Saturday, June 18, 2011

Jangan Kacau Aku Nak Menoreh di Hari Minggu

Sakit betul pinggang aku bila terpaksa terbongkok-bongkok menguliti kulit pokok getah di kebun. Kerja menoreh ni memang tidak ergonomik.

Tiba-tiba terdengar bunyi ranting patah dari sebalik semak. Ular ke? Pandi kutty ke? Aku berjaga-jaga ala-ala bunga silat yang selalu aku lihat mentua aku ajar anak-anak buahnya.

"Encik!"

Siapa pula berencik-encik dalam kebun getah ni? Bunian ke?

"Encik, mintak masa..."

Aku nak tergelak melihat 3 makhluk menuju ke arahku. Yang perempuan, terlalu amat cun sedang memegang microphone, yang lelaki 2 orang seperti bodyguard dan memegang beberapa gadget yang aku tidak tahu namanya. 

"Encik, apa pandangan encik apabila orang menghina Islam?" Si perempuan bertanya. Reporter rupanya mereka. Entah dari pulication mana, aku tak pasti.

"Kalau yang hina tu Islam, dia pulak dalam keadaan sedar semasa menghina tu. Taubatlah cepat-cepat, mengucap, istighfar, sembahyang banyak-banyak..... Jangan buat lagi lepas tu," Aku menjawab sambil merenung mata pisau toreh. Tak daya nak tentang mata si perempuan yang cun dalam kebun getah ini.

"Pasal kartun baru ni, apa pendapat encik?"

"Sejak hari tu, saya sedaya mungkin elakkan barangan Denmark. LEGO, memang saya tak pernah beli. Produk Denmark macam Cadbury's, Danone, Kraft saya elakkan...."

"Itu dulu, sekarang ni...Yang baru...."

"Apa?"

"Kartun hina Islam di Utusan..."

"Saya tak tahu, saya tak baca Utusan. Apa depa nak tulis, depa punya pasal dengan Allah. Saya dah lama boikot Utusan sejak sebelum Ir. Nizar jadi MB lagi. Even sebelum Hj. Hadi jadi MB di Trengganu lagi."

"Jadi encik tak tahu la isu ni?"
.
"Saya baca blog, baca media alternatif tahu la jugak. Tetapi yang hang semua pi baca Utusan buat hapa? Cuba Cik adik jawab, buat hapa?" Aku tertunjuk pula mata pisau toreh ke arah bulu keningnya yang agak nipis.

"Errr...."

"Berapa kali kita nak boikot Utusan ni? Berapa kali kita nak bakar Utusan? Besok jadi global warming sapa nak bertanggungjawab?"

"Kita nak tahu juga apa yang depa lapor..." Yang lelaki tolong menjawab.

POKKK... Aku baling getah sekerap tepat atas dahinya.

"Orang macam kau lah buat Utusan naik lemak. Boikot 2 hari, beli balik. Bakar belum habis asap dah tunggu depan kedai majalah nak beli Utusan. Dah boikot tu, boikot la.... Tak payah ambik tahu dah. Baru betul. Nak berita terkini dan terhebat. Suruhlah Harakah buat, biar nampak global sikit Harakah tu." 

Aku beredar ke umbi satu pokok getah. Aku mengeluarkan bekal yang aku bawa. Lapar la pulak bila diinterview time menoreh ni. Bila aku buka tupperware, semerbak bau harum keluar. Huish... Kajol masak apa pula ni?

Aku keluarkan ayam goreng dan burger yang dibekalkan oleh Kajol.

"Jemput makan sekali...." Aku ajak-ajak ayam. Aku tahu depa tak ingin pun.

"Encik... Ayam KFC dan McD encik tak boikot ke? Mereka sokong Israel tu," Seorang daripada lelaki tu cuba memulangkan paku buah keras kepada aku. Puas hatilah kononnya tu.

"Encik sekalian, aku dah boikot KFC dan McD sebelum Syeikh Ahmad Yassin diroket Israel lagi. Tapi siapa yang tahan melihat iklan KFC dan McD di TV? Siapa yang rela melihat anak-anak mereka merengek meminta KFC? Lantas Kajol berusaha menuntut ilmu KFC dan McD. Ini semua home made. Aku nak beli Radix RFC, mahal sangat, mana mampu. Susu getah pun kurang sekarang walaupun harganya tinggi."
.
Mereka semua tunduk. Seakan mahu beredar.

"Encik-Cik sekalian. Kamu semua tolong tulis, benda-benda alternatif ni, biar murahlah sikit. Barulah benda yang kita nak boikot tu terkesan."

BOK.... Semacam ada dahan getah yang menimpa aku. Adoih.... Laaa...

"Adik... Lain kali jangan buat Boboiboy macam tu atas abah.... Abah nak tido ni."

"Boboiboy kuasa tiga... Terbaeekkkk," Talhah menggayakan aksi Boboiboy sambil berdiri atas perut aku.

"Tu laa... Tadi kata nak pi servis kereta. Tido pulak...." Kajol berkata sambil ketawa.

Dari arah dapur aku terbau harum home made McD. Minta-minta chicken chop black pepper pun ada sekali.

28 comments:

  1. jaga pingang tu bro ..nak pakai lama..his kesian kat akok kajol

    ReplyDelete
  2. Laa, mimpi rupanya. Tapi mimpi yang penuh makna.

    ReplyDelete
  3. ini buat-buat mimpi.

    McD pun mengerti..

    ReplyDelete
  4. eh,apsal aku tak tahu pasal benda nih..

    nak check utusan lah lepas nih.nak check apa penghinaan tuh.

    ada gak hasil hari ahad.

    ReplyDelete
  5. ho aloh...potong stim la..dok tngah syok baca cerita tu dh tamat...yg pnting tabik dgn kajol yg gigih mencipta resepi2 baru utk suami n anak2...

    ReplyDelete
  6. saya pun sama mcm org yg mimpi tu...tak penah beli utusan pun..bagusnya puan kajol berusaha buat semua demi suami dn anak2...:))pasti bersih selamat suci murni halal....

    ReplyDelete
  7. salam Tuan,
    Teringat dan ri9ndu rasanya zaman ku seorang penoreh getah tua, rasa ingin kembali meluangkan masa untuk itu, oh memoriiiiii lama., cukup menyentuh jiwa.

    ReplyDelete
  8. Mimpi yer...dik kajol, dah masak ke ayam tu ???

    ReplyDelete
  9. brutalsolo - pinggang gua ok.

    ReplyDelete
  10. kunang-kunang - mimpi siang ni kak

    ReplyDelete
  11. puteri - boikot sampai dalam mimpi tu

    ReplyDelete
  12. msbshuhaila - harapnya iman tak tanggal di mana-mana

    ReplyDelete
  13. miecyber - padahal dah basuh kaki

    ReplyDelete
  14. ghost writer - check kat utusanonline ke?

    ReplyDelete
  15. NzA - kajol masak tambah sedap hari ni. sebab ramai puji ni..

    ReplyDelete
  16. nyanyisunyi - baik masukkan dalam tabung masjid budget untuk utusan tu hari-hari.

    ReplyDelete
  17. khairul hakimin - grr... awat bro

    ReplyDelete
  18. cikgu zam - kenangan pahit masa susah memang manis

    ReplyDelete
  19. pn kartini - mimpi bernas pun ada no

    ReplyDelete
  20. hani@debumelukut - masak sedap pun, anak-anak tetap nak makan kat kedai...hmmm

    ReplyDelete
  21. tak.check kat perpustakaan kawan yang suka beli dan kumpul utusan.

    ReplyDelete
  22. Hahaha..best...lama dah aku tak menoreh ni...semenjak kebun getah bertukar jadi sawit...teringat nostalgia lama...

    ReplyDelete
  23. fadzli.
    sejak getah mahal tak pernah menoreh

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...