kita nak boikot semua. Kalau kita boikot, seperti kata Mc Jack, bukan boleh bankrap pun Israel.

Pada pendapat uncle, boikot McD hanyalah satu simbolik dan tanda bahawa kita peduli isu semasa dan anti kekejaman dan ketidakadilan. Sebab itu kita disarankan untuk boikot produk terpilih sahaja dan mampu untuk orang ramai melaksanakannya. Dan yang paling penting impaknya dirasai. Walaupun hanya satu produk.

Dan bagi orang yang mampu, mereka boleh boikot banyak lagi produk seperti Pizza Hut, Colgate, team bola Arsenal, Starbuck dan banyak lagi.

Betul seperti McJack kata bahawa burger McD itu diberi percuma, bukannya kena bayar, jadi duit McJack tak pergi ke Israel. Seperti uncle kata tadi, boikot ini adalah simbolik. Tidak semestinya kita support Israel dengan membelanjakan duit kepada mereka, pergi ambil burger tu bukankah tanda sokongan kita kepada McD lah. Lagipun kalau tak ada isu ini, McJack ingat McD tu berhati mulia nak bagi burger sedap dia tu kat ramai orang?

Ingat McJack, orang yang suka barang free terbukti dalam sejarah tak boleh dibuat pemimpin. Pemimpin sejati tak suka jadi free-loader. Sebaliknya, dia pula yang suka bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, McJack!

Berkaitan isu berfacebook time kerja seperti yang McJack ungkitkan, usahkan FB, main congkak dan mengait baju pun tak boleh time kerja pejabat. Itu isu lain. Kena tanya Ustaz Azhar Idrus. Namun McJack kena tahu bezakan Zionis Israel dengan Yahudi. 

Tadi uncle ada tercakap yang Nokia pun ada menyumbang kepada negara haram Israel, hmmm nampaknya kalau kompeni uncle bagi bonus hujung tahun ni, uncle ingat nak tangkap android la satu. S3 tu nampak melambai-lambai je....

Sekian, harap menjawab persoalan McJack.
Allah selamatkan Rakyat Palestin dan orang Islam di seluruh dunia termasuk uncle dan McJack.



Saturday, October 20, 2012

Piala Malaysia : Dilema Abang Askar

** Salam Hari Lahir ke 5 untuk Talhah Ramli, 19 Oktober 2012. Semoga anakku menjadi umat Rasulullah S.A.W. yang soleh.


This is Kota Bharu
Dear Uncle Cikli,

Ambo orang Kelantan. Ambo dah kerja askar lamo. Dah naik pangkat dah. Rasa terhutang budi banyak sangat. Dilema saya bila pasukan bolasepak ATM dapat masuk final Piala Malaysia. Lawan Kelate pulak tu. Jadi ambo raso telan mati bini tuo, luah mati bini muda. Nak sokong pasukan mana ni. Tolong nasihatkan ... Yang terseksa batin, Din Kem Desa Pahlawan.

Jawapan:

Dear Din Kem Desa Pahlawan,

Saya bangga dengan saudara Din yang telah berkhidmat menjaga keamanan negara Malaysia kita ini. Bolasepak hanya satu sukan untuk riadah dan menyenangkan hati kita. Team mana yang kita sokong tak jadi masalah. Tak semestinya orang Kelantan kena sokong Kelantan. Tak semesti juga seorang askar kena sokong ATM.

Sahabat saya orang KL tetapi sokong Felda United semata-mata kerana dia dah beli saham Felda Global Venture (FGV) sebanyak 50,000 unit. Sahabat saya yang lain yang tinggal di tanah rancangan Felda pulak beralih sokongan kepada team bolasepak lain kerana tidak berpuas hati hanya mendapat 800 unit saham FGV. Dah jatuh pulak tu. Loan Maybank kena bayar.

Kelantan cuti 21 Oktober, kata MB
Namun menyokong sesuatu yang ada kaitan dengan kita adalah manis yang amat. Kita sendirilah yang cari kaitan atau hubungan itu. 

Sahabat saya Kak Zakie contohnya, dia orang Johor tetapi menyokong Kelantan FC kerana dia kagum dengan Menteri Besar Kelantan walaupun umum mengetahui bolasepak Kelantan dikuasai oleh seteru politik MB Kelantan tersebut.

Seorang lagi sahabat saya, Gedek juga menyokong Kelantan kerana dia dulu pernah tinggal di Jalan Geale, Kuala Krai, Kelantan walaupun sekarang ini kalau dia cuba bercakap loghat Kelantan, wife dia pun belum tentu faham.

Uncle Gedek!
Contohnya macam ini saudara Din Kem Desa Pahlawan, 

Seorang Muslim berbangsa Perancis atau British atau American tetap akan menentang sebarang dasar yang menyalahi atau mendiskriminasi orang Islam yang dikeluarkan oleh negara mereka walaupun mereka sebangsa kerana bagi mereka Islam atau agama itu lebih BESAR dalam hidup mereka.

Nasihat saya janganlah saudara Din pening-pening, sokonglah team mana yang anda suka. Di akhirat nanti pun, berapa kali kita bangun malam kerana tengok bola tak akan diambilkira. Yang dikira hanyalah berapa kali kita bangun malam kerana mendirikan solat-solat sunat. Begitu juga airmata kekalahan bola tak berharga sedikitpun berbanding airmata kerana bertaubat menyesali dosa-dosa lampau.

Bagi saya, saudara Din sepatutnya lebih pening memikirkan berkaitan hak saudara di dalam Undi Pos di dalam PRU13 nanti daripada memikirkan team bola mana yang sepatutnya saudara sokong. Harap saudara Din faham.

Apa-apapun, ramalan saya Kelantan menang 2-0 malam ini. Afiq Azmi muncul wira TRW.

Sekian. Gomo Kelate Gomo.
Uncle Cikli.

Wednesday, September 5, 2012

Zimmi, Harbi, Bananana

Sezimmi-zimmi bapa saudara Nabi S.A.W iaitu Abu Talib, dikatakan terpaksa juga memakai alas kaki yang amat panas di hari pembalasan kelak kerana enggan mengakui kalimah syahadah semasa hayatnya.

Bukan zimmi atau harbi yang kita orang Islam perlu gaduhkan.

Yang perlu kita runsing adalah agar kita tidak tergolong ke dalam golongan 'munafik'. Nauzubillah.

Monday, August 27, 2012

Cerpen: Khutbah Remote Control Aidil Fitri

Imej dari Blog Pakar Cinta

Belumpun sempat menteri itu bercakap baku, Arip cepat-cepat menekan punat remote control tv. Muak dia mendengar perkataan yang sama diulang-ulang di television yang keluar daripada mulut menteri yang berperwatakan aristokrat Philipina itu. Di channel  3, ditayangkan pula kumpulan orang yang kelihatan mengganas yang sedang disembur air seperti sekumpulan budak kecil yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai. Ini pun tayangan wajib ulang berpuluh-puluh kali sehari yang membuatkan Arip naik muak, lantas dia menekan punat remote control tv lagi. Di channel 7, Arip sekali lagi muak dengan drama tak habis-habis seorang makcik yang berjaya meluaskan perniagaannya dengan modal RM500. Arip menukar channel television lagi, kali ini kelihatan seorang bersongkok tinggi sedang bercakap tentang hukum-hakam agama di atas pentas sebelum turun bersalam dengan wanita-wanita yang rata-ratanya berpakaian merah dan putih. Macamlah malam ini ada game bola Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Tup! Sekali lagi Arip menekan punat remote control tv.

“Huh! Tutup terus lagi bagus,” Arip berkata kepada dirinya sendiri.

Arip melihat ke kanannya, Tok Imam Salih termenung panjang di meja makan. Sejak balik dari masjid selepas sembahyang Isyak dan solat sunat taubat tadi, Arip perasan yang papa tidak ceria seperti biasa. Sepatutnya papa gembira kerana esok hari raya aidil fitri. Hari raya adalah hari kemenangan, hari graduasi, sepatutnya papa gembira macam Arip.

Setelah termenung, papa membaca helaian kertas di tangannya. Kepalanya kadang-kadang digelengkan. Semacam tidak bersetuju dengan apa yang terkandung di dalam tulisan itu. Sedari tadi, rasanya sudah berkali-kali papa membaca kertas ditangannya.

“Papa  baca apa tu?” Sapa Arip.
“Ooo.... Ini teks khutbah hari raya esok,” jawab papa.
“Papa berkhutbah ke baca khutbah?” Tanya Arip, cukup tajam untuk dijawab papa.
“Papa kena baca khutbah yang disediakan Majlis Agama, salah kalau kita buat khutbah sendiri,” beritahu papa agar Arip faham.
“Ooo... Tetapi kenapa papa termenung dan asyik geleng kepala?” Tanya Arip lagi.
“Papa kena baca sesuatu yang papa sendiri tak mahu baca, sesuatu yang papa kurang setuju,” papa berterus-terang.
“Mana? Biar Arip tengok,” pinta Arip.

Arip meneliti baris-baris yang tertulis di dalam helaian kertas di tangan papa. Walaupun Arip masih bersekolah rendah jenis kebangsaan Tamil darjah 3, tetapi Arip dapat memahami isi kandungan khutbah yang dia baca. Memang terdapat beberapa statement yang Arip sebagai rakyat Kelantan di bawah kepimpinan ulamak terasa sengal membacanya. Bertambah sengal apabila Arip membaca ayat berikut:

"Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan"

“Tak apalah papa, nak buat macam mana dah kerja papa jadi tok khatib....” Arip menasihati papa, macam budak besar-besar pulak.
Tok Imam Salih berlalu ke kamar tidur, meninggalkan teks khutbah di atas meja bersama Arip.

***
Usai solat sunat hari raya aidil fitri, Tok Imam Salih naik ke atas mimbar dan mula membaca khutbah hari raya. Nadanya tidak bersemangat seperti biasa walaupun berpeluh dia mencuba. Tiba-tiba Tok Imam Salih berasa pelik dan janggal apabila membaca ayat:

“Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat bermacam-macam nikmat pada hari ini, termasuklah benda sekecil remote control television di rumah kita. Di dalam rumah kita tidak perlu memaksa diri untuk melihat atau menonton berita propaganda yang disuakan kepada kita. Kita ada remote control di tangan untuk cepat-cepat menukar channel television jika perlu. Jika kita asyik menonton berita yang belum pasti kesahihannya, ini boleh menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan"

Tok Imam Salih terkedu sekejap selepas membaca ayat itu. Rasanya sudah berkali-kali dia membaca teks khutbah ini sejak kelmarin, tetapi tiada pula ayat berkaitan remote control tv sebagai nikmat tak terhingga di Malaysia sekarang. Pelik... Pelik betul.

Tok Imam Salih menarik nafas dan mengangkat muka melihat beratus-ratus pasang mata para jemaah yang hadir. Tok Imam Salih perasan ramai jemaah yang tersengguk-sengguk mengantuk tadi sudah terbuka luas mata dan menaruh minat pada khutbah yang sedang dibaca. Hebat juga penangan remote control tv ini, fikir Tok Imam Salih. Selain daripada dapat menukar channel tv in a jiffy apabila timbul sesuatu yang tidak ‘diperlukan’ di kaca television di dalam rumah kita, remote control tv juga rupanya dapat mencelikkan mata pendengar khutbah seluas-luasnya.

Nun di tengah-tengah ruang masjid, betul-betul di bawah lampu chandelier,  Tok Imam Salih ternampak wajah Arip tersengih sambil menunjukkan tanda ‘peace’ di bawah dagunya. Bertuah punya budak! Rupanya Arip yang ubah skrip khutbah Majlis ini. Patutlah ada kesan liquid paper...

“Ittaqullah.....” Kung!!!

Tok Imam Salih menyambung semula khutbah sambil menghentak tongkat yang dipegang ke lantai mimbar agak kuat, cukup untuk membuatkan Arip menukarkan tanda peace yang dibuatnya kepada menggaru-garu dagunya yang tidak gatal.

Monday, August 6, 2012

Tanyalah Aku

Tiba saja masa commercial break, jurumekap terus menerpa mentacap muka aku yang berpeluh-peluh. Tak sempat aku nak mengelak. Ini kalau diambil gambar aku sedang ditacap oleh bukan muhrim, mahu kecoh di wall FB aku.

Memang aku berpeluh sampai ke atas kepala. Maklumlah pertama kali masuk TV, live lagi. Aku harap muka aku dikerjakan oleh jurumekap cun ini tidak dijadikan isu untuk menjatuhkan aku sebagai seorang ustaz dan  pendakwah bebas. Kalau Kajol yang tahu tak apa, sebab dia sporting. Dia tahu bukan aku yang beriya-iya menjojol muka untuk disapu sana-sini oleh jurumekap beriras Neelofa dan Anzalna ini.

Jurumekap membetulkan pula songkok 4 inci yang aku pakai walaupun tangan aku semacam menghalang dia berbuat begitu. Selalunya aku berkopiah dan berserban ala-ala Tok Kenali, tetapi penerbit kata aku kena bersongkok hari ni agar nampak lebih berketrampilan dalam live TV. Aku ikut saja, janji tinggi songkok tak melebihi 6 inci. 

Rancangan diteruskan. Kali ini aku lebih bersedia, mungkin butterfly dalam perut aku dah terbang pergi.  Sekarang tibalah segmen untuk soalan dari audien di dalam studio.

"Assalamualaikum ustaz...... Nama saya Badri Bin Razi, dari Taman Indah Seksyen 7. Soalan saya... Apakah hukumnya tidak berpuasa...Emmm sebenarnya menangguhkan puasa kerana sedang mengambil bahagian dalam temasya sukan Olimpik. Sekian terima kasih."

Wah... Satu soalan yang sungguh relevan aku fikir. Tiba-tiba terasa butterfly dalam perut aku datang semula.

"Terima kasih saudara Piya... Opsss Badri yang bertanya. Satu soalan yang amat baik dan tepat dengan situasi sekarang. Namun bagi saya, ianya memerlukan satu perbahasan dan perbincangan khusus tentang hal ini kerana apa hukum yang dinyatakan nanti, ianya akan menjadi suatu fatwa. ...."

Aku menelan air liur. Menarik nafas agar nampak cool dan berkarismatik di atas pentas, lebih-lebih lagi di kaca televisyen.

"Saya sebenarnya tak layak nak keluarkan fatwa, kalau keluarkan petua boleh......"

Aku berhenti lagi, memberi laluan kepada audien yang ingin ketawa dan gelak dengan joke aku yang skima tadi.

"Namun setahu saya, baru-baru ini ada mufti-mufti besar dan bekas mufti yang juga besar telah memberikan pendapat mereka iaitu boleh menangguhkan puasa untuk ahli-ahli sukan muslim kita yang sedang berjuang di pentas Olimpik."

"Tentunya ada banyak reaksi untuk perkara ini. Ada yang mengungkit tentang sejarah sukan Olimpik itu sendiri. Ada yang mempersoalkan tentang pakaian yang membuka dan membalut aurat semasa bersukan dan macam-macam lagi termasuk unsur-unsur illuminati dalam temasya Olimpik kali ini. Ada juga yang mengingatkan kembali sirah Nabi kita S.A.W dan para sahabat yang berperang semasa mereka sedang berpuasa di bulan Ramadhan ..... "

"Bagi saya, kita bersangka baik. Mufti-mufti besar dan bekas mufti besar tentunya begitu alim dalam bidang mereka dan pastinya setiap pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan pengetahuan dan ilmu mereka."

"Syariat Islam telah meletakkan prinsip-prinsip bermuzakarah, berdailog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan mestilah beasaskan akal yang sihat, disiplin ilmu, sumber hukum syariat dan bukan secara agakan, sentimen, kepentingan sesuatu dan emosi. Menjadi satu adab yang dilakukan oleh mereka bahawa mereka tidak menyalahkan diantara satu sama lain bahkan menghormati antara sesama mereka. Jika ijtihad itu betul mendapat dua pahala dan jika salah mendapat satu pahala."

"Cuma saya suka nak menambah sikit bagi isu menangguhkan puasa kerana menyertai sukan Olimpik ini...."

Aku berhenti sedetik sambil memandang ke arah pengerusi forum yang asyik melihat jam tangannya. Audien lain semacam tak sabar menanti butir-buah yang bakal keluar dari mulut aku, seorang ustaz yang pertama kali dijemput berforum di live TV. Kalau ada minat dari audien nampaknya selepas ini keraplah aku keluar TV.

"Bila dah tangguhkan puasa tu, pastikan anda berhasil mendapatkan pingat untuk negara. Malaysia bolehh..."

Aku tersemangat sambil mengangkat tangan. Pengerusi forum kelihatan terkesima seperti cicak baru jatuh dari siling. Audien sudah mula bising. Badan aku terasa bergoyang.....

"Abe... Ada 15 minit lagi ni... Sahur... Anak-anak semua dah siap sahur tu," suara lembut manja Kajol menyelamatkan aku dari kebisingan audien yang tak puas hati di studio.

Nasib baik cuma mimpi. Aku tersenyum sendirian, baru sekali berjaya sembahyang terawih 20 rakaat dah ada hati mimpi nak jadi ustaz live TV. Perasan lah lu.

Wednesday, July 11, 2012

Mengapa Celaru Bila Lelaki Ini Mengamuk?

Utusan punya pukulan
  1. Kita digemparkan dengan berita seorang lelaki bersama pasangannya yang dikatakan mengamuk di JPM, Putrajaya. Lelaki ini akhirnya ditembak pihak berkuasa dan meninggal dunia kemudiannya.
  2. Namun, aku masih mencari dalam berita-berita yang ditulis, di mana point yang menyatakan lelaki ini sendiri yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.
  3. Kalau dia mengaku sebagai Imam Mahadi sekalipun, tak perlulah paper melaporkan 'Imam Mahadi' Mengamuk! Kita semua tahu benar siapa Imam Mahadi yang sebenarnya dan untuk apa tujuan baginda akan muncul kemudian nanti. Apa persepsi orang yang jahil tentang Imam Mahdi bila membaca tajuk berita ini?
  4. Tindakan lelaki ini cuba dikaitkan pula dengan gerakan Islam yang ada di Malaysia oleh segolongan pencacai dan macai semata-mata kerana dia dikatakan melaungkan Allahu Akhbar. Senangnya mereka menjadi hakim.
  5. Yang nyatanya, mengikut bukti fizikal yang ada, lelaki ini membawa pedang samurai. Jadi begitu, kenapa tak kaitkan sahaja tindakan lelaki ini dengan samurai atau ninja atau mana-mana shogunate di Jepun? Kan pedang samurai yang digunakan?
  6. Lelaki ini tidak berbaju, memakai seluar jeans. Jeans terkenal sebagai pakaian cowboys di Amerika. Jadi kaitkanlah pula tindakan lelaki ini dengan puak cowboy Amerika. Kenapa? Tak boleh?
  7. Berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan di atas, aku cadangkan kepada Editor Utusan, laporkan  saja 'American Ninja' Mengamuk. 

Berita Harian punya pukulan

Saturday, June 9, 2012

Thursday, May 17, 2012

Mupti Sana Mupti Sini


"Buah nenas ini patut diharamkan," syor Mupti Sini.

"Kenapa?" Tanya Mupti Sana.

"Coba ente rasa," Mupti Sini menyuakan sepotong nenas ke mulut Mupti Sana. "Ate ada ente rasa macam buah epal?"

"Betullah takde rasa epal pun. Sikit pun tidak," iya Mupti Sana.

"Kan ana dah cakap, buah ini menyeleweng, patut diharamkan," Mupti Sini menguatkan syornya.

"Betul, namun ana serah pada kebijaksanaan ente. Ente lebih senior, ente lah yang mulakan muzakarah pengharaman buah nenas ni," Mupti Sana memberikan bola sepenuhnya kepada Mupti Sini untuk dimainkan.

Hari itu Mupti Sana dan Mupti Sini mencapai resolusi untuk mengharamkan buah nenas atas alasan nenas memakai nama orang putih sebagai 'pineapple', walhal nenas tiada sedikitpun rasa buah epal!

**

Tuesday, March 27, 2012

Fenomena

Sesetengah manusia dikurniakan Allah S.W.T kelebihan sehinggakan menjadi ikon dan ikutan kepada sesetengah orang. Mereka mempunyai aura sehingga mampu mencetus suatu fenomena di kalangan rakyat.

1. Fenomena Mawi

Juara AF 3 ini, Asmawi Atan memang ada auranya yang tersendiri. Dia berjaya mencetuskan 'tsumawi' dalam bidang yang diceburinya. Aku yang tiada astro pun jadi tahu apabila dia menjadi juara AF. Budak kecik, besar, makcik, datin, ustaz, raja, rakyat, semua minat Mawi. Kepopularannya bukan setakat kepada dirinya, juga berjangkit kepada orang yang dekat dengannya, iaitu tunangnya. Anak Felda Taib Andak ini berjaya memberi nafas semula kepada lagu-lagu lama seperti Gadis Melayu dan Seroja yang pastinya membawa untung kepada penyanyi asal lagu itu. Juga lagu nasyid seperti Pergi Tak Kembali dan Intifadhah. Mawi tidak perlu menisbahkan namanya kepada AF seperti peserta reality show yang lain seperti Faizal AF4, Zahid AF2, Farah AF3, Ramli AF19 kerana sememangnya, dia memang popular.
(Sebenarnya yang mempopularkan lagu Seroja adalah Ustaz Akil Hayy di dalam ceramahnya... Aku agak Mawi pastinya pernah mendengar lagu Seroja dalam ceramah Ustaz Akil Hayy versi dia sendiri itu)

2. Fenomena Nizar


Sejurus menjadi MB bidan terjun di Perak walaupun Pas mempunyai kerusi paling sedikit dalam Pakatan Rakyat, Ir Nizar serta-merta menjadi ikon anak muda dan warga emas. Bendahari Pas Perak ini yang sebelum itu hanya dikenali oleh sebilangan kecil orang yang biasa melihatnya berdemo di pekarangan Masjid Negeri Ipoh apabila ada isu tertentu atau yang terlibat dengan bisnes yang diceburinya terus menjadi pujaan ramai. Apalagi dengan kebolehan dan keperibadian beliau, Ir Nizar melonjak terus namanya sehinggalah dia digulingkan oleh Robert Mugabe Malaya secara pondan dan tidak beretika.
Aku yakin, selepas PRU13 nanti, Ir. Nizar akan menjadi MB Perak sekali lagi.

3. Fenomena Apek

Penjaga gol Pasukan Presiden Kelantan atau penjaga gol no. 4 Kelantan ini tiba-tiba melonjak namanya apabila beraksi cemerlang dalam Piala AFF Suzuki 2010 sehingga Harimau Malaya muncul juara. Sebelum itu nama Apek atau Khairul Fahmi Che Mat harum apabila membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2010. Apek berbintang cerah apabila dia pandai mengambil peluang yang diberikan apabila penjaga gol utama Kelantan tidak dapat diturunkan.  Jalan inilah yang membawa Apek menjadi penjaga gawang no. 1 Malaysia. Kemasyhuran Apek bukan hanya di dalam padang, tetapi juga ceritanya di luar padang. Memandangkan dia pernah berpeluang mencium tangan MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, memang elok Apek elakkkan berkecimpung dengan dunia artis yang melebih-lebih. Buat masa ini, Apek masih laku dan hot di kalangan gadis-gadis.

4. Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Walaupun bercakap Tenganu pekat, Ustaz Azhar ternyata hebat dan diterima ramai. Klip video Youtubenya memang boleh challenge Cikgu Shida. Pendekatannya yang mesra anak muda dan unik membuatkan Ustaz Azhar tersohor. Setiap kali ceramahnya dihadiri oleh ribuan orang. Ustaz Azhar juga jelas dalam perjuangan. Dia tidak berselindung atau malu-malu apabila menyatakan pendapat, pandangan atau pendirian. Inilah keistimewaan Ustaz Azhar. Dengan fenomenanya yang masih segar sekarang, tidak mustahil Terengganu akan diperintah semula oleh PR pimpinan PAS selepas PRU13 nanti.


Monday, March 12, 2012

Alahai Masyitah

"Abah, betul ke Masyitah itu tukang sikat anak firaun?"


Aku membiarkan sahaja pertanyaan anak sulung aku berlalu begitu sahaja kerana aku terlalu ralik dan berasap membaca karangan politician cun Dr. Masyitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian.

“Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.”

"Abah betul ke Masyitah ni tukang sikat maknanya?" Berulang soalan anak sulung aku.

"Oh! Bukan tukang sikat.... Tukang kipas," aku menjawab.

"Ustazah kata tukang sikat...." Si anak meminta kepastian.

"Kalau Masyitah zaman Musa, memang seorang tukang sikat yang taatkan Allah. Tetapi kalau Masyitah Ibrahim, tukang kipas," terang aku.

"Ada ke Masyitah zaman Nabi Ibrahim?"

Thursday, March 8, 2012

Hebatnya Orang Kedah

Gambar hiasan
Dulu ada orang bercerita.

Sebenarnya Portugis datang ke Tanah Melayu, niat mereka nak serang Kedah dahulu kerana nak ambil padi beras. Namun, mereka terpaksa beralih ke Melaka.

"Kenapa?" tanya seseorang kehairanan.

"Kerana mengikut survey perisik Portugis, di Melaka hanya ada 5 Hang sahaja. Itupun dah cukup kuat. Kat Kedah ada beribu-ribu Hang. Itu yang Portugis takut..."

Ha ha ha... Kami sama-sama ketawa. Hebatnya orang Kedah.

Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man Bin Tsabit Al-Kufiy adalah seorang imam besar yang kita semua kenali kerana beliau adalah salah seorang imam besar yang memilik mazhab.

Kerana kealiman dan kebijakannya, beliau pernah ditawarkan jawatan kadhi (hakim) oleh raja Marwan iaitu pemerintah Bani Umayyah di Kufah. Beliau menolak jawatan itu walaupun dipaksa dan diancam seksa oleh pemerintah. Beliau tetap menolak dan akhirnya beliau dihukum penjara dan dihukum cambuk sebanyak 110 kali (sehari 10 kali cambuk). Akhirnya beliau dibebaskan.

Sekali lagi semasa kerajaan Bani Abbasiyah, sekali lagi Imam Abu Hanifah ditawarkan jawatan kadhi oleh pemerintah ketika itu iaitu Abu Ja'far al-Manshur. Sekali lagi beliau menolak walaupun dipaksa. Sehinggakan beliau dipenjara dan diracun. Beliau wafat di dalam penjara. Al-Fatihah.

Di Kedah, khabarnya ada 2 orang exco yang enggan menerima perlantikan semula jawatan exco tersebut walaupun semacam dipaksa menerima jawatan tersebut. Akibat keengganan mereka, tidak pula mereka dicambuk atau dipenjara, tetapi gegerlah juga satu kerajaan negeri yang baru tumbuh bulu jagungnya. 'Pollen count' yang dikeluarkan oleh bulu jagung itu turut meng'allergic'kan ramai orang di seluruh negara.

Imam Hanafi enggan menjawat jawatan di bawah pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyah kerana beliau ada alasan sendiri yang semestinya berkait rapat dengan pegangan Islam dan ilmu beliau berbanding dengan cara pemerintahan dan amalan khalifah semasa itu.

Di Kedah, YB Ir. dan YB Dr. ini juga pastinya ada alasan mereka sendiri, namun mereka ternyata hebat kerana tidak dihukum cambuk atau dipenjarakan malah bebas membuat press conference. 

Hang memang hebat!

Monday, February 6, 2012

Blog Zaman Nabi

Salam Maulidurrasul kepada semua. Semoga sambutan Maulidurrasul kali ini menguatkan lagi kecintaan kita kepada Allah dan Rasulnya.

Aku cuma berimaginasi jika sekiranya blogging ni sudah ada di zaman jahilliyah dulu. Aku rasa pastinya semasa Nabi S.A.W dilahirkan, blog Abu Lahab, bapa saudara Bagindalah yang paling meriah. Mesti dia update blog dia, abulahab.blogspot.com  setiap setengah jam. Pada 20 April 571M sahaja mahunya tidak kurang 24 entry dibuat oleh Abu Lahab.

'IT'S A MIRACLE, IT'S A BOY'

'FREE MILK FOR EVERYBODY'

'HIS NAME IS MUHAMMAD'

'A NEW HOPE FOR MECCA PEOPLE'

'MY NEPHEW IS COOL'  etc etc

Tetapi apabila sahaja Nabi S.A.W dilantik menjadi rasul dan sudah menyampaikan risalah Islam, pastinya abulahab.blogspot.com akan berubah rentak dan sentiasa membuat fitnah ke atas Nabi S.A.W. Pastinya Abu Lahab dan geng-geng se entry dengannya akan menubuhkan kesatuan blogger anti Nabi yang tak habis-habis menghentam dan menyakiti Nabi S.A.W termasuk menyiarkan gambar-gambar Nabi S.A.W yang telah disuperimpose. Blog mereka pastinya ditaja oleh Apco yang berpusat di Madinah semasa itu.

Dan semestinya akan ada pula bloggers yang menyokong Nabi S.A.W. Mereka juga akan menubuhkan kesatuan bloggers pro Nabi S.A.W. Entry mereka akan bercerita tentang risalah yang Nabi S.A.W sedang sampaikan. Pastinya enak membaca blog mereka yang mendapat bimbingan direct daripada Nabi S.A.W.

Ada juga blog penulis upahan yang hanya mencari tuan yang sanggup bayar lebih. Depa ni lebih kepada spin doctors yang akan cuba sedaya upaya menambahbaik dan menghalalkan tindakan majikan yang membayar mereka disamping melonjakkan nama mereka sendiri. Mereka boleh swing 180 darjah pada bila-bila masa sahaja. Antara blog yang tersohor semestinya binubai.blogspot.com dan abuamir.wordpress.com.

Yang paling banyak adalah blog-blog yang tidak incline ke mana-mana. Blog yang hanya bercerita pasal oasis, kebab kambing, roti arab, barkhan, how to get the most of your unta, trade-in unta, dapatkan barangan dari Syam dengan separuh harga, no-slaves, sajak-sajak kontemporari Mekah, tudung dan jubah dari Basrah, double your kambing-double your income, duit masuk tanpa perlu menjual kambing atau unta, jenis-jenis kurma, cara nak buat duit di musim haji etc etc. Seronok tentunya melayari blog-blog ini sambil menunggu kambing meragut di Oasis.

Kesimpulannya, di zaman mana pun kita, di era mana pun kita. Berceramah, berkomedi, berlakon, berkarya, berkartun, berblog, bertwitter, berpolitik, berfacebook, bertv, berradio, berkah kah kah, bercerpen, bernovel, janganlah sesekali mencari haluan yang bertentangan dengan risalah yang Rasulullah S.A.W bawa. Kita kena jawab semua tu bro. Sendiri mau ingat.

Thursday, January 19, 2012

Blogger Tanpa Internet

Sudah hampir 3 minggu aku ketiadaan internet.

Ketiadaan internet kurasakan seolah-olah kehilangan jawatan exco agama bagi seorang yang kuat mempertahankan agama.

Tuesday, November 8, 2011

MCCBCHST............ KSTBHKPTACOLWSDBTKAEESKSBHYAA

Hari ini ramai orang Islam yang prihatin menegur MCCBCHST.
.
Ini ekoran MCCBCHST pada Jumaat lalu menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam. Dalam kenyataan itu, pemimpin-pemimpin MCCBCHST menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu - yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu - akan diadakan di premis sekolah.
.
Apakenama MCCBCHST tu bro? MCCBCHST adalah  singkatan untuk Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia. Mak ooiii panjangnya nama persatuan.
.
Jawapan yang sesuai untuk MCCBCHST hanyalah KSTBHKPTACOLWSDBTKAEESKSBHYAA.
Iaitu singkatan untuk "Korang Semua Tak Baca Habis Ke Pasal Toleransi Agama? Come On La Wei.... Shuuuhh... Dah Berpersatuan Tu, Kajilah Agama Elok-Elok. Semoga Korang Semua Beroleh Hidayah Allah. Amin."

Saturday, November 5, 2011

Penangan Susu Anmum

Fikiran saling berhubung drastically apabila minum susu anmum.

Sexuality merdeka memang nampak hodoh dan bodoh. Ramai orang yang menentangnya. Tetapi seorang gay tersohor Elton John yang telah mengahwini seorang lelaki diraikan ramai orang pula. Sehinggakan puak yang terpanggil membuat nahi mungkar dibebelkan sebagai ala-Taliban oleh seorang agamawan yang siuman.

Di mana duduk kita sebenarnya?

Fikiran yang saling berhubung masih belum jumpa punca. Hanya perca.

Selamat Hari Raya Haji.

Tuesday, November 1, 2011

Pasal Tandas Pun Nak Kecoh ...

Masjid Lahad Datu yang cantik
“Ni satu lagi kelebihan kita sebagai orang Islam.”

Aku memberitahu Kajol yang berada di sebelah. Kami sedang dalam perjalanan ke Ipoh, baru saja merentasi Banjaran Titiwangsa. Kami baru melimpasi 2 orang lelaki Cina yang sedang memancut (kencing) di tepi kereta yang dihentikan di tepi jalan raya.

“Sepanjang jalan ni, banyak masjid yang ada. Kalau kita nak kencing, tak perlu memancut tepi jalan. Singgah saja di tandas masjid,” Kajol mengangguk, tanda faham poin yang aku cuba utarakan.

Hakikatnya tak semua begitu. Banyak kali sudah aku terjumpa masjid yang tandasnya dikunci. Hari ini pun di Kuala Terengganu, di dalam hujan renyai-renyai, aku yang sedang memulas perut terpaksa ‘bertahan’ dan mencari masjid lain apabila tandas masjid yang aku mula-mula tuju dikunci rapat(mentang-mentang masjid  baru!).

Memang ada masjid yang membuka pintu tandas hanya beberapa ketika sebelum masuk waktu sembahyang dan mengunci semula beberapa ketika selepas waktu sembahyang.

Bagi aku apa jua alasan yang diperkatakan, aku tak boleh menerima rasional mengunci tandas masjid.

Dulu di Sabah, aku pernah merayu kepada seorang pakcik yang sedang mencuci lantai (mungkin siak kot) untuk membuka kunci tandas masjid kerana perut aku meragam amat setelah berbreakfast nasi kerabu Mek Nab yang tersohor di bandar Lahad Datu.

Pakcik itu enggan kerana takut dimarahi oleh ahli jawatan kuasa masjid yang juga bosnya. Rumah bosnya hanya di sebelah pagar masjid. Pasti bosnya nampak jika dia membuka kunci tandas bukan pada waktu yang ditetapkan iaitu beberapa ketika sebelum dan selepas waktu sembahyang.

“Biar saya tanggung... Pakcik buka dulu. Nanti saya pergi cakap dengan bos pakcik,” memang orang yang sedang sakit perut sanggup berjanji apa sahaja.

Akhirnya si pakcik itu mengalah. Dan aku kenalah menunaikan janji. Lagipun aku memang berhajat nak bancuh AJK masjid tu cukup-cukup.

Bila aku bertanya perihal tandas yang dikunci yang menyusahkan musafir seperti aku kepada AJK masjid itu, dia hanya menyalahkan pihak pejabat agama. Dia hanya menurut arahan, katanya.

“Orang menderma kepada masjid untuk apa sebenarnya? Tengok tu....” Aku menunjukkan kepada van jenazah di garaj masjid yang tertera tulisan “sumbangan Lembaga Tabung Haji”. Si AJK melihat ke arah telunjuk jari aku.

“Orang lain sampai derma van untuk masjid... Kita pula,  orang nak guna tandas pun tak bagi. Tak elok la macam ni. Daripada orang Islam kencing dalam longkang tepi jalan, baik dia guna tandas masjid.”

Saja aku panjangkan ceramah aku kepada dia kerana aku yakin AJK ini pun terlibat sama dalam keputusan jumud mengunci tandas masjid untuk kegunaan rakyat.

Salut kepada masjid yang meraikan musafir dan semua orang. Tak kira yang singgah nak sembahyang atau yang hanya singgah nak berak di jamban.

Thursday, October 20, 2011

Sekali Jumpa 2 Tok Guru Sekaligus

Sabtu baru lalu, kami sekeluarga bersantai ke Pantai Pandak yang hanya sekilo-dua dari rumah kami. Mak oiii ramainya manusia. Selautan manusia ada di sana di tengah panas matahari ceng-ceng.


Banyak gerai-gerai kedapatan di Pantai Pandak. Macam-macam ada. Tengah-tengah melilau cari air untuk menghilang dahaga, terdengar suara  ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Pentas. Selepas Tuan Guru Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz pula. Wah! Ini dah kira baik. 2 Tok guru sekaligus kami dapat dengar. Kira rezeki la ni.


Ada program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertemakan PGU di sini. PGU - Bukan Peninsular Gas Utilization yang biasa diketahui oleh kebanyakan orang minyak, tetapi Pas Ganti Umno.
Ganu nelang. Cayalah.

Wednesday, October 19, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...