Friday, October 16, 2009

Post-Mortem Bagan Pinang

Start je enjin kereta semalam, terdengar suara PM di radio. Mesti persidangan Umno ni, getus hati saya. Kalau begitu beliau berucap atas kapasiti Presiden Umno, bukan PM. Mahu saja saya tukar channel, tetapi apabila terdengar beliau membawa maksud ayat al-Quran, saya tangguhkan dulu hasrat kerana menghormati al-Quran. Ini saya sedut sedikit ucapannya dari internet.


***mula**


Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4:


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh.”


Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :


Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batil dan salah, tetapi diatur dengan tersusun.”


***tutup**


Nah, inilah jawapan kekalahan PAS dalam pilihan raya. Di Bagan Pinang dan juga sebelum-sebelumnya.


Tup, saya pun tukar channel.


3 comments:

  1. Keputusan tepat spt aku dah seko

    ReplyDelete
  2. Kalu paknik ni ahli amno, pak nik usul tukar perlembagaan nama umno kepada ubpmno (united bagan pinang malay ...). Malu guna melayu saja, sebab pak nik pun melayu jugok, tapi takdok lah sebodo tu lantik pemimpin

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...