Wednesday, June 22, 2011

Gadis Bertudung Labuh

Gambar hiasan sahaja

“Matek, aku rasa aku dah jatuh cinta,” aku yang takut dengan perempuan tiba-tiba meluahkan perasaan kepada Matek.

Kawan baik aku itu hanya ketawa kecil.

“Ni mesti hang terlihat awek kat lobi tadi.”
Tekaan Matek tepat. Gadis bertudung labuh yang aku lihat di lobi Kolej Negeri tadi telah membuatkan hatiku cair, lantas jatuh cinta.

“Macam mana hang tahu?” Aku bertanya.

“Aku pun jatuh cinta juga la...Ha ha ha,” Matek membuat pengakuan sambil ketawa besar. Aku turut ketawa.

Memang gadis yang kami terlihat tadi boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang meminati perempuan berimej Islamik. Dia menepati ciri-ciri menurut piawaian aku dan Matek. Aku belum pernah melihat gadis tersebut sebelum ini. Naluri ingin mengetahui amat tinggi.

“Matek. Awek tu budak kelas mana ya?”

“Entah, aku pun baru pertama kali lihat.”

Yang pastinya gadis itu bukan daripada kelas intensif Bahasa Inggeris yang aku dan Matek ikuti. Aku agak mesti budak LCCI (London Chamber of Commerce & Industry).

“Budak LCCI tu Li, accounting....” Matek pun sependapat dengan aku.

“Jom kita siasat!”

Aku dan Matek sepakat. Maklumlah bunga pujaan hati dah dijumpai.


***************

Langkah longlai aku ke kelas menjadi bersemangat apabila aku terlihat kelibat gadis bertudung labuh. Aku mempercepatkan langkah untuk mengetahui kelas mana yang ditujui sang gadis. Selepas membelok ke kanan, kelibat sang gadis hilang.

“Yes, mesti dia masuk antara satu kelas di sini,” hatiku berkata.

Kelas di situ kelas accounting. Kebanyakan pelajarnya berumur satu tahun lebih tua daripada aku.

“Bini setahun lebih tua, no problem punya,” mak oiii, fikiran aku yang takut dengan perempuan ini boleh pergi sejauh itu!

Mata aku mengintai ke dalam satu kelas melalui cermin yang terdapat di pintu. Lantas aku melihat dia! Ya dia! Dia! Diaaaa...................


***************

“Matek, tadi aku nampak awek tudung labuh tu di kelas budak accounting,” aku memberitahu Matek sementara menunggu Mrs Kuladeva masuk.

“Kan aku dah kata Li, budak accounting. Apa lagi.... Bolehlah tu,” Matek bersemangat betul.

“Bro, dia masuk kelas tu mengajar la... Bukan belajar.”

Matek hanya menganga, wordless. Walaupun hari tu bukan Rabu.

Hari itu aku dan Matek ke Plaza Punca Emas di sebelah Kolej Negeri bermain game macam orang putus cinta. Cehhh...

34 comments:

  1. lorrr..apa salahnya nak tackle pun.dia tetap seorang perempuan yang jadi idaman lelaki yang mementingkan ciri-ciri islamic.

    ReplyDelete
  2. ghost writer,
    cikgu bro... kita makan abc pun bayar asing-asing masa tu

    ReplyDelete
  3. salam Tuan,
    hahhahaha, sabarr sabarrr, tapi kenangab menarik tu, boleh diwarisi turun temurun tu tuan. rezeki lebih baik dah dapat kan... =)

    ReplyDelete
  4. gadis itu pasti indah... err... dah kawin ke belum tu...hehe... kena isteri orang... :P

    ReplyDelete
  5. asal dia perempuan dan bujang rembat aje

    ReplyDelete
  6. miecyber,
    masa tu budak-budak lagi bro.

    ReplyDelete
  7. cikguzam,
    alhamdulillah. jodoh ditangan Tuhan. kajol terbaik.

    ReplyDelete
  8. kisah hati,
    dah tahu dia cikgu, agenda terus stop.

    ReplyDelete
  9. brutalsolo,
    senang nya ko...

    ReplyDelete
  10. ngorat je la lecturer tu...untung2 dia yg minang ..kekeke

    ReplyDelete
  11. vampire's lovex,
    bagi peluang kat matek...

    ReplyDelete
  12. hihi..
    dah agak dah..
    mesti lecturer punya

    ala sayang la tak tegur dulu
    masa belajar memanglah
    bila dah kerja kot2 leh sambung

    ops.. sekarang dah takleh ok?
    jangan pandai2 buat.
    report kat kak kajol nanti!

    ReplyDelete
  13. HAhaha...aku pun dulu masa study ada gak terkejar2 awek tudung labuh, budak account gak..memang tangkap cintan habis la, siap aku buat research lagi, sebijik macam ko...hehehe...tapi bukan jodoh aku, masa tu berhingus dan bukan macam ko makan bayar asing2, tapi makan megi share ngan member lagi...ko dapat Kajol, aku dapat Juhi Chawla....

    ***Aku respek la ngan ko, sentiasa beridea nak menulis...aku....

    ReplyDelete
  14. ha,,ha,,ha,,teringat kisah 4 thn lps,,ms mengajar kat kolej baitumal,,ada 3 org budak ni mintak no tel,,ingt sy student,,ms tu hari ke 2 mengajar,last2 sekali,,masuk bilik tutorial,,rupa2nya student sy,,merah muka depa,,ha,,ha,,nk tergelak bila ingat

    ReplyDelete
  15. hebat lg skil mung meli......caya lah......eh matek mana skang......

    -genzo

    ReplyDelete
  16. Ooh kenangan silamlah ni.

    Seronok juga sesekali melayan kenangan masa study.

    ReplyDelete
  17. apa salahnya kalau pomuan tu single...umo bkn ukuran......

    ReplyDelete
  18. setuju dgn kak nza..apa salahnya...
    cuba risik2 lagi...belum lambat =)

    ReplyDelete
  19. jodoh, rezki & ajal maut dah termaktub dah bro...sabo je la...he he

    ReplyDelete
  20. puteri,
    saja bercerita suka-suka kisah lampau.
    buat teman balajar adik-adik.

    ReplyDelete
  21. fadli amir,
    antara kita ni pula, siapa shah rukh khan dan siapa ali rustam? kah kah kah.

    ReplyDelete
  22. mel haslina amir,
    ni the other side of the story ni..

    ReplyDelete
  23. genzo,
    matek dulu kerja offshore sekejap.
    kalau bercakap dgn dia, barangkali masih ada kesalan tak masuk AAD kuantan dulu. kahkahkah

    ReplyDelete
  24. kak kunang-kunang,
    cerita budak-budak kak. sekarang saya dah tua macam anak saya kata.

    ReplyDelete
  25. NzA,
    sekarang ni umor dah jadi ukuran, sebab tu cerita lama. hehe

    ReplyDelete
  26. mohd azhan,
    tu cerita 1990 bro.... gua dah nak bercucu sekarang ni.

    ReplyDelete
  27. kahkahkah..sakit perut tahan gelak..comel sangat ustazah akaun tu..jijijiji

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel bangat, macam neelofa pakai tudung

      Delete
  28. Kah kah kah terkenang zaman muda dulu2, malam ni memang sweet memories Meli.

    Matteque.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome to my blog bro. no more sadness ok.
      life is too short to cry, long enough to try, kata helloween.

      Delete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...