Wednesday, July 11, 2012

Mengapa Celaru Bila Lelaki Ini Mengamuk?

Utusan punya pukulan
  1. Kita digemparkan dengan berita seorang lelaki bersama pasangannya yang dikatakan mengamuk di JPM, Putrajaya. Lelaki ini akhirnya ditembak pihak berkuasa dan meninggal dunia kemudiannya.
  2. Namun, aku masih mencari dalam berita-berita yang ditulis, di mana point yang menyatakan lelaki ini sendiri yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.
  3. Kalau dia mengaku sebagai Imam Mahadi sekalipun, tak perlulah paper melaporkan 'Imam Mahadi' Mengamuk! Kita semua tahu benar siapa Imam Mahadi yang sebenarnya dan untuk apa tujuan baginda akan muncul kemudian nanti. Apa persepsi orang yang jahil tentang Imam Mahdi bila membaca tajuk berita ini?
  4. Tindakan lelaki ini cuba dikaitkan pula dengan gerakan Islam yang ada di Malaysia oleh segolongan pencacai dan macai semata-mata kerana dia dikatakan melaungkan Allahu Akhbar. Senangnya mereka menjadi hakim.
  5. Yang nyatanya, mengikut bukti fizikal yang ada, lelaki ini membawa pedang samurai. Jadi begitu, kenapa tak kaitkan sahaja tindakan lelaki ini dengan samurai atau ninja atau mana-mana shogunate di Jepun? Kan pedang samurai yang digunakan?
  6. Lelaki ini tidak berbaju, memakai seluar jeans. Jeans terkenal sebagai pakaian cowboys di Amerika. Jadi kaitkanlah pula tindakan lelaki ini dengan puak cowboy Amerika. Kenapa? Tak boleh?
  7. Berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan di atas, aku cadangkan kepada Editor Utusan, laporkan  saja 'American Ninja' Mengamuk. 

Berita Harian punya pukulan

8 comments:

  1. Baca sambil tersenyum....
    Pe2..setuju!!
    'American Ninja' Mengamuk..memang tajuk yang tepat!!!!
    :)

    ReplyDelete
  2. a'ah kan..
    btul gak tu..
    tak terfikir plak..

    tp kan, mcm fishy semacam je 'hal' ni..

    hm..

    ReplyDelete
  3. Kalau fikir balik cikli memang betul mana ada imam belengging cuma pakai jeans? Tak tahukan kalau wartawan ini...

    Nak dipolitikkanlah tu...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. siapa yang lapor siamuk mengaku imam mahadi ? media kelentong alat umno-apco atau polis ? satu macam punya auta jalan cerita amukan ini ,setuju cikli kata patut tajuk utusan meloya 'american ninja amuk' ! apa punya baghal utusan meloya taruh tajuk 'imam mahadi mengamuk' !

    ReplyDelete
  6. american ninja! wah, itu gabungan yang terbaik, 2-2 sekali ngam.

    ya kan, kenapa tak tulis saja yang dia sebenarnya pecahan dari geng Yakuza.

    ReplyDelete
  7. Nak lebey sensasi "American Shogun separa bogel mengamuk bersama pasangan Ninja lulusan UIA" kahkahkah

    ReplyDelete
  8. sebenarnya jantan ni melambangkan amenu hari ni..
    1. dah separuh bogel pon masih ngaku imam mahdi kahkahkah..
    2. bila takde org percaya amuk dgn keris kontot kahkahkah..
    3. kata blogger hebat ropanya baru dua bulan merapu kahkahkah..
    4. adala sorang pengikut setia, takkan takde org bangang langsung dlm dunia ni kan? kahkahkah..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...