Aku sedang makan nasi bungkus di meja semasa anak aku bertanya.
"Abah, bila kita nak beli TV nipis?"

"Adik tengok rumah ayohnik dan Ciksah TV nipis je..." Si anak menyambung apabila aku diam.
"Abah nak beli bila TV jadi lagi nipis," jawab aku.
"Lagi nipis? Nipis macam mana?" Tanya si anak lagi.
"Nipis macam surat khabar Utusan ni. Baru senang abah buat bungkus nasik dan lap air tumpah atas lantai," terang aku sambil menyambung baca cerita tentang Amanat Haji Hadi dalam paper Utusan yang membungkus nasik kerabu yang aku sedang makan.
Kalau tv tu tipis macam suratkhabar lama dah abang buat pencucuh api pembakar masa nak bakar sampah Cikli...
ReplyDeletesilap anak minta abah beli TV waktu baca Utusan, nanti tunggu abah baca harakah bereh selalu =)
ReplyDeleteSebongkah TV Rosak Kalau Dibawa Ke Kedai Kitar Semula Belum Cukup Utk Membeli Sebungkus Nasi Kerabu. Tokok Dengan 1/2 Kilo Tin Aluminium Baru Dapat Nasi Kerabu Yg Lengkap!!
ReplyDeletehaha, jangan terpengaruh dengan keduanya, bro.
ReplyDelete