Monday, April 27, 2009

rasuah sebagai Bahana Nasional

Sekarang di TV1 live.

Rancangan Di Luar Lingkungan, kelolaan Syed Munawar bertajuk Rasuah Sebagai Bahana Nasional.

Panel jemputan, orang besar SPRM, Abu Hassan Mohamad dgn Ezam Mat Noor sebagai pengasas GERAK. Tak pasti jika lembu ada di luar studio.

Aku tak nak ulas apa-apa.

Cuma aku tertarik dengan tajuk di atas, .....Bahana Nasional
...... Aku setuju bangat bah...

Friday, April 24, 2009

Lebong Ingeniur


Parti U diamanahkan untuk mengukur ketinggian tiang bendera kebanggan negara mereka.

50 tahun lebih mereka membuat berbagai-bagai cara dan helah untuk mengukur tiang bendera tersebut. Dilantik consultant dari Jerman, Australia, Mongolia, Russia. Semua results berbeza. Tiada yang konsisten, lagi mahal bayaran, lagi tinggi ukuran mereka.

Dilantik kontraktor untuk membuat menara untuk mengukur tiang tersebut. Menara pula retak. Dilantik lagi kontraktor untuk membaiki dan mengkaji punca keretakan. Kos konsultansi pula melebihi harga menara.

Malah jambatan bengkok juga telah cuba dibina untuk dihubungkan ke puncak tiang bendera. Setelah projek mega ini tidak menjadi, ratusan juta pula menjadi habuan kontraktor yang tak payah buat apa-apa ini sebagai pampersan.

Rancangan yang paling mega ialah mengukur ketinggian bendera dari angkasa lepas. Namun semuanya kurang berhasil. Result yang keluar semuanya dalam tulisan Russia purba.

50 tahun lebih telah berlalu, ketinggian bendera masih belum dapat dipastikan. Namun begitu media negara masih menguar-uarkan hanya sanya Parti U yang bisa dan mampu mengukur tiang bendera, cumanya mereka perlu diberikan masa lagi. Perjuangan mereka belum selesai.

Keajaiban berlaku, entah macam mana tiba-tiba Parti P mendapat peluang untuk mengukur ketinggian bendera. Kebetulan ketuanya adalah seorang Ingeniur. Dengan congak mudah saja, Tuan Ir sebagai ketua Parti P mengarahkan supaya tiang bendera dicabut.

Semua pelanggan kopitiam Ah Kong yang kebetulan sedang breakfast berdekatan tanpa banyak soal bergotong-royong mencabut tiang bendera. Setelah tiang bendera tergolek di atas tanah, Tuan Ir terus mengambil tali tape dan mengukur......

“Panjang keseluruhan, 26.7m, panjang yang tertanam dalam tanah 70cm......”

Dengan segera Tn Ir membuat declaration,

“Tinggi tiang bendera ialah 26 m !!!”

Kemudian masing-masing bergotong royong memacakkan semula tiang bendera tersebut. Tiada yang berubah.

Seluruh negara geger, media menggila mengatakan Tn Ir lupa asal-usul dan menjual diri kerana bersubahat dengan pelanggan kopitiam Ah Kong mencabut tiang bendera kebanggaan negara.

Pembesar Parti U pula hari-hari berlipur lara tentang kedangkalan dan kebodohan Tn. Ir, kata mereka (sambil makan tempe),

“Rakyat nak tahu TINGGI tiang bendera, tetapi PANJANG tiang pula yang diukur...Penipu!!!”
.

Thursday, April 23, 2009

The Siblings



Turun dari masjid selepas sembahyang Isyak, aku ternampak ayah menyuruh adik mengikutnya. Mereka tidak menghala ke rumah, sebaliknya mereka terus ke arah pekan Guchil.

Perasaan jelesku muncul tiba-tiba. Kenapa ayah tidak mengajak aku sama. Selalunya aku dan adikku tidak terpisah. Jika ke manapun, kami mesti sama-sama. Kalau ayah nak belanja roti canai pun, mesti sama-sama. Kalau nak pergi baju raya pun, mesti sama-sama. Kadang-kadang kakak pun di ajak sama. Umur kami hanya selang 2 tahun. 7, 9, 11.

Aku terus mengikut ayah dan adik dari belakang. Kadang-kadang aku bersembunyi di tepi pagar, takut-takut adik atau ayah ternampak.

Ke mana ayah nak bawa adik?

Kenapa aku ditinggalkan?

Sampai di kedai Haji Sodah, ayah menarik adik ke dalam kedai. Haji Sodah sedang bersiap untuk menutup kedai.

Hatiku semakin jeles.

Kenapa ayah ajak adik seorang saja ke kedai?

Dari dalam gelap, aku nampak ayah sedang memilih selipar jepun untuk adik. Barulah aku teringat, tengah hari tadi selipar jepun adik putus.

Akupun terus meredah remang malam. Balik ke rumah.

Hari ini, bila teringatkan peristiwa itu, aku terfikir..... Mungkin duit yang ayah ada pada hari itu hanya cukup-cukup untuk menggantikan selipar jepun adik yang telah putus.
.
Maaf ayah kerana memikirkan yang bukan-bukan. Sekarang aku lebih mengerti perasaan seorang ayah terhadap anak-anak.

Sunday, April 19, 2009

Maafkan Ana Ustaz


Di dalam kereta semasa pulang dari masjid tadi aku mendengar seorang ustaz mengajar Bahasa Arab di radio. Dia menghuraikan berkenaan jamak taksir. Bagus ustaz ni, aku tak tahu namanya tetapi suara macam pernah keluar TV saja.

Kemudian ustaz menyebut berkenaan perkataan ‘ha’ .

Katanya ‘ha’ adalah gantinama diri ketiga macam ‘she’ atau ‘her’ dalam BI.

“Saya gunakan ‘she’ atau ‘her’ kerana ‘dia’ dalam BM tidak nyatakan lelaki atau perempuan,” explain ustaz dengan bersungguh. Aku mengangguk-angguk setuju. Bagus explaination ustaz ni.

“Mungkin orang kita dulu ada sebab tersendiri mengapa dalam BM ‘dia’ tidak dinyatakan lelaki atau perempuan, sebab itu saya gunakan perumpamaan ‘she’ atau ‘her’....” si ustaz terus berkata-kata dengan fasih.

“Saya sayangkan bahasa saya. Jangan ada pakcik-pakcik yang marah pula (sebab guna contoh BI). Saya sayangkan bahasa saya....” si ustaz terus berceloteh.

B****! Spontan terpacul keluar perkataan dari mulutku.

Maafkan aku ustaz. Bukan aku sengaja berkata begitu, apalagi kepada seorang ilmuan agama. Tetapi ustaz sepatutnya lebih memahami isu PPSMI lebih daripada orang lain.

Wednesday, April 15, 2009

Tambah KPI Lagi !



Aku nak pecat dia tak boleh. Jawatan yang disandangnya sekarang bukan kerana undi aku. Aku tak pernah mengundinya. Dia tak pernah rasuah aku atau sesiapa untuk mendapat jawatan itu. Dia berada di situ kerana pilihan dan usahanya sendiri.

Tapi masalahnya dia tak perform. Prestasi dia not up to standard. Statik. Stagnant. Dormant. Frozen. Absolutely Antartic !

KPI nya bungkus. Walaupun indicatornya tak banyak, mungkin 2 atau 3 saja, tetapi ghuyub.

Dia bagaimanapun baik. Senyum selalu. Tak rasuah, tak politik wang, tak bunuh orang, tak rogol orang, tak ada skandal, tak pernah masuk penjara, tak seludup duit cash, tak ugut nak bunuh orang dgn SMS, tak tendang guru, pendek kata dia cool.

Cuma janjinya ala-ala orang politik. Lepas sehari, sehari, kemudian seminggu, kemudian sebulan.

Janjinya bukan nak bawa 18 kes berprofail tinggi ke mahkamah. Bukan janji tak akan lambakkan projek bihun segera. Bukan janji nak kaji PPSMI. Bukan janji nak improvekan pengangkutan awam. Bukan janji nak kaji minimum wages. Bukan janji nak bagi WI-FI free.

Janjinya hanya nak siapkan baju pengawas Salsabila dalam masa semingggu. Remeh temeh je.

Selepas seminggu, aku pergi Isnin, dia kata ambil Khamis. Pergi Khamis, dia minta datang hari Ahad. Datang Ahad (maklumlah anak nak pakai!) dia kata Khamis lagi. Pergi lagi hari Khamis, bila saja dia nak bagi alasan, aku terus paling belakang dan blah. Entah apa alasan yang dia pot-pet aku langsung buat tak dengar. Itulah last time aku pergi. Tak nak lagi, biarlah aku sekadar menunggu dalam kereta saja.

Selang seminggu, bila jiran aku pergi tanyakan. Laaa.... tak terusik lagi kain tu rupanya.

Sekarang dah nak masuk 3 bulan. Kita dah bertukar Perdana Menteri, tetapi baju pengawas Salsabila masih tidak siap. Kali terakhir Ahad lalu dia masih beralasan.

Orang Sabah kebanyakannya terima saja apa saja yang datang dari Umno, oleh itu aku amat berharap agar PM dan Rosmah akan segera buat lawatan ke Sabah dan berceloteh pasal KPI.

P/S – KPI menteri dan PM dan TPM yang pertama, mesti hadir sidang Parlimen tanpa gagal !!!

Tuesday, April 14, 2009

KPI Satu !


5 kawan semejanya telah meng’order’ kopi o dan teh o masing-masing, Mamat merasa dia perlu mencari kelainan. Kelainan drastic dan bombastic. Takkanlah hari-hari asyik teh o dan kopi o saja.

“Bagi air tin satu....” order Mamat.

Begitulah mereka, sebelum ke kebun, minum teh di warung dulu. Mereka orang kampong, nun di ulu satu negeri. Membaca pun sekadar macam hirup teh panas je. Slow-slow. Menulis apatah lagi.

“Air tin apa?” Soal pelayan kedai.

Mamat tersentak. Soalan apa ni?

“Air tin la..... air tin” jawab Mamat tegas. Dia memang dianggap paling cerdik dalam 6 sekawan tu. Maklumlah arwah ayah dia dulu Tok Penghulu.

“Ye la bang saya tahu, tapi air tin banyak....”

“Air tin aku kata....” Mamat panas muka. Bukan sebab marah, tapi kerana menyesal dan malu kerana order yang bukan-bukan. Air tin konon.

“Air tin banyak bang....Coffee latte, soya, soya campur, livita, coke kami dah tak jual, kami boikot, air tin F&N...perisa strawberry, sarsi, cincau, kundur, oren, zam-zam cola, radix cola, ....... abang nak yang mana?”

Mamat terkedu. Banyak perisa dan jenis rupanya air tin ni. Ingatkan air dalam tin je.... Lastly Mamat bersuara kuat sambil menghentak meja....

“Heiii budak...hang tak dengar ke aku kata nak kopi o tadi.....cepat...”

*****

Itulah ibarat sehari dua ni. Semua orang gatal mulut nak sebut KPI. Mentang-mentang PM Najib sebut, semua orang nak sebut. Semasa Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dok terjuih mulut asyik menyebut KPI sebelum ni, tak siapa peduli pun.

Jangan sekadar sebut sahaja KPI, tetapi perlu digariskan dan dijelaskan dan ditetapkan apa KPI untuk setiap menteri dan timbalan. Barulah rakyat boleh sama-sama menilai prestasi mereka. Nanti senang nak undi lagi.

Aku tunggu Koh Tsu Koon keluarkan senarai tu ..... Harap-harap Nazri Aziz bantu sama gerakkan Presiden Gerakan ni ....


Sunday, April 12, 2009

Sejenak Bersama anak-Anak



Minggu lepas, di dalam kereta aku berteka-teki dengan anak-anak.


"Burger apa buat kita happy ?"


Macam-macam jawapan anak-anak termasuk maknya sekali.


"Siapa betul, abah bagi seratus rial, cepat"


Takda jawapan yang betul. Jawapannya,


"Burgermbira...."


Anak-anak gelak kecuali Talhah.


Semalam, semasa memandu, Kak Yong pula berteka-teki,


"Burger apa buat kita sedih......"


Aku tahu memang tiada jawapan pun.......


***Lukisan oleh Salsabila


Friday, April 10, 2009

Umno Melekat di Sabah

Pernah ke Tanjung Simpang Mengayau?
.
Atau Tip of Borneo?
.
Aku pernah pergi sekali. Kat situ Laut China Selatan bercumbu dengan Laut Sulu. Sebab tu gelora asmaranya memang bergelojak.
.
Bila ku amati pandangan tanjung ni dari laut, nampak macam keris menghunus.
.
Lalu aku terfikir patutlah Umno dapat masuk dan bertapak kukuh di sini di saat orang telah membuangnya jauh-jauh ke Laut China Selatan dari Pantai Batu Burok.
.
Agaknya Menteri Dalam Negeri mesti akan segera mengadakan lawatan rasmi ke sana dan mengucup bumi sambil berteriak...... lihatlah dunia!!!!
.
Tip of Borneo.... Subhanallah.





Wednesday, April 8, 2009

PRK Ter 'Bersejarah', 1 + 13 + 13 Bebas di Tiga Bukit



1 Bebas di Bukit Gantang


13 Bebas di Bukit Selambau


13 Bebas di Bukit Jana.


Di mana Bukit Jana ? Tak tahu ? Tanyalah Ir Nizar atau Ibrahim Ali. Atau tanya saja kaki-kaki golf. Mereka biasa ke sana.
Atau WikiMapia aje lah.


Possiblekah kalau lagi ramai calon Bebas di Bukit Selambau, mungkin lagi ramai yang Bebas dari Bukit Jana.


Wallahu a'lam.


Bukit Gantang Sudah Insaf

Tahniah Tuan Engineer.
.
Tuan telah berjaya membuka mata dan mengajar rakyat Bukit Gantang peri pentingnya keluar mengundi dalam negara demokrasi.
.
Kalau dalam PRU 2004 dulu, hanya 51% saja yang keluar mengundi, hinggakan seorang doktor mukminah anak bekas Mufti (bukan jenis Datuk Nikah Kawin) tokoh Maal Hijrah pun boleh kalah melawan calon Cina Gerakan.
.
Pada PRU 2008, peratusan dah meningkat dan sekarang 75% peratusan keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kecil adalah sangat-sangat bagus. Tak begitu SPR ?
.
Tahniah pengundi Bukit Gantang. Anda rock...
.

Sunday, April 5, 2009

Cara Mudah BN Nak Menang di Bukit Selambau

Letakkan saja soalan ini di dalam kertas undi ...


"Tandakan X pada alat yang digunakan untuk menimbang getah sekerap"

Saturday, April 4, 2009

Tajuk Khutbah Jumaat Masjid Negara

Assalamualaikum,

Kami di Kota Kinabalu sembahyang Jumaat masuk waktunya awal sejam. Jadi semasa dalam kereta menghantar Salsabila ke sekolah sempatlah aku mendengar siaran langsung dari Masjid Negara. Mereka memperkatakan tentang tajuk khutbah pada 3/4/2009 iaitu,

“Kepimpinan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan”

Bagiku satu tajuk yang amat bagus untuk renungan semua bermula dari Agung, PM, MB, Ahmad Said Hamdan, KPN, Ketua Jabatan, JKKK, Guru Besar, Ketua Pandu Puteri dan semua yang lain.

Cuma aku agak tertanya-tanya tentang beberapa takrif,

1. Kepimpinan
2. Pemimpin
3. Pimpinan

Bagi aku yang sudah terlimpas dengan PPSMI ini, kepimpinan adalah gaya dan cara pemerintahan seseorang. Kepimpinan tidak pernah sama antara seseorang dengan seseorang. Gaya kepimpinan Umar R.A mungkin lebih tegas daripada kepimpinan Usman R.A yang amat santun. Tetapi mereka semua betul sebetulnya dan memenuhi kehendak Allah S.W.T dalam memimpin.

Media selalu melagakan kepimpinan Nik Aziz, Hj. Hadi dan Almarhum Fadhil Noor. Seorang dikatakan lembut, seorang dikatakan keras dan ekstrem dan seorang dikatakan liberal. Padahal bila ada saja desas-desus kerjasama dengan Umno, yang dikatakan lembut inilah yang mula-mula sekali tak bersetuju. Nampak sangat media pengampu ni tak buat homework dan berniat serong.

Bukan kepimpinan itu yang menjadi tanggungjawab, tetapi MERUBAH gaya kepimpinan sekular dan korup kepada Islamik adalah tanggungjawabnya.

Bagi aku kepimpinan memang suatu keistimewaan. Kepimpinan Nik Aziz memang keistimewaan Tok Guru bertubuh kecil ini. Kepimpinan Hj. Hadi memang kehebatan dan keistimewaan anak kebanggaan Rusila ini. Kepimpinan Ahmadinejad sememangnya keistimewaan seorang Farsi ini.

Keistimewaan ini berlaku kerana masing-masing sedar akan tanggungjawab jawatannya!

Aku rasa tajuk khutbah Masjid Negara semalam sepatutnya bunyi plain macam ni aje,

“Jawatan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan”

Apapun eloklah daripada di Tanjung Aru yang panjang lebar berkhutbah pasal air..... makmum pun banyak yang sudah meleleh.

Apa agaknya isi khutbah di Bukit Gantang ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...