Tiba saja masa commercial break, jurumekap terus menerpa mentacap muka aku yang berpeluh-peluh. Tak sempat aku nak mengelak. Ini kalau diambil gambar aku sedang ditacap oleh bukan muhrim, mahu kecoh di wall FB aku.
Memang aku berpeluh sampai ke atas kepala. Maklumlah pertama kali masuk TV, live lagi. Aku harap muka aku dikerjakan oleh jurumekap cun ini tidak dijadikan isu untuk menjatuhkan aku sebagai seorang ustaz dan pendakwah bebas. Kalau Kajol yang tahu tak apa, sebab dia sporting. Dia tahu bukan aku yang beriya-iya menjojol muka untuk disapu sana-sini oleh jurumekap beriras Neelofa dan Anzalna ini.
Jurumekap membetulkan pula songkok 4 inci yang aku pakai walaupun tangan aku semacam menghalang dia berbuat begitu. Selalunya aku berkopiah dan berserban ala-ala Tok Kenali, tetapi penerbit kata aku kena bersongkok hari ni agar nampak lebih berketrampilan dalam live TV. Aku ikut saja, janji tinggi songkok tak melebihi 6 inci.
Rancangan diteruskan. Kali ini aku lebih bersedia, mungkin butterfly dalam perut aku dah terbang pergi. Sekarang tibalah segmen untuk soalan dari audien di dalam studio.
"Assalamualaikum ustaz...... Nama saya Badri Bin Razi, dari Taman Indah Seksyen 7. Soalan saya... Apakah hukumnya tidak berpuasa...Emmm sebenarnya menangguhkan puasa kerana sedang mengambil bahagian dalam temasya sukan Olimpik. Sekian terima kasih."
Wah... Satu soalan yang sungguh relevan aku fikir. Tiba-tiba terasa butterfly dalam perut aku datang semula.
"Terima kasih saudara Piya... Opsss Badri yang bertanya. Satu soalan yang amat baik dan tepat dengan situasi sekarang. Namun bagi saya, ianya memerlukan satu perbahasan dan perbincangan khusus tentang hal ini kerana apa hukum yang dinyatakan nanti, ianya akan menjadi suatu fatwa. ...."
Aku menelan air liur. Menarik nafas agar nampak cool dan berkarismatik di atas pentas, lebih-lebih lagi di kaca televisyen.
"Saya sebenarnya tak layak nak keluarkan fatwa, kalau keluarkan petua boleh......"
Aku berhenti lagi, memberi laluan kepada audien yang ingin ketawa dan gelak dengan joke aku yang skima tadi.
"Namun setahu saya, baru-baru ini ada mufti-mufti besar dan bekas mufti yang juga besar telah memberikan pendapat mereka iaitu boleh menangguhkan puasa untuk ahli-ahli sukan muslim kita yang sedang berjuang di pentas Olimpik."
"Tentunya ada banyak reaksi untuk perkara ini. Ada yang mengungkit tentang sejarah sukan Olimpik itu sendiri. Ada yang mempersoalkan tentang pakaian yang membuka dan membalut aurat semasa bersukan dan macam-macam lagi termasuk unsur-unsur illuminati dalam temasya Olimpik kali ini. Ada juga yang mengingatkan kembali sirah Nabi kita S.A.W dan para sahabat yang berperang semasa mereka sedang berpuasa di bulan Ramadhan ..... "
"Bagi saya, kita bersangka baik. Mufti-mufti besar dan bekas mufti besar tentunya begitu alim dalam bidang mereka dan pastinya setiap pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan pengetahuan dan ilmu mereka."
"Syariat Islam telah meletakkan prinsip-prinsip bermuzakarah, berdailog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan mestilah beasaskan akal yang sihat, disiplin ilmu, sumber hukum syariat dan bukan secara agakan, sentimen, kepentingan sesuatu dan emosi. Menjadi satu adab yang dilakukan oleh mereka bahawa mereka tidak menyalahkan diantara satu sama lain bahkan menghormati antara sesama mereka. Jika ijtihad itu betul mendapat dua pahala dan jika salah mendapat satu pahala."
"Cuma saya suka nak menambah sikit bagi isu menangguhkan puasa kerana menyertai sukan Olimpik ini...."
Aku berhenti sedetik sambil memandang ke arah pengerusi forum yang asyik melihat jam tangannya. Audien lain semacam tak sabar menanti butir-buah yang bakal keluar dari mulut aku, seorang ustaz yang pertama kali dijemput berforum di live TV. Kalau ada minat dari audien nampaknya selepas ini keraplah aku keluar TV.
"Bila dah tangguhkan puasa tu, pastikan anda berhasil mendapatkan pingat untuk negara. Malaysia bolehh..."
Aku tersemangat sambil mengangkat tangan. Pengerusi forum kelihatan terkesima seperti cicak baru jatuh dari siling. Audien sudah mula bising. Badan aku terasa bergoyang.....
"Abe... Ada 15 minit lagi ni... Sahur... Anak-anak semua dah siap sahur tu," suara lembut manja Kajol menyelamatkan aku dari kebisingan audien yang tak puas hati di studio.
Nasib baik cuma mimpi. Aku tersenyum sendirian, baru sekali berjaya sembahyang terawih 20 rakaat dah ada hati mimpi nak jadi ustaz live TV. Perasan lah lu.
Hahaha... mimpi Cikli nie dah jadi isu sensasi sekarang. Fatwa dah macam isu ringan macam nak bagi petua.
ReplyDeleteKita didik anak-anak kita Cikli utk tahu apa itu puasa yg disenarai dalam rukun Islam. Walau kita baru solat 20 rokaat terawih tapi tanggungjawab tetap ada pada org bawah kita. Jgn beri sebarang fatwa pulak hihi...
Semalam imam hafiz kat surau tu baca sedap sangat. Sebab tu beriya nak jadi ustaz pulak.
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteTahniah..... (",). Gembira membaca kisah ini.
Bila balik kampung cikgu?
DeleteSalam...memang terbaiklah...mimpi siap masuk 2 cerita...hehehe
ReplyDeleteMimpi isu semasa kah kah
Deletedah jadi ustak boleh la jadi imam semayang rumah mak "kali pertama" kahkahkah
ReplyDeletehahaha! semua ada dalam satu mimpi.
ReplyDeletemimpi yg hebat
ReplyDeleteMengapa sek antarabangsa jadi pilihan
amboi2..
ReplyDeletetersirat maknanye ni.
adeh. makan dalam betul :)
bleh wat filim ni cikli..
ReplyDeleteHehe... hebat mimpi Cikli... kalau mimpi Cikli ada dalam mimpi orang-orang berkenaan lagi hebat...
ReplyDeletejuru tacap tu rupa macam Anzalna dan neelofa?...
haha..panjang betul mimpi
ReplyDeletejanji tinggi songkok tak melebihi 6 inci.... suka ayat ni,tu songkok penganut mazhab umno. hehehe.
ReplyDeleteFatwa Malaysia sekarang setaraf dgn lagu2 k-pop jer. Bila disaran tangguhkan tunaikan haji jika bertembung dgn tarikh PRU, mufti2 otai kecoh plak. padahal memilih pemimpin tu penting dan ia menepati fiqh al-awlawiyat. herannya demi sukan mufti paling otai bernama harusani boleh pulak mengutamakan sukan dari puasa. mangkuk hayun betol mufti2 kita ni.
mintak izin nak tulis balik kat note FB yer Cikli.
ReplyDelete