Hari perkahwinan diharap menjadi titik penuh berkat untuk sebuah kehidupan berzuriat bagi setiap orang. Semoga setiap handai dan taulan berdoa untuk kebaikan mempelai.
Tetapi jika jalan utama jem 7 km di kiri dan barangkali 7 km juga di kanan, apakah hanya doa dan pujian yang bakal diperolehi mempelai?
Walaupun kita mampu dan berkedudukan dalam masyarakat, janganlah menyusahkan orang lain yang masing-masing ada kehidupan dan kemaslahatan sendiri demi semata-mata membesarkan agenda keluarga kita sahaja.
Harapnya pengantin dan keluarganya berbahagia kerana mudah-mudahan seramai-ramai orang dalam deretan lebih-kurang 14 km kereta yang terperangkap dalam jem, hanya aku seorang sahaja yang 'ternyumpah' apabila mendapat tahu rupanya jalan jem disebabkan ada orang beruniform membuat kawalan lalu-lintas kerana ada anak politician usang yang kahwin, bukannya kerana ada emergency lain!
Awat pulak jem ni? Ada eksiden ke kat depan tu? |
Laa...Anak dia ni kawin rupanya. Banyaknya khemah. Siap ada bendera merah kuning lagi. |
Oiii...Orang dari Machang pun jem juga no.... Berderet-deret. |
Tak habis lagi kenderaan berderet-deret. |
Bayangkan dari Kusial hampir ke Machang! Macam time raya la pulak! |
banyak tempat macam tu ,para pemimpin umngok-bn ingat negara macam makbapak depa punya ikut suka tanpa mengira kesulitan orang awam !
ReplyDeleteSabar ajelah...
ReplyDeletekena la byk brsabar..sabar...sabar......aduyai.....
ReplyDeletemongok namanyer ni....nyusahkan oorang... kata politician, buat jer lah kat hotel kan...
ReplyDelete