Thursday, November 10, 2011

Helloween

Gambar hiasan
Banyak kali aku terlupa bahawa hidup di dunia ini hanyalah satu perjalanan ke akhirat. Hanya satu fasa yang pendek dalam seluruh kehidupan aku yang mendambakan syurga diakhirnya.

Kalau aku ingat ini, tak akan aku marah-marah bila ada pemandu berlaku kurang ajar di jalanan.

Tak akan aku mengulas tak puas hati mutu pengadilan bila The Red Warriors kalah bola semasa suku akhir Piala Malaysia.

Tak akan aku marah sungguh kepada politician yang membodohkan rakyat marhaen dan diri sendiri saban masa tak kira siang malam dalam TV, radio dan akhbar.

Biarlah, jika itu pilihan mereka untuk lalui hidup yang singkat ini.

Dulu, semasa aku muda belia dulu, semasa interview untuk biasiswa Sime Darby, aku pernah ditanya tentang falsafah dan prinsip aku dalam hidup. Dalam keadaan tidak bersedia untuk soalan sebegitu, aku menjawab.

"Well.... My motto is..... 'life is too short to cry, long enough to try'......" Jawab aku sambil aku lihat si interviewer mengangguk-angguk. "Good, good," katanya.

Mungkin dia tahu motto yang aku cakap itu hanyalah semata-mata lirik lagu band rock Helloween, sebab untuk biasiswa tu, aku tak lepas untuk tapisan pertama pun!
.
'Hidup ini seperti permainan bolasepak, tak semua orang berpeluang untuk bermain 2nd half' ..... Err, mungkin falsafah ini yang patut aku bagitahu interviewer Sime Darby itu dulu. Biar dia terkesima.

12 comments:

  1. salam cikli,
    masyaAllah... tinggi falsafah tu tuan!

    ReplyDelete
  2. boley tahan la gempak moto cikli..!tabik springg..=)

    ReplyDelete
  3. Kalau jawapan kedua diberi mesti interviewer itu rasa tersindir. Tapi yg pertama pun macam menyindir juga itu yg dia kata kalau stakat nak cuba-cuba ha... cubalah cari tempat lain.

    ReplyDelete
  4. Hahahaha artikal bagus ni ,puitis lagi tajam untuk minda ...

    ReplyDelete
  5. moto dihup dikongsi dgn panel temuduga yang tidak selari moto dgn cikli mungkin timbul ketempangan dia menilai.hehe.

    ReplyDelete
  6. hari2 aku ucap hello-ween kat kawan aku frindaween.


    banyak amarah yang kena tahan nampaknya.

    ReplyDelete
  7. ..hu, tp sy suke dgn lirik helloween tu, besh!

    ReplyDelete
  8. gua lebih suka 'life is too short to cry, long enough to try'.

    ReplyDelete
  9. muda belia eyh.....now tak muda belia lagi ke heheh :p
    selamat friday cikli :D

    p/s: saya kembali beraksi setelah lama bercoooti hahah

    ReplyDelete
  10. kerja sendiri lagi bagus tiap tiap hari kerja...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...