Tuesday, October 6, 2009

Biarlah Lawa Pun Asalkan Baik Hati



Setelah menunggu lebih kurang setengah jam, akhirnya nomborku dipanggil. Lalu aku bergegas ke kaunter 8.


“Buka akaun”, kataku sambil menyerahkan borang yang telah siap diisi.


“Buka akaun kaunter 6”, beritahu si jelita di kaunter.


“Tak payah ambil nombor?” Tanyaku semacam tak puas hati.


Si jelita menggeleng kepala.


Aku ke kaunter 6, memang disediakan tray di situ untuk letakkan borang yang telah siap diisi.


“Berapa lama?” Tanyaku pada si cantik di kaunter 6.


“Kita ikut turn encik.....” Jawab si cantik.


“Saya tahu, tapi biasanya berapa lama proses? Setengah jam ada?” Tanyaku lagi. Dia mengiyakan sahaja.


Aku menunggu lagi sambil melihat jam di tangan. 5 minit sudah limpas jam 2. Esok sajalah....Putusku. Lalu aku ke kaunter 6 semula.


“Saya ambil baliklah dulu borang saya ni, tak sempatlah hari ni. Tadi saya tunggu nombor,” beritahuku sambil menunjukkan nombor giliranku. Tak puas hati lagi sebenarnya kerana penantianku hampir sejam telah sia-sia.
.

Esoknya aku terus ke kaunter 6 dengan borang yang telah siap diisi. Tiada tray disediakan di situ. Orang pun tiada.


“Buka akaun di sinikan?” Tanyaku pada si ayu berdekatan.


“Kena ambil nombor encik”, beritahu si ayu.


“Semalam saya ambil nombor, kata letak di sini saja. Hari ni kenapa kena ambil nombor pulak?”Aku menyatakan rasa tak puas hati.


“Time lunch encik,” terang si ayu.


Aku malas nak cakap banyak, terus ke mesin ambil nombor. 1107 ada 7 orang lagi menunggu. Aku lantas ke meja perkhidmatan.


“Nak buka akaun kena ambil nombor ke?” Aku memulakan bicara kepada si lawa di meja perkhidmatan.


“Semalam saya ambil nombor giliran, kata ke kaunter 6 terus. Sekarang kena ambil nombor pulak. Semalam pun saya datang time lunch jugak,”Beritahuku semacam mengadu pada si lawa.


Si lawa senyum. Memang cantik, tertarik dan da bomb. Tahi lalat di bawah hidungnya menambahkan seri lawanya.


“Biar saya tolong proses dulu, nanti di kaunter terus boleh buka akaun” si lawa terus menyemak dan memproses borangku.


Tiba-tiba hati berbunga semula, terasa nyaman. Inilah baru 1Malaysia. Syabas.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...