Wednesday, June 15, 2011

Ariping Nak Kawin Segera Selepas Tengok Final Piala FA

Ariping berada di beranda rumahnya mengadap Laut Cina Selatan di Kuala Ibai. Mereka menonton rakaman final Piala FA sambil makan ubi rebus.

"Mak! Riping nak u..bi ni...." Ariping bersuara manja sambil menunjukkan ke arah setongkol ubi kayu dalam pinggan arcoroc.

Mak Ariping menjeling. Huh! Taktik lama bapaknya jugak, getus hatinya.

"Nak berbini cakap terang-terang Riping. Budak mana kau berkenan?"

"Budak Kelantang mak....."

"Hisshhhh penyokong Red Warrior tu Riping. Larat ke nanti masuk stadium duduk asing-asing?" Huh! Fanatik penyu betul makcik ni.

"Riping rela mak. Riping dah jatuh hati."

"Berapa lama kau dah kenal mek Kelatang tu?"

"Baru mak."

"Baru? Bila? Dah tahu asal usulnya?"

"Baru jumpa kat Stadium National Bukit Jalil masa final Piala FA baru ni."

"Kau jangan buat lawak Riping. Perempuan kau jumpa kat tempat macam tu nak buat bini?"

"Dia baik mak."

"Mana kau tahu... Kau baru kenal budak mek tu."

Ariping menghulurkan sekeping gambar kepada emaknya.

"Ni gambar budak tu mak."


Gambar cilok dari facebook. Harap benarkan.
























Mata emak Ariping tergenang air jernih.

"Mak setuju," emak Ariping membuat keputusan.

"Dua-dua boleh mak?" Tanya Ariping, gatal.

"Dah! Kau jangan nak jadi macam budak Brutalsolo tu pulak."

23 comments:

  1. MasyaAllah. bagus betul :)
    solat itu tiang agama.

    ReplyDelete
  2. alahai riping...riping.....rasa nk gelak guling2.

    ReplyDelete
  3. hani@debumelukut,
    nampak dari sisi macam anak dara...

    ReplyDelete
  4. latifah,
    tak semua orang dapat buat tu..
    biasanya buat-buat uzur la.

    ReplyDelete
  5. miecyber,
    riping pandai menilai

    ReplyDelete
  6. NzA,
    riping ke mak riping yang kelakar

    ReplyDelete
  7. pantang bagi izin..dua2 sekali nak.haha

    ReplyDelete
  8. amboiii belasah 2 seklai ehhh... hurmmmm

    ReplyDelete
  9. bagus riping....amik yg jaga smayang :)

    ReplyDelete
  10. ghost writer,
    memang kalau gua pun dapat betis, gua nak peha.

    ReplyDelete
  11. brutalsolo,
    itu nama lelaki sejati bro.

    ReplyDelete
  12. mya el qayreena,
    typical ni mya

    ReplyDelete
  13. vampire's lovex,
    1. jaga semayang
    2. sama-sama minat bola

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah sejuk perut bakal ibu mertua ripin mengandung.

    ReplyDelete
  15. sot,
    ada dua orang, perut abang riping pun boleh tumpang sejuk.

    ReplyDelete
  16. Memang gua respek la.....tapi nak gak tengok masa lepas sembahyang, camana dressing.....hehehe.....eh bukan tuk aku la....mana tau rekemen kat anak2 sedare...hehehhe

    ReplyDelete
  17. fadzli amir,
    bele-bele kena cubit pesen komen lu ni...

    ReplyDelete
  18. doh riping buleh dok puan tu?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...