Aku memberitahu Kajol yang berada di sebelah. Kami sedang dalam perjalanan ke Ipoh, baru saja merentasi Banjaran Titiwangsa. Kami baru melimpasi 2 orang lelaki Cina yang sedang memancut (kencing) di tepi kereta yang dihentikan di tepi jalan raya.
“Sepanjang jalan ni, banyak masjid yang ada. Kalau kita nak kencing, tak perlu memancut tepi jalan. Singgah saja di tandas masjid,” Kajol mengangguk, tanda faham poin yang aku cuba utarakan.
Hakikatnya tak semua begitu. Banyak kali sudah aku terjumpa masjid yang tandasnya dikunci. Hari ini pun di Kuala Terengganu, di dalam hujan renyai-renyai, aku yang sedang memulas perut terpaksa ‘bertahan’ dan mencari masjid lain apabila tandas masjid yang aku mula-mula tuju dikunci rapat(mentang-mentang masjid baru!).
Memang ada masjid yang membuka pintu tandas hanya beberapa ketika sebelum masuk waktu sembahyang dan mengunci semula beberapa ketika selepas waktu sembahyang.
Bagi aku apa jua alasan yang diperkatakan, aku tak boleh menerima rasional mengunci tandas masjid.
Dulu di Sabah, aku pernah merayu kepada seorang pakcik yang sedang mencuci lantai (mungkin siak kot) untuk membuka kunci tandas masjid kerana perut aku meragam amat setelah berbreakfast nasi kerabu Mek Nab yang tersohor di bandar Lahad Datu.
Pakcik itu enggan kerana takut dimarahi oleh ahli jawatan kuasa masjid yang juga bosnya. Rumah bosnya hanya di sebelah pagar masjid. Pasti bosnya nampak jika dia membuka kunci tandas bukan pada waktu yang ditetapkan iaitu beberapa ketika sebelum dan selepas waktu sembahyang.
“Biar saya tanggung... Pakcik buka dulu. Nanti saya pergi cakap dengan bos pakcik,” memang orang yang sedang sakit perut sanggup berjanji apa sahaja.
Akhirnya si pakcik itu mengalah. Dan aku kenalah menunaikan janji. Lagipun aku memang berhajat nak bancuh AJK masjid tu cukup-cukup.
Bila aku bertanya perihal tandas yang dikunci yang menyusahkan musafir seperti aku kepada AJK masjid itu, dia hanya menyalahkan pihak pejabat agama. Dia hanya menurut arahan, katanya.
“Orang menderma kepada masjid untuk apa sebenarnya? Tengok tu....” Aku menunjukkan kepada van jenazah di garaj masjid yang tertera tulisan “sumbangan Lembaga Tabung Haji”. Si AJK melihat ke arah telunjuk jari aku.
“Orang lain sampai derma van untuk masjid... Kita pula, orang nak guna tandas pun tak bagi. Tak elok la macam ni. Daripada orang Islam kencing dalam longkang tepi jalan, baik dia guna tandas masjid.”
Saja aku panjangkan ceramah aku kepada dia kerana aku yakin AJK ini pun terlibat sama dalam keputusan jumud mengunci tandas masjid untuk kegunaan rakyat.
Salut kepada masjid yang meraikan musafir dan semua orang. Tak kira yang singgah nak sembahyang atau yang hanya singgah nak berak di jamban.
Bukan sahaja tandas dikunci. Dengan masjid-masjid sekali dikunci kalau bukan waktu solat lebih-lebih lagi lepas solat Isyak. >.<'
ReplyDeleteajk mungkin mls nak bersihkan toilet / xpun tkut org buat onar kat dlm tu,x jge kbersihan
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteLamo doh tok baco tulise abe li
Bekeng abe li nih, hehehe..
Kawe setuju, memey patut keno bukok sokmo toilet tu..
Cuma kito sebagai pengguno keno la cermat dan bersih bila guna toliet tu..
Jange dok tinggal bate balok daley makuk tuh, pastu pampers pon tingga..
Siye ko tok siok..
Jai
@Fukuoka
Zaman Rasulullah Masjid berfungsi sebagai pusat masyarakat. Orang Islam atau bukan Islam tidak ada masalah untuk ke masjid dan menggunakan kemudahan masjid. Masjid menjadi tempat tumpuan bukan tempat asing. Semoga kita kembali mengikuti sunnah Rasulullah dlm soal pengurusan masjid ini. Saya setuju sangat Masjid kena musafir friendly. Untuk musafir tumpang tido pun boleh sepatutnya.
ReplyDeleteKalau masalah jenayah atau kecurian yg mahu dicegah, mungkin ruang utama masjid di kunci tapi bahagian anjung dan tandas usahlah dikunci. Apa yg nak dicuri di situ? Lagi satu elok ditampal label, "AWAS Kalau Mencuri - Hukum Allah Potong Tangan."
Satu lagi soal kebersihan masjid, mungkin boleh upah pekerja RM800 sebulan. Collection hari Jumaat pun purata dah RM5,000 seminggu. Dah kena maju ke depan kot, takleh nak harap tok siak je soal kebersihan masjid ni.
Itu bab kunci tandas masjid.
ReplyDeleteSaya pulak kalau balik ke Terengganu selain masjid Geliga, saya tak berani nak tumbang tandasnya.
Saya rasa CikLi faham sebab-sebabnya. Sikap yang memalukan.
alhamdulillah..spjg g bermusafir nie, xpernh ag hadapi situasi toilet terkunci..apepon, arap pihak terlibat lebih bersikap profesional agar kemudahan masjid dpt dimanfaatkan oleh sume pihak , tanpa batasan masa..
ReplyDeleteCikli..
ReplyDeletePaling suka tumpang pakai tandas kat masjid Penang.. memana yang kami singgah tu, bersihhh sangat! Tabik orang Penang :)
salam cikli,
ReplyDeleteAda kes pagar masjid pun dikunci. Bila waktu solat ajk tak datang. Jemaah terpaksa pergi ambik kunci di rumah ajk... Adakah sayang masjid dikunci-kuncikan?
Hehehhe...Mai la masjid Padang Serai, Batu Hampar, beruas Perak, tepi rumah bapak aku....Mai la masa bila pun,nak sembahyang ka, nak berak ka tandas ngan masjid memang tak kunci...jgn buat pasal nak mencuri dah la, nanti jin jubah hijau mai...
ReplyDeleteAlhamdulillah, sepjg brmusafir belum lagi jumpa tandas masjid brkunci ttp trkdg ada tandas masjid yg amat2 kotor.....
ReplyDeletesetuju tu. pelik kenapa harus dikunci tandas di masjid. bukan ke untuk semua kegunaannya~
ReplyDeletebro, kena majukan n3 ini kepada pihak berkenaan. selamatkan umat Islam!! :-)
ReplyDeletemustjab doa ni
ReplyDeletememang masjid untuk semua..dalam kes ni, pakcik tu amanah, dia kunci masjid atas arahan ajk..ajk plak atas arahan pej agama..jawapan "saya tanggung" dari penulis agak kurang sopan,andaikan PA system masjid berharga rm50 ribu hilang semasa penulis masuk, penulis nak tanggung ke..sebelum komen ape2 tentang sesebuah masjid,selidik dahulu sejarah masjid tu,maybe pernah berlaku kehilangan sebelum tu dan ajk masjid disalahkan kerana membiarkan masjid terbuka..setiap orang ade pendapat masing2..peace yo!
ReplyDelete