Monday, July 16, 2012

JIKA DULU AKU...


Jika dulu aku masuk politik
akukah sekarang menteri yang tega membiarkan harga barang terus naik
dengan hanya mencari alasan lapuk 
serta berzikir "subsidi...subsidi...subsidi"

Jika dulu aku masuk pertandingan bintang RTM
akukah kini artis yang sibuk berceramah di pentas Pas
atau aku yang gah mengiystihar diri masuk Umno
dan kerjaku hari-hari bertweet-tweet-tweet

Jika dulu aku ke sekolah Maahad Muhammadi
akukah hari ini pendakwah bebas tersohor yang sering muncul di kaca TV
atau aku di antara 40 ulama muda yang beratur menyerahkan borang Umno
nombor tiga di belakang Fathul Bari

Jika dulu aku engkari arahan ayah dan ibu untuk pergi mengaji
akukah baru-baru ini yang berani menghunus pedang mengaku Imam Mahadi
atau aku jadi si jahil yang tergamak menghina hudud agama sendiri

Jika sedari dulu aku malas berfikir dan mengaji
akukah si polan ini yang berani menghakim-menghukum itu-ini
sedangkan guruku hanya radio dan TV

Semoga anakku Talhah & kawannya Yusuf menjadi anak-anak yang soleh

**Tengah bermenung untuk entry di Wadi Kita sempena Ramadhan ini.

6 comments:

  1. Anakanda Talhah & Yusuf bonda berdoa moga anakanda tidak terjerumus ke kacah yg amat berjolak sekarang ini. Jadi pemimpin yg diredhai di masa akan datang..

    ReplyDelete
  2. Anakanda Talhah, amalkan zikir "La ila ha illallah' 100x sehari sebagai saham akhirat. Insyallah menjelang usia mu 20 tahun, saham zikir ini bisa mencapai 540,00 saham pokok. Menjelang usia 60 tahun meningkat kepada 1,980,00 saham pokok, tidak termasuk bayaran dividen dan bonus. Yang penting istiqamah dan ikhlas. Pelaburan yang ringan tapi pulangannya masyaAllah amat berat timbangannya. Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak buat anakanda Talhah sekeluarga dan kawannya Yusuf sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. semoga budak berdua ni menjadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  4. Amin.

    Jika sekarang aku menulis jika dulu,
    Generasi akan datang juga akan menulis,
    Bila ia berpusing-pusing,
    Siapa yang akan menunjuk jalan keluar?

    ReplyDelete
  5. Bakal menjadi sang pencerah ,insyALLAH......

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...