Wednesday, December 30, 2009

Terlelap bukan Suatu Jenayah



'Keselamatan' adalah berkaitan meminimumkan 'risiko'.

Disamping mencegah kejadian yang tidak diingini, jika ditakdirkan berlaku juga kemalangan, kesannya diminimumkan. Itulah 'keselamatan' yang sebenar-benarnya.


'Human error' terkadang berlaku, dimasa inilah 'machine atau plant design' akan datang sebagai penyelamat.


Kes ekspress Sani dan KB Mall ada kesamaan.


Driver bas Sani dan driver kereta yang menjunam dalam KB Mall juga mangsa kemalangan! Mereka bukan pemangsa. Mereka juga mangsa, cuma umur mereka masih panjang.


Tak payah menuding jari. Hanya pengajaran yang penting di sini. Kerana.... Sesiapapun termungkin akan terlelap semasa memandu (a'uzubillah) dan sesiapapun mungkin akan terfikirkan perkara yang sama jika enjin kereta mereka tiba-tiba tak hidup di atas roof top sebuah bangunan (Memandu atas bangunan perlu lesen ke?)


'Penilaian risiko' perlu dibuat semula untuk penggunaan bas 2 tingkat sebagai bas jarak jauh. Begitu juga dinding bangunan yang bertindak sebagai 'retaining wall', semestinya adalah konkrit bertetulang yang sesuai.


Al-Fatihah untuk mangsa. Bersabarlah untuk keluarga yang tinggal. Berdoalah untuk kita semua agar selamat dunia dan akhirat.


'Malang' tidak berbau, syukurlah 'bahaya' dapat dilihat.

Wednesday, December 23, 2009

Stail Jepun Konon


Hari ni aku ambil cuti. Pagi-pagi hantar adik-adik ke stesen bas KT.


Tengah jalan singgah di 7 Eleven di pinggir bandar. Nak beli biskut buat bekal adik-adik atas bas sambil pecah duit. Boleh la tambah elaun budak-budak ni sikit lagi.


Juruwang di kaunter kata tiada duit kecil. Aku letak balik biskut dan terus ke stesen bas. Di stesen bas, aku sekali lagi ke 7 Eleven berdekatan. Bila nak bayar, juruwang tanya, ada duit kecik?


Nehi. Aku menggeleng kepala. Dan bersuara sopan.


"7 Eleven memang macam ni ke? Tadi dekat Batu Buruk pong takdak duit kecik, sini pong sama" Tak puas hati betul.


Si juruwang menjawab sopan, "Pagi ni.... baru buka pos..." Entah post box ke pos apa aku tak perlu tahu.


"Parok 7 Eleven kalu lagu ni", kataku masih sopan sambil meletak balik biskut di rak. Rasa nak saja aku menambah, mokcik jual etak pong ada duit cucur.


Bukan salah dia si juruwang, salah si manager atau ceo kedai tu. 7 Eleven kan kedai 24 hours, mana ada baru buka atau baru tutup kedai. Lagipong duit cucur ni bukan masalah pembeli.


Di Jepun, duit kertas paling kecik adalah 1000 yen. Yang syilingnya 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, 500 yen semuanya aktif.


Kalau kita beli air mineral 80 yen dan bagi duit kertas 10,000 yen pun, si penjual tak pernah minta duit kecik.


Sebagai franchisee, kita juga kena tiru stail induk yang baik. Jangan tiru jual arak je.


So, tiadalah elaun lebih untuk adik-adik. Abang tiada duit kecik, yang ada besar-besar je.

Tuesday, December 22, 2009

Mesti Baca Juge


Semasa di Sabah dahulu, aku perhatikan ramai orang Semenanjung yang 'craving' untuk dapatkan surat khabar dari Semenanjung. Biarlah paper tu sampai lambat pun, berita dah basi pun, mesti beli dan baca juge. Macam dah ditangas-tangas. Mesti bace juge!


Local Sabahan tak peduli pun Berita Harian dan Utusan Malaysia ni. Mereka baca Borneo Post, Daily Express, New Sabah Times dan lain-lain local paper.


Di Pantai Timur ni pula, pagi-pagi kat pejabat aku perhatikan kat meja masing-masing mesti ada Sinar Harian. Juga macam ditangas-tangas. Mesti Beli, mesti baca.


Menyampah betul.


Nasib baik nasi dagang di sini dibungkus dengan daun pisang!


Membaca amalan mulia, jadi bacalah benda-benda yang mulia juge.


Friday, December 4, 2009

Tanggang dibela, Mak Tanggang disepak

Si Tanggang bermatian tidak mengaku ibunya, walaupun dia tahu benar itulah ibunya.


Si Ibu masih menaruh harapan agar Tanggang sedar dan mengaku dirinya sebagai ibu.

Setelah penat pujuk rayu tidak berhasil, bahkan makian dan hinaan yang diperolehi, akhirnya si Ibu menggunakan senjata terakhir. Doa agar Allah sedarkan si Tanggang, jika Tanggang masih berdegil, hukumlah dia, pinta si Ibu.


Si Tanggang menjadi batu!

Tiada siapa yang memarahi si Ibu, sampai sekarang.


Nik Aziz meminta royalti untuk semua rakyatnya yang melebihi sejuta orang.


Pusat tahu benar, royalti itu milik rakyat kelantan seperti juga rakyat Terengganu, Sarawak dan Sabah.


Tapi tak juga mahu dia mengaku dan memberi.


Sebaliknya Nik Aziz pula diseranah, diserang dan dikata macam-macam termasuk oleh segolongan Kelantanese tongong.


Nik Aziz mengangkat tangan, mohon dibuka pintu hati Pusat agar memberi royalti untuk rakyatnya. Jika berdegil juga, Engkau tunjukkanlah kekuasaanMu Ya Allah, itu doa dia.


Lagi hebat peluru berpandu menyerang Nik Aziz. Termasuk yang tongong-tongong yang tinggal di negeri Serambi Mekah itu.


Mufti talian hayat pun turut sama menghentakkan terompahnya.


Bukankah Nik Aziz itu umpama Mak Tanggang yang dizalimi dan hanya berdoa?


Kenapa perlu hipokrit...

Monday, November 30, 2009

Keselamatan di Jalan Raya


Bermacam-macam kempen dibuat untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya. Entah kenapa kemalangan tak juga kurang-kurang. Makin banyak ada la.


Ada cadangan daripada bijak pandai supaya slogan atau kata-kata di papan tanda dibuat dalam bentuk yang lebih agresif.


Aku taklah sokong sangat cadangan tu, cumanya setelah memandu balik raya baru ni dan melihat bermacam-macam ragam pemandu .... Aku nak cadangkan satu kata-kata untuk papan tanda keselamatan jalan raya di Malaysia iaitu,


...DON"T BE A STUPID BASTARD, Follow the rules and do be considerate to others!

Monday, November 23, 2009

Katak panggil Hujan

Dah banjir dah.

Tak perlu katak nak panggil hujan lagi.

Isu-isu ciptaan di Kelantan ditangani dah.

Tak perlu Brehim Ali nak komen apa-apa lagi.

Saturday, November 21, 2009

Dari KB ke KT

Hujan sudah masuk 6 hari mencurah-curah di Kelantan dan Trengganu.

Aku bergegas memandu ke KT, takut-takut nanti air melimpasi jalan.



Air sudah melimpasi jalan di Gaal, Pasir Putih.


Ada juga expedisi bermotosikal berkuasa tinggi musim-musim hujan nih. Pergi gali ubi kayu kan lagi bagus.

Wednesday, November 11, 2009

Baiah Tak Habis-Habis


Aku bukan nak tahu pasal baiah. Budak kecik main nussuk (sembunyi-sembunyi) pun ada baiah. Tulis atas tapak tangan, alif lam lam ha, kalau tipu masuk neraka!


Aku nak tahu pasal taklik. Ada ke tidak. Jawab la....


Serabut perut sungguh.

Monday, November 9, 2009

Penyokong Kelantan Ambil Risiko

Semasa beribu-ribu penyokong Kelantan ke Lembah Kelang untuk ke Bukit Jalil, hujan sedang turun mencurah-curah dan air sungai sedang naik. Beberapa kawasan telah ditenggelami air dan ramai juga penduduk telah berpindah.
Kalau air terus naik, kemungkinan besar mereka akan terkandas dan tak dapat balik rumah. Bagi rumah yang berada di kawasan rendah, terpaksalah sesiapa yang tidak ke stadium untuk menguruskan segala hal-hal perpindahan.
Mungkin sebab itulah penyokong Kelantan ramai yang keluar stadium awal untuk balik ke kampung sebelum banjir memburuk. Lagipun kesian kat anak bini punggah barang jika air naik.
Tapi alhamdulillah, semuanya dah ok.
Pasal kalah tu, adat perlawanan. Biasa la, sometimes you win, sometimes you lose.

Friday, November 6, 2009

Hassan Adli, Hassan Shukri, Hassan Ali & Hassan Yaa'cob



Persamaan keempat-empat tokoh di atas ialah mereka merupakan pendokong kuat PAS.


Tiga tokoh yang pertama, dikenali ramai kerana jasa mereka yang besar dan berjawatan dalam parti PAS. Jika diselusuri kisah mereka, sepak terajang politik dalaman begitu kasar terhadap mereka.


Tokoh keempat adalah ahli biasa dalam PAS. Sumbangannya dalam parti yang paling besar mungkin ialah menampal bendera dalam pilihanraya dan mencari buluh untuk memasang bendera. Beliau hanya dianugerahkan pangkat datuk oleh anak-anak sendiri, termasuklah aku yang telah memberikannya 3 orang cucu. Seorang semasa hidupnya, 2 lagi setelah beliau pulang ke rahmatullah pada 26 Julai 2002.


Al-Fatihah untuk tokoh yang telah pergi. Istiqomahlah untuk tokoh yang masih hidup.

Thursday, November 5, 2009

Tak Payah Nak 'Solor' Kepala


Betul atau tidak penahanan Dr. MAZA, bagi aku tak perlulah orang PAS berhabisan beras untuk mengulas itu ini untuk mempertahankan bermati-matian Dr. ini dan serentak dengan itu menghentam JAIS. Kulihat semua yang ada jawatan dan tak ada jawatan, semuanya nak cakap 'something' tentang apa yang berlaku kepada Dr. ini.


Dr. MAZA bukan orang politik. JAIS pun bukan organisasi politik. JAIS, pentadbirannya terletak di bawah kuasa Ketua Agama Islam Selangor. Bukan, Tan Sri Khalid la, Hassan Ali pun bukan. Sultan la.


Jadi apa perlunya kita terus terburu melulu menerjah ke depan. Sedangkan masing-masing ada hujah dan dalil masing-masing.


Dr. MAZA pernah mengeluarkan kenyataan yang menyokong perjuangan PAS di samping banyak juga kenyataan dan teguran yang mencalarkan hati pendokong PAS.


JAIS juga begitu. Banyak lagi program dan nahi mungkar yang telah dilaksanakan selari dengan perjuangan PAS. 'The Ship' dulu siapa yang serbu? 'Ratu cantik' dulu siapa yang tangani?


Kalaulah ayah pin atau kerabatnya tiba-tiba muncul di Selangor atau di Kelantan dan mengadakan sesi ceramah, aku rasa mereka akan terus ditangkap oleh Jabatan Agama dan caj pertama adalah mengajar agama tanpa tauliah.


Jadi tak perlulah nak ulas dan twist isu tauliah panjang-panjang.


Nampaknya Dr. MAZA sudah ada cukup kekuatan untuk mendepani isu ini. Jadi harap-harap orang PAS simpanlah sikit tenaga untuk sakit sendi dan urat yang baru beransur-ansur nak pulih.


Sampai bila PR nak realize, berkonfrantasi dengan penjawat awam atau agensi kerajaan tak ada faedahnya.

Tuesday, November 3, 2009

Kenapa Kita Kahwin ?


"Hati dah suka, buat apa tunggu lama-lama"


Itu antara jawapan orang apabila ditanya kenapa dia berkahwin. Anda pula bagaimana? Apa sebabnya?


Dah sampai seru.

Dah tak tahan.

Ikut sunnah.

Mak suruh.

Duit tengah banyak.

Dia tu cun sangat, nanti disambar orang. Melepas.

Kahwin awal la baik, nanti pencen, anak dah kerja.

Nak bagi mak cucu.

Dapat anak.

Dia tu kaya.

Dah jodoh.

Tanyalah mak mentua saya.

Terpaksa!

Dah terlanjur.

Sudah tersurat.

Semua kawan dah kawin bah.

Kawan kutuk hari-hari.

Stepping stone!

Bapak dia YB.


Seribu satu macam jawapan orang pasal mengapa mereka kahwin. Walaubagaimanapun, aku amat tertarik pada alasan kawanku Pendee, yang selalu nyanyi lagu jepun dalam bilik air.


"Nak ramaikan orang PAS..."


Kesungguhannya menambah bilangan orang PAS terbukti apabila aku mendapat tahu dia mendapat anak kembar. Mungkin inilah strategi siasah yang dia ceduk semasa belajar kat Jepun dulu. Syabas kawan.

Monday, November 2, 2009

Para Mufti dan Pemuda Pas Perlu Melawat Muzium Tamadun Islam Sabah


1. Di dalam muzium ada satu seksyen 'ajaran sesat'. Apa rasional seksyen ini dalam membicarakan 'ketamadunan' Islam, saya pun tak dapat fikir dengan akal yang waras ini.


2. Di dalam seksyen 'ajaran sesat' ini ada digantung potret Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab dan Ali Bin Abi Talib. Tujuan apa saya tak pasti. Apa pun tujuannya, masih digantung potret mereka di situ. Saya tak pasti hukum melukis gambar khalifah-khalifah besar ini, sebab itulah saya minta mufti melawat muzium ini dan menjelaskannya.


3. Di dalam seksyen 'ajaran sesat' juga dimasukkan 'tragedi memali'. Ada gambar 'telaga' yang dipercayai kononnya boleh membuatkan orang kebal dan gambar blur 'pengikut' yang ditangkap yang kononnya memakai azimat (talisman).

4. Di seksyen 'ajaran sesat' juga ada label tulisan besar dalam Bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan 'moslem' instead of 'muslim'.


The ordinary word in English is "Muslim", pronounced /'mʊs.lɪm/ or /'mʌz.ləm/. The word is pronounced /'mʊslɪm/ in Arabic. It is sometimes transliterated "Moslem", an older, possibly Persian-based spelling, which some regard as offensive.[8]


Itu yang Wikipedia kata, dan saya pun faham begitu.


5. Sama-sama kita jaga kesucian Islam dan penganutnya.

Wednesday, October 28, 2009

Politik Bayi


Ada orang bertanya apa pandangan aku tentang politik di Malaysia.


Aku katakan, ianya ibarat bayi.


Adakah ianya murni, suci, tidak dicemari? Tanyanya yang ternyata jahil dan buta perkembangan.


Tidak, jawabku.


Adakah ianya sukar difahami macam bayi, kita perlu sentiasa meneka? Tanyanya lagi, naif.


Tidak, jawabku.


Jadi, kenapa bayi? Tanyanya.


After more than 50 years, it still sucks! Jawabku, terpaksa speaking untuk kebombastikan ayat.

Tuesday, October 27, 2009

Berbaliklah Kepada Dasar


Melihat kemelut yang berlaku dan sempena Mesyuarat Khas PAS yang bakal diadakan, saya nak bercerita pasal seorang genius sempoa (abacus).


Sebenarnya cerita ini adalah karte 27 dalam siri anime Dr. Black Jack.


Dr. Black Jack adalah seorang doktor yang perihatin dan baik hati walaupun kebanyakan orang berprasangka buruk kepadanya. Dia begitu cekap dan sering melakukan pembedahan yang miracle (dengan izin Allah).


Suatu hari dia Dr Black Jack didatangi sorang ayah dan guru yang meminta Dr BJ melakukan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak. Kanak-kanak itu dilahirkan tanpa kedua belah tangan. Dr BJ tak mahu menerima permintaan itu.


That's too risky, furthermore it's impossible, I can't do that. Tegas Dr. BJ.


Come on dr, you are being too humble, we know you can do that. Mereka tetap memaksa Dr BJ.


No. Nehi. Sumimasen. Dr BJ tetap menolak.


Mereka terus mendesak. Mereka mengatakan budak itu amat cekap dalam menggunakan abacus. Dengan menggunakan lidah! Dan dia berhasrat untuk menyertai pertandingan abacus peringkat kebangsaan.


So, just use your tounge! Cadang Dr BJ.


I can't, jawab budak tu. Other kids will laugh at me!


Akhirnya Dr. BJ setuju. Pembedahan berjaya. Budak itu akhirnya mempunyai 2 tangan. Tetapi Dr BJ memberi amaran. DO NOT over use it.


Budak itu menyertai pertandingan abacus kebangsaan dan berjaya memasuki peringkat akhir. Dr BJ yang turut berada di tempat pertandingan memberi amaran kepada bapa budak itu.


That boy better stop abusing his new hands. Otherwise.....


Benar. Tiba-tiba budak itu tidak dapat menggerakkan jari-jemarinya. Dia nampaknya terpaksa berhenti dari meneruskan cabaran di peringkat akhir pertandingan sempoa peringkat kebangsaan Jepun. Tetapi itulah cita-citanya, dia tak boleh berhenti. Dia telah berjaya pergi sejauh ini. Tetapi jarinya tak dapat digerakkan sekarang. Apa perlu dia buat?


Akhirnya, budak itu tidak juga mengalah. Dia menjelirkan lidahnya dan meneruskan cabaran sempoa itu dengan menggunakan lidah. Seperti yang biasa dilakukan sejak dahulu.


Akhirnya budak itu, Eiji namanya muncul sebagai juara sempoa Jepun.


Harap-harap cerita ini digunakan dalam Mesyuarat Khas PAS esok!

Saturday, October 24, 2009

Lawak Antarabangsa


Kami sedang menunggu Dr. Longmore memulakan lecture. Dewan kuliah 4 East 3.2 sudah penuh. Dr. Longmore masih belum berbicara, matanya meliar sambil tersenyum kepada semula pelajar.


Tiba-tiba pintu dewan terbuka, Eric, budak cina Hong Kong baru masuk. Memang dia selalu lambat. Rosewan yang berada di sebelahku memanggil sambil melambai,


"Woi Eric Cantonese......here, here...."


Kahkahkah...... Macam-macam la hang Rosewan, Eric Cantona baru je flying kick penyokong Chelsea Crystal Palace beberapa minggu lepas.


Eric Cantonese.....Kahkahkah

Friday, October 23, 2009

Motivator Tak Cerdik


"Kamu semua kena insaf, kena ingat. Apa-apa yang kamu lakukan ingat pada mak bapak di kampung. Ingat mereka terpaksa bangun pagi-pagi untuk pergi menoreh. Mencari nafkah, nak beli beras untuk sesuap nasi......bla bla bla...."


Itulah antara kata-kata penceramah jemputan selaku motivator semasa khemah ibadat di Chembong, Negeri Sembilan lama dahulu semasa aku berkursus intensif Bahasa Inggeris.


Padahal di depan motivator itu majoritinya budak-budak bandar yang mak bapaknya mampu beli helicopter. Paling kurang anak cikgu. Jadi apa rasionalnya cerita pasal sedihnya derita penoreh getah di kampung dekat mereka? Sesetengah mereka tak kenal batang pokok getah pun. Kalau letak susu getah dalam gelas pun pasti mereka sangka susu lactogen.


Aku jadi meluat dan marah pada penceramah dari ABIM yang berbaju batik itu kerana tak buat homework sebelum berceramah. Kalau setakat nak insafkan anak penoreh, panggil saja aku dan seorang lagi budak Negeri Sembilan ke bilik dan ceramahlah kat kami 2-3 guni, kerana hanya kami 2 orang je orang kampung susah di situ. Budak-budak lain semuanya anak CEO!


Inilah cabaran utama anak orang susah bila dapat banyak A dalam SPM!

Thursday, October 22, 2009

1Tanggungjawab Menangani Gejala Tak Sihat di Kelantan


Perkembangan tidak sihat seperti yang diketengahkan oleh Pokmudo sedang berakar di Kelantan.


Kalau kita melalui jalan utama Kuala Krai - Kota Bharu, kita akan nampak tempat yang paling obvious berlaku perkara 'bengong' ini adalah di Kok Lanas.


Apa dia?


Jantan betina, tua muda, kecil besar pakat-pakat naik motor tak pakai helmet. Berserabut di atas jalan raya. Apa kejadah depa pikir pun aku tak tahu. Pakai helmet ni bukan masalah rock atau tak rock, bukan masalah Pas atau Umno, bukan masalah hebat atau tak hebat. Ini masalah keselamatan.


Kalau setakat lalu atas tali air KADA ok lah. Ini jalan utama dan Kok Lanas adalah salah satu pekan yang sedang pesat membangun di Kelantan.


Inilah masanya Datuk Alwi sebagai ADUN Kok Lanas berkokok pada rakyat. Juga untuk YB Tuan Ab. Aziz dari PKR selaku MP Ketereh berganding 1bahu dengan Datuk Alwi menangani gejala 'bengong' ini. Umno dengan PKR bekerjasama menangani masalah keselamatan jalan raya. Kan bagus tu.


Dalam blog http://p026ketereh.blogspot.com/ oleh YB Tuan Ab. Aziz yang telah dimulakan pada May 2008 (Setakat ni baru ada 2 posting bah!) ada dinyatakan soalan YB Aziz kepada menteri pengangkutan dalam persidangan Parlimen Ogos 2008 iaitu beliau bertanya tentang,


jumlah saman trafik yang dikeluarkan kepada pemandu bas ekspress bagi perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur bagi tempoh yang sama.


Ini bermakna YB Aziz concern mengenai keselamatan jalanraya. Yalah, orang yang mengalahkan Annuar Musa, mestilah hebat.


Apa-apa pun peranan ibu bapa dalam perkara ini amat penting dan orang yang dah boleh naik motosikal ni biasanya dah besar dan mumaiyiz. Dah boleh fikir sendiri.


Patuhilah peraturan di dunia untuk keselamatan di akhirat.

Tuesday, October 20, 2009

Talhah 2 Tahun


Semalam 19 Oktober 2009, hari ulang tahun Talhah yang ke 2.

Seharian dia menangis kerana sakit mulut tak boleh nak neneng. Maklumlah period untuk neneng pun dah nak tamat.

Hadiah birthdaynya ialah balik kampung rumah nenek dan tok mek.

Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin.

Saturday, October 17, 2009

Teka-Teki Bergambar



Soalan 1:
Dalam sejarah dunia, PM mana yang paling malas sekali?
.
Soalan 2:
Kenapa topi Queen's guard tu strapnya diletak di bawah mulut? Tak rimas ke?
.
Gambar ini daripada Daily Mail, satu upacara memperingati askar British yang terkorban di Iraq. Cerita panasnya ialah mengenai seorang bapa kepada askar yang mati pada 2003 telah 'menyerang' Tony Blair dan apabila Tony menghulurkan tangan, bapa itu mengatakan,
.
"I'm not shaking your hand - you've got blood on it."
.
Wow, apa akan jadi pada bapa itu ya? Lupa pula, ini berlaku di England, bukan di malaysia. Sepatutnya di Bagan Pinang baru-baru ini, orang kampung kena speaking juga,
.
"I'm not shaking your hand - you've got money in it."
.
Barulah kita bebas rasuah!
.
Berbalik kepada kisah di England. Yang saya peliknya, bapa askar yang mati tu pernah tak fikir fasal orang awam Iraq yang mungkin terbunuh dan menjadi yatim-piatu atau ibu tunggal oleh tindakan anaknya sebagai askar penjajah di tanah air orang? Askar mati di medan perang apa peliknya, askar kena tawan atau culik (macam askar israel Gilad Shalit) apa peliknya, askar kena bom apa peliknya?
.
Yang peliknya ialah askar yang penakut sehingga nak mengundi pun takut sampai orang lain kena pangkahkan untuk mereka atau bekas askar yang melompat parti. Kerana askar dilatih supaya berani dan taat setia.
.
Bangsa penjajah ni tak pernah belajar. Mereka pergi serang negara orang, tapi bila ada yang mati, marahkan pemimpin. Sepatutnya dari awal lagi mereka pakat-pakat tolak Labour dan Conservative Party. Liberal Democrat pun lebih kurang je, tolak juga. Mereka patut undi Green Party ataupun Natural Law Party yang menggalakkan orang belajar yoga untuk keamanan.
.
Jadi, jawablah soalan di atas.
.

Friday, October 16, 2009

Post-Mortem Bagan Pinang

Start je enjin kereta semalam, terdengar suara PM di radio. Mesti persidangan Umno ni, getus hati saya. Kalau begitu beliau berucap atas kapasiti Presiden Umno, bukan PM. Mahu saja saya tukar channel, tetapi apabila terdengar beliau membawa maksud ayat al-Quran, saya tangguhkan dulu hasrat kerana menghormati al-Quran. Ini saya sedut sedikit ucapannya dari internet.


***mula**


Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4:


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh.”


Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :


Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batil dan salah, tetapi diatur dengan tersusun.”


***tutup**


Nah, inilah jawapan kekalahan PAS dalam pilihan raya. Di Bagan Pinang dan juga sebelum-sebelumnya.


Tup, saya pun tukar channel.


Thursday, October 15, 2009

2 Penantian Berakhir

Alhamdulillah.

Salsa dapat juga memakai neck-tie pengawas kerana akhirnya baju yang ditunggu sekian lama sudah siap pada kelmarin dulu. Gembira bukan main salsa. Dalam kereta semasa pulang sekolah Selasa lalu bila aku beritakan kepadanya, dia bersorak riang.

"Yey.... I'll be wearing it for the first time.." Speaking la pulak Salsa. (Hasil asuhan Astro).

Baju tu ditempah (upah jahit) sejak 17/01/09 lagi. Siap pada 13/10/09. Sampai aku dan mama Salsa naik fed-up ke kedai jahit tu. Hampir 9 bulan. Kalau aku ni produktif, kemungkinan Salsa dah ada adik baru dah.
.
Walaubagaimanapun Alhamdulillah. Dapat juga Salsa pakai baju tu dalam masa sebulan ni kerana tahun depan insyaAllah Salsa tak akan bersekolah di SK Tanjung Aru 1 lagi. Bukan tak sudi cikgu, tapi abah Salsa dipanggil pulang bah. Patutlah dia asyik termimpikan KT baru-baru ini walaupun orang lain sibuk bercerita pasal Bagan Pinang!

Salsa malu-malu bergaya dengan baju pengawas baru.

Baju pengawas lama Salsa.

Tuesday, October 13, 2009

Buat Apa Sokong PAS !


Buat apa sokong PAS
kalau tak kena itu tak kena ini


Buat apa sokong PAS
kalau asyik salahkan pimpinan sendiri


Buat apa sokong PAS
kalau terlalu nakkan keuntungan peribadi


Buat apa sokong PAS
kalau rumah siap pahat asyik berbunyi


Buat apa sokong PAS
kalau tulis kekurangan parti di blog hari-hari


Buat apa sokong PAS
kalau tak lihat dasar, tapi lihat penyokong parti


Buat apa sokong PAS
kalau berat tak sama dipikul, ringan tak sama dijinjingi


Buat apa sokong PAS
kalau tak habis-habis kutuk parti sendiri


Buat apa sokong PAS
kalau kayu pengukur kita hanya duniawi


Sokonglah PAS
ianya cuma wadah, redha Allah yang kita cari

Saturday, October 10, 2009

Abah Benci Dia !


Tahun 1990, semasa cuti sekolah, kami kawan-kawan berpakat nak ke Langkawi. Kami bersekolah di Cheras masa itu, buat A-Level.


Dari Pudu Raya kami ke Teluk Intan dengan bas. Kami bermalam di rumah salah seorang kawan rombongan, Zalmi di Ulu Dedap. Di tengah-tengah sawah padi yang saujana mata memandang.


Masa tu 1990, Anwar masih jadi aset paling berharga Umno yang aku paling menyampah. Umno boleh dikatakan di hati ramai insan pada masa itu. Sikit sangat yang menyokong PAS. Itupun banyak diam kerana takut dicop pembangkang.


Di rumah Zalmi kami di layan baik sekali. Makan saja....


Tengah makan malam, kami bersama ayah Zalmi menonton berita TV pukul 8. Tengah makan muncul muka Isa Samad, MB Negeri Sembilan pada masa itu.


Aku ingatkan Power Rangers datang, rupa-rupanya suara ayah Zalmi.


"TUKAR...... Ayah benci tengok muka dia!"


Nasib baik TV rumah Zalmi dah ada remote masa tu. Senang la tukar channel.


Aku yang masih bersekolah masa tu terfikir, rupanya ramai juga orang yang menyampah dengan pemimpin Umno, bukan orang Kelantan je. Cuma mereka diam je.


Ha...Ha...Ha...... Kepada orang Bagan Pinang, BERTUKAR !

Thursday, October 8, 2009

PAS's Sixth Magnitude Men


“Friends are like stars, they may not be seen, but they are always there”

Kecerahan bintang yang boleh dilihat dari bumi diukur pada awalnya diukur oleh ahli-ahli astronomi Yunani Hipparchus dengan skala magnitude 1 hingga 6. First magnitude stars lebih cerah daripada sixth magnitude stars .

Kemalapan sixth magnitude stars berbanding first magnitude stars bukan bermakna mereka bintang yang serba kekurangan dari segi saiz mahupun cahaya, tetapi kerana jaraknya yang jauh dari bumi yang membolehkan hanya sebahagian daripada cahayanya dilihat dari bumi.

Kadang kala sixth magnitude stars jauh lebih cerah atau lebih besar daripada bintang-bintang yang bermagnitude 5,4,3,2 atau 1.

Begitu juga dalam perjuangan, memang terdapat ramai ahli-ahli parti mahupun bukan ahli yang berhabisan berjuang mengorbankan tenaga, idea, keringat, wang ringgit, jawatan, masa untuk parti yang dicintai. Semestinya kerana dasar parti yang tidak berganjak daripada Islam.

Mereka ini kadang kala jauh lebih bijak dan lebih cerdik dari segi pembawaan dan pemikiran daripada ahli yang menonjol di barisan hadapan. Tetapi memang sudah pilihan mereka untuk menzahirkan hanya se’fraksi’ daripada kerja-kerja dan sumbangan mereka.

Dengan begini mereka kekal sebagai sixth magnitude stars dalam parti atau boleh dipanggil ‘sixth magnitude men’.

Jika mereka akhirnya ke barisan hadapan, atau diminta ke hadapan, atau bertanding untuk ke barisan hadapan, mereka bukan lagi bermagnitude sixth. Magnitude mereka mungkin 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau terus 1.

Bila mereka bermagnitude 1 atau 2, sudah semestinya mereka sentiasa diperhatikan. Kesilapan mereka sentiasa diawasi. Perlakuan mereka diperkatakan.

Saya agak memang ramai sixth magnitude men dalam PAS, sebab itulah parti ini terus teguh dan diminati. Saya pun kalau diberikan kekuatan oleh Allah mahu juga menjadi salah satu sixth magnitude star untuk parti ini. Atau juga 29th magnitude stars sebagaimana skala terkini kecerahan bintang dalam era teknologi sekarang.

Jangan pula kita sibuk menjadi meteoroids yang sering melanggar sana-sini di angkasa raya. Apalagi menjadi tahi bintang yang memecah masuk atmosphere untuk cuba melekukkan permukaan bumi dan memporak-perandakan orang ramai.

Masjid Guchil Yang Baru Dah Lama Siap


Alhamdulillah.

Masjid baru ni telah mula digunakan sejak beberapa bulan lalu.
***Pandangan dari rumah Mak Eshah.

Tuesday, October 6, 2009

Biarlah Lawa Pun Asalkan Baik Hati



Setelah menunggu lebih kurang setengah jam, akhirnya nomborku dipanggil. Lalu aku bergegas ke kaunter 8.


“Buka akaun”, kataku sambil menyerahkan borang yang telah siap diisi.


“Buka akaun kaunter 6”, beritahu si jelita di kaunter.


“Tak payah ambil nombor?” Tanyaku semacam tak puas hati.


Si jelita menggeleng kepala.


Aku ke kaunter 6, memang disediakan tray di situ untuk letakkan borang yang telah siap diisi.


“Berapa lama?” Tanyaku pada si cantik di kaunter 6.


“Kita ikut turn encik.....” Jawab si cantik.


“Saya tahu, tapi biasanya berapa lama proses? Setengah jam ada?” Tanyaku lagi. Dia mengiyakan sahaja.


Aku menunggu lagi sambil melihat jam di tangan. 5 minit sudah limpas jam 2. Esok sajalah....Putusku. Lalu aku ke kaunter 6 semula.


“Saya ambil baliklah dulu borang saya ni, tak sempatlah hari ni. Tadi saya tunggu nombor,” beritahuku sambil menunjukkan nombor giliranku. Tak puas hati lagi sebenarnya kerana penantianku hampir sejam telah sia-sia.
.

Esoknya aku terus ke kaunter 6 dengan borang yang telah siap diisi. Tiada tray disediakan di situ. Orang pun tiada.


“Buka akaun di sinikan?” Tanyaku pada si ayu berdekatan.


“Kena ambil nombor encik”, beritahu si ayu.


“Semalam saya ambil nombor, kata letak di sini saja. Hari ni kenapa kena ambil nombor pulak?”Aku menyatakan rasa tak puas hati.


“Time lunch encik,” terang si ayu.


Aku malas nak cakap banyak, terus ke mesin ambil nombor. 1107 ada 7 orang lagi menunggu. Aku lantas ke meja perkhidmatan.


“Nak buka akaun kena ambil nombor ke?” Aku memulakan bicara kepada si lawa di meja perkhidmatan.


“Semalam saya ambil nombor giliran, kata ke kaunter 6 terus. Sekarang kena ambil nombor pulak. Semalam pun saya datang time lunch jugak,”Beritahuku semacam mengadu pada si lawa.


Si lawa senyum. Memang cantik, tertarik dan da bomb. Tahi lalat di bawah hidungnya menambahkan seri lawanya.


“Biar saya tolong proses dulu, nanti di kaunter terus boleh buka akaun” si lawa terus menyemak dan memproses borangku.


Tiba-tiba hati berbunga semula, terasa nyaman. Inilah baru 1Malaysia. Syabas.

PRK Blues

Entah kenapa ketika hampir semua orang rancak membicarakan soal Bagan Pinang, aku lebih asyik memikirkan Kuala Trengganu. Walhal PRK di Kuala Trengganu sudah lama diketahui pemenangnya. Mungkinkah ada kesamaan antara kedua PRK ini? Atau ada sebab lain?
Aku juga asyik teringatkan Masjid Terapung Kuala Ibai walaupun di hadapanku tersergam indah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Adakah aku diserang blues? Blues apa?

Tuesday, September 29, 2009

Terima Kasih Brehim Ali

Sepatutnya statement Ibrahim Ali yang tak sopan kepada Tok Guru Nik Aziz menyatukan kita dan pemimpin-pemimpin kita.
Tapi nampaknya kebanyakan kita masih tak puas nak bedal Hassan Ali daripada membalas 'bom' Ibrahim Ali.
Apa yang nak dikata, sudah dikata. Jadi alihlah muncung meriam tu ke lain pulak.

Monday, September 28, 2009

Royalti & Ubat gigi


Beberapa tahun lalu negeriku gempar
minyak dijumpai dan negeriku bakal kaya!
dan aku masih lagi kais pagi makan pagi
kais petang minum malam


Negeriku masih mengidam nak jadi kaya
dan aku pun hari-hari berlagak kaya
kaya taik gigi!
arangpun tadak nak tumbuk


Malang menimpaku
kawanku dijel kerana mencuri pisau mesin
sedangkan pemimpinku mengurut misai sambil mencuri balak!


Orang kaya ternama senegeri denganku hari-hari tersengih
kerana namanya telah bersih
sedangkan duit tok fakir yang dicari
telah bertukar menjadi mercedes


Hari ini aku menumbuk arang lagi
untuk menggosok gigi dengan jari...
.
.
Luahan tahun 1991 oleh Cikli masa budak.
Dimodified oleh Cikli masa besar.

Sunday, September 27, 2009

Dilema Melayu


Ke mana menghilangnya

selipar jepunku

semalam baru kubeli

hari ni dah dikebas

cit! Sungguh-sungguh sial


Inilah yang membuatkan aku

malas nak ke surau

apalah nasib


Tak apalah

esok kan ku beli lagi

selipar baru

Scotch! Hah! Siapa nak ambil?


Tapi pahala tak dapat

ditukar dengan sepasang

selipar jepun kawin


Luahan:

Cikli, Taman Shamelin Perkasa, 1991
Artikel lalu, Politik Selipar Ayah.

Saturday, September 26, 2009

Kerbau Bodoh



Sesekali nak juga aku tight-in

tapi kerbauku menyengih


ingin juga ku bermekap

tapi berukku menungging


ingin pula nak berbojir

serati pula ketawa


Memang ... aku tahu

anak kampung hanya tahu

pakai pelikat dan baju rukun tetangga ...

itupun ayam dah tersenyum

apa dia mahu aku selimut telanjang ?


Mereka semua binatang tak bertamadun

sebab itu senang dibuat gulai


Tak kira !

Hari ini aku nak pergi cerut rumput pakai ray-ban


nukilan: cikli 1991


Thursday, September 24, 2009

Politik Kita: Bila BN, PR dan Bebas Sembahyang Berjemaah


Cerita 1.

"Sembahyang tak susah, ikut je apa imam buat" pesan imam.


Allahu akhbar.


Tiba-tiba imam gatal telinga. Garu telinga.
Makmum pun semua garu telinga.


Imam gatal tekak, terbatuk la imam.
Makmum pun turut batuk-batuk.


Nak jadi cerita, lipas lalu atas kaki imam. Imam pun hentakkan kaki, nak halau lipas.
Makmum pun masing-masing hentakkan kaki.


Selesai sembahyang, lalu seorang makmum bertanya imam,


"Imam, tadi takpa ke saya tak hentak kaki, sebab kaki saya naik puru...."



Cerita 2.

Imam baca ayat Quran dengan begitu lantang dan merdu, tetapi tiba-tiba tersalah baca....


Lalu makmum di belakang imam tegur,
"Salah tu mam....bukan macam tu"


Makmum di sebelah mencelah,
"Betul...betul...betul...."


Makmum yang lain menyampuk,
"Woi, dalam sembahyang mana boleh cakap, batal !"


Bersuara makmum lain,
"Nasib baik aku tak cakap"
.
Yang lain menyampuk,
"Cakap jugak tu"


Lagi makmum bersuara,
"Batal semua, aku sorang tak...."


Makmum yang dari tadi diam pun bersuara jugak,
"Bukan macam tu cara tegur imam daa....."



Cerita 3.

Seorang imam mengimami sembahyang zohor.


Dengan lantangnya dia membaca. Bismillahirrahmanirrahiiiim. Alhamdulillahirabbil alamiiin.....


Selesai sembahyang, seorang makmum menegur.
"Imam, kenapa baca kuat tadi, kan kita sembahyang zohor?"


Si imam terkejut'
"Ye ke ? Ana lupa, ana ingatkan sembahyang Asar tadi...."



Kesimpulan.

Cerita 1 macam dalam BN, apa pun ketua buat mesti diikut dan diiyakan. Tak sanggup buat pun, hati kena reda. Layan je.


Cerita 2 ibarat apa yang berlaku dalam PR. Isu kepala lembu, Selcat, arak, isu calon, isu muzakarah dll. Macam tak ada prosidur, macam tak tahu nak mesyuarat, macam tak ada committee, macam tak ada ketua. Semua nak tunjuk kepakaran masing-masing openly.


Cerita 3 macam wakil rakyat Bebas, macam bagus, apa isu pun dia tetap tak akan salah.

Tuesday, September 22, 2009

SELCAT : Bermuhasabahlah Jangan Berbalah


Assalamualaikum. Salam Maaf Zahir Batin.



Bila tahap professionalism pengendalian Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor SELCAT dipersoalkan. Muhasabahlah sikit. Apalagi jika teguran datang daripada orang kita sendiri. Kalau Umno yang tegur, macam-macam kita kata. Bila orang PAS yang tegur, apalagi seorang Pesuruhjaya PAS, janganlah kata orang yang menegur itu macam-macam. Pengerusi SELCAT, YB Teng Chang Khim patut lebih berlapang dada.



Apa kata YB Hasan Ali ?



Hasan berkata: "Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."

"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan... sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat," kata Hasan lagi.



YB Hasan juga mencadangkan Selcat dianggotai sama oleh bekas-bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka.



Sebelum kita nak kata apa-apa, ada baiknya kita tengok laporan Harakahdaily.net dulu-dulu semasa riuh pasal isu Balkis. Silakan.









Jais tidak kisah dengan Balkis yang diketahui haram







Saidah Hairan
Thu Mar 26, 09 12:43:20 am MYT


SHAH ALAM, 25 Mac (Hrkh) - Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato' Mohamed Khusrin Munawi menganggap surat daripada Balkis yang ditandatangani oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan yang mengaku sebagai Yang Dipertua Balkis tidak mendatangkan masalah kerana ia tidak menjejaskan polisi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).













Iklan






Ini ekoran pendedahan maklumat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) yang mempersoalkan tentang surat bertarikh 16 April 2008 ditandatangani oleh Asbi Rohani sebagai YDP Balkis.


Kandungan surat tersebut membenarkan Pegawai Mais, Hafizatul Akma Abdul Jalil yang ditugaskan di Kompleks Wawasan Balkis dibenarkan tinggal di situ sehingga habis pantang bersalin.


Ikuti dialog dalam sesi siasatan Balkis yang dilakukan oleh Selcat terhadap saksi keenam, Dato' Mohamed Khusrin yang juga Setiausaha Mais, di dewan Annex, Shah Alam.


Pengerusi Selcat Teng Chang Khim: Surat ini ditandatangi oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan sebagai Yang Dipertua Balkis. Pada 14 april sepatutnya Balkis sudah dibubarkan dan Puan Sri Asbi adalah isteri kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohamed Taib. Dato menerima surat pengesahan Balkis membenarkan Hafizatul Akma tinggal di asrama tersebut hingga 30 April 2008.


Kushrin: Tanggapan Balkis dibubarkan itu tanggapan saya tapi saya sendiri tidak pasti kedudukan Balkis ketika itu.


Teng: Dato tahu Dato' Sri Dr Mohd Khir Toyo menjadi Menteri Besar dari tahun 1999 hingga 2008 dan dalam tempoh itu isteri beliau ada Pengerusi Balkis...


Kusrin: Ya


Teng: Bagaimana tiba-tiba Asni menandatangi surat ini sebagai Pengerusi Balkis dan Dato terima tanpa was-was...


Kusrin: Saya rasa surat ini tidak melibatkan apa apa cuma memaklumkan kebenaran kakitangan kita terus tinggal di kompleks, saya rasa tidak ada melibatkan apa-apa polisi yang dirasakan oleh Mais. Saya perasaan ketika terima surat ini yang tandatangan Puan Sri Asni. Pada saya ini soal dalaman Balkis yang tak perlu saya ambil tahu.


Teng: Ini bukan soal dalaman Balkis sebab surat ini mengesahkan pegawai Mais dibenarkan tinggal di bangunan Balkis sehingga 30 April. Sepatutnya mereka sudah keluar daripada Kompleks Wawasan Balkis pada 8 April.


Kushrin: Ini pegawai ini baru bersalin dan dalam keadaan pantang


Teng: Saya tidak ada masalah beliau boleh tinggal disitu tetapi apabila Dato dapat surat ini Dato tidak menyesaki surat ini dan terus membenarkan Hafizatul tinggal disitu. Saya hendak beritahu `Jangan tegakkan benang yang basah'. Sebenarnya Pengerusi Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik tetapi surat ini ditandatangani oleh Puan Sri Asbi Rohani. Dato' tidak menyesaki apa-apa?


Kushrin: Pada saya tidak ada masalah...apa masalahnya. Siapa tandatangani pada saya tidak penting.


Teng: Patutlah Dato' dengar daripada Penyelaras Kompleks Jamilah Balkis dibubarkan Dato' senang mempercayai apa orang cakap.


Azmin: Saya kira perkara ini serius. Dato selaku Pengarah JAIS membawa satu imej yang penting kepada umat Islam dan orang lain di negeri Selangor. Kalau keterangan-keterangan yang diberikan Dato' dalam perbicaraan terbuka seperti ini yang turut dihadiri oleh pihak media dan wartawan, ini memberi satu tanggapan yang cukup negatif kepada pengurusan Jais, betul saya setuju Dato' tak perlu terlibat dalam masalah dalaman Balkis.


Tetapi surat yang dikeluarkan bertarikh 16 April 2008 adalah hasil susulan surat Dato bertarikh 7 Arpil. Pertama Dato' telah menyatakan Balkis dibubarkan tetapi Dato' masih menulis surat kepada Pengerusi Balkis.


Walaupun kenyataannya Balkis belum dibubarkan tapi Dato sudah ada tanggapan daripada puan Jamaliah bahawa Balkis sudah dibubarkan. Maka Dato; cuba menempatkan lima pegawai berkenaan maka Balkis keluar surat pada 16 April dan surat ini adalah surat jawapan kepada surat Dato'.


Apabila surat jawapan kepada surat Dato' itu datang daripada seorang yang tidak sah Dato langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab untuk menyemak semula. bahawa orang yang menandatangni surat jawapan kepada surat Mais adalah orang yang tidak sah.


Kalau inilah pentadbiran Jais saya rasa amat malang sekali, betul Dato tak perlu terlibat, siapa YDP tetapi sekurang-kurangnya Dato harus mengutus satu lagi surat kepada Balkis mengatakan yang menandatangi surat pengesahan supaya pegawai Mais boleh terus tinggal di situ. Mengapa tidak dilakukan.


Kushrin : Saya rasa bukan tanggungjawab saya untuk tahu siapa jadi Pengerusi Balkis.


Azmin: Ini satu jawapan yang paling malang. Dato sebagai Pengarah Jais dan Setiausaha Mais ambil wang Mais, ambil wang zakat bayar lima pegawai yang ditugaskan kepada Balkis tapi tak tahu siapa Pengerusi Balkis.


Kushrin: Saya menafikan saya tak ambil duit zakat duit Mais ini keputusan yang dibuat oleh Mais. Saya sebagai setiausaha dan bukan saya seorang yang buat.


Azmin: Tapi keputusan Dato' menafikan Dato tak tahu siapa Pengerusi Balkis, Dato' kena ingat Dato' memberi keterangan di bawah bersumpah.


Kushrin : Saya kata saya maklum tetapi saya tidak bertanggungjawab yang penting siapa yang hendak tandatangani surat ini sama ada Puan Sri Asbi atau Zaharah Kechik pada saya tidak penting.


Teng: Itu penting kalau Puan Sri Asbi bukan YDP maka surat ini tidak sah maka bererti pegawai Dato' berada di bangunan Balkis dengan cara tidak sah, yang halal dan haram kita kena betulkan kalau surat ini tidak sah bererti penempatan Hafizatul di bangunan Balkis tidak sah.


Azmin : Dato ini memberi keterangan dibawah bersumpah saya malu hendak mengaku umat Islam di negeri Selangor kalau inilah Pengarah Jais dan Setiausaha Mais, saya rasa malu ini keterangan bertulis


Kushrin : Apa masalahnya saya tak faham....


Azmin : Masalahnya surat yang Dato terima adalah daripada orang yang tidak sah kenapa Dato selaku setiausaha Mais tidak merujuk semula kepada Balkis bahawa mengapa orang yang tidak sah menandatangni surat utnuk mengesahkan permohonan yang idbuat oleh Mais terlebih awal, apakah itu susah hendak jawab.


Kushrin : Bukan tanggungjawab saya nak tahu siapa yang menjadi Pengerusi Balkis pada saya tidak penting, kalau siapa-siapa tandatangan pada pihak Balkis saya boleh terima juga.


Azmin : Kalau dia tulis (bagi pihak-bp) saya tidak ada masalah, ini tulis Puan Sri Asbi Rohani Asnan Yang Dipertua Balkis...(wahai Setiausaha Mais). Jangan berdolak dalik ini perbicaraan terbuka, kalau bagi pihak dia ada tulis (bp-bagi pihak) tak kan Ketua Pentadbir tak tahu surat menyurat.


Kushrin: Saya kata tadi kalau siapa-siapa tulis bagi Balkis kita boleh terima.


Teng : Tapi Dato' sudah tahu YDP bukan Puan Sri Asbi sudah 9 tahun Datin Seri Zaharah Kechik adalah Yang DIpertua Balkis Dato' sebagai jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri Selangor sepatutnya tahu.


Saari Sungib : Kita memandang tinggi kepada Jais dan Mais yang menjaga halal haram, sah tak sah jadi kalau Pengarah Jais tidak peka isu sah atau tidak, ini memberi gambaran yang amat buruk, perkara ini penting.


Kushrin : Saya faham ini tanggungjawab saya pada saya isu surat Balkis ini sama ada ditandatangai Puan Sri Asbi atau Datin Seri Zaharah isu kecil, tidak menjejaskan polisi Mais, pada saya tidak...


Teng: Sama ada pegawai Hafizatul penempatan beliau sah atau tidak maka penempatan beliau itu adalah satu pencerobohan.


Kushrin: Saya tidak fikir sampai begitu sebab kita bagi pertimbangan atas keperikemanusiaan pada ketika


Teng : Itu tidak menjadi masalah tapi mesti jadi persetujuan Balkis. Sekarang yang bagi persetujuan bukan wakil sah Balkis bererti persetujuan itu tidak sah, bila tidak sah ia jadi pencerobohan dan ini menjadi tanggungjawab Mais dan Mais kena jawab kerana Dato' terima surat itu sedangkan Dato' tahu Pengerusi Balkis bukan Puan Sri Asbi.


Kushrin : Saya tidak dapat jawab.... _




Ini pendapat peribadi saya, berdasarkan laporan Harakah di atas.



Memang ada elemen asakan daripada anggota SELCAT. Nampaknya semacam mahukan sehingga yang ditanya itu menjawab mengikut apa yang mereka kehendaki. Tengok saja soalan YB Teng dan YB Azmin, berjela-jela sedangan jawapan yang dijawab pendek aje.



Menyoal saksi jangan disamakan dengan menyoal suspek. Kita mahukan maklumat daripadanya, jadi apa-apa yang dijawab, itulah hasilnya. Tetapi kita pastinya ada teknik dalam mendapatkan maklumat yang dikehendaki (Bukan jawapan yang kita kehendaki).



Setiap saksi pastinya sudah dibacakan hak-hak mereka sebagaimana yang tertakluk di dalam undang-undang. Mereka berhak untuk tidak menjawab jika jawapan mereka boleh menjerumuskan mereka ke dalam pertuduhan.



Dalam menyoal saksi juga kita sebenarnya mengumpul fakta dan mencari saksi-saksi lain yang boleh disoal-siasat, bukannya menanyakan pendapat dan pandangan peribadi yang tak laku sekepeng pun dalam mahkamah.




Sekian, selamat bermaafan di Hari Raya.

Sunday, September 20, 2009

Peraduan Hari Raya Aidil Fitri




Assalamualaikum...


Hari Raya Aidil Fitri tahun ni aku hanya 5 batang kara di KK bersama isteri dan anak-anak.
.
Sebagai usaha untuk memeriahkannya, aku anjurkan satu peraduan khas sempena raya.
.
Peraduan terbuka kepada semua rakyat Malaysia lelaki dan perempuan.
.
Hadiah Pertama (Untuk orang yang pertama):
Mutiara, Kristal dan Tikar Sabah.
.
Hadiah kedua (Untuk orang yang kedua):
Mutiara dan Kristal Sabah.
.
Hadiah ketiga (Untuk orang yang ketiga):
Mutiara Sabah.
.
Tarikh tutup: Hari Raya ke 5.
.
Apa perlu anda buat?
.
Buka simpulan popia goreng ni tanpa memusnahkannya.
.
Syaratnya, popia yang dah digoreng sebelum raya. Celup minyak je tak aci ye.
.
Percubaan boleh dibuat di rumah sendiri, di rumah jiran atau di mana saja.
.
Sila hantar bukti kejayaan masing-masing.
.
Selamat Mencuba.
.

Friday, September 18, 2009

Rayuan Aidil Fitri

Hanya satu pintaku...

Kembalikan gula di pasaran !

Aku dah bosan menjajak segenap kedai yang hanya menjual garam.

Wednesday, September 16, 2009

YB Penyolek Gigi


YB pun manusia juga.


Perkembangan tidak sihat saya lihat masih ada YB Pakatan Rakyat yang berlagak 'bebas' (YB BN pun sama). Ada je isu, tak kira isu buatan atau isu provokasi atau isu yang terjadi kerana kesilapan teknik. Ada la YB yang kononnya bersifat 'neutral', 'bebas', 'toleran', 'terbuka', 'berakedemik', 'berprinsip', 'istiqomah', 'bijak' dll.


Sehingga ada yang sanggup melabelkan sesama teman seperjuangan sebagai Pak janggut, Pak Serban dan juga Pak Keris yang ditujukan tentunya kepada Umno.


Kalau masa berkempen dulu kita berkempen sebagai Pakatan Rakyat, apabila menang bekerja dan bercakaplah sebagai Pakatan Wakil Rakyat. Berpakat dan bermesyuarahlah dulu sebelum mengulas sesuatu isu yang besar-besar. Kalau kita pakar undang-undang, bantulah think-tank PR menghadapi isu dari segi perundangan, kalau kita pakar onde-onde, bawalah onde-onde ke mesyuarat supaya lebih lively, kalau kita pakar agama, tentunya ilmu kita diperlukan supaya tindakan kita tidak lari daripada syariat Islam.


Berkenaan isu yang ditimbulkan oleh lawan, kita yang celik ilmu dan politik tentunya sudah tahu arah tujunya. Lagipun masing-masing parti sudah ada Ketua Penerangan masing-masing.


Lihat saja, kenapa Datuk Seri Mufti Harussani dulu dikatakan satu-satunya mufti yang berani bersuara dalam sesuatu isu? Bukan kerana mufti lain tak tahu bercakap atau penakut. Kalau bab bercakap mantan mufti Dr. Asri Zainal Abidin lagi pandai mengolah kata-kata. Tetapi kerana DS Harussani telah dilantik sebagai JURUCAKAP para mufti. Maka selepas muzakarah, dia lah yang akan pegang mikrofon di depan para pemberita. Itulah prosedur. Itulah yang PR kena ikut.

Sebenarnya kalau bab berhujah dan berkata-kata ini, mana-mana pihak pun tidak ketandusan calon. Kalau kita rasa kita bijak mengolah isu dan fakta, ada lagi orang lain yang lebih arif daripada kita. Semacam juga pelukis, cuba kita menjengah ke Pasar seni, KL, pelukis mana yang paling bagus ?

Kalau apa yang kita cakap atau tulis, tiba-tiba besoknya Utusan atau TV3 laporkan dan promote kan besar-besaran.... tuan-tuan pikirlah sendiri.


YB-YB Pakatan Rakyat diibaratkan sebagai seberkas lidi penyapu. Memang kerjanya pun untuk menyapu segala rasuah dan salahguna kuasa. Jadi dalam seberkas lidi yang sama warna itu, janganlah ada yang cuba mewarnakan dirinya dengan warna lain supaya dapat 'stand out from the rest'.


Sedarlah, tuan-tuan semua hanyalah lidi biasa tanpa ada getah pengikat. Tak tahulah jika ada di kalangan tuan-tuan yang lebih suka dijadikan penyungkil gigi. Dipatahkan dan dibuat penyungkil gigi atau penyolek gigi selepas seseorang telah makan besar dan bersendawa!


Saya cadangkan ditubuhkan Pakatan Wakil Rakyat untuk PR.


Yang ikhlas, Maaf Zahir Batin. Cikli.


Tuesday, September 15, 2009

Bayar Zakat Tapi Berdosa ?


2 minggu berturut-turut khatib di Masjid Tanjung Aru baca benda yang sama. Kewajipan bayar zakat dan fitrah kepada amil yang dilantik sahaja. Ulangan, AMIL yang dilantik saja.


Bersama kita renungkan.


1. Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah, No 6, Tahun 1993.


Seksyen 55 : Fitrah hendaklah dibayar pada tiap-tiap tahun kepada AMIL tidak lewat daripada satu haribulan dalam bulan Syawal sebelum bermulanya sembahyang Hari Raya.



2. Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 76 yang bersidang pada 21 November 2006.


Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara KEBAIKAN adalah BERDOSA, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.


Lalu aku bertanya, "Bolehkah ahli-ahli J/K Fatwa Kebangsaan bermuzakarah lagi bagi memutuskan bolehkah atau tak apa kah pemerintah atau ulil amri menyuruh rakyat hanya membayar zakat kepada AMIL sahaja?"


Aku lalu bertanya lagi, "Kakak ku juga tergolong dalam golongan miskin, tak afdalkah aku sebagai adiknya mengagihkan zakat kepada kakakku yang kurang bernasib baik tanpa aku mendapat dosa kerana engkar kepada ulil amri?"


Bertalu-talu soalan aku, " ada budak mintak derma nak pi sambung belajar tapi tak cukup duit, tak berdosakah jika aku terus je bagi zakat yang wajib ke atas aku kepadanya?"
.
.
Ada lagi soalan aku, " aku kenal seseorang yang baru masuk Islam, jadi bolehkah aku menunjukkan indahnya Islam dengan memberikan zakat kepadanya, supaya dia terus yakin pilihannya sungguh cantik dan tulen. Tak pa kah aku buat begitu?"


Aku terus tak henti bertanya, " aku terlihat seorang makcik tua tukang sapu di Giant Putatan, cuaca panas bulan puasa jelas mempengaruhinya apabila aku melihat dia memejamkan mata beberapa kali sambil mengemop lantai yang sentiasa dipijak orang yang bertali arus bershopping. Aku terfikir tak berdosakah jika aku bahagi je duit zakat aku kepadanya direct hari ini agar dapat menceriakannya sebelum dia balik rumah? Mungkin juga dia dapat beli sesuatu untuk cucunya hari ini. Inilah indahnya Islam, at least fikirku, jika orang lain tak fikir begitu"


Aku ada banyak soalan lagi tetapi takut dituduh nak melawan fatwa pulak.
.
.
Apapun zakat fitrah aku lima sekeluarga dah bayar pada amil bertauliah di MUIS.
.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...