Saturday, August 30, 2008

Kenangan MERDEKA di Tok Bali

Suatu masa di tahun 1998

Sedang aku meluncur laju menuruni jambatan Tok Bali, keretaku ditahan 2 orang kanak-kanak. Aku berhenti dan membenarkan mereka naik.


Kuperhatikan pakaian mereka yang agak comot. Tekaanku betul, mereka berdua adik-beradik. Seorang sepuluh tahun, seorang lapan tahun. Tapi setiap hari tempat tujuan mereka bukan di sekolah. Tujuan mereka setiap hari di tempat pendaratan dan penjualan ikan di sekitar jambatan Tok Bali. Mencari ikan, beritahu si abang kepadaku. Ikan jatuh dikutip, boleh dijual atau dibawa balik.

Mereka anak yatim. Ibu sering sakit-sakit. Kerja mengambil upah memotong daun rokok daun. Abang ada, tapi tinggal di Kedah, menyara keluarganya sendiri dengan kederat seorang nelayan.

Walaupun mataku yang semakin berkabur memerhati jalan Tok Bali-Semerak yang cantik bertar di hadapan, fikiranku menerawang kepada peristiwa Pilihanraya Kecil Semerak yang memaksa jalan itu di ‘upgrade’ dan kelihatan seperti sekarang. Pilihanraya kecil terhebat yang telah berlalu hanya setahun yang lalu. Aku ingat hampir semua orang Semerak mendapat habuan jong pecah pada masa itu. Adakah 2 beradik ini turut sama mendapat habuan?

Give a man a fish; you have fed him for today. Teach a man to fish; and you have fed him for a lifetime”—Author unknown

Adakah semasa kempen pilihanraya kecil Semerak, parti-parti yang bertanding hanya sibuk memberi ikan tanpa memberi jala atau mengajar orang Semerak yang memerlukan supaya selepas pilihanraya nanti, walau parti mana yang menang sekalipun, mereka masih mampu mendapat ikan dengan hasil usaha dan kebolehan sendiri.


“Di sini bang!”


Lamunanku terhenti betul-betul di depan jambatan kayu satu hala yang merentasi Sungai Semerak.


“Nah dik! Bagi kat mak….jaga mak baik-baik ya”, aku menghulurkan dan menuturkan apa yang aku dapat pada masa itu.


2 beradik tadi mengucapkan terima kasih dan terus pergi…….dari pandangan tetapi tidak dari ingatan.

Esok, 31 Ogos, 2008, selepas sepuluh tahun berlalu aku masih membayangkan nasib 2 beradik yang tercicir persekolahan di bumi bertuah merdeka ini.

Sudah MERDEKA kah mereka dari kemiskinan dulu?




Friday, August 22, 2008

Sistem BPR - Ulangkaji




BPR dikawal oleh pusat yang mengawal aktiviti BPR. Pintu BPR dibuka dan ditutup bergantung kepada tekanan di dalamnya.
Sistem BPR boleh bergerak secara otomatik, secara push-button (semi-otomatik) atau manual.

Oleh itu, keseimbangan stim yang optimum dari dandang semasa proses penyucihamaan dan operasi turbin berjalan berterusan dan dalam keadaan yang seimbang.

BPRBack Pressure Receiver.


Thursday, August 21, 2008

Pak Pandir dan Posmen di Permatang Pauh

Seorang posmen berpeluh-peluh mencari rumah Pak Pandir untuk menghantar surat yang di alamatkan kepadanya. Manakan tidak, rumah Pak Pandir terletak jauh dan jalannya berbelit-belit.

Simpati dengan posmen, Pak Pandir berkata,

"Kesian Encik Posmen, bersusah-susah mencari rumah saya. Kenapa tak pos saja surat ni".

Si Posmen tak tahu sama ada nak gelak atau nak menangis.

Saya teringat cerita ini apabila mendengar seorang pembesar berkata di Permatang Pauh. (lebih kurang)

"Nak turun harga minyak tak perlu tunggu Anwar jadi PM, kita pun boleh turunkan jika...bla...bla...bla...."

Saya pun tak tahu nak gelak ke nak menangis.

Tuesday, August 19, 2008

Jika Aku Pemimpin Malaysia

Akupun nak join Peraduan Jika Aku Pemimpin Malaysia anjuran Blogikus. Last minute tahu, tu pun melalui tanah jajahan Tuan Sebol.

Jika aku pemimpin Malaysia, aku akan pastikan 4 perkara yang pernah aku dengar dari mulut Ustaz Fuad di Masjid Negeri Ipoh lama dahulu berjalan, iaitu;

1. Ulama’ yang berani kerana Allah
2. Penguasa dan pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang dermawan
4. Orang miskin yang mendoakan.

Kita sentiasa berdoa untuk 4 perkara ini dengan merintih,…Ya Allah, jadikanlah negeri kami negeri beragama tempat istirehat orang-orang miskin dan memerlukan.

Untuk memastikan 4 perkara atau disebut 4 Sendi Negara ini berjalan, pertamanya, macam orang lain juga, macam Paklah juga, akupun akan isytihar perang terhadap rasuah besar-besaran. Sebab semua salah tadbir, salah laku, salah urus, salah guna apa-apapun yang terjadi hari ini adalah bahana rasuah. Bila tak ada rasuah, ulama’ akan berani menyatakan kebenaran, bila tak ada rasuah, pastinya penguasa akan mengatur pentadbiran dengan tulus dan harmoni, bila rasuah lenyap, orang kaya tak ada nafsu dan niat untuk membolot kekayaan, bahkan sedia berkongsi dengan orang lain. Bila indeks rasuah jadi kosong, nescaya rakyat akan mendoakan kebaikan untuk negara tanpa ada kata-kata nista dan beracun keluar dari mulut mereka.

Dalam konteks Malaysia, ekonomi orang Islam mesti diperkasa untuk memperkasa negara. Jadi sebagai pemimpin, aku akan mempergunakan tools yang Allah S.W.T. telah bagi lama dahulu untuk tujuan ini.

Satu, HALAL. Aku percaya jika konsep halal ini dieksploit betul-betul, orang Islam akan menjuarai banyak bidang muamalat. Halal bukan pada makanan saja, perbankan, insuran dan apa-apa lagi. Halal juga mengambil kira niat dan cara sesuatu benda dikendalikan. Halal juga bukan semata-mata cara orang bukan Islam nak meniaga makanan kepada orang Islam. Atau cara bank riba nak menarik sokongan orang Islam.

Dua, ZAKAT. Tidak perlu asnaf 8 pergi merayu-rayu dan isi borang di pejabat minta duit zakat. Kakitangan pejabat zakat yang perlu ronda satu negara cari asnaf 8 hingga tiada lagi orang yang layak menerimanya. Duit zakat bukan untuk dikumpul dan dibanggakan jumlah kutipannya tetapi diberikan kepada yang hak.

Tiga, WAKAF. Konsep wakaf dalam Islam cukup cantik. Ini akan diperkasakan untuk kepentingan rakyat dan orang yang mewakafkan.

Empat, KORBAN. Jika buat betul-betul, bukan orang kat Malaysia je yang dapat faedah, tapi kat Darfur, Kemboja, Thailand, mana-mana je le. Pernah terfikir ke tuan-tuan kenapa daging korban tak boleh diberi kepada orang bukan Islam, walaupun jiran kamcing sebelah rumah! Adakah Islam tak mengira kedudukan rakyat berbilang agama? Sebab itulah kita perlu tahu apa yang boleh dikongsi dan apa yang tidak.

Pasal lain-lain polisi, jabatan banyak, menteri ramai, cendekiawan ramai, bijak pandai melambak, pengkritik berderet, blogger bertimbun, depa pakat-pakat la pikir sendiri. Pokoknya pemimpin pun hujung jatuhnya mau masuk syurga macam rakyat juga.

MERDEKA! ALLAHUAKBAR!

Rasuah: Yang Untung Kakitangan Kerajaan

Bekas boss saya di sebuah syarikat pembinaan pernah memberitahu,

“Dalam bab rasuah, orang kerja kerajaan yang paling untung”, terkejut saya, biar betul boss aku ni, sebab dia pun bekas pegawai kerajaan.

“Apa maksud boss?’ Tanya saya.

“Kita di sektor swasta, kita boleh tak terima apa-apa tawaran rasuah. Dan jangan sesekali meminta rasuah. Tapi….”, dia berhenti seketika dan terus meneguk sebotol livita.

Saya diam, menunggu jawapan yang saya agak pasti menarik.

“Tapi kita di swasta kalau orang minta macam mana? Tak nak bagi? Tender tak dapat? Claim lambat? Banyak Hanky panky itu ini begitu begini….. Nanti pihak atasan salahkan kita, nak jadi warak konon. Payah Li”, terangnya semacam kesal.

“Jadi sebab itulah boss kata kerja kerajaan untung, sebab kita nak tak nak mesti bagi?” Tanya saya semacam budak prasekolah aje.

“ BUKAN…. Bukan begitu Li. Kakitangan kerajaan untung kerana boleh bebas rasuah, 100% bebas!”, boss saya menjawab.

Amat menarik ni. Lantas saya pun membuka sebotol livita sambil menunggu jawapan seterusnya.

“Jangan terima dan jangan minta! Itu saja”, Hujah boss menutup kes.

Wow! Saya akui kebenarannya dan saya cadangkan slogan ini digunakan oleh jabatan-jabatan kerajaan.


TIDAK MINTA, TIDAK TERIMA

Sunday, August 17, 2008

Merdeka dan Patriotism

Dari Sabah, singgah di Putrajaya, terus ke Kelantan. Boleh dikira dengan jari kenderaan dan premis yang mengibarkan jalur gemilang. Orang kita dah tak patriotik? Silent protest? Orang marah big brother G? Tak dak duit nak beli bendera? Marah barang naik? Tunggu stesen minyak Petronas bagi bendera? Kita rasa belum merdeka?
Tak. Tak. tak. Tak. That's the sign of maturity.
Sayapun dari dulu tak pernah pamer jalur gemilang pada kenderaan. Tambah-tambah kibar hanya pada bulan Ogos. Kalau nak tunjuk erti kemerdekaan, kita patut kibar bendera di bulan Ramadhan. Sebab kita merdeka dari setan dan iblis pada bulan Ramadhan (tak lama dah nak posa ni).
Kalau nak tunjuk patriotik, kita kena tunjuk sepanjang masa. Bukan sebulan je. Kibar bendera, tapi bila polis tahan hulur RM50. Patriotik apa ini? Kibar bendera serata ceruk rumah dan kenderaan, tapi peruntukan rakyat dikebas, tender ditipu, timbangan ditipu, pecah masuk ar-Rahn, tak respect orang tua, curi rambutan, salahguna kuasa, tak bertolak ansur, sabotaj baja subsidi, memutar belit kenyataan orang, putar belit media, salahguna media, tahan orang tanpa alasan, pedajal orang, derhaka ibubapa, tak hormat isteri/suami dan anak-anak, menghina ulama, tak hormat pemimpin....
Patriotik apa ni?
Bagi saya cukuplah kita menunjukkan patriotism dengan menolak rasuah. Tak ambil dan tak minta rasuah. Tak mencuri, tak menipu, tak berzina, tak minum arak, tak berjudi. Juga menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pekerja dan rakyat dan hamba kepada Yang Maha Esa.
Mendirikan solat adalah kemuncak patriotism kerana solat itu tiang agama. Rosak agama, rosak umat. Rosak umat, rosak negara. Rosak negara, apa erti merdeka?
Allahuakbar

Monday, August 11, 2008

Menyanggah Sindrom Superman









Mari Bereksperimen.



Cari lelaki kacak yang memakai kacamata.



Buang kacamatanya, dandan rambutnya ala Superman. Pakaikan baju ketat dengan apa-apa huruf di dadanya. Pakaikannya underwear merah di sebelah luar.



Bawa lelaki tadi menemui sanak saudaranya, aweknya, kawannya. Tanya jika sesiapa mengenalinya.



Catat penemuan anda.



Jika 100% orang yang mengenalinya sebelum ini masih kenal dengan lelaki ini, sah bahawa filem Superman tipu.



Penemuan: Hanya orang di dalam filem sahaja (baca: mengikut skrip) tidak tahu kebenaran bahawa Clark Kent itu Superman walaupun sudah terang lagi bersuluh.



Kesimpulan: Untuk mengetahui kebenaran, kita mesti berada di luar skrip dan menjadi penonton yang membayar bukan pelakon yang dibayar.

Friday, August 8, 2008

Allahuakbar

Banyak betul persoalan yang timbul atau sengaja ditimbulkan berkenaan Islam kebelakangan ini. Pencetus persoalan datang sama ada dari penganut Islam sendiri atau daripada kalangan bukan Islam.

Walau apapun jawapan yang kita berikan, hanya orang yang mempunyai cahaya keimanan yang akan menerimanya. Faith….that is. Without faith, whatever gajah or harimau pun jawapannya, tetap akan ditimbulkan persoalan lain. Untuk lebih mengelirukan!

Jawapan umum kepada persoalan-persoalan ini ialah Allahu akbar, Allah Maha Besar. Jika Allah itu Akbar, apa-apa pun Dia boleh lakukan, Dia boleh tetapkan, Dia boleh perintahkan.

Benar dan beruntunglah golongan yang menjadikan Allahuakbar sebagai slogan mereka!
Takbir! Allahuakbar!

Wednesday, August 6, 2008

alahai MRR2



Sebuah jejambat sepanjang 1.7 km dijadualkan untuk dirasmi pada hari ini. Seorang pembesar dijemput untuk merasmikan jejambat 6 lorong tersebut.


Sebagai penghormatan, pembesar tersebut diminta memberi nama kepada jejambat itu. Sambil melihat kepada tiang besar jambatan berbentuk T, pembesar itu berkata,


"Masih Retak Retak Tu......", sambil tangannya menunjuk ke bahagian atas jambatan.


Penganjur terus mengumumkan,


"Untuk senang sebut, kita pendekkan saja cadangan tadi ke MRR 2"


Semua hadirin bertepuk tangan kuat-kuat supaya acara cepat habis. Dapat makan dan balik.

Profesional Ulama Profesional

Berita Harian bersaiz kecil semalam Isnin, 4 Ogos 2008 ada menyiarkan berita tentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal berkaitan Islam iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam artikel bertajuk ‘Berdakwah tidak semesti kena berserban, berjubah’.

Datuk Seri ahmad Zahid dikatakan mencetus idea baru untuk menarik golongan muda mendalami ajaran Islam. Diantaranya dengan berpakaian ranggi dan menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan ditemani isteri yang sah sehinggakan mat-mat motor lain merasa amat malu dan insaf untuk membawa awek atau wanita bukan muhrim untuk membonceng bersama.

Tahniah Datuk Seri!

Apa yang saya tertarik sebenarnya ialah berita berkenaan falsafah Datuk seri iaitu ‘memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional’ yang diperkenalkannya sejak mula menjawat jawatan itu.

Saya terfikir, apa bezanya dengan slogan ‘melahirkan ulama professional’?

Adakah menyambung semula dan menambah bantuan perkapita dan segala bantuan lain yang sepatutnya kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) menjadi perbezaannya?

Tapisan

Setiap masa kita ditapis, sama ada kita sedar atau tidak. Decision yang kita buat menggambarkan bagaimana kita melepasi sesuatu tapisan. Lulus atau tidak.

Dalam sejarah Islam, umat Islam beberapa kali ditapis oleh Allah S.W.T. Pemeluk Islam asalnya adalah golongan yang telah melepasi satu tahap tapisan daripada sekelian penyembah berhala semasa jahiliyah.

Kemudian sampai peristiwa Isra’ Mikraj yang menapis golongan yang masih ragu-ragu dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa Pertukaran Kiblat juga menapis sebahagian umat Islam dimasa itu. Peristiwa perang Badar, pengharaman minum arak, kefardhuan menunaikan zakat, perjanjian Hudaibiyah, malah kewafatan Rasulullah S.A.W sendiri adalah siri tapisan yang Allah turunkan kepada umat Islam.

Sehinggalah sekarang kita tidak sunyi daripada tapisan. Dalam pasukan yang tidak memperjuangkan Islam pun ada tapisan yang menyaksikan mereka berpecah belah dan tuduh menuduh. Apatah lagi pasukan yang menjadikan Islam sebagai pakaian harian yang sudah pastinya syaitan dan iblis tidak akan melepaskan mereka bersedap-sedapan begitu sahaja.

Bagi saya apa yang berlaku sekarang dalam politik semasa adalah sebahagian tapisan bukan saja untuk pendokong bawahan tetapi juga untuk pentadbir atasan pasukan.

Semoga kita semua berjaya melepasi kertas turas dan terkumpul dalam wadah yang lebih besar dan lebih kuat.

Tuesday, August 5, 2008

Simpanan Hari Emas Anda

“Pencen besok dapat duit KWSP lebih kurang lima puluh ribu bolehlah abah beli rumah teres. Selesa sikit keluarga kita”, suatu hari 12 tahun dulu Pak Mat memberitahu anaknya. Munif anaknya yang baru berumur 11 tahun pada masa itu terasa girang sekali. Dapat duduk rumah teres. Tiada lagi rumah kecil satu bilik, tandas di luar rumah.

Sekarang duit Pak Mat dah dapat, bukan lima puluh ribu, tetapi lima puluh tujuh ribu. Lebih tu. Tapi hasrat Pak Mat dan Munif berumah teres yang selesa tidak kesampaian. Rumah kos rendah saja yang dapat. Itupun tak sempat nak buat renovation di bahagian dapur dan garaj untuk Datsun bahulunya (Datsun 120Y). Apatah lagi hajat Pak Mat nak pergi haji suami isteri terpaksa ditangguhkan dahulu. Munif di tahun akhir universiti, pakailah dulu pinjaman berbunga PTPTN tu setakat yang ada.

Pak Mat tak pernah berharap duit simpanan KWSPnya bertambah dan beranak-anak. Hasrat Pak Mat bukan untuk melabur. Kalau Pak Mat nak melabur, KWSP bukan tempatnya. Hasrat Pak Mat hanyalah untuk wangnya selamat dan terkumpul sehingga masa boleh dipetik.

Tetapi Pak Mat tak pernah diberitahu tentang susut nilai. Pak Mat tak pernah maklum bahawa lima puluh ribu sekarang nilainya tak sama dengan lima puluh ribu 12 tahun dahulu. Mungkin Munif yang belajar jurusan ekonomi di Universiti Malaya saja yang faham. Dia sudah mula ambil tahu sekarang.

“Abah, kalau wang kita disimpan dalam bentuk emas, tak jadi macam ni. Takde lah susut nilai sampai macam ni. Apalagi dengan harga minyak naik melambung ni, simen mahal, besi mahal tiada harga siling, beras naik, tepung naik…… tapi Alhamdulillah Abah…”, kata Munif pada Pak Mat semasa ayahnya sedang melayan blues dengan rokok daunnya.

“Alhamdulillah apa?” Tanya Pak Mat sambil melepaskan asap rokok bergelung-gelung dari mulutnya.

“Kira OKlah kita Abah. Di Zimbabwe 100 bilion duitnya tak dapat nak beli sebuku roti benggali!” terang Munif supaya ayahnya berfikiran positif.

“Tapi sekurang-kurangnya depa kat Zimbabwe tu merasa juga jadi billionaire!” Selamba Pak Mat menjawab.

Kah! Kah! Kah! Mereka dua beranak ketawa kuat-kuat. Bukan apa, sekadar mengubat hati yang terluka dan terganggu oleh keadaan semasa.

Itulah cerita Pak Mat yang sekarang menjadi penyokong kuat saranan Tuan Sebol dalam Peraduan “Pengeluaran KWSP untuk membeli Emas” anjuran Hasbullah Pit.

KWSP sebagai badan yang professional perlu lebih proaktif dalam “menyimpan” wang hari tua rakyat. Bukan sekadar menyimpan “amaun”, tetapi juga menyimpan “nilai” wang tersebut.

Bagaimana cara melaksanakannya?

Bagi saya yang terbaiknya KWSP sendiri yang handle penyimpanan emas ini. Wujudkan akaun keempat untuk simpanan emas. Terpulang kepada pencarum sebanyak mana wang ingin disimpan dalam bentuk emas. Time sesak, pencarum boleh gadaikan kepada KWSP, bila caruman meningkat, tebus balik. Sebab bagi saya walaupun duit diperlukan untuk masa hadapan, tetapi kita lebih memerlukannya sekarang! Buat apa nak membank rakyat di situ sini sedangkan kita ada tabungan yang sebenar-benarnya.

Jika KWSP masih belum bersedia untuk memperkenalkan simpanan seperti saranan di atas iaitu dalam bentuk dinar emas dan sebagainya, maka eloklah KWSP memperkenalkan produk terbaru ala-ala saranan Tuan Sebol iaitu Skim Pengeluaran Untuk Membeli Emas. Di sini pencarum sendiri yang membeli emas dan menyimpannya di tempat-tempat yang diakui oleh KWSP.

Kebaikannya, nilai duit kita terjamin, zakat emas pun boleh bayar. Siapa kat sini pernah bayar zakat emas? Jadi kesimpulannya kita tak perlu jadi kaya-raya untuk keluarkan zakat emas.

Wallahua’lam

Monday, August 4, 2008

Sukses

Success = Preparation + Opportunity

Ubat Hati


Ubat hati, ada lima perkaranya.
Yang pertama baca Quran dan maknanya.
Yang kedua, solat malam dirikanlah.
Yang ketiga berkumpullah dengan orang yang soleh.
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa.
Yang kelima zikir malam berpanjanglah.
Salah satunya, siapa bisa menjalani.
Moga-moga Allah Taala mencukupi.

Nyaman sekali nasyid ini. Saya tidak tahu penyanyinya, mungkin sekumpulan anak muda ganteng dari Indonesia. Sesekali saya dodoikan anak dengan lagu ini. Melodinya cantik dan tulus, senikatanya tidak ternilai.


Saya tertarik kepada ubat hati ketiga yang dinyatakan di dalam lagu. Saya pernah mendengar dahulu orang mengajar, di akhirat besok kalau kita pernah makan di sebelah orang soleh pun dikira sebagai kebaikan. Waduh! Hebatnya aura orang soleh.


Kebelakangan ini, dalam perkembangan politik semasa, ramai orang soleh diserang dan ramai orang menyerang orang soleh. Macam-macam pendapat dan kritik dilontarkan. Mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi harapnya sempadan janganlah dilanggar.


Saya percaya orang soleh buat sesuatu dan bertindak mengikut ilmunya yang melayakkan mereka menjadi soleh. Sesoleh-soleh Nabi Muhammad pun ada pendengki dan musuh, inikan pula orang soleh di kalangan kita.


Ya Allah bangkitkanlah kami bersama orang soleh di akhirat kelak. Amin.

Friday, August 1, 2008

Maju Cara Berita Harian

Salam,

Pengamatan saya pada iklan Berita Harian.

1. Orang maju tak makan nasik lemak untuk breakfast. Mesti makan bijirin cereal.

2. Orang maju buat kerja cepat walaupun 'rude'. Macam Ravi baling paper.

3. Maju boleh diukur pada bentuk luaran fizikal tanpa meneliti isi kandungan. Kecil, terampil, padat (Cheers to Kosmo!, Metro, Harakah, Bacaria....mereka dah lama bersaiz kecil)

Atau iklan tu sekadar menggambarkan keluarga Melayu typikal. Bapak pencen, mak surirumah, anak teruna menganggur.....

Memilih Kursus Untuk Final Year

Salam,

Getting into your final year?

Wondering what subjects to choose?

My tip is.....

Do not choose the subjects.... choose the lecturers.

No... I don't mean the cute or the handsome or the sexy ones!!!!

Choose the lecturers who are generous enough to give you the mark you need?

So start ask around, ask the seniors......good luck
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...