Wednesday, December 30, 2009

Terlelap bukan Suatu Jenayah



'Keselamatan' adalah berkaitan meminimumkan 'risiko'.

Disamping mencegah kejadian yang tidak diingini, jika ditakdirkan berlaku juga kemalangan, kesannya diminimumkan. Itulah 'keselamatan' yang sebenar-benarnya.


'Human error' terkadang berlaku, dimasa inilah 'machine atau plant design' akan datang sebagai penyelamat.


Kes ekspress Sani dan KB Mall ada kesamaan.


Driver bas Sani dan driver kereta yang menjunam dalam KB Mall juga mangsa kemalangan! Mereka bukan pemangsa. Mereka juga mangsa, cuma umur mereka masih panjang.


Tak payah menuding jari. Hanya pengajaran yang penting di sini. Kerana.... Sesiapapun termungkin akan terlelap semasa memandu (a'uzubillah) dan sesiapapun mungkin akan terfikirkan perkara yang sama jika enjin kereta mereka tiba-tiba tak hidup di atas roof top sebuah bangunan (Memandu atas bangunan perlu lesen ke?)


'Penilaian risiko' perlu dibuat semula untuk penggunaan bas 2 tingkat sebagai bas jarak jauh. Begitu juga dinding bangunan yang bertindak sebagai 'retaining wall', semestinya adalah konkrit bertetulang yang sesuai.


Al-Fatihah untuk mangsa. Bersabarlah untuk keluarga yang tinggal. Berdoalah untuk kita semua agar selamat dunia dan akhirat.


'Malang' tidak berbau, syukurlah 'bahaya' dapat dilihat.

2 comments:

  1. Sama-samalah kita menghargai 'nikmat' yang Allah berikan ini.

    ReplyDelete
  2. sy setuju sbb byk faktor lain yang perlu kita lihat..sbb terlelap adalah 1 perkara y kita tidak jangka..dan itu semua adalah penyebab kpd kematian..apa yang harus dilakukan pihak bertanggungjawab perlu meningkatkan thp keselamatan misalnya kaji semula penggunaan bus 2tingkat utk jarak jauh, ciri-ciri keselamatan jln raya perlu ditingkatkan..kita tidak harus meletakkan hukum kpd pemandu bus tersebut sekurang2nya dia bertindak jujur utk mengakui kesilapannya..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...