Saturday, October 20, 2012

Piala Malaysia : Dilema Abang Askar

** Salam Hari Lahir ke 5 untuk Talhah Ramli, 19 Oktober 2012. Semoga anakku menjadi umat Rasulullah S.A.W. yang soleh.


This is Kota Bharu
Dear Uncle Cikli,

Ambo orang Kelantan. Ambo dah kerja askar lamo. Dah naik pangkat dah. Rasa terhutang budi banyak sangat. Dilema saya bila pasukan bolasepak ATM dapat masuk final Piala Malaysia. Lawan Kelate pulak tu. Jadi ambo raso telan mati bini tuo, luah mati bini muda. Nak sokong pasukan mana ni. Tolong nasihatkan ... Yang terseksa batin, Din Kem Desa Pahlawan.

Jawapan:

Dear Din Kem Desa Pahlawan,

Saya bangga dengan saudara Din yang telah berkhidmat menjaga keamanan negara Malaysia kita ini. Bolasepak hanya satu sukan untuk riadah dan menyenangkan hati kita. Team mana yang kita sokong tak jadi masalah. Tak semestinya orang Kelantan kena sokong Kelantan. Tak semesti juga seorang askar kena sokong ATM.

Sahabat saya orang KL tetapi sokong Felda United semata-mata kerana dia dah beli saham Felda Global Venture (FGV) sebanyak 50,000 unit. Sahabat saya yang lain yang tinggal di tanah rancangan Felda pulak beralih sokongan kepada team bolasepak lain kerana tidak berpuas hati hanya mendapat 800 unit saham FGV. Dah jatuh pulak tu. Loan Maybank kena bayar.

Kelantan cuti 21 Oktober, kata MB
Namun menyokong sesuatu yang ada kaitan dengan kita adalah manis yang amat. Kita sendirilah yang cari kaitan atau hubungan itu. 

Sahabat saya Kak Zakie contohnya, dia orang Johor tetapi menyokong Kelantan FC kerana dia kagum dengan Menteri Besar Kelantan walaupun umum mengetahui bolasepak Kelantan dikuasai oleh seteru politik MB Kelantan tersebut.

Seorang lagi sahabat saya, Gedek juga menyokong Kelantan kerana dia dulu pernah tinggal di Jalan Geale, Kuala Krai, Kelantan walaupun sekarang ini kalau dia cuba bercakap loghat Kelantan, wife dia pun belum tentu faham.

Uncle Gedek!
Contohnya macam ini saudara Din Kem Desa Pahlawan, 

Seorang Muslim berbangsa Perancis atau British atau American tetap akan menentang sebarang dasar yang menyalahi atau mendiskriminasi orang Islam yang dikeluarkan oleh negara mereka walaupun mereka sebangsa kerana bagi mereka Islam atau agama itu lebih BESAR dalam hidup mereka.

Nasihat saya janganlah saudara Din pening-pening, sokonglah team mana yang anda suka. Di akhirat nanti pun, berapa kali kita bangun malam kerana tengok bola tak akan diambilkira. Yang dikira hanyalah berapa kali kita bangun malam kerana mendirikan solat-solat sunat. Begitu juga airmata kekalahan bola tak berharga sedikitpun berbanding airmata kerana bertaubat menyesali dosa-dosa lampau.

Bagi saya, saudara Din sepatutnya lebih pening memikirkan berkaitan hak saudara di dalam Undi Pos di dalam PRU13 nanti daripada memikirkan team bola mana yang sepatutnya saudara sokong. Harap saudara Din faham.

Apa-apapun, ramalan saya Kelantan menang 2-0 malam ini. Afiq Azmi muncul wira TRW.

Sekian. Gomo Kelate Gomo.
Uncle Cikli.

22 comments:

  1. SANGAT BERNAS JAWAPAN TUAN CIKLI ,BUKAN PADI BERNAS ATAU PADI ATAS BUMBUNG! APA PUN BOLA KA APA KA UNDI UNTUK BUANG PERASUAH,PEMBELOT NEGARA ,KAKI SELEWENG & PENYALAHGUNA KUASA,YANG PENTING KITA AKAN DISOAL JUGA DI SANA SIAPA KITA LANTIK JADI PEMIMPIN , ABU ,ALLAHU AKHBAR !

    ReplyDelete
  2. pening ni, pening dah ni, cikli. haha

    gua ni kelahiran sabah, tapi sebab sabah dok menyondol kat liga perdana ( macam liga kelas 4 kejuaraan scotland ) gua dah pilih ATM. selama 17 tahun gua tak penah tengok ATM sekuat ini ( selama gua kuat bertahan dalam ATM ) jadi gua nak pastikan gua akan sokong Man United masa lawan Stoke City malam ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cikli...nice said...haha...so, jgn penin2 deh blako...

    ReplyDelete
  4. Walau pun saya tak minat bola dan tak sokong mana2 pihak, saya tabik spring dgn cara Cikli jawap persoalan ni. Bijakkk....Bijakkk...!

    ReplyDelete
  5. Paling suka ayat bangun malam tu.. penuh makna dan peringatan.. yang lain itu hiburan dunia.. KakZakie sokong Kelantan FC ye?..

    RESULT FINAL PIALA MALAYSIA ATM VS KELANTAN

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kelantan....Walaupun jalan amat berliku dan beronak.

    ReplyDelete
  7. Hari Ahad, saya pakai baju logo (R).

    support TRW - the ROYALTY warrior :)
    hehehe

    ReplyDelete
  8. moleklah apa yg Cikli royak tu. buat pilihan yg tepat.

    Maaflah cikli lama tak jengok rumah cikli ni. Internet dumoh ni slow mengalahkan penyu nak naik telur di pantai rantau abang.

    ReplyDelete
  9. Alahai... kenapa kakak tertinggal bas nie. Nasib baiklah sokongan kakak jadi juara. Itulah... nak main boleh tapi solat jgn tinggal. TRW solat berjemaah tau sebelum masuk padang hebat tak hebat pasukan sokongan kakak nie... (jgn marah kawan-kawan ye...)

    ReplyDelete
  10. rasanya belom pernah saya kecewa membaca entri di sini . hehe. pegi jugak stadium itu malam

    ReplyDelete
  11. Yey! esok balik kmpung nak raya!!

    ReplyDelete
  12. Gua dah dambakan Sotong celop tepong nih...! Baahaha!

    ReplyDelete
  13. ambo sokong kelate sokmo. gomo kelate gomo

    ReplyDelete
  14. gua tak kesah sapa menang...asal main bagus gua layan

    ReplyDelete
  15. x sangka kan kelantan menang
    tapi kemenangan macam dah dijangka pula ;)

    saya sokong sbb suke dan hormat ngan Tuk Guru ;)

    ReplyDelete
  16. Amin. Semoga Talhah menjadi umat Rasulullah S.A.W yang soleh.

    tahun depan Kedah ada peluang tak? haha
    malam tu saya memang sokong Kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini hanya Kedah & Kelantan yang dapat treble (Piala FA, Liga & Piala Malaysia). Kelantan tahun 2012. Kedah 2007, 2008.

      Tapi tahun depan Kedah kena main liga Perdana, apa nak buat.

      Delete
  17. musim akhir bola, saya sibuk dengan final. huahua

    p/s : comel j uncle. huhu

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...