Tuesday, November 20, 2012

Tak Bolehkah Ambil Burger McD? Free. Sesen pun Duit Saya Tak Bagi Kat Israel

Salam Uncle Cikli,

Bising orang ofis saya bila tahu saya pi ambik McD free semalam. Saya tahulah depa boikot McD sebab Israel tengah serang Palestin sekarang. Saya tak nak hipokrit. Selama ni saya memang hantu burger McD. Lagipun benda free, bukan saya bayar apa-apa pun. Saya rasa mereka yang kutuk saya tu jeles dan bodoh. Orang bagi free pun tak nak. Lagipun, boikot McD bukan boleh jatuh bengkrap pun Israel tu kan? Kalau betul nak boikot Israel, boikotlah FB tu. Mark Zuckerberg tu kan Yahudi. Ini tidak kat ofis pun asyik main FB je. Apa pendapat uncle?

Anti-hipokrit, 
McJack, Selayang.



Salam McJack,

Syukur kepada Allah kerana saudara McJack sihat dan masih mampu untuk beratur panjang semalam. Saya memang sokong saudara McJack. Boikot McD bukan boleh jadi bankrap negara Israel. Product mereka banyak lagi di serata dunia, termasuklah APCO yang begitu popular di negara kita.

Banyak company yang meng'infak'kan hasil jualan mereka kepada Israel, termasuk Nestle, Procter & Gamble, Unilever, Mark & Spencer dan Nokia (Itu yang uncle baca la...). Mampukah kita nak boikot semua. Kalau kita boikot, seperti kata Mc Jack, bukan boleh bankrap pun Israel.

Pada pendapat uncle, boikot McD hanyalah satu simbolik dan tanda bahawa kita peduli isu semasa dan anti kekejaman dan ketidakadilan. Sebab itu kita disarankan untuk boikot produk terpilih sahaja dan mampu untuk orang ramai melaksanakannya. Dan yang paling penting impaknya dirasai. Walaupun hanya satu produk.

Dan bagi orang yang mampu, mereka boleh boikot banyak lagi produk seperti Pizza Hut, Colgate, team bola Arsenal, Starbuck dan banyak lagi.

Betul seperti McJack kata bahawa burger McD itu diberi percuma, bukannya kena bayar, jadi duit McJack tak pergi ke Israel. Seperti uncle kata tadi, boikot ini adalah simbolik. Tidak semestinya kita support Israel dengan membelanjakan duit kepada mereka, pergi ambil burger tu bukankah tanda sokongan kita kepada McD lah. Lagipun kalau tak ada isu ini, McJack ingat McD tu berhati mulia nak bagi burger sedap dia tu kat ramai orang?

Ingat McJack, orang yang suka barang free terbukti dalam sejarah tak boleh dibuat pemimpin. Pemimpin sejati tak suka jadi free-loader. Sebaliknya, dia pula yang suka bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, McJack!

Berkaitan isu berfacebook time kerja seperti yang McJack ungkitkan, usahkan FB, main congkak dan mengait baju pun tak boleh time kerja pejabat. Itu isu lain. Kena tanya Ustaz Azhar Idrus. Namun McJack kena tahu bezakan Zionis Israel dengan Yahudi. 

Tadi uncle ada tercakap yang Nokia pun ada menyumbang kepada negara haram Israel, hmmm nampaknya kalau kompeni uncle bagi bonus hujung tahun ni, uncle ingat nak tangkap android la satu. S3 tu nampak melambai-lambai je....

Sekian, harap menjawab persoalan McJack.
Allah selamatkan Rakyat Palestin dan orang Islam di seluruh dunia termasuk uncle dan McJack.



13 comments:

  1. entry yg bgus..terima kaseh cikli...

    ReplyDelete
  2. Kakak sekeluarga lama dah tak makan McD - bertahun rasanya. Free pun tak nak sebab hati dah sakit. Tapi itulah Nestle product kakak makan/minum setiap hari.

    Bila fikir balik macam geram pulak kenapalah nestle product dah berdarah-daging dlm keluarga kakak. Beribu dah kakak sumbang tau. Benci pulak bila fikir balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terfikir kalau boleh kita boikot Milo sahaja. Melolong depa kalau jualan Milo merudum walaupun 2-3 hari.

      Delete
  3. Kadang2 Tersepit Antara Prinsip Dan Perut. Saya Sebenarnya Dah Bosan Makan Maggi ... Huaaaa.

    Citernya Mcm Ni Bro. Seluar Yg Saya Pakai Poketnya Terkoyak. Ketika Saya Berjalan Tetiba Kunci (Pejabat dan Pagar Rumah) Jatuh. Barulah Saya Perasan Kunci Motor Saya Telah Tercicir. Sejak 12/11/2012 Hingga Ke Hari Ini Kunci Motor Belum Dijumpai. Sudah Dua Kali Saya Menemuramah Pak Guard Tetapi Sia-Sia. Kunci Duplicate Pun Entah Ke Mana Halanya.

    Tambang Bas Daripada Rumah Ke Pejabat RM1.50 / RM1.60 / RM1.70 / RM1.80 / RM2.10 Bergantung Kepada Laluan Bas Dan Naik dan Turun Kat Mana. Congak Punya Congak Sy Membuat Keputusan Utk Tidur Je Kat Pejabat. Ke Pejabat Petang Ahad Dan Balik Ke Rumah Pagi Jumaat (Sudah Apply Cuti Dua Kali Jumaat). Kat Pejabat Ini Mengharapkan Jamuan Mesyuarat dan Sedikit Bekalan Maggi. Semalam Hari Bertemu Pelanggan Dibatalkan. Kempunan Sy Nak Makan Nasi Lemak.

    Pagi Tadi Dapat SMS Dari Kakak Kata Mc Egg Percuma. Sy Jalan Kaki Ke Super Kinta (Skrg Sedang Renovate Hendak Dijadikan UTC). Ramainya Manusia Yg Tunggu. Kebanyakan Cina, Seorang India dan Saya Satu2nya Melayu Terakhir ...

    Tapi Oleh Kerana Mc D Itu Bukak Jam 08.00 Pagi, Saya Tidak Jadi Menunggu Lagi Pun Saya Tidak Membawa Keratan Akhbar Dan Tiada Kupon. Saya Pun Kembali Jalan Kaki Ke Pejabat. Sampai Pejabat 08.30 Pagi (Xpe, Pukul 06.30 Pagi Tadi Dah Punch Card).

    Kesimpulannya, saya tiada pun ambil Mc Egg Percuma Tetapi Prinsip Saya Hampir2 Tergadai Gara2 Perut. Oh Yaa .. Kebelakangan Ini Sy Tidak Lagi Mengutip The Sun Percuma Di Seven Eleven Kerana Kerap Kali Sy Pergi : Tercepat Atau Terlambat. Sama Ada The Sun Belum Sampai Atau The Sun Sudah Habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tho Ha,
      Lekaslah PRU13, nanti adalah bekal untuk 5 tahun lagi.

      Boikot applicable untuk orang merdeka yang mampu. Dulu bertahun saya tak ke KFC, tapi kalah dek rengekan anak-anak bila asyik melihat iklan potato wedges KFC di TV. Yang sebenarnya sayapun terliur benar.

      Delete
  4. Macam-macam cerita. Semua melambangkan usaha dan jihad yang ada dalam hati.
    Kekuatan jiwa yang diuji :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boikot bukan hanya pada makanan. Berita berat sebelahpun patut diboikot.

      Ada blog yang walau apa tajuk yang inviting yang ditulis dgn block letters lagi, saya tetap tak layan....Boikot. Blog umnonimous.

      Delete
  5. setuju dengan uncle Cikli. Boikot satu simbolik tanda kita peduli...

    bila tengok senarai produk tu, banyak yang perlu saya lakukan untuk berubah... membantu walau sedikit

    ReplyDelete
  6. hari-hari aku minum nescafe.. ah, sudah. takkan aku nak layan kopi kisar sendiri macam ni.

    ReplyDelete
  7. Tengok senarai produk, makchaq agak kurang terlibat, benda tersenarai yg rasanya kami beli setiap bulan maggi... Beli sepeket 5 bungkus.. Keluarga berselera kampung..fast food kalau dah tak ada makanan lain, boleh la..
    Tapi makchaq pakai h/p nokia.. Pernah try guna jenama lain tapi kurang mahir sampai menimbulkan kemarahan...

    ReplyDelete
  8. masing-masing ada pandangan tersendiri . hormat pandangan cikli :)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...