Amri berdiri di birai kalbok sambil melihat air deras menderu keluar dari kalbok menuju ke sawah. Ingin benar rasanya dia terjun tiruk ke dalam air deras itu dari atas kalbok. Tetapi pesanan ibunya masih dia ingat.
"Jangan main air Amri, puyan bah ni bahaya, air besar."
Rugi betul rasanya melepaskan peluang mandi di air deras seperti ini. Mesti rasanya seperti mandi di Gunung Stong.
"Amri, best tau kami pergi berkelah di Gunung Stong," tak lama dulu, Razak kawannya memberitahu.
"Airnya deras, laju, sejukkkkk....... Best mandi."
Amri hanya terlopong. Gunung Stong. Tak pernah Amri dengar nama itu. Kalau mengikut kata Razak, pastinya air yang keluar dari kalbok itu seperti air di Gunung Stong. Deras, laju, sejuk.
"Jangan main air Amri, puyan bah ni bahaya, air besar."
Tak sanggup Amri mengingkari pesan ibunya. Biarlah dia rugi tidak mandi air kalbok yang semacam air Gunung Stong, pesan ibunya tak akan sesekali Amri ingkari. Amri tak mahu ibunya bersedih.
Seingat Amri, ibunya baru kebelakangan ini pandai tersenyum. Semenjak ibunya mendapat sebuah kerusi roda dan mesin jahit. Dulu semasa ibu hanya dapat mengengsot dalam rumah, payah Amri mahu lihat ibu tersenyum. Tak pernah pun!
"Hei Amri, buat apa?" Tiba-tiba terdengar suara dari belakang Amri.
Kelihatan Razak berpimpinan tangan dengan ayahnya. Sebelah lagi tangan ayah Razak memegang payung.
"Ke mana Razak?" Soal Amri, hairan melihat Razak segirang itu.
"Aku nak jadi kaya hari ni. Orang nak bagi duiiitttt. Seratus ringgiiiiit," nada suara Razak semacam Fizi dalam cerita Upin dan Ipin.
"Wah! Untunglah kau. Siapa nak bagi duit tu?"
"Semua budak sekolah dapat. Kau nak ikut?"
"Tak apalah Razak. Aku tunggu kau sini," Jawab Amri sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang kuning tidak bergosok.
"Jangan sedih. Nanti aku belanja kau ABC. Dua mangkuk pun boleh," janji Razak.
"Hati-hati Amri, air besar tu. Jangan kau mandi pulak," pesan Pak Mail, ayah Razak sambil menarik tangan anaknya pergi dari situ.
Amri kembali merenung air yang deras keluar dari kalbok. Fikirannya teringatkan kawannya Razak dan seratus ringgit. Untung Razak. Dapat seratus ringgit. Besar tu. Selama ini tak pernah Amri pegang duit sebanyak itu. Biasanya bila dia jual botol atau pucuk paku, paling banyak pun dia akan dapat tiga ringgit setengah sahaja.
Untung Razak, untung semua budak sekolah kerana dapat seratus ringgit. Untungnya mereka, dahlah dapat bersekolah, dapat seratus ringgit lagi. Rugi Amri kerana tak berpeluang dapat seratus ringgit kerana sudah lama Amri tak ke sekolah. Dah bertahun. Sejak ayahnya meninggal eksiden motor dan ibunya yang membonceng jadi lumpuh.
Pandangan Amri tertumpu kepada sekapel katak yang sedang terlekat di dinding kalbok. Katak sedang berlaki! Pelik Amri melihat 2 ekor katak terlekat antara satu sama lain tanpa menghiraukan air laju dibawahnya. Mungkin mereka sejuk, perlukan haba. Sebab itu mereka melekat antara satu sama lain. Itu fikiran budak seperti Amri. Tak pula Amri terfikir seperti penulis yang menyamakan katak yang sedang berlaki dengan pemimpin sekarang. Kebanyakan pemimpin besar sekarang semacam sepasang katak sedang mengawan yang tak akan menghiraukan apa yang sedang berlaku sebenarnya kepada rakyat dan negara sehingga hajat mereka tercapai! Samalah seperti katak yang sedang berlaki di dalam air banjir. Perangai ini sekarang berjangkit kepada jurulatih bolasepak. Mereka tak dengar dan peduli kata-kata riuh rendah di sekeliling. Mereka buat derkk saja, samalah seperti katak yang sedang berlaki di musim banjir.
Bosshhhh. Tiba-tiba satu objek besar meluru deras keluar bersama air dari kalbok. Terkejut Amri melihat objek yang keluar dari kalbok itu. Nampak semacam Razak kawannya. Amri terus terjun ke dalam air. Kawannya Razak perlu diselamatkan. Amri yakin ibunya takkan marah dia terjun ke dalam air kali ini. Ibu Amri pun sayang pada Razak yang banyak menolong Amri dan mengajar Amri membaca.
Amri sempat memaut leher Razak dan berenang ke tebing dalam susah payah. Di tebing Amri terasa seperti nak pitam kerana keletihan melawan air deras. Orang telah ramai berkumpul dan menolong Razak dan Amri naik ke tebing. Sebelum dunia Amri gelap, dia sempat mendengar suara ayah Razak dan beberapa orang lain.
"Tadi masa ambo tengah dengar ceramah dalam dewan, barangkali dia pergi main dekat tali air depan sekolah."
"Ye lah. Budak-budak mesti boring nak tunggu dengar ceramah 2-3 jam."
"Tu lah... Nak bagi seratus pun nak mengempen dulu......."
raja katak kah?
ReplyDeleteMEMANG UMNO DAJJAL BESAR DAN LAHANAT ! BANYAK MAKBAPAK KOMPLEN NAK BAGI SERATUS MACAM UMNO PUNYA ATAU MAKBAPA UMNO PUNYA DUIT ! DAH LA KENA AMBIK CUTI ATAU KELUAR SAT YANG KERJA TU ,MALAH ADA YANG PONTENG TERUS PASAI SERATUS ,PASTU LAHANAT PUNYA BARUA UMNO NAK KEMPEN DAN CERAMAH BODEK SERTA AMPU ! APA BABI PUNYA KERJA NI ? SORANG TU KESIAN PASAI NAK SERATUS PUNYA PEDERAS KENA SEKAT POLIS ROAD BLOCK SAMAN RM300 ! SERATUS DAPAT KELUAR TIGA RATUS ! SIKIT PUNYA MUSIBAT KA KERJA PEMIMPIN UMNO ! BETOI-BETOI KERJA DAJJAL ATAU MEMANG MALAYSIA NI DIPERINTAH OLEH DAJAL-DAJAL !
ReplyDeleteteruja nak komen sbb cite psl katak hehehe tapi pelis jgn libatkan katak dlm permainan politil..sian katak suha tau (^_^)
ReplyDeletedorang tak rase bosan ke ek dgn pemerintahan umno??
iklan punya iklan,,baik mandi...haha
ReplyDeleteAdil bukan bermaksud sama rata
ReplyDeleteAdil ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’
Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang
Amri lebih layak dan memang sangat layak!
Razak juga layak!
tapi, bukan 'semuanya'layak... tiba-tiba nampak banyak udang di celahan mee
cikli, apa maksud kalbok?... puyan???
Orang bagi RM100 kita ambik. Lagi pun bukan duit maka bapak dia, duit rakyat jelata juga. InsyaAllah pemerintah, rakyat, katak dan beruk yg zalim akan masuk NERAKA. Jom pakat2 hijrah jadi pemerintah dan rakyat yg alim. Cakap banyak tak guna. Hijrah hari ini...Just Do It !!
ReplyDeletekalbok = culvert. juga dipanggil gelombong.
ReplyDeletepuyan = musim, season.
yg tak tahan bila seawal pagi kami diserbu sdgkan surat edaran dah tertulis pukul 11 pagi duit baru diagihkan..selama ini ada muka ibu bapa yg tak pernah ambil perduli ttg anak pn bremangat krn "PITIH"......alahai, wang boleh beli segalanya..
ReplyDeletebg senyap2 buleh,hehe
ReplyDeletebagi seratus dah kecoh bagai nak rak...selangor dah bagi lama da...
ReplyDeleteerrkk berbaur politik.......xnak campur heheheheh
ReplyDeletetumpang lalu yea bang :D
http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/www-10-wonderful-world-woooohuuu.html