Monday, October 1, 2012

Belanjawan Rock



Aku menyokong penuh belanjawan bab harga gula naik sebab ramai rakyat yang kena diebetes seperti kata PM. Kome tengoklah piramid makanan di atas tu, gula tu maqam dia sama dengan lemak, kena makan sikit je.

Jadi dek kerana nak bagi kita semua sihat, terpaksalah kerajaan potong subsidi gula. Betullah tu, hujah jitu la tu.

Nak tambah meyakinkan yang kerajaan memang berniat murni nak jaga kesihatan rakyat, eloklah turunkan harga beras pulak. Sebab nasik dalam piramid makanan kena ambik paling banyak. Jadi harganya perlulah murah.

Kalau turunkan harga beras 20 sen sekilogram, beras BN (Beras Nasional) yang harganya paling murah sekarang akan turun kepada RM16.00.

Macam ni barulah rock.
Beras BN, 10 kg RM18.00

11 comments:

  1. Rock & Roll adalah Cikli hihi...Makan carbohydrate berlebihan tak tahu diproses akan jadi glucose. Org kecing manis pun tak boleh makan nasi banyak tau - itu kena tahu Cikli.

    Beras BN memang ada ke Cikli. Rasanya boleh jamin tak? Kakak tak pernah nampak tau sebab kedai 1 M'sia kakak belum pernah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, tak mahu kencing manis, kerajaan kena turunkan harga beras faiza basmathi tanpa kanji, biar orang miskin pun tahu nikmat dunia beras panjang monghul & faiza taj mahal yang mahal tu.

      Beras Nasional (BN) memang dah lama wujud sebelum retorik 1Malaysia lagi.

      Delete
  2. baru tau siutt ada BERAS NASIONAL (BN).. ni strategi ker aper ni. ker kat Kedai 1 Malaysia?

    ReplyDelete
  3. Saya siap sms kakak saya suruh beli gula sebaik sahaja Dato' Seri Najib umumkan kenaikan 20 sen sekilo. Kakak saya korek2 tabung dapat beli gula. Pagi semalam emak saya kata nak pisang. Kakak saya cakap dengan nada marah, "Duit sudah habis beli sayur etc etc .... hari tu kalau tak beli ikan rebus adalah duit lagi ... mak juga yg suruh beli ikan rebus .. bla bla bla ... makan nak sedap je. Makan je la apa yg ada .... lepas ni kita makan kanji je.

    Nasib baik lah pendengaran emak saya semakin kurang ... kalau tidak menangis lagi. Sebelum saya pergi kerja singgah Maybank ... Dlm al-wadiah Maybank ada singgit je. Terpaksalah jolok Visa Petronas Gold dan beri kepada kakak saya. Hmmm .... Hutang Lagi. Walaupun saya tidak dapat mengurangkan kadar defisit fiskal takpelarrr ... sekurang2nya dapat bawa bekal roti ke pejabat hari ini. Kalau tak hari ini bekal kanji dan gula bersubsidi 34 sen.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga kalau kerajaan naikkan harga minyak dgn alasan nak kurangkan kes kemalangan jalan raya. hehehe.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong le cikli jadi PM.

    ReplyDelete
  6. Rasional pemimpin2 kita ni kadang2 tak terfikir oleh kita yang marhaen ni kot.. depa prihatin..

    orang komplen pasai harga kereta.. depa kata depa heran pasai apa semua rakyat sibuk sangat nak beli kereta.. patutnya rakyat naik kenderaan awam saja..lebih eksesais

    Harga barang semua naik pun sebab tak nak bagi rakyat makan berlebihan.. takut dapat penyakit

    ReplyDelete
  7. Hebatkan idea pemimpin kita?
    terpegun dan terpesona...


    pertama kali tengok rupa Beras Nasional.

    ReplyDelete
  8. Oh... baru tau ada beras BN....

    kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Haaa.... ramai yg tak tahu ada Beras Nasional Cikli bukan kakak sorang. Kakak serius tau memang tak tahu dan tak pernah nampak. SO jelas yg kakak jaaaaraaaang tonton tv. Tak mahu kena sakit mata huhu..

    ReplyDelete
  10. haha. ade eh beras tuh.. tak penah nmpak.. =P

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...