Showing posts with label self. Show all posts
Showing posts with label self. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Kawanku


Alhamdulillah
Aku mempunyai kawan 
yang sentiasa mengingatkan
yang sentiasa meredakan
yang sentiasa percaya
yang sentiasa mendengar

Dia sentiasa kawan.

Monday, September 9, 2013

Selamat Menjawab UPSR Anak Sayangku

Semoga Allah permudahkan semuanya untuk Kakak, dunia & akhirat.
Rasanya baru semalam Kakak belajar naik basikal.
Ya Allah, 
Engkau kurniakanlah yang terbaik untuk anakku
 Nur Salsabila
 dan murid-murid tahun 6 dalam UPSR yang bakal menjelang.
Amin. 

Saturday, March 16, 2013

Politik Pakar Motivasi

Seperti yang aku selalu sebutkan dulu, aku memang tak berapa minat ceramah motivasi. Namun banyak kali aku terpaksa pergi mendengar. 

Di satu sesi ceramah, seorang pakar motivasi menyuruh kami menulis tarikh lahir dan menurunkan tandatangan pada satu kertas.

Selepas itu dia mula membuat tafsiran bagi setiap tandatangan dan tarikh lahir tersebut. 

"You ni anak bongsu kan?" Tanya pakar motivasi kepada seorang peserta perempuan.

"Eh! Macam mana Dr. tahu?" Tanya balik peserta tersebut dengan penuh kekaguman.

"Orang yang lahir pada tarikh ini biasanya lembut, manja....bla..bla... Tandatangan ini pun melambangkan pemiliknya mempunyai sifat bla..bla... Sifat ini biasanya dimiliki oleh anak bongsu dalam keluarga.... bla bla..."

Huiss, panjang teori pakar motivasi manambahkan kekaguman dan keyakinan para peserta kepada beliau. Aku masih lagi terasa boring.... Hmmm lahir time bulan mengambang pun, apa kena mengena dengan sikap kita. Aku masih berpendirian begitu.

"18 Mac 72 ... Siapa  punya ni, kreatif .. Macam belalang?" 

Pakar motivasi menunjukkan kertas yang bertandatangan macam belalang pelesit di tangannya. Memang aku punya, lalu aku mengangkat tangan.

Pakar motivasi berdiam 3-4 detik sambil memandang aku sebelum berkata,

"Untungnya isteri awak!"

Ulp. Terkedu aku mendengar tafsiran pakar motivasi tentang tandatangan dan tarikh lahir aku. Aku tiba-tiba terasa seperti baru menghabiskan segelas kopi goji tongkat Ali plus apabila mendengar ayat sebegitu power daripada pakar motivasi tersebut. Sejak dari detik itu, aku tumpukan perhatian serius ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar tersebut termasuklah apabila dia berceramah di TV.

Power ayatnya tidak terungkap!

Moral of the story:
18 Mac ni birthday gua der.

Tuesday, February 5, 2013

Self-Concious

Mungkin sudah ada hati teman-teman yang terdetik,

"Setiap kali mesyuarat atau kursus, mamat ni mesti pakai baju berjalur ni."

Memang setiap kali jauh dari ofis aku akan membawa dan memakai baju berjalur ini. Bukan kerana baju ini tahan keronyok atau baju terbaik yang aku ada....

Hakikatnya aku pernah ter'boria' dengan boss aku apabila memakai baju ini di ofis. Maka demi menjaga standardnya, biarlah aku yang mengalah dengan hanya pakai baju ini hanya apabila aku out-station sahaja.

Friday, January 25, 2013

Terengganu Banyak Kedai Makan Best

Hari ni nak cerita pasal kedai ikan bakar pula yang antara best of the best di Kuala Terengganu. Kalau sesiapa yang datang Kuala Ibai tu, depa tahulah tang mana kedai ikan bakar best tu. Pemandangan pun cantik, sambil makan mencuci mata melihat kejadian Allah yang Maha Segalanya memang best.

Walaupun kedai ni kedai ikan bakar best, aku makan nasi goreng kampung je, sambil layan tengok bola T-Team vs LIONS XII. Alamak penalti la pulak, kalah si LIONS XII, merudum lagi la team Fantasi Liga Super aku. Dahlah nasi goreng kampung ni semacam je... Tapi ini bukan isu kerana kedai ni kedai ikan bakar best, bukan kedai nasi goreng kampung best.

Dah konfem LIONS XII kalah, aku beransur ke kaunter. Aku hulur duit RM50 kat cashier.

"Bang, ada duit kecik ke?"

Aku kalau kedai best macam mana pun, kalau tuan kedai atau cashier minta duit kecik dari pelanggan, aku akan chop TAK BEST akhirnya.

Sunday, January 13, 2013

Nasi Kukus Best di Kuala Terengganu

Syukur masih ada rezeki dari Allah S.W.T.

Sudah lama aku terliurkan nasi kukus di kedai simpang 3 traffic light itu. Tetapi apabila melihatkan berderet orang beratur untuk menunggu giliran, aku KIV kan dulu niat untuk santap di situ. Dahlah nak parking kereta payah kat situ, maklumlah simpang 3 traffic light!

Hari itu aku kira nasib aku baik. Semasa menunggu lampu isyarat, aku lihat hanya 2 orang sedang beratur di kedai nasi kukus itu. Apa lagi, aku terus cari parking dan zasss.....terus masuk queue.

Sampai je giliran pelanggan di di depan aku, brader tukang bubuh nasi dengan selamba kering suruh kami semua join queue baru yang baru dibuat di sebelah barisan yang kami sedang beratur. Katanya, dia nak bubuh nasik untuk orang 'order'.

Aku pandang belakang aku, seorang mak cik 50-an dan seorang brader kelihatan kecewa. Pelanggan lain kat belakang semua dah join queue baru.

Mak cik dan brader tersebut dengan senyum kecewa terpaksa join queue baru yang sudah terdapat ramai pelanggan beratur di hadapannya. Mak cik itu sempat menyuruh aku beratur di depannya.

"Takpalah mak cik, saya cari nasi kat kedai lain aje lah," jawab aku sambil tersenyum kelat.

Belum bersedia aku untuk beratur panjang-panjang demi sepinggan nasi di tanah tumpah darahku yang makmur ini. Kalau masa di asrama dulu lainlah. 


Wednesday, July 25, 2012

Malaysia vs Arsenal


Kalau aku ada jersi Arsenal pun, aku takkan pakai masa team Malaysia vs Arsenal.

Walaupun background tu blur, aku masih nampak budak-budak berbaju merah yang terloncat-loncat  kat belakang tu berhidung kepek dan berkulit koko, macam aku.

Tuesday, July 10, 2012

Kasim Selamat

Aku dah semakin tua dan sensitif. Jika dulu aku tengok cerita P. Ramlee, Ibu Mertuaku begitu-begitu saja. Tapi malam ni aku terpaksa mengesat mata beberapa kali sebelum cerita Ibu Mertuaku berakhir. Atau jerebu kat luar dah masuk dalam rumah?

Saturday, June 30, 2012

Bola Bola Kerja Kerja

Memang dah tua...
Alamak.... Lupa lagi la tahun ni. Sekali lagi aku perlu diingatkan, itupun pada 27 hb. Jun, iaitu sehari selepas...

How can I repay?

Dulu pun sama juga.  Dah lebih daripada hattrick ni.

Happy Birthday pengarang jantungku Kajol, sorrylah kanda lupa lagi.

Tuesday, May 29, 2012

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga



1234 - Aris Ariwatan



Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu



Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih



Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa



Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan 


Andai kau peroleh bahagia 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Andai kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Hidup ini sementara

Tuesday, May 1, 2012

Tips Hari Pekerja

Bekerjalah sebaiknya kerana kita bukan dipilih 5 tahun sekali.

Friday, April 27, 2012

Copy Cat

Pra-sekolah dipanggil tadika.

Pra-universiti dipanggil matrikulasi.

Kad pra-bayar tu dipanggil top-up.

Pra-perkahwinan mengalahkan hisdustan ambik gambar begitu-begini tu dipanggil apa?

Mufti mana nak respon dulu?

Monday, March 26, 2012

Senyum

Senyum itu sedekah, bukannya cukai pendapatan ataupun zakat. Oleh itu tak perlulah dijadikan isu kalau seseorang itu payah benor nak senyum, sebab ia bukannya diwajibkan ke atas dia.

5 sebab orang tak senyum:
  1. Orang yang dia sedang lihat pun tidak senyum kepadanya.
  2. Otaknya sedang occupied dengan seribu satu benda.
  3. Dia sedang membaca Utusan Malaysia atau menonton Buletin Utama TV3.
  4. Laptop dia buat hal.
  5. Dia senyum dalam hati saja.

Senyum, tak perlu kata apa-apa!

Sunday, March 18, 2012

Ingatan Buat Pengantin Baru

Hari perkahwinan diharap menjadi titik penuh berkat untuk sebuah kehidupan berzuriat bagi setiap orang. Semoga setiap handai dan taulan berdoa untuk kebaikan mempelai.

Tetapi jika jalan utama jem 7 km di kiri dan barangkali 7 km juga di kanan, apakah hanya doa dan pujian yang bakal diperolehi mempelai?

Walaupun kita mampu dan berkedudukan dalam masyarakat, janganlah menyusahkan orang lain yang masing-masing ada kehidupan dan kemaslahatan sendiri demi semata-mata membesarkan agenda keluarga kita sahaja.

Harapnya pengantin dan keluarganya berbahagia kerana mudah-mudahan seramai-ramai orang dalam deretan lebih-kurang 14 km kereta yang terperangkap dalam jem, hanya aku seorang sahaja yang 'ternyumpah' apabila mendapat tahu rupanya jalan jem disebabkan ada orang beruniform membuat kawalan lalu-lintas kerana ada anak politician usang yang kahwin, bukannya kerana ada emergency lain!


Awat pulak jem ni? Ada eksiden ke kat depan tu?

Laa...Anak dia ni kawin rupanya. Banyaknya khemah. Siap ada bendera merah kuning lagi.

Oiii...Orang dari Machang pun jem juga no.... Berderet-deret.

Tak habis lagi kenderaan berderet-deret.

Bayangkan dari Kusial hampir ke Machang! Macam time raya la pulak!

Saturday, November 19, 2011

Minta Maaf Pada Fakri

Tahniah kepada Harimau Muda kerana dapat ke final bolasepak Sukan Sea di Indon.

Terima kasih kepada Ahmad Fakri Shaarani kerana score gol disaat-saat negara membutuhkan.

Maaf dipinta kerana baru pagi tadi kawe kato demo tak casligas macam Safee Sali depan kawan-kawan. Kira kategori kutukan juga la nadanya. Sori bro!

Thursday, November 10, 2011

Helloween

Gambar hiasan
Banyak kali aku terlupa bahawa hidup di dunia ini hanyalah satu perjalanan ke akhirat. Hanya satu fasa yang pendek dalam seluruh kehidupan aku yang mendambakan syurga diakhirnya.

Kalau aku ingat ini, tak akan aku marah-marah bila ada pemandu berlaku kurang ajar di jalanan.

Tak akan aku mengulas tak puas hati mutu pengadilan bila The Red Warriors kalah bola semasa suku akhir Piala Malaysia.

Tak akan aku marah sungguh kepada politician yang membodohkan rakyat marhaen dan diri sendiri saban masa tak kira siang malam dalam TV, radio dan akhbar.

Biarlah, jika itu pilihan mereka untuk lalui hidup yang singkat ini.

Dulu, semasa aku muda belia dulu, semasa interview untuk biasiswa Sime Darby, aku pernah ditanya tentang falsafah dan prinsip aku dalam hidup. Dalam keadaan tidak bersedia untuk soalan sebegitu, aku menjawab.

"Well.... My motto is..... 'life is too short to cry, long enough to try'......" Jawab aku sambil aku lihat si interviewer mengangguk-angguk. "Good, good," katanya.

Mungkin dia tahu motto yang aku cakap itu hanyalah semata-mata lirik lagu band rock Helloween, sebab untuk biasiswa tu, aku tak lepas untuk tapisan pertama pun!
.
'Hidup ini seperti permainan bolasepak, tak semua orang berpeluang untuk bermain 2nd half' ..... Err, mungkin falsafah ini yang patut aku bagitahu interviewer Sime Darby itu dulu. Biar dia terkesima.

Tuesday, November 1, 2011

Pasal Tandas Pun Nak Kecoh ...

Masjid Lahad Datu yang cantik
“Ni satu lagi kelebihan kita sebagai orang Islam.”

Aku memberitahu Kajol yang berada di sebelah. Kami sedang dalam perjalanan ke Ipoh, baru saja merentasi Banjaran Titiwangsa. Kami baru melimpasi 2 orang lelaki Cina yang sedang memancut (kencing) di tepi kereta yang dihentikan di tepi jalan raya.

“Sepanjang jalan ni, banyak masjid yang ada. Kalau kita nak kencing, tak perlu memancut tepi jalan. Singgah saja di tandas masjid,” Kajol mengangguk, tanda faham poin yang aku cuba utarakan.

Hakikatnya tak semua begitu. Banyak kali sudah aku terjumpa masjid yang tandasnya dikunci. Hari ini pun di Kuala Terengganu, di dalam hujan renyai-renyai, aku yang sedang memulas perut terpaksa ‘bertahan’ dan mencari masjid lain apabila tandas masjid yang aku mula-mula tuju dikunci rapat(mentang-mentang masjid  baru!).

Memang ada masjid yang membuka pintu tandas hanya beberapa ketika sebelum masuk waktu sembahyang dan mengunci semula beberapa ketika selepas waktu sembahyang.

Bagi aku apa jua alasan yang diperkatakan, aku tak boleh menerima rasional mengunci tandas masjid.

Dulu di Sabah, aku pernah merayu kepada seorang pakcik yang sedang mencuci lantai (mungkin siak kot) untuk membuka kunci tandas masjid kerana perut aku meragam amat setelah berbreakfast nasi kerabu Mek Nab yang tersohor di bandar Lahad Datu.

Pakcik itu enggan kerana takut dimarahi oleh ahli jawatan kuasa masjid yang juga bosnya. Rumah bosnya hanya di sebelah pagar masjid. Pasti bosnya nampak jika dia membuka kunci tandas bukan pada waktu yang ditetapkan iaitu beberapa ketika sebelum dan selepas waktu sembahyang.

“Biar saya tanggung... Pakcik buka dulu. Nanti saya pergi cakap dengan bos pakcik,” memang orang yang sedang sakit perut sanggup berjanji apa sahaja.

Akhirnya si pakcik itu mengalah. Dan aku kenalah menunaikan janji. Lagipun aku memang berhajat nak bancuh AJK masjid tu cukup-cukup.

Bila aku bertanya perihal tandas yang dikunci yang menyusahkan musafir seperti aku kepada AJK masjid itu, dia hanya menyalahkan pihak pejabat agama. Dia hanya menurut arahan, katanya.

“Orang menderma kepada masjid untuk apa sebenarnya? Tengok tu....” Aku menunjukkan kepada van jenazah di garaj masjid yang tertera tulisan “sumbangan Lembaga Tabung Haji”. Si AJK melihat ke arah telunjuk jari aku.

“Orang lain sampai derma van untuk masjid... Kita pula,  orang nak guna tandas pun tak bagi. Tak elok la macam ni. Daripada orang Islam kencing dalam longkang tepi jalan, baik dia guna tandas masjid.”

Saja aku panjangkan ceramah aku kepada dia kerana aku yakin AJK ini pun terlibat sama dalam keputusan jumud mengunci tandas masjid untuk kegunaan rakyat.

Salut kepada masjid yang meraikan musafir dan semua orang. Tak kira yang singgah nak sembahyang atau yang hanya singgah nak berak di jamban.

Saturday, October 29, 2011

Terengganu vs Negeri Sembilan

Sepanjang perjalanan dari KL ke KT melalui Lebuhraya Pantai Timur hari ini, hati teruja melihat penyokong Terengganu berjujut-jujut di lorong berlawanan menuju ke Barat sambil membawa bendera Hitam Putih mereka. Pastinya mereka ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan Peteh mereka malam ini.

Hati lebih teruja apabila ada kereta yang menggandingkan bendera Hitam Putih mereka dengan bendera Hijau Putih. Pastinya mereka bukan hanya peminat Abdul Hadi Yahya, tetapi juga penyokong tegar Abdul hadi Awang.

Good luck untuk Terengganu. Semoga berjaya malam ini .... Walaupun hati ini berat menjangkakan hanya Sharuain yang akan score malam ini.

Sunday, October 23, 2011

Procrastination

Ustaz Adam memang disayangi ramai

Pukul 10 malam kelas berakhir. Kami menghabiskan masa berbual sambil makan di restoran berhampiran. Biasanya kami bertiga, aku, Ustaz Adam dan seorang lagi kawan, saudara Zaharuddin.

Kelas kami di Ampang. Bukan Ampang Selangor tetapi Ampang, Ipoh, Perak. Dekat Gunung Rapat. Kelas kami diadakan 2 kali seminggu. Isnin malam dan Khamis malam. Dari pukul 8 malam hingga 10 malam. Kami belajar Bahasa Arab. Guru kami tak lain tak bukan adalah Ustaz Adam sendiri. Dia lulusan Syariah daripada Khartoum University, Sudan.

Aku diperkenalkan dengan Kelas Bahasa Arab Ustaz Adam melalui kawan sepejabat. Sekali aku join, terus jatuh cinta. Cara penyampaian dan kaedah yang digunakan Ustaz Adam sungguh menarik dan berkesan.

Sekali berkenalan, kami terus menjadi kawan. Kami sebaya. Ustaz Adam memang seorang yang senang didekati. Tak heranlah kelas yang beliau kendalikan mendapat sambutan daripada ramai orang termasuk datin-datin dan orang politik.

Boleh dikatakan setiap Isnin malam dan Khamis malam, selepas kelas, kami akan berbual. Kami berbual tentang isu semasa, tentang politik, tentang agama, tentang dunia, tentang akhirat, tentang kerja, tentang anak-anak, tentang Osama Bin Laden, tentang John Garang, tentang Sudan, tentang Astora Jabat, tentang Sharir Long, tentang Haji Hadi, tentang Nik Aziz, tentang hidup, tentang mati...

Berbual dengan Ustaz Adam bukan berbual kosong. Banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat ceduk daripadanya. Aku selalu ralit mendengar kisah dia di Sudan. Yang paling istimewa ialah kisah dia berpeluang masuk ke dalam Kaabah dan bersembahyang sunat di dalamnya.

Kadang-kadang Ustaz Adam pula yang ralit mendengar falsafah dan ulasan isu semasa dan politik daripada aku. Dia bukan sahaja pandai bercakap, tetapi juga pandai mendengar.

Sebelum pulang, Ustaz Adam akan menghantar aku hingga ke kereta sambil kami berborak lagi. Aku akan pergi dulu sambil membunyikan hon sekali dan mengangkat tangan kepada Ustaz Adam yang juga sudah bersedia untuk pulang ke rumah.

Februari 2006, aku terpaksa berhenti mengikuti kelas Ustaz Adam kerana berpindah kerja ke Sabah. Ustaz Adam ada datang menziarahi aku sekeluarga di rumah sebelum aku ke Sabah. Kali terakhir aku bercakap di telefon dengan Ustaz Adam ialah semasa Ir Nizar digulingkan oleh Umno BN pada awal tahun 2009. Semasa itu aku masih di Sabah. Kadang-kadang semasa aku berkursus di Lembah Kelang, aku ada terfikir untuk menghubungi Ustaz Adam kerana aku tahu dia selalu berada di Kuala Lumpur kerana beliau juga ada mengendalikan kelas di situ dan isteri beliau juga sedang menyambung pengajian sarjana kedoktorannya di UKM. Tetapi tak pernah aku lakukan. Sekadar terfikir.

Sejak aku berpindah ke Terengganu pada akhir 2009, aku belum pernah menghubungi Ustaz Adam. Aku memang sentiasa ingin menghubungi beliau, tetapi selalu tertunda. Kebelakangan ini, aku pernah terfikir untuk ke Perak pada cuti sekolah yang akan datang. Aku terfikir untuk menziarahi kawan-kawan lama di Ipoh termasuk Ustaz Adam.

Hari ini, boss aku yang juga pernah menjadi anak murid Ustaz Adam (Dialah yang memperkenalkan aku dengan kelas Ustaz Adam dulu) memberitahu,

"Cikli, Ustaz Adam dah meninggal minggu lepas..."

"Hah! Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun."

Tiada apa yang boleh aku katakan. Ustaz kesayangan ramai ini lebih disayangi Allah SWT. Aku percaya walaupun pada zahirnya umur Ustaz Adam singkat, tetapi balasan pahala daripada ilmu bermanafaat yang telah disebarkan beliau menjadikan seolah-olah beliau telah berusia beribu-ribu tahun bukannya 39 tahun. Ustaz  Haji Adam Zainal meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

Al-Fatihah.

Saturday, October 22, 2011

Ironis Menurut Alanis

Masa ni la moto ni nak meragam
Mengikut kamus hidup Alanis Morissette,  ironi itu...
  1. An old man turned ninety-eight, he won the lottery and died the next day
  2. It's a black fly in your Chardonnay
  3. It's a death row pardon two minutes too late
  4. It's rain on your wedding day
  5. It's a free ride when you've already paid
  6. It's the good advice that you just didn't take 
  7. Mr. Play It Safe was afraid to fly, he packed his suitcase and kissed his kids goodbye, he waited his whole damn life to take that flight, and as the plane crashed down he thought, "Well isn't this nice...
  8. A traffic jam when you're already late
  9. A no-smoking sign on your cigarette break
  10. It's like ten thousand spoons when all you need is a knife
  11. It's meeting the man of my dreams, and then meeting his beautiful wife
2 hari berturut-turut punch-card aku merah, kereta banyak bersumbat-sumbat di atas jalan sebab semua orang bawak kereta, hari hujan.
 .
2 hari terlambat, 2 hari juga terserempak dengan boss semasa aku tercungap-cungap punch-in. Ironisnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...