Imej dari Google |
Soalan:
Salam Uncle bro,
Gua tahu lu bukan ustaz, tapi coba lu habaq kat gua apa hukum orang Islam mendoakan keburukan untuk orang lain?
Cikgu KAFA Sementara,
Kg. Pisang.
Jawapan:
Assalamualaikum Cikgu KAFA Sementara (CKS),
Uncle rasa tak layak nak jawab pasal bab hukum-hakam ni, lagipun CKS pun dah cakap awal-awal yang uncle ni bukannya ustaz.
Walaubagaimanapun, seingat uncle, dalam sejarah hidup uncle yang sudah menghampiri setengah abad ini, orang pertama yang uncle mendapat tahu yang telah mendoakan kemusnahan untuk sesama muslim adalah mak si Tanggang. Anak dia sendiri tu bro, namun tetap mak dia doakan begitu apabila terasa dirinya dizalimi.
Bukannya sudah 50 tahun si Tanggang menzalimi ibunya, baru tang tu je. Sebab si tanggang malu nak mengaku ibunya yang serba daif kepada isterinya yang cantik jelita anak bangsawan kaya, sehingga dia sanggup menyakiti fizikal ibunya. Akhirnya jadi batu si Tanggang dengan kuasa Allah S.W.T.
Namun setakat ini, uncle masih belum dengar apa-apa fatwa, atau komen alim-ulamak atau mufti atau Harussani atau Hassan Ali tentang doa si ibu Tanggang, melainkan semua ustaz dan ulamak dan cikgu hanya komen berkaitan kelakuan si Tanggang yang durhaka kepada ibunya. adapun, perihal ibunya punya doa, tiada siapa yang pernah menganalisisnya hatta Jais atau Jakim atau Balai Polis mana sekalipun.
Jadi, memandangkan kita sering menjadikan kisah si Tanggang sebagai iktibar dulu, kini dan selamanya, eloklah kita KIV kan sahaja isu si pendoa, sebab itu hak dia dengan Tuhan untuk bermunajat. Ada baiknya kita tengok realiti orang atau organisasi yang menjadi subjek dalam doa tersebut.
Kalau betul orang atau organisasi yang didoakan itu begitu, seperti ucapan dalam doa tersebut, Allah sahaja yang akan membalasnya. Jika tidak, jika orang yang berdoa itu cuba-cuba 'menipu' Allah dan mengada-adakan cerita dengan Allah dengan mengatakan itu-ini yang tidak betul, biarlah murka Allah berbalik kepada si pendoa.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahu akan setiap ciptaanNya.
Semoga Cikgu KAFA Sementara dapat jadi cikgu sepenuh masa di masa akan datang. Selalulah berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Ingat bro, kita tak dapat cilok Allah.
Sekian. Uncle Cikli.
Cikli!! Tahu tak malam tadi hubby kakak boleh cakap pasal tanggang juga bila Dato' Marsita Ibrahim ulas bab ini. Tetiba Cikli pun ambil iktibar dari Tanggang. Hihi... kakak nak suruh abang baca malam ini.
ReplyDeleteTakut kena doa ke? Ala... apa nak takut kata org munafiklah, kafirlah... kenapa takut pulak doa dari mereka nie?
good men think alike.
DeleteRamai orang ingat dia orang boleh cilok Allah.
ReplyDeleteSebab tu tak ramai berperangai macam nak balik 'sana'.
Compem takut ngan doa, sebab tu jadi isu.
Heboh satu negara tu...bukak la mana2 TV, hatta TV rosak sekalipun, semuanya mengutuk org yg berdoa itu.....maka ulama2 diorg pun mengutuk dgn penuh bersungguh2 la mengatakan kesalahan org yg berdoa tu, siap keluar semua nas2, hatta air liur pun bersembur2 la jugak..
ReplyDeleteyang betul tetap betul, yang salah tetap salah.
ReplyDeletekata ustaz Haron Din, doa tu ditujukan untuk organisasi bukan untuk individu, dan kenapa takut dengan doa...
ReplyDelete