Tuesday, January 8, 2013

Gaji Minima RM900.00 Sebulan

Tercegat je kerja dia

Seorang tauke kilang bercakap dengan nada susah hati yang amat.

"Yang kerajaan buat ni entahkan betul, entahkan tidak."

Aku hanya menunggu apa isu yang ingin dia utarakan sebenarnya. Dengan wajah berkedut (macam dibuat-buat), si tauke meneruskan.

"Nanti gaji pekerja yang 5-6 ratus kena naikkan jadi 9 ratus."

Rupanya isu gaji minima yang dirunsingkannya. Yalah dia tauke kilang, dia  kira duit tak sama macam aku kira duit. Aku kira duit dari bawah ke atas. Dia kira duit dari atas ke bawah.

"Tengok tu, guard yang 'tak buat apa-apa' pun kena naikkan gaji jadi 9 ratus," dia menambah sambil menuding ke pondok jaga.

"Tak usahlah pakai guard," aku melontarkan idea spontan.

"Mana boleh!" dia cepat-cepat menjawab.

"Kenapa tak boleh?" Aku bertanya macam budak tadika.

"Nanti kalau tak ada guard, banyaklah barang hilang nanti. Orang kampung nanti suka hati keluar-masuk kilang kalau tak ada orang control..." Dia memberi alasan yang cukup munasabah dan tepat sekali.

"Tadi kata guard tu tak buat apa-apa," aku berlakon sebagai budak tadika sekali lagi.

Dia hanya diam. Dia faham la maksud aku tu....

"Saya pergi dulu ye, ada kerja kat pejabat pendaftaran," kata dia sambil menghulurkan salam.

Aku hanya memerhatikan tauke kilang itu menuju ke Mercedesnya yang aku agak duit RM900 hanya mampu membeli 2 biji tayarnya sahaja tanpa sport rim.

7 comments:

  1. Salam semua rakan sesama islam.

    Kenapa orang islam kena datang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat?

    Baca di sini :

    astanakandis.blogspot.com

    Selamatkan negara, selamatkan agama.

    Jumpa di kl semua pada sabtu 12Jan2013.

    ReplyDelete
  2. haha rm900 tu sebjk tayar merc je tu

    ReplyDelete
  3. Lebih buat boss kakak terkedu RM900/- tu pukul rata samada dia foreigner atau local. Levi mereka lagi dah satu hal. Boss kakak tak kisah utk yg local tapi warga asing ni macam-macam hal buat masalah tau... Kalau ikutkan 900 pun tak cukup Cikli buat mereka yg local. Foreigner ada hostel free, bill api-air company bayar lagi.. Org kita kena guna utk bayar rumah, beli pampers, susu, beras, petrol yg rutin harian pun dah tak cukup.

    ReplyDelete
  4. Hehehe....terkena jugak taukeh tu! padan muka! mn la ckup gaji byk tu zaman skrg ni...lagi2 kalu punye ank ramai...

    ReplyDelete
  5. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak / Kedah Dipecah Masuk Pd 15/12/2012. Duit Kelab & Air Kotak Telah Disamun. 2 Pengawal Bertugas Pd Malam Kejadian. Bayangkan Tiada Pengawal, Dgn Komputer2 Sekali Lesap

    ReplyDelete

  6. bila sesorang rasa diri sendiri hebat... memiliki segala, rasa diri melakukan sesuatu sempurna melebihi orang lain, dia akan memandang orang lain "tidak melakukan apa-apa"

    penyakit hati...

    ReplyDelete
  7. Susah nak menghargai tenaga orang lain. Bila orang tu tak ada dicari pulak......

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...