Friday, January 25, 2013

Terengganu Banyak Kedai Makan Best

Hari ni nak cerita pasal kedai ikan bakar pula yang antara best of the best di Kuala Terengganu. Kalau sesiapa yang datang Kuala Ibai tu, depa tahulah tang mana kedai ikan bakar best tu. Pemandangan pun cantik, sambil makan mencuci mata melihat kejadian Allah yang Maha Segalanya memang best.

Walaupun kedai ni kedai ikan bakar best, aku makan nasi goreng kampung je, sambil layan tengok bola T-Team vs LIONS XII. Alamak penalti la pulak, kalah si LIONS XII, merudum lagi la team Fantasi Liga Super aku. Dahlah nasi goreng kampung ni semacam je... Tapi ini bukan isu kerana kedai ni kedai ikan bakar best, bukan kedai nasi goreng kampung best.

Dah konfem LIONS XII kalah, aku beransur ke kaunter. Aku hulur duit RM50 kat cashier.

"Bang, ada duit kecik ke?"

Aku kalau kedai best macam mana pun, kalau tuan kedai atau cashier minta duit kecik dari pelanggan, aku akan chop TAK BEST akhirnya.

7 comments:

  1. cer bagi contoh kedai yg mana satu..Nak singgah bila ke ganu.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada duit kecik tak bagi le rm50.

    pernah juga melaluui situasi yang lebih kurang sama.
    semasa hendak membayar, beri rm10.
    ditanya ada duit kecil atau tak, saya cakap itu paling kecil. siap tunjuk rm20, kalau lagi besar ada la

    heheheee

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya Kedai Itu Buat Papan Notis Yg Berbunyi Sila Sediakan Wang Secukupnya Macam Dlam Bas Henti2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun letakkan notis. Baki tidak akan dikembalikan.

      Delete
  4. sekarang aku dah pelik cara dorang sediakan ikan bakar. dah macam goreng jer atas kuala rata tu.

    ReplyDelete
  5. Tahun lepas kakak ke T'ganu (kami suka T'ganu) makan hampir cecah 900 Cikli (sebab ada 4 keluarga banyakan) tapi tak ada credit card. Haha... macamana abang nak bayar pakai cash bayangkan. Kenalah kakak keluar sama sebab cash abang tak sampai 500 dlm wallet dia.

    Tapi makanan sedap dan banyak itu yg kami suka:)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...