"Kamu semua kena insaf, kena ingat. Apa-apa yang kamu lakukan ingat pada mak bapak di kampung. Ingat mereka terpaksa bangun pagi-pagi untuk pergi menoreh. Mencari nafkah, nak beli beras untuk sesuap nasi......bla bla bla...."
Itulah antara kata-kata penceramah jemputan selaku motivator semasa khemah ibadat di Chembong, Negeri Sembilan lama dahulu semasa aku berkursus intensif Bahasa Inggeris.
Padahal di depan motivator itu majoritinya budak-budak bandar yang mak bapaknya mampu beli helicopter. Paling kurang anak cikgu. Jadi apa rasionalnya cerita pasal sedihnya derita penoreh getah di kampung dekat mereka? Sesetengah mereka tak kenal batang pokok getah pun. Kalau letak susu getah dalam gelas pun pasti mereka sangka susu lactogen.
Aku jadi meluat dan marah pada penceramah dari ABIM yang berbaju batik itu kerana tak buat homework sebelum berceramah. Kalau setakat nak insafkan anak penoreh, panggil saja aku dan seorang lagi budak Negeri Sembilan ke bilik dan ceramahlah kat kami 2-3 guni, kerana hanya kami 2 orang je orang kampung susah di situ. Budak-budak lain semuanya anak CEO!
Inilah cabaran utama anak orang susah bila dapat banyak A dalam SPM!
hangin lagi lg ker? ni ada so lg bekas motivator sg lui dok sdar2 lg.
ReplyDelete