Sunday, April 19, 2009

Maafkan Ana Ustaz


Di dalam kereta semasa pulang dari masjid tadi aku mendengar seorang ustaz mengajar Bahasa Arab di radio. Dia menghuraikan berkenaan jamak taksir. Bagus ustaz ni, aku tak tahu namanya tetapi suara macam pernah keluar TV saja.

Kemudian ustaz menyebut berkenaan perkataan ‘ha’ .

Katanya ‘ha’ adalah gantinama diri ketiga macam ‘she’ atau ‘her’ dalam BI.

“Saya gunakan ‘she’ atau ‘her’ kerana ‘dia’ dalam BM tidak nyatakan lelaki atau perempuan,” explain ustaz dengan bersungguh. Aku mengangguk-angguk setuju. Bagus explaination ustaz ni.

“Mungkin orang kita dulu ada sebab tersendiri mengapa dalam BM ‘dia’ tidak dinyatakan lelaki atau perempuan, sebab itu saya gunakan perumpamaan ‘she’ atau ‘her’....” si ustaz terus berkata-kata dengan fasih.

“Saya sayangkan bahasa saya. Jangan ada pakcik-pakcik yang marah pula (sebab guna contoh BI). Saya sayangkan bahasa saya....” si ustaz terus berceloteh.

B****! Spontan terpacul keluar perkataan dari mulutku.

Maafkan aku ustaz. Bukan aku sengaja berkata begitu, apalagi kepada seorang ilmuan agama. Tetapi ustaz sepatutnya lebih memahami isu PPSMI lebih daripada orang lain.

2 comments:

  1. ya shiekh. ana kurang faham...apakah yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut BM tak menyeluruh sebab guna 'dia' utk semua ?

    ReplyDelete
  2. akula,

    setakat yang ana faham, ustaz tu betul, dalam BM tiada muanas atau muzakar pada gantinama dia. tidak macam BI ada she atau he.

    cuma cara ustaz ni nak libatkan isu PPSMI dalam contoh yang dia bawa ana rasa satu penyelewengan isu.

    itu yang ana ter'kata' sikit tu. sori...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...