Monday, June 28, 2010

Barisan Muda Untuk Piala Dunia


Nampaknya Umno menggunakan golongan ulamak muda untuk menguatkan parti itu sekaligus menarik minat golongan muda untuk menyokong BN.

Golongan agama berpendidikan tinggi ini digunakan untuk memastikan Umno terus berkuasa merebut dan memenangi piala dunia yang semakin menjauh dari gapaian mereka.

Aneh juga kerana sepatutnya orang Islam yang berpendidikan agama dan berpendidikan tinggi, apalagi berpendidikan tinggi dalam bidang agama sepatutnya berusaha merebut piala akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Tetapi dalam kes ini, mereka terlebih-lebih dalam merebut piala dunia. Apa jua alasan mereka, apa jua percakapan mereka, akhirnya kearah piala dunia juga noktah perkataan mereka.

Mereka sepatutnya sedar, BN ibarat pasukan bolasepak yang diterajui Umno adalah pasukan yang sedang berhadapan dengan perlawanan kalah-mati, selepas mereka nyawa-nyawa ikan ‘survive’ di round pertama sepertimana layaknya pasukan England ke pusingan kedua baru-baru ini.

Pasukan piala dunia BN ini diselubungi masalah pemain yang tidak mempercayai jurulatih pasukan. Pemain mereka berlumba-lumba untuk menonjol dan memperaga diri sendiri. Pemain mereka meletakkan nama negara tidak sebagai priority bagaimanakan pasukan piala dunia Perancis yang sanggup memboikot sesi latihan dan mengenepikan jurulatih. Pasukan BN juga ketandusan bakat baru yang berkaliber, ibarat pasukan piala dunia Itali yang dianggap terlalu ‘tua’ dan terpaksa pulang awal walaupun mereka adalah juara bertahan.

Pasukan piala dunia BN juga cuba menang dengan bermain fizikal secara berlebihan. Kelemahan teknikal dan skil mereka cuba di’cover’ dengan bermain secara kasar. Hidung dan telinga pasukan lawan selalu sahaja menjadi sasaran siku mereka. Mereka ibarat pasukan New Zealand. Mentang-mentanglah pemain mereka berfizikal bagak kerana dapat minum susu kolostrum segar yang banyak terdapat di New Zealand. Tetapi apabila pasukan lawan membentes, cepat pula mereka terpelanting gila-gila. Belum disentuh, pemain mereka sudah ‘dive’ ke depan dan meminta tendangan penalty atau freekick. Mereka tak ubah pemain Argentina dalam hal ini.

Untung pula pasukan BN, apabila pihak berkuasa yang mengendalikan pilihanraya atau keselamatan selalu sahaja berlagak seperti pengadil yang tidak membenarkan gol-gol pasukan Amerika Syarikat dan gol kontroversi Lampard semasa England amat-amat memerlukan kemenangan semasa bertemu Germany. Dan mereka, pasukan BN ini sering sahaja mengharapkan kemenangan dengan cara ini.

Pasukan Germany yang bergaya membenam England dengan 4 gol dianggotai oleh ramai pemain muda. Formula inilah yang sedang diambil oleh pasukan BN. Mereka perlukan sokongan orang muda. Resepi terbaru mereka menampilkan ulamak muda ke dalam pasukan mereka.

Stadium pasukan BN telah runtuh separuh ibarat Stadium Gong Badak. Penonton makin kurang datang menyokong mereka. Mereka mendapat banyak ‘boo’ kebelakangan ini. Bila ini terjadi, mereka berlagak seperti Rooney yang marahkan penonton dan mula mempersoalkan patriotism penonton.

Oleh itu, ulamak muda 40 orang wajar sedar. Mereka hanya bakal memanaskan kerusi pemain simpanan dalam BN. Kalau dibawa masuk padang pun mungkin apabila masa permainan sudah tinggal 2-3 minit atau dimasa kecederaan.

Sedarlah ulamak muda 40 orang, kamu tidak akan mendapat bayaran perpindahan semahal Ronaldo atau Eto’o.

Sedarlah ulamak muda 40 orang, di bilik persalinan nanti kamu akan terpaksa melihat aurat-aurat yang selama ini kamu haramkan melihat apa lagi dedahkan. Bahasa-bahasa di bilik persalinan juga bukanlah bahasa dalam masjid. Jika tidak masakan Anelka dibuang bagai hampas dari pasukan piala dunia Perancis baru-baru ini.

Wahai ulamak muda, ingatkah kamu di kala final piala dunia 2006? Itali vs Perancis? Itulah gambaran Umno Barisan Nasional. Dalam Umno, jika kamu cakap lebih-lebih kamu akan ditanduk seperti Materazzi. Jika kamu menanduk, kamu pastinya akan cepat-cepat dibuang padang seperti Zidane (Walaupun kamu hebat sepertinya).

Akhir sekali ulamak muda, jikapun kamu 40 orang dapat menggapai piala dunia, aku yakin piala akhirat tetap menjadi poojaan hatimu.... tapi kamu berada di team yang salah.

2 comments:

  1. teringat cerita 40 penyamun....mereka kata bukan nak berpolitik tapi berdakwah...harap-harap lepas ni semua wanita UMNO bertudung...

    ReplyDelete
  2. ramda,
    nak berdakwah masuklah tabligh, bukan masuk umno.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...