Buat apa sokong PAS
kalau tak kena itu tak kena ini
Buat apa sokong PAS
kalau asyik salahkan pimpinan sendiri
Buat apa sokong PAS
kalau terlalu nakkan keuntungan peribadi
Buat apa sokong PAS
kalau rumah siap pahat asyik berbunyi
Buat apa sokong PAS
kalau tulis kekurangan parti di blog hari-hari
Buat apa sokong PAS
kalau tak lihat dasar, tapi lihat penyokong parti
Buat apa sokong PAS
kalau berat tak sama dipikul, ringan tak sama dijinjingi
Buat apa sokong PAS
kalau tak habis-habis kutuk parti sendiri
Buat apa sokong PAS
kalau kayu pengukur kita hanya duniawi
Sokonglah PAS
ianya cuma wadah, redha Allah yang kita cari
sajak yg baik utk yg mahu mengerti..
ReplyDeleteAllahuakbar!
Pemimpin sebenarnya mencerminkan kejernihan parti,jadi kalau yang sudah diangkat menjadi pemimpin itu suka aneka rasa maka utamakan kekehendak Islam seperti yang menjadi dasar parti. Apabila kita mengganggap kita pendokong Islam, maka selarikanlah tindakan dan tata kelakuan kita seperti yang dianjurkan Islam.
ReplyDelete