Saturday, June 4, 2011

Mat Sabu Menang. Ada Aku Kesah?


PAS : Tiang lampu tu lebih
tinggi daripada kita la...
UMNO : Depa swasta, aku
takda kuasa nak cakap apa!
 Mat Sabu dah terpilih menjadi Timbalan Presiden Pas. Tahniah.

Husam terpilih jadi Naib Presiden bersama Mafuz dan Salahuddin yang mengekalkan jawatan. Tahniah banyak-banyak.

Penyokong Pas sebenarnya tak peduli siapa di atas tu. Janji lawan BN. Janji lawan rasuah. Janji lawan MCA. Janji lawan MIC.

Sesiapapun kat atas tu, anda tak boleh buat keputusan mengikut nafsu masing-masing. Mengikut kepentingan kroni masing-masing. Anda ada jemaah. Anda pun dah tahu. Anda memang terbaik di antara kami-kami semua. Sebab tu Allah pilih kalian dan uji kalian.

Jadi aku tak kisah sikit pun siapa menang.

Yang aku kisah, jika ada yang nak berkomplot singkir si anu-si ani. Tuduh si anu begitu, si ani begini. Buktinya nehi.

Apalagi nak pelangkung Presiden sendiri. Itu aku kisah.

Kita parti Islam ni, sesiapa pun yang terpilih sama sahaja. Ulamak ke, erdogan ke, professional ke... Semuanya benci rasuah.

Sama juga BN. Siapa pun jadi kapitan MCA, yang soilek ke, yang tak soilek ke.... Macam tu jugalah, selagi namanya BN. Siapapun jadi Presiden Umno, yang gemuk ke, yang pendek ke, yang sembab ke, sama saja. Begitu juga MIC. Tiada Samy, macam ada Samy!

Obama ganti Bush, sama saja. Netanyahu, Yitzak Rabin ke rabun ke, sama saja.

Ingat tu. Janji buat kerja, dan aku dah kenal kalian semua memang tip-top kaki buat kerja. Tabik tuan!

8 comments:

  1. WAH,BAH DAH BANYAK CERITA YANG DI TULIS.BAH BERITAHU KAKAK BERAPA BANYAK YANG TELAH DI TULIS.
    SALSABILA.

    ReplyDelete
  2. Jawatan adalah amanah bukanya tiket untuk gila kuasa.

    Messi ditumbuk

    ReplyDelete
  3. "Betol atau tidak...?!"

    Phrase famous dari mat sabu...

    ReplyDelete
  4. apa ada pada jawaatan...yang penting jangan memilih dacing

    ReplyDelete
  5. ada yang suka ada yang tidak...di kalangan mereka ia satu perubahan yang bagus.di satu kalangan lagi,ini dah boleh masuk jarum..

    ReplyDelete
  6. salsa! pegi buat kerja sekolah...

    miecyber - betul tu bro

    gedek! - lu pun layan abang mat no...

    brutalsolo - dacing hanya untuk timbang getah sekerap

    mat din - takbir

    ghost writer - rambut lagikan lain, inikan hati

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...