Sunday, March 11, 2012

Perihal Piala FA dan Shahrizat Jalil



1.   BARU AKU TAHU!


Semalam pusingan ke-2 Piala FA berlangsung lagi. Kelantan FA atau The Red Warriors nampak macam tiada masalah mengatasi Kuala Lumpur FA, 3 gol berbalas 2. Lawan Kelantan di peringkat suku akhir nanti adalah SPA FC yang telah mengalahkan PKR FC 1-0.

Sebelum ini aku tidak pernah ambil peduli siapa atau apa SPA FC dan PKR FC tu. PKR FC bukanlah pasukan bola kelolaan Anwar Ibrahim. Ia adalah team jemputan dari Kemboja iaitu Preah Khan Reach Football Club.

SPA FC pula tiada kena mengena dengan SPA Q. Ia bukanlah kelab untuk wanita beralis mata lendik macam Norish Karman dalam drama SPA Q dulu. SPA FC adalah (serius) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Football Club! Tahun 2012 sudah menjadi tahun ke 3 SPA FC bertanding di dalam Liga FAM. Mungkin suatu hari nanti kalau SPA FC dapat masuk Liga Super dan menang Piala Malaysia, para penjawat awam bolehlah cuti 3 hari berturut-turut dan bonus 6 bulan. Atau kalau nak cuti lagi lama, ambil saja cuti tanpa gaji ha ha ha...


2.   BARU KAU TAHU!!

Berita di radio yang aku terdengar di dalam kereta petang tadi mengatakan bahawa Shahrizat Jalil akan meletakkan jawatan sebagai menteri 8 April nanti. Yelah, tenure dia sebagai senator akan luput masa tu. Kemungkinan Shahrizat nak jadi gembala sepenuh masa selepas itu, tak pula dia war-war kan.

Tapi!.... Ada tapi.... Kak Ijat kata dia akan tetap sebagai Ketua Wanita Umno!

Laa.... Siapa pun Ketua Wanita Umno tak pernah rakyat kisah. Itu hak parti nak lantik siapa sebagai ketua kaum hawa mereka, hatta kaki rasuah atau penyangak sekalipun. Hak rakyat hanyalah jawatan menteri.


3.   SAMA-SAMA TAHU...

Kalau ada RM250 juta, daripada bela lembu, baik rasanya bawa masuk Cristiano Ronaldo sebagai pemain import untuk  semusim. Dapat 4 piala kira berbaloilah. Tambah satu lagi piala juara AFC, jadi 5.

5 comments:

  1. mari mengembala sepenuh masa.

    ReplyDelete
  2. Adakah rakyat akan dapat balik RM250 juta yg lebur itu?

    ReplyDelete
  3. Seronoknya banyak duit.

    ReplyDelete
  4. Lembu tu dah ada pengembalanya apa susah-susah... duit masyukkk....

    Alahai agaknya bahang api dari mentari sejengkal atas kepala tu sejuk rasanya macam duduk aircond. ke macam tak takut je...

    ReplyDelete
  5. reputnya seorang senator :D next pulakk!

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...