Tuesday, April 14, 2009

KPI Satu !


5 kawan semejanya telah meng’order’ kopi o dan teh o masing-masing, Mamat merasa dia perlu mencari kelainan. Kelainan drastic dan bombastic. Takkanlah hari-hari asyik teh o dan kopi o saja.

“Bagi air tin satu....” order Mamat.

Begitulah mereka, sebelum ke kebun, minum teh di warung dulu. Mereka orang kampong, nun di ulu satu negeri. Membaca pun sekadar macam hirup teh panas je. Slow-slow. Menulis apatah lagi.

“Air tin apa?” Soal pelayan kedai.

Mamat tersentak. Soalan apa ni?

“Air tin la..... air tin” jawab Mamat tegas. Dia memang dianggap paling cerdik dalam 6 sekawan tu. Maklumlah arwah ayah dia dulu Tok Penghulu.

“Ye la bang saya tahu, tapi air tin banyak....”

“Air tin aku kata....” Mamat panas muka. Bukan sebab marah, tapi kerana menyesal dan malu kerana order yang bukan-bukan. Air tin konon.

“Air tin banyak bang....Coffee latte, soya, soya campur, livita, coke kami dah tak jual, kami boikot, air tin F&N...perisa strawberry, sarsi, cincau, kundur, oren, zam-zam cola, radix cola, ....... abang nak yang mana?”

Mamat terkedu. Banyak perisa dan jenis rupanya air tin ni. Ingatkan air dalam tin je.... Lastly Mamat bersuara kuat sambil menghentak meja....

“Heiii budak...hang tak dengar ke aku kata nak kopi o tadi.....cepat...”

*****

Itulah ibarat sehari dua ni. Semua orang gatal mulut nak sebut KPI. Mentang-mentang PM Najib sebut, semua orang nak sebut. Semasa Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dok terjuih mulut asyik menyebut KPI sebelum ni, tak siapa peduli pun.

Jangan sekadar sebut sahaja KPI, tetapi perlu digariskan dan dijelaskan dan ditetapkan apa KPI untuk setiap menteri dan timbalan. Barulah rakyat boleh sama-sama menilai prestasi mereka. Nanti senang nak undi lagi.

Aku tunggu Koh Tsu Koon keluarkan senarai tu ..... Harap-harap Nazri Aziz bantu sama gerakkan Presiden Gerakan ni ....


2 comments:

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...