Imej dari Blog Pakar Cinta |
Belumpun
sempat menteri itu bercakap baku, Arip cepat-cepat menekan punat remote control
tv. Muak dia mendengar perkataan yang sama diulang-ulang di television yang
keluar daripada mulut menteri yang berperwatakan aristokrat Philipina itu. Di
channel 3, ditayangkan pula kumpulan
orang yang kelihatan mengganas yang sedang disembur air seperti sekumpulan budak
kecil yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai. Ini pun tayangan wajib
ulang berpuluh-puluh kali sehari yang membuatkan Arip naik muak, lantas dia menekan
punat remote control tv lagi. Di channel 7, Arip sekali lagi muak dengan drama tak
habis-habis seorang makcik yang berjaya meluaskan perniagaannya dengan modal
RM500. Arip menukar channel television lagi, kali ini kelihatan seorang
bersongkok tinggi sedang bercakap tentang hukum-hakam agama di atas pentas sebelum
turun bersalam dengan wanita-wanita yang rata-ratanya berpakaian merah dan
putih. Macamlah malam ini ada game bola Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke
IV.
Tup!
Sekali lagi Arip menekan punat remote control tv.
“Huh!
Tutup terus lagi bagus,” Arip berkata kepada dirinya sendiri.
Arip
melihat ke kanannya, Tok Imam Salih termenung panjang di meja makan. Sejak
balik dari masjid selepas sembahyang Isyak dan solat sunat taubat tadi, Arip
perasan yang papa tidak ceria seperti biasa. Sepatutnya papa gembira kerana
esok hari raya aidil fitri. Hari raya adalah hari kemenangan, hari graduasi,
sepatutnya papa gembira macam Arip.
Setelah
termenung, papa membaca helaian kertas di tangannya. Kepalanya kadang-kadang
digelengkan. Semacam tidak bersetuju dengan apa yang terkandung di dalam
tulisan itu. Sedari tadi, rasanya sudah berkali-kali papa membaca kertas
ditangannya.
“Papa
baca apa tu?” Sapa Arip.
“Ooo....
Ini teks khutbah hari raya esok,” jawab papa.
“Papa
berkhutbah ke baca khutbah?” Tanya Arip, cukup tajam untuk dijawab papa.
“Papa
kena baca khutbah yang disediakan Majlis Agama, salah kalau kita buat khutbah
sendiri,” beritahu papa agar Arip faham.
“Ooo...
Tetapi kenapa papa termenung dan asyik geleng kepala?” Tanya Arip lagi.
“Papa
kena baca sesuatu yang papa sendiri tak mahu baca, sesuatu yang papa kurang
setuju,” papa berterus-terang.
“Mana?
Biar Arip tengok,” pinta Arip.
Arip
meneliti baris-baris yang tertulis di dalam helaian kertas di tangan papa.
Walaupun Arip masih bersekolah rendah jenis kebangsaan Tamil darjah 3, tetapi
Arip dapat memahami isi kandungan khutbah yang dia baca. Memang terdapat
beberapa statement yang Arip sebagai rakyat Kelantan di bawah kepimpinan ulamak
terasa sengal membacanya. Bertambah sengal apabila Arip membaca ayat berikut:
"Kita
turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah
Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan
keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan"
“Tak
apalah papa, nak buat macam mana dah kerja papa jadi tok khatib....” Arip
menasihati papa, macam budak besar-besar pulak.
Tok
Imam Salih berlalu ke kamar tidur, meninggalkan teks khutbah di atas meja
bersama Arip.
***
Usai
solat sunat hari raya aidil fitri, Tok Imam Salih naik ke atas mimbar dan mula
membaca khutbah hari raya. Nadanya tidak bersemangat seperti biasa walaupun
berpeluh dia mencuba. Tiba-tiba Tok Imam Salih berasa pelik dan janggal apabila
membaca ayat:
“Kita
turut menyatakan kesyukuran kerana dapat bermacam-macam nikmat pada hari ini,
termasuklah benda sekecil remote control television di rumah kita. Di dalam
rumah kita tidak perlu memaksa diri untuk melihat atau menonton berita propaganda
yang disuakan kepada kita. Kita ada remote control di tangan untuk cepat-cepat
menukar channel television jika perlu. Jika kita asyik menonton berita yang
belum pasti kesahihannya, ini boleh menimbulkan keadaan keresahan dan
mencetuskan perbalahan dan pergaduhan"
Tok
Imam Salih terkedu sekejap selepas membaca ayat itu. Rasanya sudah berkali-kali
dia membaca teks khutbah ini sejak kelmarin, tetapi tiada pula ayat berkaitan
remote control tv sebagai nikmat tak terhingga di Malaysia sekarang. Pelik...
Pelik betul.
Tok
Imam Salih menarik nafas dan mengangkat muka melihat beratus-ratus pasang mata para
jemaah yang hadir. Tok Imam Salih perasan ramai jemaah yang tersengguk-sengguk mengantuk
tadi sudah terbuka luas mata dan menaruh minat pada khutbah yang sedang dibaca.
Hebat juga penangan remote control tv ini, fikir Tok Imam Salih. Selain daripada
dapat menukar channel tv in a jiffy
apabila timbul sesuatu yang tidak ‘diperlukan’ di kaca television di dalam
rumah kita, remote control tv juga rupanya dapat mencelikkan mata pendengar
khutbah seluas-luasnya.
Nun
di tengah-tengah ruang masjid, betul-betul di bawah lampu chandelier, Tok Imam Salih ternampak wajah Arip tersengih sambil menunjukkan tanda ‘peace’ di
bawah dagunya. Bertuah punya budak! Rupanya Arip yang ubah skrip khutbah Majlis
ini. Patutlah ada kesan liquid paper...
“Ittaqullah.....”
Kung!!!
Tok
Imam Salih menyambung semula khutbah sambil menghentak tongkat yang dipegang ke
lantai mimbar agak kuat, cukup untuk membuatkan Arip menukarkan tanda peace yang dibuatnya kepada
menggaru-garu dagunya yang tidak gatal.
Pilihan di tangan anda = remote control. Cumanya pilihannya terhad. Jadi kalau semua pilihan tak berkenan maka tutup TV. Sebaik bekalan ialah Taqwa.
ReplyDeleteBijak!! Bijak! Arip anak yg bijak walau sekolah Tamil baru tahun3 hihi... Agak-agak muak tutup je tv ikut style Arip.
ReplyDeleteHarap ramai yg bijak macam Arip
Ada khatib yang slowdown baca khutbah bila perasan ada Special Branch dalam masjid ...
ReplyDeletekreatif
ReplyDeletepilihan ditangan kita.
ReplyDeletepaling best, dpt rm500 dpt kembangkan perniagaan..haha
Bagusnya Arip baik tutup tv dari pening kepala kerana keliru!!
ReplyDeleteArip, tv tu tv LCD ke LED ke?..
ReplyDeletePRU 13...adat kata pilihan di tangan kita...mcm remote control...
ReplyDeletebuat button like ah malas la nok komen
ReplyDeleteHahahhaa..aku memang suka idea ko....memnag terbaik...respek...!!!
ReplyDeletenasib bek arip tak tukar teks khutbah dalam bahasa tamil..kalu tidak tok khatib sottu nondi....
ReplyDelete